Anda di halaman 1dari 8

TUTORIAL MINGGU 5

AL-NUBUWWAH
OLEH:
SITI MURNI NADZIRAH BINTI SIDEK
NORAMIRA SUHADA BINTI ZAINUDIN

PENSYARAH:
USTAZAH NOR ILDAHAYATI BINTI ILIAS
Zabur

Kitab- “Dengan Kitab itulah (Al-


Quran), Allah menunjukkan
orang yang mengikuti
Al-
Quran kitab Injil keredhaan-Nya ke arah jalan
keselamatan dan dengan Kitab

Allah itu juga Allah mengeluarkan


orang itu daripada gelap-gelita
kepada cahaya yang terang-
benderang dengan izin-Nya
dan menunjukkan mereka
jalan yang lurus.”
Taurat
(Surah Al-Maidah, ayat 16)
PERBEZAAN EMPAT KITAB-KITAB ILAHI
Nama Kitab Taurat Zabur Injil Al-Quran
Aspek-aspek

Diwahyukan kepada Nabi Musa a.s Nabi Daud a.s Nabi Isa a.s Nabi Muhammad SAW

Diturunkan kepada Bani Israel Bani Israel Kaum Nasrani Seluruh umat manusia

Bahasa yang Bahasa Ibrani Bahasa Qibti Bahasa Suryani Bahasa Arab
digunakan
 Perintah untuk  Mengajarkan  Perintah untuk kembali  Tauhid
mengesakan Allah tentang ibadah mengesakan Allah  Akhlak
 Larangan menyembah  Sajak keagamaan  Membenarkan  Ibadah
Isi kandungan berhala  Nyanyian keberadaan Kitab  Muamalah
 Perintah untuk kesyukuran Taurat  Sejarah
beribadat pada hari  Berupa syair (diubah  Menghapuskan
Sabtu menjadi lagu gereja) beberapa hukum yang
 Larangan berbuat zina ada dlm Taurat yang
 Larangan membunuh tidak sesuai pada
sesama manusia zaman itu
 Perintah  Menjelaskan
menghormati orang kemunculan Nabi
tua Muhammad SAW
DALIL-DALIL TENTANG PENURUNAN KITAB-KITAB

KITAB TAURAT
Maksudnya: “Dan sesungguhnya telah kami anugerahkan kepada Musa kitab (Taurat) agar
mereka (Bani Israel) mendapat petunjuk.
(Surah al-Mukminin, ayat 49)

KITAB ZABUR
Maksudnya: “Dan Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan
Kami telah lebihkan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain) dan Kami berikan
Zabur (kepada Daud).
(Surah al-Israk, ayat 55)
KITAB INJIL

Maksudnya: Dia (Isa) berkata, sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab (Injil) dan
Dia menjadikan aku seorang nabi
(surah Maryam, ayat 30)
AL-QURAN

Maksudnya: “Dia menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad) yang mengandungi


kebenaran, membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.”
(Surah Ali-Imran, ayat 3)
KEDUDUKAN AL-QURAN: QADIM ATAU HADIS?
MENURUT PANDANGAN MU’TAZILAH
 Al-Quran merupakan kitab suci yang mana mengandungi huruf-huruf dan bunyi.
 Pada pemerintahan Bani Abbasiyyah, mereka yang terdiri daripada golongan Mu’tazilah bertindak
memaksa golongan ulama’ Fiqh dan ahli Hadith untuk mengikuti pandangan mereka.
 Menurut pandangan mereka, sifat al-Quran bukanlah bersifat zat tetapi bersifat perbuatan dan dengan
sebab itu mereka mendakwa al-Quran merupakan makhluk
 Mereka menggunakan surah Hud ayat 1 sebagai alasan kepada kemakhlukan al-Quran

‫ت ِمن لَّد ُْن َح ِكيم َخ ِبير‬ ْ ‫اب أ ُ ْح ِك َم‬


ِ ُ‫ت آيَاتُهُ ث ُ َّم ف‬
ْ َ‫صل‬ ٌ َ ‫الر ۚ ِكت‬
Maksudnya: “Alif, Lam,Ra. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatNya. Dengan tetap teguh,
kemudian dijelaskan kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasannya itu) adalah dari sisi Allah
yang Maha Bijaksana lagi Maha mendalam pengetahuanNya.”
 Ayat di atas menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan secara berturut-turut. Tiap-tiap ayat yang
diturunkan adalah bersifat baru dan kerana itulah Mu’tazilah menegaskan bahawa al-Quran adalah
makhluk
MENURUT PANDANGAN AL-ASY’ARIYYAH
 Golongan ini berpendapat bahawa al-Quran merupakan kalam Allah yang Qadim dan bukanlah makhluk sperti
mana pandangan Mu’tazilah
 Menurut mereka, jika al-Quran diciptakan seperti makhluk lain bermaksud al-Quran dicipta dengan memerlukan
perkataan “kun” seperti yang terkandung dalam surah An-Nahl ayat 40,

ُ ‫ش ْيء ِإ َذا أ َ َر ْدنَاهُ أَن نَّقُو َل لَهُ ُكن فَيَ ُك‬


‫ون‬ َ ‫إنَّ َما قَ ْولُنَا ِل‬
Maksudnya: sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah kami berkata
kepadanya: “Jadilah engkau!, maka menjadilah ia.
 Sekiranya al-Quran memerlukan perkataan “kun” ini bermaksud perkataan “kun” ini juga memerlukan perkataan
“kun” yang lain dan ini menunjukkan al-quran bersifat lemah jika dia diciptakan menggunakan perkataan “kun”.
MENURUT PANDANGAN MATURIDIAH
 Aliran ini mempunyai pandangan yang sama dengan aliran al-Asy’ariyyah.
 Mereka berpendapat bahawa aliran Mu’tazilah ialah salah kerana dalam persoalan kalam, golongan ini
menyamakan kalam tuhan dengan kalam manusia tapi tidak menyamakan alam ghaib dengan alam
nyata

MENURUT PANDANGAN IMAM HANBALI


 Imam Hanbali merupakan pelopor kepada fahaman yang mengatakan bahawa Quran itu Qadi.
 Imam Hanbali berpendapat bahawa al-Quran itu Qadim termasuk huruf, maksud dan lafaz yang
terkandung di dalamnya

Anda mungkin juga menyukai