Anda di halaman 1dari 10

NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

10 Contoh Inovasi Dalam Pendidikan

1. Kipin ATM

KIPIN ATM merupakan mesin pintar yang direncanakan oleh Kementerian Pendidikan
dan kebudayaan Indonesia bertujuan membantu para pelajar belajar dengan lebih cepat
dengan cara yang tlebih menarik. Mesin ini mempunyai bentuk seperti mesin ATM
sehingga disebut sebagai KIPIN ATM. Didalam alat ini terdapat pelbagai skop
pembelajaran yang lengkap seperti buku buku pelajaran, latihan video pembelajaran, dan
juga novel komsas.

Kipin atm juga sudah dilengkapi dengan jalur prabayar sehingga sekolah tidak perlu
menyediakan perangkai jalur lebar lagi untuk mesin ini. Selain pelajar, para guru juga dapat
mengakses mesin ini dengan begitu, tugas guru lebih mudah untuk mengajar dengan cara
yang lebih kreatif sehingga pelajar lebih minat untuk menuntut ilmu.

1
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

2. E- Learning

E-learning merupakan kaedah inovasi yang tidak asing lagi buat kita sejak pandemik
Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia baru-baru. E-learning ini adalah sistem
pembelajaran yang memanfaatkan teknologi komputer dan internet sebagai media
pembelajaran. Pelajar bagi dapat mengakses bahan-bahan pelajaran sama ada ia berbentuk
video, gambar, teks ataupun suara dimana saja tanpa perlu bersemuka dengan para
pengajar.

Selain itu, penggunaan pembelajaran seperti bahan-bahan yang dapat dimuat turun pelajar,
ujian online atau sistem penilaian pelajar dan lain-lain disediakan dalam bentuk website.
Sistem pembelajaran e-learning umumnya tidak mampu menggantikan model belajar
konvensional di kelas, tapi hanya sebagai pendukung kegiatan belajar mengajar pelajar dan
memberikan kemudahan para pengajar dalam menyampaikan informasi kepada pelajarnya.
Tetapi dengan keadaan pandemik masa kini ia merupakan satu kaedah yang paling sesuai
digunakan bagi mengurangkan pengularan wabak tersebut.

2
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

3. Perpustakaan Digital.

Berdasarkan Association of Research Libraries (ARL) perpustakaan digital bertujuan


adalah untuk memberikan kelancaran dalam proses pengembangan yang sistematik
dengan cara menyimpan, mengumpulkan, dan mengorganisasi pengetahuan dan informasi
dalam format digital dengan lebih mudah dan efektif.

Dengan wujudnya perpustakaan digital ini para pelajar dapat mengakses buku-buku dalam
bentuk digital dan mempelajarinya. Jadi para pelajar tidak perlu bersusah payah untuk
datang ke perpustaan secara langsung atau harus membeli buku dalam bentuk fizikal.
Secara tidak lansung dapat menjimatkan wang daripada membeli buku secara fizikal. Tentu
saja ini menguntungkan kerana pelajar boleh mengaksesnya dimana saja dan bila-bila masa
sahaja.

3
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

4. Smart Board

Melalui papan putih interaktif yang dikenali dengan nama Smart Board ini, ia memerlukan
sokongan daripada projektor untuk memancarkan imej pada papan putih khas, dimana
bukan sahaja ia boleh digunakan bagi menjalankan sesuatu perisian dan sebagainya, malah
boleh turut sama digunakan untuk menulis seperti pada papan putih biasa.

Selain itu, smart board ini juga turut didatangkan bersama sokongan multi-touch yang
membolehkan para pengguna menggunakannya dengan menyentuh menggunakan dua
ataupun pada lebih lokasi pada sesuatu masa. kebiasanya ia digunakan dalam membesarkan
sesuatu objek dan sebagainya.

4
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

5. Finger reader.

Finger reader merupakan teknologi yang paling sesuai digunakan bagi mengembangkan
usaha dalam membantu pembelajaran bagi pelajar yang mengalami masalah penglihatan
seperti buta dan cacat penglihatan. Finger reader berbentuk cincin yang sangat tebal dan
diletakkan di jari sebagai alat scan yang mampu membaca dan menafsirkan 12 titik teks
yang akan dicetak.

Alat ini memiliki getaran yang kecil sehingga dapat memeritahu pengguna apabila
menyimpang dari baris lain. Alat ini berpotensi untuk membantu dan mengajar pelajar-
pelajar yang ada masalah dalam penglihatan supaya dapat belajar membaca dan
menterjemahkan ke bahasa hari demi hari.

6. Visualizer

5
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

Visualizer merupakan satu alat yang perlu yang perlu disambungkan Bersama projector
untuk memaparkan di layer skrin. Visualizer digunakan untuk memudahkan para pengajar
menunjukkan penulisan dan langkah- langkah dengan hanya menulis di atas sehelai kertas
atau sebagainya di bawah visualizer ini. Jadi Ia lebih mudah untuk digunakan.

Visualizer ini juga dapat membesarkan dan mengecilkan imej mengikut keperluan
pengguna. Dengan menggunakan visualizer ini, para pengajar dapat menunjukkan bahan
pengajaran dalam bilik atau dewan yang besar yang dapat memiliki kapasiti pelajar yang
lebih ramai.

7. Mikroskop

6
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

Untuk anda yang melibatkan diri dalam jurusan institusi pengajian tinggi terutamanya
dalam bidang sains atau kesihatan, pasti sering memerlukan bantuan dari teknologi
mikroskop. Mikroskop serlalu digunakan sebagai alat praktikum yang berfungsi untuk
melihat objek mikroganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Mikroksop digunakan sebagai alat bantu untuk melihat organisma yang berukuran saiz
kecil seperti bakteria, sel makhluk hidup, dan sebagainya. Hal tersebut sangat membantu
para pelajar untuk lebih memahami bahan yang diajarkan. Bukan sahaja dengan hanya
menggunakan teori, malah juga mempraktikannya.

8. Printer

7
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

Printer merupakan alat teknologi yang tidak janggal lagi buat kita semua.
Seperti sedia maklum fungsi printer adalah mencetak file/dokumen dari komputer atau alat
gadget ynag ke media kertas atau yang lainnya. Dalam printer terdapat istilah dpi yang
menunjukkan resolusi sebuah perangkat printer. Istilah dpi merupakan singkatan dari dot
per inch. Yang bermaksud dpi menunjukkan terdapat jumlah titik yang ada seluas 1 inch.
Semakin besar dpi printer, maka semakin bagus kualiti cetakannya.

Semakin beredar masa, semakin bertambah kemajuan inovasi terhadap printer ini. Ada juga
printer yang tidak lagi memerlukan wayar usb untuk menyambung di gadget untuk
mencetak file/ maklumat atau sebagainya malah hanya dengan menggunakan kaedah
Bluetooth dan wireless menggunakan internet.

9. Mikrofon

8
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

Mikrofon digunakan dalam pelbagai alatan seperti telefon, alat bantu dengar, sistem
hebahan awam untuk dewan dan majlis yang melibatkan orang ramai. Selain itu, mikrofon
juga berfungsi sebagai pengecaman pertuturan, dan sistem Suara melalui Protokol Internet
serta bertujuan bukan akustik seperti penderia ultrasonik atau penderia ketukan (knock
sensors). Para pengajar selalu menggunakan mikrofon di Kawasan yang melibatkan
kapasiti pelajar yang ramai seperti semasa perhimpunan, membuat pengumuman dan juga
Ketika berada dalam dewan atau bilik seminar.

Mikrofon ini dapat memastikan maklumat yang disampaikan adaalh jelas dan dapat
didengari oleh semua pelajar. Mikrofon juga terdiri daripada beberapa jenis seperti
mikrofon berwayar dan mikrofon wireless. Dengan adanya mikrofon wireless pengguna
dapat bebas bergerak Ketika bercakap.

9
NURANIZA HANIM BINTI MOHD NADZRI | A181077

10. Pendrive

Pendrive merupakan perkara yang wajib pelajar miliki sama ada pelajar sekolah menengah
ataupun pelajar institusi pengajian tinggi. Pendrive adalah alat yang mempunyai fungsi utama
untuk menyimpan data. Tidak kira data apa pun itu, sama ada foto, file office, master aplikasi,
video, dan file-file sebagainya asalkan ukurannya tidak melebihi kapasita penyimpanan pendrive
tersebut. Untuk kapasiti penyimpanan, flash disk memiliki ukuran yang berbeza-beza. bermula
dari 512 MB, 1 GB, 2GB, 4GB, 8 GB, dan 32 GB. Setiap tahun, pendrive selalu dikembangkan
dengan kapasiti penyimpanan yang lebih besar lagi. Bahkan ada juga bahwa pendrive terbaru yang
memiliki kapasiti hingga 1 TB atau setara 1024 GB.

Selain itu, pendrive bukan sahaja berfungsi sebagai penyimpan data malah pelbagai fungsi yang
dapat dimanfaatkannya. Antaranya, sambungkan pendrive kepada telefon bimbit, boleh dijadikan
sebagai RAM dan dapat run software.

10

Anda mungkin juga menyukai