Anda di halaman 1dari 2

GWP 1092

WONG CHIEW PING


PPISMP MATE 2014

Refleksi
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah
berjaya menyiapkan kerja kursus Pra Kalkulus bagi semester 2 ini. Ribuan terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Encik Zaieddi bin Shahadan kerana
telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baharu dalam melaksanakan
kerja kursus ini.
Ketika mula-mula saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa agak
terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang topik yang terpaksa saya buat, ini
merupakan kali pertama saya menghasilkan satu data dan menggunakan pelbagai jenis
program atau software untuk menghasilkan pelbagai jenis i-think dan mind map seperti
Microsoft word, Microsoft power point, e draw dan sebagainya. Oleh itu, saya juga membaca
tajuk dan kriteria dengan teliti dan cuba memahami kehendak soalan, agar menepati
kehendak soalan.
Pada Permulaan untuk melaksanakan tugasan ini, terdapat pelbagai aspek yang perlu
saya fahami dari pelbagai sumber. Melalui kerja kursus ini, kami juga dapat mengetahui dan
lebih memahami bagaimana menghasilkan satu I-think yang berkualiti dan baik.
Semasa melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan
kefahaman, pengetahuan, dan kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru
pembahagian masa amatlah penting. Selepas proses mencari, mengumpul dan menyusun
maklumat yang kami dapati daripada internet, buku dan lain-lain.
Melalui tugasan ini, kefahaman saya mengenai cara menggunakan Microsoft Excel,
menghasilkan borang soal selidik, mengumpul data yang didapati, penyusunan data, dan
banyak lagi yang terdapat dalam kerja kursus Stastitik ini semakin mendalam, hal ini kerana
saya telah mengkaji tajuk ini dengan teliti, dengan ini telah membawa saya untuk membuat
rumusan dan cadangan mengenai topik ini.
Terdapat banyak kebaikan dalam melakukan tugasan ini antaranya ia dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dan rakan-rakan kerana ia memerlukan
kami untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain kalau saya
mempunyai atau mengalami masalah kesalahfahaman. Seterusnya adalah dapat membantu
saya meningkatkan kemahiran mencari, mengumpul dan menyusun maklumat yang didapati.
Selain itu, pengetahuan saya mengenai ilmu matematik (statistik) juga semakin meningkat.

GWP 1092
WONG CHIEW PING
PPISMP MATE 2014

Tidak ketinggalan juga saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang
terutamanya pensyarah saya kerana banyak memberi sokongan serta dalam proses
perlaksanaan tugasan ini. Saya sangat seronok dan berpuas hati setelah dapat menyiapkan
tugasan ini. Di samping itu, saya dapat menambah kemahiran saya dalam melaksanakan
tugasan dengan menggunakan perisian-perisian komputer dan juga Microsoft Excel. Akhirnya,
saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya berkaitan dengan bidang
matematik ini bersama rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih sekali lagi kepada
semua pihak yang banyak membantu dan memberikan kerjasama. Jasa baikmu akan diekang.
Secara keseluruhannya, kesemua ini amatlah penting bagi seseorang yang bakal
bergelar pendidik kerana perlu membuat pelbagai persediaan secara teori dan penguasaan
kemahiran untuk menjalankan tugas secara profesional. Penguasaan pelbagai cabang ilmu
amatlah penting bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau pendakwah. Hal
ini kerana, guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar di bawah
didikannya. Jesteru, individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar
untuk menjadi contoh terbaik kepada anak didik mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan
begitulah kuihnya.
Sebagai kesimpulan, diharapkan agar tugasan seperti ini dapat diteruskan lagi pada
masa hadapan demi kepentingan pelajar itu sendiri. Oleh itu, saya amat berharap agar Tuan
dapat menyemak tugasan dan berpuas hati dengan hasil yang telah kumpulan kami
sediakan ini dan juga latihan yang telah saya lengkapi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai