Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Ketika proses membuat Kerja Kursus Pendek ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna

dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Saya juga mula merasai kepentingan subjek ini terhadap diri saya. Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Walaupun begitu, saya tidak berputus asa dan cuba mencari maklumat-maklumat daripada sumber maklumat lain seperti di internet. Selepas menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini, saya dapat mempelajari dan memahami kepentingan mengaplikasi perisian komputer melibatkan gabungan elemen-elemen seperti audio , video , teks , grafik dan animasi bagi tujuan menyampaikan pengetahuan kepada murid di sekolah pada masa akan datang.Saya juga dapat lebih mengetahui dengan menggunakan perisian computer seperti audio, video, grafik-grafik dan animasi ke dalam suatu PowerPoint dapat menarik minat murid murid untuk belajar. Dengan penggunaan power point ini, kita dapat menggunakan pelbagai teknik untuk membuat persembahan yang menarik dan ringkas agak dapat menarik perhatian orang lain untuk membaca berbanding dengan Microsoft Word. Selain itu, melalui proses membuat tugsan ini sayatelah melatih diri saya untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Hal ini kerana tanpa disiplin yang baik tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya juga tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan maklumat kerana tugasan kerja kursus pendek ini adalah tugasan wajib saya sebagai seorang guru pelatih. Saya juga perlu menguruskan masa sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun mempunyai pelbagai halangan dan rintangan. Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya bagi menyiapkan ini terutama sekali kepada pensyarah saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu memberi sumbangan idea dan moral sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai