Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan

Setiap manusia ada kelebihan yang tersendiri. Antara kekuatan yang saya dapat
nyatakan disini sepanjang saya melakukan tugasan yang diberi ialah saya sudah
mempunyai pengalaman membuat blog saya sendiri sebelum ini. Oleh itu,
pengalaman tersebut sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan blog
bagi menyempurnakan tugasan ini.

Kedua, saya juga mempunyai guru yang cukup berdedikasi dalam memberi
tunjuk ajar kepada saya mengenai bahagian-bahagian yang tidak difahami tanpa
penat lelah. Malah, tunjuk ajar yang diberikan amat membantu saya untuk
menyempurnakan blog ini.

Ketiga, kemudahan yang mencukupi juga membantu saya untuk menyiapkan


tugasan ini dalam waktu yang ditetapkan. Kemudahan-kemudahan tersebut
merangkumi penggunaan computer riba dan internet kepunyaan sendiri yang
banyak membantu melancarkan proses penghasilan blog ini.
Kekangan –kekangan Yang Dihadapi

Tidak ada perkara yang mudah dalam hidup ini. Setiap pekerjaan yang
dilakukan sudah pasti ada cabarannya. Harus diakui bahawa walaupun tugasan
yang diberikan nampak ringkas dan mudah untuk dilakukan dan dilaksanakan
namun ia sebenarnya mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah ketika proses pencarian
maklumat dilakukan. Hal ini demikian, ada sesetengah tajuk yang banyak
maklumat dan mudah didapati. Namun, ada sesetengah tajuk pula yang amat susah
untuk didapati lantaran kekeliruan yang timbul antara saya dan pasangan iaitu
semasa menyiapkan tugasan pertama (slide master). Namun, kekangan yang
dihadapi tidak memutuskan semangat kami untuk terus menyiapkan tugasan yang
diberi tepat pada waktunya

Kedua, saya juga mengalami kekangan waktu untuk menyiapkan tugasan ini.
Hal ini demikian, waktu yang tinggal buat saya memurnikan tugasan saya amat
singkat menyebabkan ada bahagian-bahagian yang sebenarnya masih boleh
diperbaiki lagi mutunya. Namun, harus diakui bahawa kekangan masa ini juga
berpunca dari diri saya sendiri yang masih tidak mahir dalam menguruskan masa
yang ada dengan sebaiknya.

Ketiga, saya juga mengalami masalah persefahaman iaitu ada sesetengah


perkara atau pendapat saya yang bercanggah dengan pasangan semasa menyiapkan
‘slide master’. Namun, sikap toleransi yang diamalkan oleh kedua-dua belah pihak
menyebabkan kami memperolehi kata sepakat dalam masa yang singkat dan
tugasan dapat diteruskan.

Keempat, kekurangan kemahiran dalam penggunaan teknologi masa kini


menyebabkan saya mengambil masa yang agak lama bagi sesuatu pekerjaan. Hal
ini demikian, saya agak keliru dengan arahan yang diberikan untuk saya
melakukan pekerjaan. Contohnya, saya menghadapi beberapa kekeliruan dengan
arahan yang diberikan untuk memasukkan lagu ke dalam blog saya kerana asas
yang saya pelajari dahulu agak berlainan dengan sekarang. Namun, harus diakui
bahawa teknolohi yang makin canggih ini hanya bertujuan untuk membantu
memudahkan para pengguna.

Selain, itu, saya telah mendapat banyak maklumat baru yang selama ini saya tidak pernah
tahu. Saya boleh memanfaatkan ilmu baru tersebut kelak apabila saya telah berjaya
menjadi seorang pendidik. Sesungguhnya, ilmu yang saya perolehi itu tidak akan saya
sia-siakan. Tambahan lagi, saya dapat meningkatkan penguasaan saya dalam
menggunakan aplikasi di komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Office Power Point
dan Microsoft Office Excel dan kerana selama ini saya hanya mengetahui asas
penggunaan aplikasi tersebut.

Seterusnya, saya telah mendapat banyak pengalaman baru dalam proses melaksanakan
kerja kursus ini. Saya telah belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan jika
dikehendaki untuk bekerja secara berkumpulan. Sebelum ini, saya lebih selesa bekerja
secara individu, namun setelah diberi peluang untuk bekerja dengan rakan, saya
mendapati bahawa kerja berkumpulan adalah lebih baik dan menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai