Anda di halaman 1dari 11

NAMA KRUSUS:

GGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIIDKAN

SEMESTER / SESI:

SEMESTER 1 2023 / 2024

TUGASAN:

10 GAMBAR INOVASI BERKAITAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENSYARAH:

LT. KOL. PROF. MADYA MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA PELAJAR:

MAIZATUL ADAWIYAH BINTI ISHA

(A193971)
1. Galaxy Tab Kids

Galaxy Tab Kids ini digunakan untuk pembelajaran awal kanak-kanak. Alat ini dilengkapi
dengan buku digital, permainan dan hiburan. Alat ini dapat mengelakkan daripada kanak-
kanak menggunakan telefon pintar dengan terlalu lama kerana alat ini mempunyai
pengurusan masa dimana ia akan mengunci alat ini apabila digunakan dengan terlalu lama.
Alat ini juga dapat mengelakkan daripada kerisauan ibu bapa terhadap anak-anak mereka
daripada terdedah kepada perkara-perkara negatif. Alat ini dapat membantu kanak-kanak
yang berkeperluan khas ataupun normal untuk menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran
terutama dalam meningkatkan kemahiran membaca, mengira menulis dan sebagainya.
2. LCD Projector

Projektor LCD berkaitan dengan kepelbagaian warna. Reka bentuk LCD menjana tenaga
warna yang lebih baik. Projektor LCD akan memberikan imej yang lebih hebat dan
memberangsangkan. Projektor LCD juga menghasilkan imej yang tajam. Ini memberi lebih
keyakinan apabila menggunakan projektor untuk video, tetapi lebih kepada melihat paparan
data terperinci pada skrin. Projektor LCD masih menghasilkan imej yang lebih tajam dalam
kelasnya yang tersendiri. Projektor LCD ini mudah dibawa kemana-mana kerana ia sangat
ringan. Kegunaan projektor LCD ini dapat memaparkan topik pembelajaran yang ingin
dibincangkan didalam kelas. Ia memudahkan para guru untuk menerangkan sesuatu topik
tanpa menulis dipapan putih. Ia juga dapat menarik perhatian pelajar untuk menuntut ilmu.
3. Finger Reader

Finger reader ini amat berguna kepada orang yang kekurangan keupayaan dalam penglihatan.
Finger reader ialah sebuah cincin yang boleh dipakai oleh orang buta bagi membaca buku
biasa. Ianya adalah projek yang sedang dibangunkan untuk membantu golongan yang
mempunyai masalah penglihatan dengan menggunakan teknologi pengenalan teks. Finger
Reader mempunyai kamera yang mengimbas bahagian buku yang ditunjuk jari si pembaca
buta dan kemudian menukarkan teks kepada suara menggunakan perisian khas. Finger reader
ini dicipta berdasarkan buku braille. Ini kerana buku braille ini sukar dibaca kerana terlalu
tebal menyebabkan orang buta kurang tertarik dengan membaca buku ini. Dengan adanya
finger reader ini, menyebabkan orang buta mudah dan cepat untuk membaca dan memahami
isi kandungan dalam pelbagai buku.
4. V-PEN AAC

Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran selalunya mengalami kesukaran dalam


membaca. Pen berteknologi yang dinamakan V-Pen merupakan pen elektronik yang boleh
bercakap dimana ia mampu membaca huruf, perkataan atau simbol dari kertas. Ia
mempunyai dua papan ejaan dan tujuh pelekat. Ia juga dapat membantu murid untuk
mempelajari setiap perkataan secara ulangan disamping ia dapat membantu guru dalam
menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus. Guru juga boleh membeli V-Board simbol dan
perisian VoiceInk untuk membuat papan sendiri. Papan VoiceInk juga boleh diakses
menggunakan aplikasi VoiceInk percuma pada iPad. Murid yang berkeperluan khas bukan
sahaja dapat mempelajari di sekolah tetapi ia juga boleh dipraktikkan di rumah dengan
menggunkan iPad.
5. Smartboard

Smartboard ialah papan interaktif yang boleh digunakan dalam bilik darjah untuk
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Smartboard membolehkan guru dan pelajar
untuk menulis, melukis, menyentuh, menggerakkan dan berinteraksi dengan pelbagai bahan
digital seperti teks, imej, video dan audio. Smartboard juga boleh disambungkan dengan
komputer dan internet untuk mengakses sumber-sumber pendidikan yang luas dan menarik.
Smartboard ini juga boleh membantu pengajaran itu lebih menarik apabila ia digunakan
untuk mencipta sesuatu permainan yang menarik.
6. Microsoft Teams

Microsoft Teams ini mula diperkenalkan sewaktu pendemik covid-19. Kegunaan Microsoft
teams ini dapat meningkatkan semua aspek dalam kehidupan terutama sekali dalam
pendidikan. Microsoft teams ini dapat membantu guru, pensyarah dan pelajar untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Ia dapat memudahkan para
pendidik dan pelajar dalam menuntut ilmu. Microsoft teams merupakan hab digital yang
digunakan oleh semua pelajar dan guru di seluruh dunia. Ia juga dapat membantu untuk
berkomunikasi antara guru dan pelajar. Dalam Microsoft teams ini guru boleh meletakkan
maklumat atau file dalam ruang yang disediakan dalam Microsoft teams serta dapat
membezakan kegiatan guru dan pelajar.
7. Google Classroom

Dengan rasminya Google Classroom telah menjadi pelantar pembelajaran menggantikan Frog
VLE. Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra
pengguna dan ringan. Dengan adanya google classroom ini, guru dapat menyimpan senarai
murid serta dapat memberi perhatian yang khusus kepada murid. Ini kerana google classroom
boleh membantu guru menghantar mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini
sangat membantu guru dalam memberikan perhatian khusus kepada murid-murid tertentu.
Dalam google classroom ini juga terdapat senarai semua tugasan dan rekod markah. Guru
juga boleh membuat peperiksaan dalam google classroom ini.
8. Pen Masa Kini

Kemajuan teknologi masa kini telah membawa arus yang baru dalam era penciptaan
teknologi. Kegunaan pen sebelum ini hanya sebagai bantuan untuk menulis dan sebagainya.
Tetapi dengan penciptaan teknologi ini dapat mencipta teknologi pen yang baru yang
dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang terkini. Teknologi pen yang terkini ini mempunyai
ciri-ciri spesifikasi seperti mempunyai spy kamera dan usd (thumb drive) yang dapat
menyimpan maklumat yang diperlukan. Pen ini juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja
kerana rekaanya yang kecil dan memenuhi citarasa pengguna. Ini memudahkan guru ataupun
pelajar untuk meletakkan maklumat atau tugasan di dalam thumb drive itu supaya semua
maklumat tidak mudah hilang.
9. Phomemo Protable Printer Wireless

Memiliki portable printer dapat memudahkan mencetak gambar atau dokumen walau di mana
jua pada bila masa-masa. Rekaan yang kompak dan juga penggunaan bateri padanya
sekaligus senang untuk dimuatkan dalam beg sandang. Protable printer ini boleh
memudahkan para pelajar dan guru untuk mencetak tugasan. Protable printer ini juga boleh
menggunakan telefon pintar dengan memasang bluethooth dan ia boleh mencetak semua jenis
file dan sebagainya. Ia juga boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana ia ringgan serta harga
yang berpatutan dan pelajar mampu untuk membelinya.
10. Kaca mata E Sight untuk orang buta

Walaupun kebanyakan peranti penglihatan meningkatkan visi jarak dekat atau penglihatan
jarak jauh, Ottawa-basedeSight Eyewear dapat menyesuaikan secara automatik dengan apa
sahaja yang pengguna itu sedang mengkaji, sama ada ia sebuah buku 12 inci atau skrin TV 12
kaki. Teknologi yang sebenar kelihatan seperti sepasan cermin mata hitam besar futuristik
disambungkan kepada unit pengawal kecil. Cermin mata yang mengandungi kamera definisi
tinggi yang boleh menarik apa sahaja yang pengguna itu sedang mengkaji dan kemudian
projek-projek yang dalam masa sebenar ke dua skrin di hadapan mata seseorang. Imej-imej
boleh diperibadikan untuk saiz, warna dan kontras bergantung kepada keperluan pengguna.
Kaca mata ini tidak berfungsi untuk semua jenis rabun dan buta tetapi ia meningkatkan
penglihatan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai