Anda di halaman 1dari 15

HMS 3033

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

KUMPULAN: A

SEMESTER 3 SESI 2021/2022

TAJUK TUGASAN

APLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA SECARA KREATIF DAN


INOVASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NAMA NO. MATRIKS


MUHAMMAD HAFIZ ASYRAF BIN WAHIB D20201093333
NOR AIN SYAHIRAH BINTI MOHD NOR D20191089373
SITI ROSNANI BINTI SAAD D20191089343
NUR ATIQAH BT ABD JALIL D20191089374
FOONG YEN CHI D20191089344

PENSYARAH

PROFESOR MADYA DR. TAN BEE PIANG


ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Penghargaan ……………………………………………………………………………..ii

1.0 Pengenalan
1.1 Konsep Pendidikan Pelbagai Budaya ……………………………………...1

1.2 Kepentingan Pendidikan Pelbagai Budaya dalam …………………………2


Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Malaysia

2.0 Kepentingan Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Pembelajaran …………….4


Bahasa Melayu

3.0 Halangan yang Dihadapi Guru dalam Mempraktikkan Pendidikan


Pelbagai Budaya
3.1 Tahap Kesediaan Murid untuk Menerima Perbezaan dan …………………6
Kepelbagaian Budaya Kaum Lain

3.2 Menyediakan Bahan Bantu Mengajar dan Strategi yang ………………….6


Sesuai Mengikut Budaya Murid-Murid

3.3 Perbezaan Jenis Sistem Pendidikan ……………………………………….7

3.4 Keadaan Persekitaran Guru itu Ditempatkan ……………………………...7

3.5 Masalah Pelajar yang Lemah dalam Penguasaan Bahasa ………………….8


Melayu

4.0 Cadangan Bahan Bantu Mengajar yang Kreatif dalam Pendidikan ………….9
Pelbagai Budaya

5.0 Kesimpulan ……………………………………………………………………...11

Rujukan

i
PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa

dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada

pensyarah tercinta, Profesor Madya Dr. Tan Bee Piang kerana dengan tunjuk ajar serta

bimbingan daripada beliau telah membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini

dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

ibu bapa kami yang menjadi pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka juga

sentiasa mengingati dan menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh untuk

mencapai masa depan yang cemerlang. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada

rakan-rakan yang sekumpulan dengan kami kerana telah memberi kerjasama dan komitmen

yang sepenuhnya sepanjang menjalankan tugasan yang diamanahkan ini walaupun terpaksa

menanggung beberapa risiko yang tidak dapat dielakkan. Akhir madah, kami mengucapkan

terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam

penghasilan tugasan ini.

“KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN”

ii
1.0 Pengenalan

Pendidikan pelbagai budaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa
setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas
sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan Cherry A.
McGee Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan pelbagai budaya ini
adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi
pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi
perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.

1.1 Konsep Pendidikan Pelbagai Budaya

Menurut Saha (1997), Pendidikan pelbagai budaya (PPB) ialah proses atau strategi
Pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa,
etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya ini boleh berlaku melalui dua situasi
iaitu pendidikan formal atau pendidikan tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya
ini adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang
mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan
dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap.

Banks (2003) yang merupakan perantis pendidikan pelbagai budaya pula


berpendapat pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan
proses. Pertama, dari aspek konsepnya, pendidikan pelbagai budaya boleh difahami sebagai
idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas
tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain. Kedua,
dari aspek gerakan pula, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk
mengubah sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada
semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
Perubahan yang dilakukan tidak hanya terbatas kepada kurikulum tetapi juga aspek lain
seperti metodologi, strategi, pengurusan pembelajaran, dan sekolah itu sendiri. Ketiga, dari
aspek proses pula, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk
mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
Kesamarataan pendidikan seperti kemerdekaan dan keadilan tidak mudah dicapai. Oleh itu,
proses tersebut mesti berlangsung secara berterusan.

1
Pendidikan pelbagai budaya sebenarnya merupakan sikap "peduli" dan mahu
memahami perbezaan atau memberi perakuan politik terhadap kelompok minoriti. Dalam
konteks itu, pendidikan pelbagai budaya melihat masyarakat secara lebih luas dan
kepelbagaian ini adalah salah satu kekuatan dan peluang untuk kemajuan dan kemakmuran
negara (Abdullah Aly, 2003).

Menurut Noraini (2015), kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman,


penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini
bukan bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota
sesuatu komuniti mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka dan penerimaan bangsa lain
terhadap kebudayaan tersebut.

Konklusinya, konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang


memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik,
keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendapat pendidikan yang adil dan
sama rata dan berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah dengan
baik. Hal ini dapat dicapai apabila pembelajaran abad ke-21 menekankan lima daripada
enam aspirasi murid menyentuh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
etika dan kerohanian serta identiti nasional.

1.2 Kepentingan Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Sesi Pembelajaran dan


Pengajaran di Malaysia

Pendidikan pelbagai budaya dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di Malaysia


jelas dapat dilihat pada penubuhan Sekolah Wawasan atau sekolah satu aliran. Sekolah
Wawasan dalam sistem pendidikan negara boleh didefinisikan sebagai sekolah satu aliran
atau sekolah yang menggabungkan ketiga-tiga aliran sekolah yang sedia ada iaitu; Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam
suatu kawasan yang sama tetapi ditadbir secara berasingan. Dengan ini, proses pendidikan
pelbagai budaya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Antara kepentingan pendidikan pelbagai budaya dalam sesi pembelajaran dan


pengajaran di Malaysia ialah dapat mewujudkan semangat perpaduan yang utuh
dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Hal ini
dikatakan demikian kerana, perpaduan tersebut akan dapat dipupuk dengan sebaik mungkin

2
sekiranya semua pelajar tanpa mengira warna kulit saling bekerjasama dalam pelbagai
perkara. Sebagai seorang insan yang bertanggungjawab, guru mestilah mendedahkan
pendidikan pelbagai budaya ini kepada para pelajar dalam apa jua tindakan dan situasi.
Sebagai contoh; dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Guru
hendaklah mengarahkan para pelajar untuk membentuk pasukan yang terdiri daripada
pelajar yang berlainan bangsa. Misalnya, dalam pertandingan bola sepak, hoki, badminton
dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja dapat meningkatkan integrasi antara kaum bahkan
mampu menghapuskan ideologi tentang sesuatu sukan hanya didominasi oleh sesuatu
kaum. Pada masa yang sama, masalah diskriminasi kaum juga mampu ditangani dengan
lebih berkesan sekali gus melahirkan negara yang aman dan harmoni.

Selain itu, kepentingan pendidikan pelbagai budaya dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran di Malaysia yang kedua ialah dapat melahirkan generasi yang mempunyai
sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi. Sikap toleransi dan persefahaman yang
tinggi dapat dipupuk apabila sesuatu bangsa itu saling menghormati antara satu sama lain.
Oleh itu, hasrat dan matlamat kerajaan dalam merealisasikan penubuhan Sekolah Wawasan
sepatutnya diberi sokongan yang padu dan erat oleh semua rakyat dan masyarakat. Hal ini
demikian kerana, Sekolah Wawasan merupakan suatu medium yang sangat sesuai dalam
usaha memupuk semangat perpaduan antara kaum. Para pelajar yang terdiri daripada
bangsa Melayu, Cina dan India bukan sahaja dapat bertukar-tukar pendapat dalam
pembelajaran, bahkan dapat mempelajari serta mengenali budaya kaum masing-masing.
Sehubungan dengan itu, semangat patriotisme yang tinggi juga mampu dilahirkan
sekiranya perpaduan yang erat dapat dipupuk dengan baik. Dengan ini, negara akan
membangun dengan pesat dan dapat “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” seiring
negara-negara maju yang lain.

Akhir sekali, mewujudkan suatu persekitaran pembelajaran yang mesra


budaya serta relevan budaya untuk semua murid juga merupakan kepentingan
pendidikan pelbagai budaya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
Pemahaman tentang budaya semua kaum yang ada di sekolah amat penting supaya murid
mempunyai kesedaran dan saling menghormati kepelbagaian budaya yang ada di sekolah
masing-masing. Guru merupakan insan yang memainkan peranan utama dalam
menyediakan pengajaran pendidikan pelbagai budaya. Sebagai insan yang
bertanggungjawab, guru perlulah bijak dalam menyediakan bahan mengajar atau membuat
perancangan pembelajaran tanpa mengenepikan mana-mana murid yang sememangnya

3
terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini bermaksud, jika seseorang guru itu ingin
menggunakan kaedah pengajaran secara perbincangan berkumpulan, maka ia haruslah
melibatkan kumpulan yang “heteragenous” yang bermaksud membina kumpulan
perbincangan dengan melibatkan semua gender dan mempunyai pelajar yang berlainan
bangsa dalam sesebuah kumpulan.

Sehubungan dengan itu, guru juga wajarlah memastikan bahawa setiap kumpulan
yang dibentuk itu bukan sahaja terdiri daripada pelajar pelbagai kaum semata-mata, namun
turut meletakkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai standard pencapaian yang berbeza.
Standard pencapaian yang berbeza yang dimaksudkan adalah murid yang lemah, sederhana
dan cemerlang. Apabila guru menggabungkan murid yang mempunyai ketiga-tiga standard
pencapaian ini ke dalam satu kumpulan, nescaya satu budaya pembelajaran yang berkesan
dapat diwujudkan ekoran mereka akan termotivasi dengan sendirinya apabila saling
memahami antara satu sama lain.

2.0 Kepentingan Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Pembelajaran Bahasa


Melayu

Pembelajaran subjek Bahasa Melayu dengan penerapan Pendidikan Pelbagai


Budaya (PPB) boleh menjadi dorongan bagi menarik minat pelajar untuk membina
pemikiran secara kreatif dan kritis. Dengan cara ini, perancangan dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah berpotensi menjadi lebih menarik,
berkesan di samping mampu membawa citra atau imej sebenar masyarakat ke dalam minda
pelajar. Sebagai lanjutan kepada proses sosialisasi dalam masyarakat, setiap ilmu
pengetahuan yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
berdasarkan kepada persekitaran dan keadaan sosial masyarakat semasa. Kemasukan nilai
dan budaya yang pelbagai dari luar lingkungan masyarakat majmuk pula memerlukan
kesedaran dan fahaman terhadap kepelbagaian budaya yang lebih mantap. Tanpa adanya
kesefahaman dan sikap toleransi yang tinggi, para pelajar akan menjadi terasing dan
terpinggir dalam kepelbagaian nilai dan budaya tersebut. Oleh yang demikian, dengan
adanya rasa saling memahami antara satu sama lain dan celik budaya menerusi pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah, satu landasan ke arah pembentukan
masyarakat majmuk yang bersatu dan saling menghormati akan tercapai. Perkara ini jelas

4
berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek perpaduan
melalui sikap saling memahami dan toleransi antara pelajar.

Selain itu, kepentingan pendidikan pelbagai budaya dalam pembelajaran bahasa


Melayu yang kedua ialah dapat memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar yang berlainan bangsa. Kita sedia maklum bahawa bahasa Melayu
ialah bahasa kebangsaan kita. Melalui penerapan elemen pendidikan pelbagai budaya
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, ianya mampu meningkatkan
kemahiran para pelajar yang terdiri daripada bangsa Cina dan India untuk berkomunikasi
dengan baik dalam bahasa Melayu. Memandangkan bahasa Melayu merupakan bahasa
“lingua franca” serta bahasa kebangsaan Malaysia, guru-guru khususnya guru yang
mengajar bahasa Melayu mestilah memikul tanggungjawab dengan baik dalam mengajar
bahasa tersebut kepada pelajar-pelajar bukan Melayu dengan menggunakan pelbagai
alternatif dan cara yang berkesan. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu bukan sahaja
berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar, bahkan ia juga berfungsi
sebagai medium perpaduan untuk menyatupadukan seluruh kaum. Oleh itu, sebagai rakyat
yang cinta akan tanah air, kita semestinya sentiasa berusaha untuk memantapkan dan
mempertahankannya supaya bahasa Melayu tidak mudah tercemar dan terhapus ditelan
zaman. Bak kata peribahasa “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Akhir sekali, kepentingan pendidikan pelbagai budaya dalam pembelajaran bahasa


Melayu yang seterusnya adalah untuk meninggikan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Pada zaman era kemodenan ini, penggunaan bahasa kebangsaan
yakni bahasa Melayu dalam majlis-majlis rasmi semakin direndahkan. Hal ini demikian
kerana, wujudnya golongan masyarakat yang mengagung-agungkan bahasa lain seperti
bahasa Inggeris dalam sesuatu perkara rasmi serta dijadikan bahasa pertuturan harian
sehingga melumpuhkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Abdul Ghapar
Abdullah selaku Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
juga berkata, kegagalan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan akan terjejas sekiranya sikap tidak bangga, tiada kesedaran dan kurang jati diri
bangsa masih lagi berleluasa. Faktor utama bahasa Melayu tidak mendapat kedudukan yang
sepatutnya ialah disebabkan oleh beberapa golongan masyarakat termasuklah masyarakat
Melayu sendiri yang mementingkan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sebagainya
untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dalam sesuatu pekerjaan. Dengan ini, jelaslah
terbukti bahawa bahasa Melayu tidaklah digunakan secara meluas dan menyebabkan ianya

5
dikenali sebagai bahasa kuno. Oleh itu, semua masyarakat mestilah berganding bahu dalam
usaha meningkatkan martabat dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

3.0 Halangan yang Dihadapi oleh Guru dalam Mempraktikkan Pendidikan


Pelbagai Budaya

Terdapat pelbagai halangan dan kekangan yang telah dihadapi oleh setiap insan
mulia yang bergelar guru dalam mempraktikkan pendidikan pelbagai budaya. Berikut
merupakan halangan dan kekangan yang diharungi oleh guru dalam mempraktikkan
pendidikan pelbagai budaya:

3.1 Tahap Kesediaan Murid untuk Menerima Perbezaan dan Kepelbagaian


Budaya Kaum Lain

Antara halangan yang perlu dihadapi oleh seorang guru dalam mempraktikkan
pendidikan pelbagai budaya yang pertama ialah tahap kesediaan murid untuk menerima
perbezaan dan kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh sesuatu kaum lain. Apabila murid
tidak bersedia untuk menerima perbezaan dan kepelbagaian budaya kaum yang lain, ia akan
menyebabkan berlakunya suatu fenomena yang dikenali sebagai sentimen atau perasaan
perkauman. Sentimen ini kebiasaannya berlaku di sekolah yang terdiri daripada murid
pelbagai kaum serta ianya melibatkan unsur agama, unsur budaya dan perkauman. Sebagai
contoh; kita dapat melihat menerusi konsep berkawan. Misalnya pelajar India hanya akan
berkawan dengan suku kaumnya sahaja begitu juga kaum-kaum lain seperti Melayu, Cina,
Iban, Kadazan dan sebagainya. Dengan ini, ia akan menyebabkan sikap toleransi dan
persefahaman yang tinggi gagal dipupuk dengan sebaiknya. Kesannya, ia akan memberi
suatu cabaran yang hebat kepada pihak guru dalam mempraktikkan pendidikan pelbagai
budaya.

3.2 Menyediakan Bahan Bantu Mengajar dan Strategi yang Sesuai Mengikut
Budaya Murid-Murid

Halangan kedua yang perlu dihadapi oleh guru dalam usaha mempraktikkan
pendidikan pelbagai budaya ialah kesukaran dalam menyediakan bahan bantu mengajar
dan mengatur strategi yang sesuai mengikut budaya murid-murid. Kesukaran dalam
menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai merupakan salah satu kelemahan yang

6
dimiliki oleh seseorang guru terutamanya apabila berhadapan dengan para pelajar yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, sebagai guru yang bertauliah kita semestinya
sentiasa bersedia dan mengadaptasi diri kita dengan sebaik mungkin sebagaimana yang
dilakukan oleh salah seorang adiwira Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Cikgu
Samuel dalam ketabahan dan kebijaksanaannya menyediakan bahan bantu mengajar yang
menarik kepada murid Orang Aslinya.

3.3 Perbezaan Jenis Sistem Pendidikan

Seterusnya, perbezaan jenis sistem pendidikan juga telah memberi halangan dan
kekangan yang besar kepada guru dalam usaha mempraktikkan pendidikan pelbagai budaya
dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa. Sebagaimana yang kita ketahui terdapat
beberapa jenis sistem pendidikan yang telah wujud di Malaysia. Antaranya ialah seperti
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah persendirian dan sebagainya.
Kebiasaannya, halangan dalam mewujudkan pendidikan pelbagai budaya ini ialah
melibatkan sekolah jenis kebangsaan. Perkara ini berlaku ekoran daripada penjajahan
British yang bertindak mengamalkan sistem pendidikan secara berasingan sehingga
menubuhkan sekolah mengikut etnik dan kaum masing-masing. Sekiranya guru bertindak
untuk memperkenalkan dan menerangkan tentang kepelbagaian budaya yang ada, nescaya
suatu fenomena yang dikenali sebagai kejutan budaya akan berlaku. Hal ini demikian
kerana, mereka hanya mengetahui dan berpegang kepada budaya masing-masing sahaja
pada sebelumnya. Dengan ini, jelaslah terbukti bahawa perbezaan sistem pendidikan yang
dibawa British ini turut memberi halangan kepada guru dalam mempraktikkan pendidikan
pelbagai budaya.

3.4 Keadaan Persekitaran Guru itu Ditempatkan

Masalah atau halangan keempat yang perlu dihadapi oleh guru ialah masalah
keadaan persekitaran seseorang guru itu ditempatkan. Masalah ini wujud apabila seseorang
guru itu tidak bersedia dari segi sosial, fizikal dan mental dengan situasi atau tempat mereka
ditempatkan untuk mengajar. Kebiasaannya, persekitaran bandar tidaklah memberi
halangan kepada guru-guru untuk mempraktikkan pendidikan pelbagai budaya dalam
kalangan para pelajar. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan sekolah-sekolah di bandar
terdiri daripada pelajar-pelajar yang datang daripada pelbagai bangsa. Masalah tersebut
hanya berlaku sekiranya guru ditempatkan untuk mengajar di kawasan pendalaman.
Sebagai contoh di perkampungan Orang Asli Sabah dan Sarawak. Hal ini demikian kerana,

7
secara majoritinya sekolah-sekolah di sana hanya menempatkan para pelajar yang terdiri
daripada sesuatu kaum sahaja.

3.5 Masalah Pelajar yang Lemah dalam Bahasa Melayu

Akhir sekali, halangan yang dihadapi oleh guru dalam mempraktikkan pendidikan
pelbagai budaya ialah masalah penguasaan bahasa Melayu yang lemah dalam kalangan
para pelajar yang berbilang kaum. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan Malaysia dan juga bahasa “lingua franca” di setiap institusi pendidikan sama
ada di sekolah rendah, sekolah menengah ataupun di institut pengajian tinggi, namun masih
terdapat ramai individu yang kurang penguasaannya dalam bahasa Melayu secara
sepenuhnya. Berdasarkan kajian, kebanyakkan pelajar yang kurang menguasai bahasa
Melayu sepenuhnya adalah terdiri daripada pelajar kaum Cina. Hal ini demikian kerana,
pelajar Cina mempunyai beberapa kesukaran dalam menguasai bahasa “lingua franca” ini
dengan sebaiknya. Antaranya ialah mereka gagal menguasai sebutan bahasa Melayu
dengan betul. Pelajar Cina bukan sahaja tidak dapat menyebut konsonan /d/, /l/, /r/ dan /t/
dengan betul, malah mereka juga gagal untuk membezakan bunyi vokal /a/, /e/, /i/, /o/ dan
/u/. Pada masa yang sama, murid ini juga turut mempunyai masalah dalam penulisan bahasa
Melayu. Sebagai contoh masalah dalam ejaan, menyusun ayat dan kesukaran dalam
pemilihan imbuhan yang tepat dalam penulisan mereka. Perkara ini jelas terbukti bahawa
masalah penguasaan bahasa Melayu yang lemah juga merupakan halangan kepada guru
dalam mempraktikkan pendidikan pelbagai budaya kepada murid-murid yang mempunyai
latar belakang yang berbeza.

8
4.0 Cadangan Bahan Bantu Mengajar yang Kreatif dalam Pendidikan Pelbagai
Budaya

Bahan Bantu Mengajar yang telah pengkaji gunakan dalam menyelesaikan segala
persoalan dan masalah yang melanda ialah Majalah Komik Upin dan Ipin. Hal ini demikian
kerana, pengkaji beranggapan bahawa BBM seperti komik ini sangat menarik dan berkesan
dalam kalangan pelajar tidak kira peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Faktor utama mengapa pengkaji memilih majalah tersebut sebagai bahan bantu mengajar
adalah kerana majalah komik tersebut sangat bersesuian dengan isu yang hendak
difokuskan yakni isu pendidikan pelbagai budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita
sedia maklum bahawa terdapat pelbagai bangsa yang menjadi watak dalam cerita Upin dan
Ipin. Sebagai contoh; Raju dan Muthu berbangsa India, Mei Mei berbangsa Cina, Rajit
berbangsa Singh sementera Fizi, Mail, Ijat, Ehsan, Upin dan Ipin pula berbangsa Melayu.

Sehubungan dengan itu, pengkaji juga mendapati bahawa Majalah Komik Upin dan
Ipin ini turut memfokuskan tentang sesuatu budaya yang dimiliki oleh masyarakat majmuk
di Malaysia. Unsur-unsur budaya yang ditonjolkan dalam majalah komik tersebut
merangkumi unsur keagamaan, kepercayaan, pakaian, sambutan perayaan serta makanan
tradisional yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Unsur-unsur budaya tersebut merangkumi
unsur-unsur budaya material dan bukan material. Akan tetapi, unsur budaya material lebih
difokuskan kerana unsur tersebut merupakan unsur yang dominan dalam sesebuah
masyarakat dan paling kerap ditonjolkan dalam bahan kajian. Berdasarkan analisis yang
dilakukan, pengkaji mendapati bahawa penulis Majalah Komik Upin dan Ipin ini berjaya
memaparkan unsur kepelbagaian kaum di Malaysia yang melambangkan latar masyarakat
majmuk di negara ini.

Sebagai konklusinya, Majalah Komik Upin dan Ipin yang berlatar belakangkan
budaya dan masyarakat Malaysia ini dapat dijadikan bahan bantu mengajar untuk
memberikan nilai tambah kepada sistem pendidikan negara. Sifat kreatif guru dalam
menyampaikan pendidikan pelbagai budaya ini penting kerana perkara tersebut akan
menentukan kejayaan pengajaran. Tambahan pula, keupayaan guru mempelbagaikan bahan
pengajaran akan mempengaruhi penerimaan pelajar kerana pembelajaran tidak akan statik
dan membosankan.

9
4.1 Inovasi yang Dilakukan terhadap Bahan Bantu Mengajar

Majalah Komik Upin dan Ipin ini sememangnya merupakan suatu bahan bantu
mengajar yang sesuai dalam menerapkan pendidikan pelbagai budaya dalam kalangan para
pelajar. Meskipun begitu, pengkaji juga telah melakukan beberapa inovasi terhadap
majalah komik tersebut supaya kelihatan lebih berkesan dalam usaha menerapkan
pendidikan pelbagai budaya dalam pembelajaran bahasa Melayu. Antara inovasi yang
dilakukan adalah dengan menyisipkan beberapa peribahasa Melayu yang bersesuaian
dengan kepelbagaian kaum di Malaysia. Sebagai contoh; peribahasa Melayu yang berbunyi
“Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”. Peribahasa tersebut amat sesuai dalam usaha
memupuk perpaduan kaum yang utuh. Selain daripada itu, pengkaji juga telah memasukkan
beberapa buah pantun nasihat yang menyeru kepada semua warganegara agar sentiasa
bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain. Contohnya seperti;

Putik kemboja baru mengembang,


Wangi mengharum di tengah laman;
Erat perpaduan bangsa berbilang,
Kemakmuran bersama satu tujuan.

4.2 Kepentingan Inovasi dalam Majalah Komik tersebut Dilakukan


Antara kepentingan inovasi dalam majalah komik tersebut dilakukan adalah untuk
menggariskan bahawa semangat perpaduan antara kaum yang utuh wajarlah dipupuk
dengan sebaik mugkin. Hal ini demikian kerana, sekiranya semangat perpaduan kaum gagal
diwujudkan, dibimbangi peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang kembali. Dengan adanya
penyisipan peribahasa Melayu dan pantun nasihat perpaduan dalam majalah komik
tersebut, ianya akan memotivasikan para pembaca majalah komik tersebut terutamanya
golongan remaja kerana mereka adalah generasi yang akan menyambung perjuangan dalam
usaha mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

Di samping itu, meningkatkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu juga


merupakan faedah-faedah inovasi tersebut dilakukan. Kita sedia maklum bahawa
penggunaan bahasa Melayu kini semakin hari semakin direndahkan ekoran kepentingan
bahasa-bahasa asing yang lain dalam mendapatkan jawatan yang tinggi dalam sesuatu
bidang pekerjaan. Dengan adanya penyisipan pantun nasihat perpaduan tersebut,
diharapkan kedudukan bahasa Melayu akan dapat dikembali dan dikekalkan.

10
5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah memiliki pengetahuan yang


mendalam tentang kepelbagaian pelajar yang berada di dalam kelasnya. Kesediaan dan
pengetahuan guru yang tinggi dalam menguruskan para pelajar berlainan latar belakang
merupakan suatu perkara penting dalam menjayakan pendidikan pelbagai budaya.
Seseorang guru mestilah bijak dalam melaksanakan sesuatu perancangan pembelajaran dan
penghasilan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana, apabila guru
menghasilkan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang tidak bersesuaian dengan
topik yang hendak difokuskan, nescaya matlamat dan objektif sesuatu pengajaran dan
pembelajaran itu gagal untuk dicapai. Justeru, sistem pendidikan yang berteraskan dasar-
dasar nasional perlu menggunakan bahan yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya di
negara ini sebagai unsur nilai tambah dalam melahirkan warganegara yang dapat
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara pada masa hadapan.

11
Rujukan

Abdullah Aly (2003). “Menggagas Pendidikan Islam Multikultural di Indonesia”, Jurnal

Ishraqi, Bil. 2(1): 60-73.

Banks, J. A., & Cherry A., McGee (2003). Multicultural education: Issues and

perspectives. Boston: Allyn and Bacon Press.

Banks, J. A. (2007). An Introduction to multicultural education. Edisi, 4. Boston: Allyn and

Bacon Press.

Noraini Omar (2015). Islamic Education Teaching Practice Based on the Cultural Diversity

of Students. Academic Journal of Interdisciplinary Studies, 4(1), 132-142.

Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/277625907.

Saha, L. J. (1997). International encyclopedia of the Sociology of Education. United

Kingdom: Pergamon Press.

12

Anda mungkin juga menyukai