Anda di halaman 1dari 10

APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi


budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi
ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru kepada guru.
Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan
secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
Penggunaan ICT dalam proses PdP dan sesi PdPc banyak memberi kesan yang baik
kepada murid dan juga guru. Ia membantu warga pendidik menjalankan sesi PdPc dengan
lebih cekap, praktikal dan mampu menarik minat murid, sekali gus memaksimumkan
keberkesanan hasil pembelajaran. Tekonologi ini membolehkan guru membuat persiapan
lebih awal bagi menjalankan sesi PdPc, kerana guru dapat mencari sebarang maklumat
yang diperlukan berkenaan dengan pengajaran yang mahu disampaikan dengan lebih
pantas dan baik.

APLIKASI KUIZ ATAS TALIAN

Ada pelbagai aplikasi kuiz yang boleh digunakan oleh warga pendidik secara
percuma. Antaranya Kahoot!, Quizizz, Socrative, Google Form, Plickers, Edpuzzle, FrogPlay
dan lain-lain lagi.
Kahoot! misalnya merupakan aplikasi online yang membolehkan guru membina kuiz
interaktif terdiri daripada soalan pelbagai pilihan, serta boleh menambah pelbagai media
seperti imej, gambar rajah dan video ke dalam soalan-soalan yang dibina.
Plickers pula merupakan aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru yang
mempunyai akses internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid. Murid
akan menunjukkan jawapan mereka menggunakan kad Plickers.
Sementara itu Quizizz juga adalah aplikasi untuk membina kuiz interaktif. Kuiz yang
dibina boleh dijadikan kerja rumah untuk murid. Analisis jawapan murid juga boleh diperoleh
secara mudah dalam aplikasi ini.
APLIKASI GOOGLE

Aplikasi Google yang boleh didapati secara percuma ini, sememangnya banyak
membantu guru mengurus PdPc dengan baik. Aplikasi ini dapat mewujudkan “flipped
classroom” di mana murid boleh belajar mengikut keupayaan mereka sendiri dan di mana-
mana sahaja. Google Doc, Google Sheet, Google Slide, Google Form dan Google Drive
antara aplikasi yang sering digunakan oleh warga pendidik.

SLAID POWER POINT


PowerPoint adalah merujuk kepada perisian pembentangan dalam pengajaran.
Ianya mudah dipersembahkan melalui projektor slaid dari komputer ke skrin tayang.
Jika Kleenex terkenal dengan merujuk kepada mana-mana jenama tisu muka,
begitulah juga dengan Microsoft PowerPoint mewakili setiap perisian pembentangan
serupa termasuklah Corel presentation, Apple’s keynot dan banyak lagi yang berkaitan
dengan perisiannya. Namun begitu, perisian yang paling popular dan menjadi pilihan
guru ialah Microsoft PowerPoint.
Ramai guru menggunakan slaid PowerPoint sebagai alat paparan sewaktu
mengajar disebabkan oleh kemudahan yang sedia ada dengan menggunakan perisian
yang terdapat di dalamnya.

PENGGUNAAN CD-ROM
Kebanyakan buku-buku teks kini disertakan dengan CD-ROM dalam bentuk
versi digital sebagai panduan kepada guru dan pelajar, serta lain-lain bahan yang
berguna. Ia boleh menjadi sumber yang sangat baik, lebih-lebih lagi jika ia mempunyai
pautan penggunaan pada Internet. Kualiti dan nilai yang terdapat dalam cakera padat
jauh berbeza, tetapi sebagai teknologi pengajaran digital ianya adalah lebih daripada
perkara biasa, kerana sumber-sumber yang dibekalkan pada teks yang berkaitan
dengan CD-ROM menjadi semakin canggih.
BUKU TEKS DIGITAL
Merupakan sebuaj aplikasi pembaca bukan komersial untuk membaca fail
buku teks digital berpiawaian yang dibuat untuk pendidikan Malaysia. Ia direka khas
untuk mempunyai ciri-ciri yang menyokong kandungan multimedia, dan berkeupayaan
mudah alih. 
Di Malaysia, kerajaan telah menyediakan satu laman web yang telah
memuatkan semua bahan pengajaran dan pembelajaran melalui kementerian
pelajaran termasuk menyediakan buku teks. Semua ini bertujuan untuk memudahkan
para guru dan pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

GOOGLE HANGOUT, GOOGLE MEET DAN ZOOM


Pengalaman pembelajaran secara atas talian secara langsung (live) ataupun dalam
masa sebenar (real-time) dengan sekolah-sekolah lain menjadikan aktiviti PdPc berlangsung
secara interaktif dan kolaboratif. Ini merupakan satu gaya pembelajaran yang
menyeronokkan dan di luar daripada kebiasaan.
Dengan menggunakan Google Hangout, Google Meet dan Zoom, guru dan murid
dapat belajar bersama-sama dengan guru serta murid sekolah lain yang berbeza daerah,
negeri dan malah negara melalui sidang video.

WHATSAPP DAN TELEGRAM SEBAGAI PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Bagi tujuan menghantar dan menerima mesej sama ada di antara kumpulan atau
individu. Whatsapp dan Telegram menyediakan pelbagai fungsi. Contohnya, fail, audio, imej
yang dilampirkan kepada pautan dalam mana-mana laman web dan fail video yang boleh
dikongsi. Selain itu fenomena baru baru ini adalah selari dengan Teori Pembelajaran
Konstruktivis (Vygotsky, 1978). Teori ini membincangkan bagaimana interakasi sosial antara
pelajar dapat meningkatkan proses perkongsian maklumat secara tidak langsung membantu
membangunkan prestasi pembelajaran pelajar. Aplikasi ini memudahkan kerjasama antara
pelajar dan pengajar dalam talian yang disambungkan dari rumah atau di mana-mana jua
pun.
PENGGUNAAN APLIKASI PEMBELAJARAN MAYA GOOGLE CLASSROOM
Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google
untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan
dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah
untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar
Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran
tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan
Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui
kod persendirian, atau secara automatik diimport dari domain sekolah.

PENUTUP
Penggunaan teknologi dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru,
malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak
awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan. Dalam
konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan
pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran
dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Dengan adanya teknologi, guru dapat mempelbagaikan proses PdPc dan bukan
hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan. Kemahiran menggunakan aplikasi ini
membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan
lebih cepat serta efisien bagi digunakan dalam aktiviti pembelajaran.
RUJUKAN

Rozinah Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM


Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran
Berkesan, Terbitan UPM
Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd
Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat, Terbitan
UPM
Ong Teck Seng (2000) Kajian Tahap Penggunaan Internet di Kalangan Guru-Guru Sekolah
Menengah di Bahau, Negeri Sembilan, UPM
Zoraini Wati Abas (1993) Komputer dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai,
pp 31.
Nik Azis Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan Guru (77)
Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional : Sikap Guru,
Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT, Seminar Pendidikan 2005, UTM
Household Use The Internet Survey by Malaysian Communications and Multimedia
Comission

LAMPIRAN
KAHOOT DAN QUIZZIZ

LATIHAN MELALUI GOOGLE FORM


POWER POINT DALAM PEMBELAJARAN
BUKU TEKS DIGITAL

WHATSAPP DAN TELEGRAM


GOOGLE CLASSROOM

Anda mungkin juga menyukai