Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke Tuhan yang maha mulia di atas segala petunjuk-Nya. Kerja Kursus ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dengan penuh kasih sayang dan prihatin. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah kami, Encik M.Y. Jamil selaku pembimbing kami yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan kerja kursus ini dengan lancar. Beliau telah memberi taklimat kerja kursus pendek tersebut dengan lengkap dan jelas. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. dan juga mana-mana pihak lagi yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi.

PENDAHULUAN
Dalam tugasan tersebut kami diminta mengaplikasikan kemahiran tatabahasa dalam konteks komunikasi secar berhemah. Kami juga dikehendaki mengetahui dan mempraktikkan strategi serta menggunakan alat bantu dalam penyampaian pidato, ucapan, syarahan, ceramah atau taklimat dengan berkesan. Dalam pengajian Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester 3 ini, kami diwajibkan mengambil satu kredit iaitu 15 jam dalam kursus Bahasa Melayu Kontekstual. Kami telah didedahkan kepada beberapa komponen iaitu bentuk dan format kemahiran menyampai seperti pengumuman, pembentangan kertas kerja, pengacaraan majlis dan

pembentangan laporan. Selain itu, saya juga diajar strategi penyampain dan penggunaan alat bantu dalam sesuatu bentuk penyampaian.

PENGAKUAN
Dengan ini saya, CHAN YEE TENG akui bahawa semua kandungan kerja kursus pendek tersebut adalah hasil kerja saya.

Pelatih PPISMP PC1 Semester 3

. (CHAN YEE TENG)

LAMPIRAN

REFLEKSI
Saya berasa syukur dan gembira apabila siap tugasan tersebut dengan selamat dan lancar serta pengalaman tesebut memberi banyak manfaat kepada diri saya. Dalam seluruh proses menjalankan tugasan tersebut, kami sekumpulan dapat menjalankannya dengan lancar dan secara keseluruhannya tiada sebarang masalah yang tidak dapat kami selesaikan. Sebagai seorang bakal guru, saya rasa tugasan tersebut membantu saya dalam kerjaya saya kelak. Saya dapat banyak pengalaman dan dapat kemahiran tentang mencari, mentafsir dan mengaplikasikan malumat yang saya perolehi. Dalam sepanjang proses mengumpulkan maklumat, saya telah mempelajari bagaimana menganalisis maklumat dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain . Kemahiran pengumuman dan pembentangan sangat penting kepada kerjaya saya kelak sebagai seorang guru. Ia satu kemahiran yang sangat penting agar saya dapat melaksanakan tugas saya kelak dengan sempurna dan lancar sebagai seorang guru. Kami diwajibkan membentang hasil tugasan kami di hadapan rakan-rakan dan pensyarah. Walaubagaimanapun, saya masih mempunyai banyak kelemahan dari segi menyampaikan maklumat dan mengendalikan power point. Selepas pengalaman tersebut, saya dapat banyak pengetahuan serta pengalaman dan saya akan berusaha memperbaiki

kelemahan diri pada masa akan datang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami Encik M.Y Jamil. Konklusinya, saya dapat banyak pengalaman dan pengetahuan melalui tugasan tersebut dan harap akan lebih bagus dalam tugasan-tugasan yang akan datang.
CHAN YEE TENG IPGKG/PPISMP/BC(1)/2010/06/003

Anda mungkin juga menyukai