Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja kursus projek PJM 3103E Kurikulum dan Pedagogi
Pendidikan Jasmani dengan jayanya tanpa mengalami kesulitan yang dapat
meruntuhkan semangat dan usaha saya. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing, Puan Rashidah binti Suib atas bimbimgan dan tunjuk ajar
beliau semasa proses penyiapan kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga
juga ditujukan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam bersama sama menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Kelemahan yang saya dapati dalam rancangan pengajaran harian dan
pengajaran mikro yang telah dibuat adalah guru tidak perlu mendekati murid dan
membawa murid ke hadapan. Seorang guru harus mengekalkan jarak dengan murid
supaya murid sentiasa hormat kepada guru. Selain itu, guru tidak seharusnya
menunjukkan sendiri pergerakan dalam aktiviti penyejukkan badan. Guru harus
membiarkan murid berimaginasi dan berkreativiti sendiri dalam aktiviti tersebut.
Di samping itu, kelemahan yang saya dan rakan-rakan dapati semasa proses
pengajaran mikro adalah guru tidak perlu memberikan arahan yang panjang dan
mengelirukan murid. Seharusnya guru perlu memberi arahan

yang mudah dan

ringkas. Kelemahan lain yang saya dan rakan-rakan dapati adalah penggunaan
alatan muzik yang kurang menarik. Permainan tersebut sepatutnya lebih menarik
dengan penggunaan alat-alat muzik seperti kerincing atau tamborin. Penghargaan
atau ganjaran seharusnya diberikan kepada murid untuk menaikkan semangat dan
motivasi mereka.
Kekuatan yang saya dapati adalah suara guru yang lantang.

Aktiviti

pemanasan badan serta penyejukan badan yang dilakukan dapat menarik minat
murid. Muzik latar semasa penyejukan badan mampu menarik minat dan suasana
yang baik di kalangan murid.
Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya, Noor Shafinaz
dan Sofiah atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan. Jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada sesiapa yang menolong saya dan ahli kumpulan secara
langsung dan tidak langsung. Banyak pengalaman dan input input yang berguna
yang saya perolehi. Saya harap saya dapat menggunakan ilmu dan input tersebut
pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai