Anda di halaman 1dari 1

Objektif

Objektif inovasi smart notes adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran
pendidikan moral. Aplikasi Smart notes dapat mengubah persepsi pelajar tentang
kepentingan mata pelajaran pendidikan moral. Pelajar merasakan mata pelajaran pendidikan
morak membosankan. Hal ini menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian semasa
Pdpc berlangsung di dalam kelas.

Pelajar juga kurang berminat membaca buku teks dan nota bercetak. Oleh itu, smart notes
dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca nota kerana smart notes adalah multimedia
interaktif yang menarik yang mempunyai pelbagai fungsi seperti video, grafik, animasi dan
audio. Kepelbagaian fungsi smart notes dapat menarik minat pelajar untuk membaca nota-
nota yang berasakan digital.

Selain itu, pengunaan smart notes dapat memudahkan pelajar dan guru menyimpan
maklumat secara berkesan. Pelajar boleh mengekses nota-nota yang disediakan oleh guru
dengan memuat turun nota-nota tersebut melalui aplikasi focusky,

Objektif smart notes juga untuk mengurangkan pengunaan kertas sebagai bahan bantu
mengajar. Dengan mengunakan aplikasi smart notes dalam pengajaran dan pembelajaran
guru dapat mengurangkan pengunaan kertas. Guru mengedarkan nota-nota kepada pelajar
melalui email dan bar code yang disediakan sekiranya pelajar mengunakan telefon bimbit.
Guru juga boleh memaparkan smart notes mengunakan LCD di dalam kelas.

Obektif seterusnya adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan
menjaga air daripada tercemar. Smart notes yang dibina menekakan topik-topik berkaitan
dengan alam sekitar iaitu pencemaran air. Pembinaan smart notes diharapkan dapat
melahirkan generasi muda yang berilmu untuk menjaga kelestarian alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai