Anda di halaman 1dari 7

KURSUS:

GGGE 2213 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER 1 SESI 2023/2024

TAJUK:
10 GAMBAR INOVASI DAN SPESIFIKASI BERKAITAN TEKNOLOGI DALAM
PENDIDIKAN

PENSYARAH:
L.T KOL. PROF. MADYA. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA PELAJAR:
AINA ADIBAH BINTTI AZLAN (A186669)
1. Pengimbas Tanpa Wayar

Pemindai Skyp-X adalah peranti kecil yang mudah dibawa kemana-mana sahaja. Ini
membantu para guru untuk mengumpulkan segala informasi untuk membuat pembelajaran di
dalam kelas dengan cara yang paling mudah. Guru dapat menggunakannya untuk berkongsi
pengetahuan mereka tentang teknologi dan idea-idea baru untuk mengajar. Selain itu, kelebihan
yang lainnya adalah guru dapat menyimpan salinan kertas-kertas penting secara digital agar tidak
kotor atau hilang. Semua informasi disimpan pada kad mikroSD yang boleh digunakan pada masa
akan datang.

2. Projektor Berteknologi Tinggi

Projektor berfungsi untuk menayangkan video dalam tayangan yang lebih jelas
walaupun saiz video berat atau besar. V-Star adalah gajet yang kecil, padat dan mudah alih
serta tidak terlalu berat. Ia mudah dibawa dan dimuatkan dalam mana-mana saku atau beg
bimbit. Guru mampu mengadakan kelas tambahan dengan mudah disamping mewujudkan
suasana pembelajaran yang kreatif. Gajet ini berupaya menunjukkan teks ayat dengan jelas
dan terang untuk pembentangan dan juga persembahan klip video.
3. Visualizer Camera

Visualiser Kamera ialah alat ICT (Information & Communication Technologies) yang kos-
efektif, menjimatkan masa, dan mudah di gunakan. Guru hanya perlu menyambung visualiser
kamera pada projektor atau monitor atau papan interaktif dan menghidupkannya. Kemudian, objek
diletakkan di bawah kamera untukvdipaparkan dibawah kamera. Visualiser Camera merupakan
alat pengajaran yang fleksibel yang membenarkan pengajar memaparkan apa sahaja daripada
sehelai kertas kepada sebuah piano, dalam pelbagai warna, atau seseorang di dalam bilik. Guru
boleh mengarah, menerangkan, membesar dan mengecilkan, atau memperoleh pandangan yang
berbeza dengan mumutarkan lengan/kamera visualiser kamera. Visualiser yang flexibel ini
membantu pangajar dan pelajar menunjukkan kreativiti mereka semasa menggunakannya.
4. Switcher Kelas

Fungsi utama alatan ICT ini adalah untuk menghidupkan ataupun mematikan beberapa
jumlah saluran speaker kelas hanya dengan satu suis sahaja. Selain itu, ia juga boleh
menghidupkan atau mematikan satu group saluran speaker kelas hanya dengan satu suis. Setiap
saluran memiliki indikator lampu yang menyala pada saat saluran aktif sehingga mudah untuk
diketahui. Jumlah saluran tidak terbatas. Penggunaan alatan ini lebih kelihatan profesional.

5. Tablet Tanpa Wayar

Tablet ini juga boleh digunakan sesuai dengan perubahan zaman. Tablet tanpa wayar ini
berfungsi dengan amat baik bagi pelajar yang mahu kan kelainan dalam melaksanakan tugasan
selain menulis di atas kertas. Guru dan pelajar juga dapat memuat turun pelbagai bentuk aplikasi
atau laman sesawang sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah agar sesi
p&p lebih menarik dan komunikasi berkesan antara dua hala. Penggunaan tablet pada abad ini kian
popular dan semakin tinggi nilai dalam pasaran. Pelajar boleh menggunakan tablet ini untuk
mencatat nota tanpa menggunakan kertas ataupun pen.
6. Student Response System

Di Negara barat, kebanyakan sekolah menyediakan alat yang membantu pelajar untuk
memberi respons terhadap pembelajaran yang sedang berlangsun. Ia dinamakan sebagai student
response system. Alat ini membantu guru dan pelajar untuk lebih terlibat dalam sesi p&p yang
sedang berlangsung.

7. Peranti Siswa

Kerajaan telah membuat inisiatif PerantiSiswa di bawah Belanjawan 2022 yang


diterajui oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) dengan kerjasama daripada
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Peranti ini memudahkan pelajar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan pembelajaran
secara atas talian.

8. Microsoft Teams
Microsoft teams adalah aplikasi di mana ia dapat menghubungkan titik antara pembelajaran
secara bersemuka ataupun dalam jarak jauh. Aplikasi ini adalah untuk pendidikan di mana ia
meghimpunkan semua orang dan segalanya dalam satu komunikasi untuk pelajar dan guru dari
semua peringkat gred.

9. Moodle

Moodle ialah sistem pengurusan pembelajaran (LMS) percuma dan sumber terbuka yang
ditulis dalam PHP dan diedarkan di bawah Lesen Awam GNU. Aplikasi ini memudahkan pelajar
dalam menyusun jadual harian kelas mereka hari-hari. Pelajar hanya perlu Menyusun jadual
mengikut kod kursus subjek yang diambil pada semester tersebut.

10. Quizizz
Quizizz merupakan platform pembelajaran berasaskan permainan yang membolehkan
pemain menjawab kuiz dan soalan dengan lebih menarik. Kuiz ini boleh dijawab di dalam mana-
mana peranti. Para guru dan pelajar boleh menggunakan aplikasi ini untuk menjadikan suasana
pembelajaran lebih kreatif dan menarik.

Anda mungkin juga menyukai