Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4



1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral Tahun 4 AMANAH
2. Nilai/Tajuk : Hormat/ Menghormati Jiran Kita
3. Masa : 8:30-9:30 pagi
4. Standard Pembelajaran : 6.1.1 Mengenal pasti cara menghormati jiran.

5. Objektif Pembelajaran ( OP ) : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;
Kognitif :Menyatakan sekurang-kurangnya tiga cara menghormati
jiran.
Afektif :Perasaan gembira dan selamat apabila menghormati jiran.
Psikomotor :Simulasi cara menghormati jiran.
6. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah belajar nilai hormat menghormati dalam tajuk-
tajuk sebelum ini.
7. Teknik : Simulasi
8. Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran:
Set Induksi
i. Murid menonton video yang ditayangkan oleh guru. (video Semangat Kejiranan)
ii.Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran/ nilai yang akan dipelajari.
Langkah 1
i. Guru bersoal jawab dan menerangkan tentang nilai yang akan dipelajari.
Contoh soalan:
1. Adakah video ini menunjukkan amalan menghormati jiran?
2. Bagaimana cara menghormati jiran?

Langkah 2
i. Guru menunjukkan persembahan Slaid Powepoint Menghormati Jiran.
ii Guru bersoal jawab dengan murid tentang paparan Salaid tersebut untuk menjana idea
murid. (berkaitan nilai / aktiviti)
CONTOH SOALAN:
1. Apakah yang kamu dapat lihat melalui Salaid yang dipaparkan sebentar tadi?
2. Adakah Salaid ini memaparkan cara menghormati jiran?
3. Pernahkah kamu lakukan perbuatan seperti dalam slaid ini?

LANGKAH 3
i. Guru memberi penerangan dan arahan berkaitan aktiviti (simulasi) mengikut kumpulan.
ii. Murid membuat simulasi berdasarkan gambar yang dipaparkan (ppt Slaid Simulasi)
Contoh Aktiviti:
Guru memanggil beberapa orang murid untuk menunjukkan situasi positif and negatif menghormati
jiran:
Positif: 1.Bertegur sapa.
2.Memberi buah tangan.
3.Melawat jiran semasa jiran sakit.
Negatif: 1.Membuang sampah ke kawasan jiran.
2.Mengata jiran
3.Memasang radio atau tv dengan bunyi yang kuat.

LANGKAH 4
i. Guru meminta murid untuk melengkap peta minda (Bubble Map) yang ditunjukkan.
ii. Mencari gambar Menghormati jiran melalui internet

Penutup
Kognitif:
Soal jawab tentang PDP/nilai yang telah dipelajari pada hari ini
Sosial:
Nyanyian (Anak Jiran Tionghua)

9. EMK : TMK, Komunikasi

10. BBM : Komputer riba, LCD projektor, klip video, gambar

11. Penilaian P dan P
i. lembaran kerja peta minda(bubble map) menyatakan cara-cara menghormati jiran
ii. gambar-gambar menghormati jiran yang diakses melalui internet
iii. muris boleh menceritakan perasan apabila menghormati jiran

12.Refleksi:
i. 18/20 murid berjaya menunjukkan cara menghormati kejiranan.
ii. 18/20 orang murid dapat menguasai semua nilai yang ditaksir manakala 2 orang murid
lagi masih belum menguasai nilai hormat.
iii. 2 orang murid yang masih belum menguasai nilai keberanian akan dibimbing dalam pdp
yang akan datang.




REFLEKSI
Didalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada mempunyai semangat
kejiranan. Peribahasa Melayu juga ada menyebut Ibarat aur dengan tebing, peribahasa
tersebut dapat menggambarkan betapa rapat dan utuhnya silaturahim didalam kehidupan
bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan
hati atau perasaan manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran
dengan rumah seseorang tetangga.
Manakala dari segi istilah syarak, jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan
dengan rumah kita samada di kanan, kiri, depan ,belakang, atas mahupun ditingkat bawah
hingga 40 biah rumah dari setiap penjuru. Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud
orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-
satu kawasan kejiranan.
Jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri.
Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita sekiranya kita berada didalam kesusahan. Pepatah Melayu ada menyatakan
bahawa Jiran sepakat membawa berkat. Jadi kita perlulah membangkitkan semula semangat
kejiranan yang semakin tipis dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya masyarakat
kota supaya kita lebih bersatu hati.
Menghormati Jiran Kita merupakan rancangan penjagaran harian untuk matepelajaran
Pendidikan Moral KSSR Tahun 4 yang telah saya pilih sebagai tugasan saya untuk semester
ini. berdepan dengan murid pelbagai kaum dalam satu sekolah membuatkan saya merasakan
bahawa pendidikan moral ini adalah amat penting diterapkan sejak awal lagi. Tajuk ini saya
pilih setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuklah kejiranan saya yg terdiri dari berbilang
bangsa dan juga agama.
Walaupun pada dasarnya tajuk Menghormati Jiran Kita untuk murid Tahun 4 KKSR
nampak menarik, namun ianya tidak semudah yang disangkakan. Namun saya amat bersyukur
kerana berkat ilmu yang disampaikan oleh Pensyarah Moral kami iaitu Ustaz Adzli bin Ismail,
semua dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Tugasan ini banyak membantu saya
meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru.
Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya dengan baik di
sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini.
Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara
keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari
itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang
sepenuhnya menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya
pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid
saya belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. Proses pengajaran dan pembelajaran
juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan
oleh saya.
Penggunaan video pada sesi set induksi ternyata memberikan impak yang sangat
berkesan. Selain pengawalan kelas menjadi lebih baik dan teratur, murid-murid juga nampak
bersemangat dan menunjukkan minat untuk meneruskan P dan P. Video yang memaparkan
semangat kejiranan dari anggota masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya membuatkan
murid-murid merasa seronok di samping dapat meneganali budaya dari lain-lain etnik di
nagara kita.
Ini dapat dilihat hasil soaljawab dan perbincangan selepas sesi tayangan video
dijalankan. Murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik dan memberikan idea-idea yang
bernas mengenai cara-cara menghormati jiran. Semasa saya mengaplikasikan teknik simulasi
mengikut kumpulan pula, P dan P menjadi lebih seronok di mana semua murid melihat telatah
rakan masing-masing melakonkan watak seperti gambar yang telah saya paparkan. Pelbagai
diaog menarik muncul dan kadang kala menjadi sangat melucukan. Di situ saya telah
mengambil kesempatan untuk memperbetul dan memberbaiki kesilapan mereka berbahasa
supaya sopan apabila berbicara dengan jiran. Penggunaan perkataan kata ganti nama seperti
aku apabila bercakap dengan orang yang lebih tua adalah tidak sopan, dan teguran itu
diterima baik oleh murid-murid dan mereka mempraktikan pula perkataan yang betul dan
sesuai.
Murid-murid juga bergerak aktif mencari sumber bergambar tentang menghormati jiran
melalui internet. Aktiviti ini saya pantau supaya mereka benar-benar memperolehi sumber
yang betul dan tepat serta memahami kehendak soalan. murid kemudiannya dengan gembira
melengkapkan peta minda tentang cara-cara menghormati jiran sebelum mereka membuat
lembaran kerja yang saya edarkan.
Dalam keghairahan itu, saya juga tidak dapat lari dari menghadapi masalah pada
beberapa orang murid yang tidak mahir berbahasa Melayu. Kasihan mereka yang agak
tertinggal setiap kali aktiviti dijalankan. Bagi mengatasi masalah itu, saya telang meminta
Davisyina, seorang murid pintar untuk menjadi juru bahasa kepada saya dan mentor kepada
rakan mereka. Ini secara tidak langsung telah banyak membantu komunikasi antara saya dan
mereka.
Sistem Internet sekolah yang agak lambat capaiannya juga merupakan salah satu
kekangan yang saya hadapi sepanjang P dan P. Mungkin saya harus beralih kepada
penggunaan sumber lain seperti meminta murid membawa surat khabar dan majalah dari
rumah, lalu mencari gambar-gambar hidup berjiran melalui bahan tersebut.
Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil
beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain
kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara
menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian
seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin.
Walaubagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru
mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya
merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik
secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan keseimbangan dari segi JERI
merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga pendidik sesuai dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada masa hadapan, pengajaran pendidikan moral ini boleh menjadi satu
matapelajaran yang menarik untuk diajar. Sebagai guru, secara tidak langsung, matapelajaran
ini dapat membantu kita mengenali cara hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Bukan itu sahaja, Pendidikan Moral juga merupakan satu wadah dalam kita merealisasikan
konsep Nasional Negara ke arah pemupukkan perpaduan bangsa dan Negara.





















BIBLIOGRAFI
Mohd. Hapiz Mahaiyaddin (200IM), "Kepimpinan Orang Bukan Islam Dalam Negara
Islam Menurut Perspektif Siasah Syar'iyyah." (Tesis MA Syariah, Universiti Malaya).
Wan Hashim Wan Teh (1983M), Race Relatoins In Malaysia. Heinemann Educational Books
(ASIA) Ltd: Kuala Lumpur.
Abdul Monir Yaacob dan Sarina Othman ed. (1995M), Masyarakat Majmuk. Cetakan Pertama,
Kuala Lumpur: IKIM.

Anda mungkin juga menyukai