Anda di halaman 1dari 17

Rancangan pengajaran Pendidikan Moral tingkatan 4, KSSM

Mata Pelajaran Pendidikan moral


Tingkatan 4A
Tarik/ Hari 24/09/2019
Masa 07.00 pagi – 08.00 pagi
Bilang murid 20 orang
Tema Jati diri bermoral
Nilai Kepercayaan kepada Tuhan, kejujuran,
harga diri kerajinan dan bertanggungjawab
Tajuk Berperikemanusiaan untuk Kesejahteraan
Masyarakat
Standard kandungan 6.3 Berperikemanusiaan untuk
Kesejahteraan Masyarakat
Standard pembelajaran 6.3.1 Mentakrifkan maksud
perikemanusiaan.
6.3.2 Mengenal pasti perlakuan
berperikemanusiaan untuk kesejahteraan
masyarakat.
6.3.3 Menghuraikan kepentingan
berperikemanusiaan untuk kesejahteraan
masyarakat.
6.3.4 Meramalkan kesan pengabaian sikap
berperikemanusiaan untuk kesejahteraan
masyarakat.
Objektif pembelajaran 1. Murid dapat menyatakan secara lisan
maksud perikemanusian
2. Murid dapat menjelaskan tindakan
berperikemanusiaan untuk menjamin
kesejahteraan masyarakat
3. Murid dapat mengekpretasikan
kepentingan berperikemanusiaan dan kesan
pengabaian perikemanusiaan kepada
masyarakat melalui simulasi
Pengetahuan sedia ada murid Ajaran agama yang dianuti murid serta
melalui pembaca kediri

1|Page
Pendekatan Penjelasan Nilai
EMK Nilai murni
Bahan bantu mengajar Papan putih, pen maker, lembaran kerja,
Video pendek yang dipetik dari youtube
KBAT Analisis nilai, Penjelasan Nilai, Tindakan
nilai
Pentaksiran Lembaran Kerja
Kemahiran insaniah Kemahiran Komunikasi, Pemikiran Kritis dan
Kemahiran Penyelesaian Masalah
Pedagogi masa kini Pembelajaran Koperatif

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti Pembelajaran Catatan


Masa
Set Penerangan 1. Guru menayangkan video tentang Ditulis di papan
induksi guru berkaitan kes pembuangan bayi selama 3 objektif
(5 minit) dengan tajuk minit pembelajaran
pembelajaran 2. Pelajar diminta menjelaskan yang
pendapat mereka berkenaan video disediakan.
yang ditunjuk oleh guru. Semasa
sesi perkongsian idea oleh pelajar Pelajar beberapa
pendapat guru tidak mengkritik orang berkongsi
pendapat pelajar. secara lisan
3. Pelajar mendengar guru pendapat mereka
menjelaskan perkaitan video yang berkenaan
di tunjukkan dengan kehidupan tingkahlaku
seharian iaitu perlakuan sifat berperikemanusiaan
keperimanusiaan yang diamalkan yang diamalkan
dalam kehidupan seharian. dalam kehidupan
4. Pelajar dalam keadaan sedia seharian.
mendengar penerangan guru
berkenaan
 Definisi keperimanusian

2|Page
 Tindakan yang
menunjukkan sifat
keperimanusiaan yang
dapat menjamin
kesejahteraan hidup
 Menerangkan kepentingan
keperimanusiaan dan kesan
pengabaian sifat
keperimanusiaan dalam
kehidupan seharian

Langkah 1 Pembahagian 1. Murid akan dibahagikan kepada Setiap kumpulan


(5 minit) kumpulan empat buah kumpulan yang akan terdiri daripada 5
ditetapkan oleh guru berdasarkan orang.
kepada kiraan nombor satu hingga
empat seperti arahan yang akan
diberikan.
2. Guru akan memberi arahan kepada
murid tentang tempat kedudukan
bagi setiap kumpulan yang telah
ditetapkan mengikut kesesuaian.
3. Semua murid diminta untuk
bergerak ke dalam kumpulan
masing – masing seperti yang telah
ditetapkan secara teratur.
Langkah 2 Penerangan 1. Guru akan memberikan Sumber utama guru
(15 minit) tugasan penerangan tentang tugasan adalah berpandukan
berkumpulan kumpulan yang perlu dilaksanakan DSKP tingkatan 4
dan sesi soal oleh semua murid yang dan Tingkatan 5 –.
jawab berpandukan kepada situasi Pengisian aktiviti
tentang perbuatan keperimanusian berdasarkan
seperti yang dicadangkan dalam cadangan di dalam
DSKP tingkatan 4 dan tingkatan 5 DSKP Tingkatan 4
2. Semua kumpulan murid diminta dan 5, KSSM.
untuk menunjukkan cara dengan

3|Page
menggunakan kaedah main Cadangan isu moral
peranan berdasarkan kepada yang digunakan
situasi yang dinyatakan. adalah kes
3. Guru akan meminta 4 orang murid pembuangan bayi
untuk menunjukkan contoh dan kes penderaan
perlakuan berperikemanusiaan kanak-kanak
yang dilakukan dalam kehidupan
seharian berdasarkan gambar yang Semua kumpulan
ditunjukkan oleh guru. diberikan maklumat
4. Guru memainkan peranan dengan berkenaan dengan
memberi situasi perlakuan isu kes pembuangan
berperikemanusiaan untuk bayi dan penderaan
menambahkan pemahaman murid kanak sebagai
melalui penggunaan grafik/gambar sumber utama
situasi. perbincangan.
5. Guru akan bertanya soalan spontan
kepada murid yang akan dipilih. Rujuk lampiran 1
Soalan adalah seperti berikut: dan lampiran 2
Apakah yang anda faham tentang
lakonan melalui gambar situasi
yang dipersembahkan oleh rakan.
6. Seterusnya, guru akan menyoal
murid dengan beberapa soalan
tambahan lain. Antara soalan-
soalan tersebut adalah seperti
berikut:
I. Apakah perasaan anda
apabila melihat kejadian
pembuangan bayi yang
berlaku di hadapan anda?
II. Jelaskan tindakan anda
sekiranya melihat
penderaan kanak-kanak
berlaku di kawasan
kejiranan anda?

4|Page
III. Mengapakah setiap
manusia perlu bersikap
perikemanusiaan, beri
pendapat anda.
7. Guru akan merumuskan setiap
jawapan yang akan diberikan oleh
murid dan mengaitkannya dengan
melalui contoh dalam kehidupan
yang sebenar yang berlaku dalam
masyarakat Malaysia.
8. Guru juga akan membuka ruang
soal jawab kepada murid – murid
lain yang berkaitan dengan tajuk
dan aktiviti yang dibincangkan
9. Selain itu, setiap murid digalakkan
untuk memberi cadangan tentang
aktiviti yang sesuai serta boleh
dilaksanakan pada pdpc yang
seterusnya nanti.

Langkah 3 Perbincangan 1. Guru akan mengagihkan 5 set Penggunaan traffic


(15 minit) dalam kertas A4 berlainan warna kepada light , murid akan
kumpulan setiap kumpulan murid iaitu 3 helai menunjukkan warna
kertas untuk satu kumpulan. merah menandakan
2. Setiap kumpulan diminta untuk mereka memerlukan
melabelkan kertas A4 tersebut bantuan. manakala
mengikut nombor kumpulan yang warna hijau
ditetapkan agar memudahkan menunjukkan
perlaksanaan tugasan yang akan mereka faham dan
diberikan. warna jingga
3. Guru akan menjelaskan dengan menunjukkan
lebih lanjut tentang empat situasi mereka kurang pasti
yang berbeza yang berkaitan dengan persoalan
tentang tindakan yang yang dikemukakan.
berperimanusia dan tidak
Setiap

5|Page
berperimanusia kepada setiap kumpulan
kumpulan murid. diperuntukkan
4. Guru akan memberikan masa untuk masa selama 3
setiap kumpulan murid bagi minit untuk
mengemukakan soalan berkaitan melakonkan
dengan tugasan yang diberikan. dialog tersebut
Murid menggunakan Traffic light
sekiranya murid memerlukan Semua ahli
bantuan guru. kumpulan perlu
5. Setiap kumpulan murid dikehendaki terlibat dalam
untuk membuat perbincangan lakonan.
secara kolobaratif tentang
perlakuan perikemanusiaan Fokus
berdasarkan kepada situasi yang perbincangan
akan diberikan. tentang
6. Setiap ahli kumpulan murid perlu keadaan yang
melibatkan secara aktif dalam sesi berlaku dalam
perbincangan yang telah ditetapkan masyarakat
oleh guru. Malaysia.
7. Semua isi perbincangan hendaklah
dicatatkan di dalam kertas A4 yang
disediakan oleh guru kepada setiap
kumpulan iaitu satu situasi di dalam
satu kertas A4.
8. Setiap kumpulan pelajar perlu
menyatakan kepentingan tindakan
keperimanusiaan dan kesannya
apabila diabaikan.
9. Guru akan memantau aktiviti
perbincangan yang dilaksanakan
oleh setiap kumpulan murid dan
akan membantu murid untuk
menyatakan idea masing – masing
berkenaan dengan tugasan yang
diberikan oleh guru.

6|Page
10. Guru akan meminta setiap
kumpulan murid untuk membuat
dialog yang bersesuaian
berdasarkan kepada situasi yang
telah dinyatakan dalam penerangan
tugasan tersebut.
Langkah 4 Mempersemba 1. Guru akan menetapkan tempoh dan Rujuk lampiran 3;
(15 minit) hkan lakonan giliran untuk setiap sesi lakonan Senarai tugasan
dialog. dialog yang dilaksanakan oleh murid
semua kumpulan murid.
2. Guru juga akan memberi sedikit
penerangan tentang perkara-
perkara yang perlu ada dalam Setiap
setiap sesi lakonan dialog yang kumpulan
akan dipersembahkan oleh setiap diperuntukkan
kumpulan murid. masa selama 3
3. Seterusnya, guru akan meminta minit untuk
setiap kumpulan murid untuk melakonkan
mempersembahkan lakonan dialog dialog tersebut.
di hadapan kelas dengan
menggunakan kaedah main Semua ahli
peranan berdasarkan kepada kumpulan perlu
situasi yang diberikan oleh guru. terlibat dalam
4. Kemudian, guru meminta mereka lakonan.
untuk melakonkan tindakan yang
menunjukkan perlakuaan
perikemanusiaan dan perlakuaan
yang tidak menunjukkan tindakan
perikemanusia
5. Setiap murid dalam kumpulan perlu
melibatkan diri secara aktif dalam
persembahan kumpulan tersebut.
6. Selain itu, setiap kumpulan murid
boleh mempersembahkan lakonan
dialog tersebut mengikut kreativiti
kumpulan masing – masing.

7|Page
7. Guru akan bertanya kepada setiap
kumpulan tentang kewajaran
perlakuan yang dilakukan oleh
murid berdasarkan dialog yang
dilaksanakan oleh setiap kumpulan.
8. Guru juga akan berbincang dengan
semua murid tentang lakonan
dialog yang dilakukan oleh mereka
dan meminta pandangan murid-
murid berkaitan dengan tindakan
yang sesuai berdasarkan sesuai
dilakukan dalam situasi yang
tertentu dalam kehidupan realiti
sebagai pelajar sekolah
Penutup Hasil dapatan 1. Guru akan meminta murid untuk Murid diminta
(5 minit) murid dan menyatakan tentang hasil dapatan untuk
kesimpulan daripada tugasan dan aktiviti yang membuat
dilaksanakan dengan merumus penjelasan di
secara keseluruhanya. hadapan kelas
2. Guru juga meminta pandangan dan
pendapat murid tentang tindakan
perikemanusiaan wajar dilakukan
oleh seseorang bagi menjaga
kesejteraan hidup
3. Selain itu, guru juga bertanya
tentang penerapan nilai – nilai
murni yang terdapat dalam aktiviti
yang dilaksanakan oleh semua
kumpulan murid.

8|Page
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:

Refleksi:

9|Page
Lampiran 1

Kes buang bayi

PUNCA-PUNCA KES PEMBUANGAN BAYI


Marcapada ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial
ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi. Kini, nama Malaysia
begitu tersohor di pentas dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan
kejayaan yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Namun begitu, di sebalik
kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama
bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi. Persoalannya,
apakah faktor pencetus utama masalah ini kerana ada asap ada apinya? Mengapakah hal ini
boleh berlaku? Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama
merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Biasanya golongan remaja
yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan
agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan
dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja
yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut,
remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu
meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempattempat seperti tandas awam, tong sampah,
tepi longkang dan sebagainya. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan
masalah kes pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda,
remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila
mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan
mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat,
tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan
bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks
rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung.
Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka. Sehubungan
dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan
masalah sosial ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah,
sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya. Secara
tidak langsung, remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya.
Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah
dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Kesimpulannya,
terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku. Masalah ini
seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-langah yang
efektif sebelum keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara. Dalam
hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan
masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat”.
Lampiran 2
Kes penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami
isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak
justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah
berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan
tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.
Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana
sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita
di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada
antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.
Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat
kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan
tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil
memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu
bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek
kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa
yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung
rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan
yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah
keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak
meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa
sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang
dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan
kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah
pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang
berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar.
Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering
berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya
pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga
kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap
masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-
Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya
seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-
Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak
menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah
kepada kita.
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara
cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi
menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang
mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa
keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan
tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh
mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan
hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak.
Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera
berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak
berperikemanusiaan.
Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan
pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.
Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan
tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas
tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri
dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh
agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset
penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah,
anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika
mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka
akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan
jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak
malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.
Lampiran 3
Tugasan berkumpulan pelajar

Situasi 1
Bayi ditemukan dalam tong sampah oleh seorang pekerja pembersihan. Gambar situasi yang
berlaku pada ketika itu berdasarkan nilai-nilai murni yang anda pelajari

Situasi 2.
Gina mendapati rakannya Tasya telah mengandung bawah umur. Namun demikian, Gina
tidak menyisihkan rakannya atas kesilapan yang dilakukan oleh sahabatnya Tasya. Jelaskan
tindakan perikemanusian yang patut dilakukan oleh Gina.

Situasi 3
Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan, mereka mempunyai hak untuk mendapatkan
keselamatan, pendidikan yang sempurna, mendapatkan keperluan asas dan penjagaan
kesihatan. Namun terdapat individu yang tidak bertanggungjawan yang exploitasi kanak-
kanak untuk tujuaan tertentu. Lakonkan satu peristiwa penganiayaan kanak-kanak.

Situasi 4
anda telah melihat satu kejadian penderaan kanak-kanak di kawasan kejiranan anda.
Jelaskan tindakan anda berhubung kes tersebut.
Lampiran 4
Aktiviti Pengayaan

1. Ibu bapa tidak seharusnya mendera anak kerana anak merupakah amanah yang
diberi Tuhan. Anda bersetuju dengan pernyataan ini. Beri hujah anda berdasarkan
satu nilai murni yang telah anda pelajari. (3m)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Sebab-sebab kanak-kanak perlu diberi perlindungan (2m)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Jelaskan tindakan yang anda lakukan apabila melihat kes penderaan berlaku di
kawasan kejiranan anda. (4m)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2018). Dokumen standars kurikulum dan pentaksiran.


Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok
E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai