Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta taufik hidayah-Nya dapat saya
siapkan Perancangan Orientasi Unit Beruniform Sekolah kursus Kokurikulum- Unit Beruniform
sebagaimana yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, segala usaha ini tidak mungkin akan
terhasil tanpa adanya kerjasama, sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak. Saya
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mereka atas sumbangan dan
galakan yang diberi.

Penghargaan yang tidak ternilai saya rakamkan khas kepada Puan Ruziaton binti
Jamros selaku pensyarah kursus Kokurikulum- Unit Beruniform (MPU 3062) kerana dengan
tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan kerja
kursus ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral dan memahami situasi saya dalam
menyempurnakan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-
rakan yang menyokong dan banyak memberi semangat ketika saya amat memerlukan untuk
menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai