Anda di halaman 1dari 20

MALAR SEGAR DALAM INGATAN

Mengimbau sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya telah melakar


pelbagai nostalgia kenangan malar segar dalam mengecapi kecemerlangan 50
tahun. Dalam tempoh setengah dekad ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
telah berjaya melaksanakan pelbagai agenda transformasinya yang disusun dengan
begitu teliti dalam memperkukuhkan asas dan menjana kecemerlangan.
Kecemerlangan itulah telah menjadi pemangkin dan pembakar semangat warga
gaya untuk lebih berdaya saing dalam melaksanakan kerja yang berkualiti dan
cemerlang dalam memimpin dan memertabatkan pendidikan bangsa.

GAYA yang berubah nama dan bentuk, anjakan kurikulum dalam menampung
program hingga ke peringkat ijazah, tunggak kepimpinan dedikasi yang silih berganti,
tenaga pengajar yang berwibawa, tenaga sokongan yang komited dan pelajar yang
cemerlang di samping agenda-agenda transformasi, warga Gaya sentiasa tercabar
dan termotivasi untuk bekerja dengan lebih tekad dan bersemangat bagi
membangunkan dan merealisasikan cabaran-cabaran dalam agenda
transformasinya sebagai usaha merealisasi transformasi pendidikan negara. Senario
kecemerlangan yang dikecapi membuktikan bahawa asas-asas dalam
membangunkan sesebuah organisasi telah diperkukuhkan dan juga membuktikan
bahawa warga Gaya telah berjaya menanamkan dan mengamalkan budaya kerja
cemerlang.

.Dari kaca mata luar, penghargaan semangat kecemerlangan dalam


memertabatkan pendidikan bangsa ini pernah dicetus oleh seorang yang sangat
berpengaruh dalam sejarah negara kita iaitu Tun Hussein Onn, mantan Menteri
Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Singkapan nostalgia cetusan penghargaan
beliau,

“Walau apapun tafsiran seseorang itu, namun guru-guru mempunyai peranan yang
sama iaitu mereka ditugaskan oleh masyarakat sebagai satu golongan yang
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi akan datang”

“Saya berasa gembira mengetahui bahawa bakal-bakal guru dari Maktab Perguruan
Gaya, Kota Kinabalu telah berusaha sedaya upaya bukan sahaja hendak
meninggikan dan membaiki lagi taraf akademik dan ikhtisas murid-murid yang bakal
mereka ajar dan didik, malahan juga berusaha untuk meninggikan lagi taraf
akademik dan ikhtisas mereka sendiri. Usaha ini sudah semestinya diberi kepujian
dan dengan itu juga bilangan intelektual di negara ini akan bertambah ramai dari
tahun ke tahun’’.

(Tun Hussein Onn, Y.B. Menteri Pelajaran, Pendidik, Maktab Perguruan Gaya, 1972,ms:6)

Sumber sejarah menunjukkan banyak kecemerlangan telah diraih dalam


tempoh 1963 sehingga 2013 ini.Kejayaan yang telah diusahakan dalam tempoh 50
tahun tersebut menjadi kebanggaan kerana banyak kejayaan dan impak yang besar
telah terserlah.Ini adalah hasil usaha warga Gaya yang tidak kenal penat lelah dalam
menjayakan pelan transformasinya. Usaha-usaha yang telah digerakkan ini akan
menjadi kayu pengukur kepada kesinambungan pelan pelaksanaan untuk
menjajarkan Gaya mencapai visi dan misinya sekaligus menaikkan nama Gaya yang
terkenal dengan kecendekiawannya.

Bagi meraikan kecemerlangan yang dikecapi, Gaya tidak alpa untuk


menghargainya. Pelbagai cara diraikan. Bagi para graduan Gaya, ada Majlis
Konvokesyennya, ada anugerah pelajar cemerlangnya.Bagi tenaga kerja Gaya yang
cemerlang, ada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlangnya.Kepada warga Gaya
yang yang bertukar dan bersara ada Majlis Perpisahan dan Persaraannya.Dalam
pelaksanakan kurikulumnya, ada lawatan MQA dan pengakreditasiannya. Bagi yang
telah menabur bakti, ada Majlis Pengisahan Sejarahnya. Dalam meniti usia perak
dan emas Gaya, ada Majlis Ulang Tahunnya. Tidak ketinggalan kecemerlangan
aspek agamanya melalui peranan masjid An-Nur ada keraiannya. Peristiwa-peristiwa
bersejarah ini merupakan antara pelbagai peristiwa yang terpahat dalam lipatan
sejarah dan menjadi kenangan malar segar dalam ingatan warga Gaya.
Majlis Konvokesyen Gaya

Seronok membayangkan betapa gembira segala usaha dicurah, pelbagai


pengorbanan, segala ilmu digarap dan akhirnya tibanya hari konvokesyen untuk
mengenggam segulung penghargaan tersebut.Gembiranya hanya DIA yang tahu.
Hadiah untuk ibu bapa, para pensyarah yang mencurahkan ilmu, ucapan tahniah dari
kawan-kawan dan keluarga, dan tidak mustahil akan menjadi satu semangat untuk
adik-adik turut sama belajar dan berjaya. Ini adalah antara cetusan rasa para lulusan
Gaya yang merasai nikmat kejayaan melalui keraian istiadat rasmi konvokesyen
apabila sijil, diploma atau ijazah diterima tanda pentauliahan. Pentauliahan
diterima membawa makna bahawa para lulusan berkelayakan serta diakui
berkemampuan melangkah dalam profesion perguruan untuk mengajar dan
membentuk sahsiah para murid dan pelajar di sekolah-sekolah di seluruh pelusuk
tanah air.
Kita sama-sama meraikan ulang tahun yang ke 50 tahun penubuhan Gaya
yang telah dirasmikan oleh Sir William Goode pada 4 Julai 1963. Sejak kepimpinan
Mr J.E. Tod, pengetua yang pertama terhadap Gaya College (nama lama) hinggalah
kini Puan Salmah Abdullah, pengarah terhadap Institut Pendidikan Guru Kampus
Gaya (nama baru), ribuan guru-guru telah dilahirkan dan diraikan melalui majlis rasmi
konvokesyen yang dilangsungkan setahun sekali. Majlis ini diadakan sama ada
dalam Gaya atau di luar Gaya. Walau di mana sekalipun majlis ini telah diadakan, ia
tetap diraikan secara rasmi dan penuh istiadat. Selain diadakan di dewan Gaya,
tempat-tempat seperti Dewan Serbaguna Kuwasa, Hotel Shangrila Tanjung Aru,
Hotel Pacific Sutera, Hotel Magellan Sutera, Dewan Bangkuasi dan di Dewan
Saadah, Wisma MUIS adalah sinonim dengan tempat konvokesyen Gaya diadakan.
Mr. J.E.B. Ambrose (Pengarah Pendidikan) menyampaikan sijil
kepada pelatih pada Julai 1966

Hari Konvokesyen 1991

Majlis Konvokesyen 2010

Majlis konvokesyen Penganugerahan Diploma Perguruan tahun 2007 telah


membuka satu lagi lembaran sejarah baru menjadi peristiwa yang penuh bermakna
bukan sahaja kepada lulusan tetapi semua yang terlibat. Buat julung kalinya
keempat-empat buah IPG Zon Sabah iaitu Institut Perguruan Gaya, Institut
Perguruan Kent, Institut Perguruan Keningau dan Institut Perguruan Tawau telah
bergabung dan menjadi lembaran sejarah baru konvokesyen dengan
mengadakannya secara bergabung iaitu ‘serentak dan bersama’ dengan tetamu
kehormatnya YB Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.
Sayugia gabungan ini memberi hikmah khususnya mengukuhkan kesatuan dan
kerjasama dalam kalangan warga IPG Zon Sabah, perbelajaaan berkhemah,
penjimatan masa dan penyelarasan acara dengan lebih tersusun dan meriah.

Beberapa siri konvokesyen,


peringkat IPG Kampus Gaya,
Konvokesyen 1991, 2010
(gambar atas).

Majlis Konvokesyen peringkat


pusat( Bawah Kiri)

Keriangan wajah para graduan


selepas mendapat sijil masing-
masing tanda bergraduat (atas)

Majlis konvokesyen diserikan


dengan alunan gamelan
memecah kesunyian mencetus
kesyahduan di hati (bawah kiri)
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Gaya

Setiap tahun sebilangan staf akademik dan staf sokongan Gaya akan dipilih
untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas komitmen kerja
mereka. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah anugerah yang diberikan bagi
menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti dan kuantiti sumbangannya
melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini
diberikan juga untuk meningkatkan motivasi warga Gaya bagi membudayakan
kecemerlangan di pelbagai bidang rasmi mahupun diluar tugas rasmi. Penerima APC
mendapat pelbagai bentuk imbuhan mengikut tahun.Yang pasti sebuah Sijil
Perkhidmatan Cemerlang yang boleh membakar semangat untuk bekerja dengan
lebih cemerlang di samping memberi kepuasan dalam bekerja.
Barisan penerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2006 yang diraikan pada 25 Jun 2007 di Dewan Gaya.Turut diserikan dengan nyanyian koir.

Penerima Anugerah Cemerlang 2009

Penerima Anugerah Cemerlang 2011


Lawatan Malaysia Qualifications Agency (MQA) /
Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia

Tarikh 2 November 2010 merupakan tarikh keramat dalam melakar satu lagi
sejarah dalam kalendar IPG Kampus Gaya apabila menerima lawatan akreditasi
MQA bagi tujuan verifikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah). Panel penilai diketuai oleh Dr. Ruzlan bin
Mohamad Ali dan dibantu oleh Puan Siti Nur Azreen binti Taeroh, Pegawai dari
MQA. Turut hadir ialah Dr. Amin bin Senin dan Dr Baiduriah Yaakub, pegawai IPG,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawatan yang bermula pada jam 8.30 pagi itu
berakhir dengan exit meeting yang dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan
pensyarah-pensyarah IPG Kampus Gaya pada jam 4.30 petang.

Selain melakukan pemantauan terhadap kemudahan prasarana dan semakan


dokumen, sesi lawatan ini juga mengadakan temu bual bersama Pemilik Program,
Encik Bustam Daman, Penyelaras PISMP Encik Khoo Teck Hock, Penyelaras
PISMP Ambilan 2007 Puan Juwairiyyah Ahmadun. pensyarah-pensyarah subjek
major iaitu Puan Lim Bee Ling, Puan Chiam Sun May, Puan Tan Sui Chin, Encik
Hendry Goh dan Puan Lam Saw Yin. Temubual termasuk juga 15 orang pelajar
PISMP Opsyen Matematik dan 5 orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Lawatan MQA ini telah memberikan impak yang besar dan bersejarah
terhadap warga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Kerja cemerlang warga
Gaya terserlah apabila panel penilai memberi komen yang sangat positif semasa
merumus pelaporan penilaian di sesi exit meeting. Senyuman kepuasan terukir dan
titisan air mata kegembiraan terserlah di setiap lapisan warga gaya menerima berita
tersebut. Apatah tidak, kejayaan yang diperoleh telah menagih pengorbanan yang
bukan sedikit dan bukan dalam jangka masa yang singkat. Segala kerja keras dari
semua lapisan warga Gaya merupakan kerja kolaborasi yang maha hebat dengan
semangat yang maha kental serta iringan doa yang kudus daripada warga gaya
yang berada di bumi Sabah dan dari segelintir warga gaya yang berada di bumi
Mekah semasa menunaikan fardhu Haji. Syukur Alhamdulillah!
Gambar Kiri :Puan Salmah Abdullah, Pengarah IPG Kampus Gaya menerima
ketibaan Dr. Ruzlan bin Mohamad Ali (ketua panilai). Turut hadir ialah Dr Baiduriah
Yaakub, pegawai IPG, Kementerian Pelajaran Malaysia. Gambar Kanan: Turut hadir
ialah Dr. Amin bin Senin pegawai IPG, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pemerhati luar dari IP Kent, Tawau dan

Keningau turut hadir. Kelihatan sedang

berdiri ialah Encik Bustam Daman,

Program Owner Matematik.


Antara premis yang dilawati ialah Pusat

Sumber (atas kiri), Bilik Pengajaran dan

Pembelajaran (atas kanan) dan Bilik Kualiti

(bawah)

Gambar kenang-kenangan bersama staf IPG Kampus Gaya


dengan panel penilai MQA

Wajah kegirangan staf akademik setelah selesai lawatan akreditasi MQA 2010
Majlis Pengisahan Sejarah Gaya

Salah satu siri pengisahan sejarah yang pernah dianjurkan ialah Majlis
Pengisahan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Majlis ini telah diadakan
sempena Sambutan 46 tahun IPG Kampus Gaya di Dewan Serbaguna, Wisma
Pertanian, Kota Kinabalu, Sabah pada 2 Julai 2009. Majlis ini merupakan satu majlis
usahasama IPG Gaya dengan Arkib Negara Malaysia Cawangan Kota Kinabalu
Sabah. Pengarah IPG Gaya Puan Salmah Abdullah menerima kunjungan tetamu
jemputan istimewa, Y.B. Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan &
Alam sekitar, Sabah dan Y.Bhg. Dato’ Haji Sidek b.Hj Jamil, Ketua Pengarah Arkib
Negara Malaysia.

Kiri: Puan Salmah Abdullah,


pengarah IPG Kampus Gaya
sedang menyampaikan
cendera kenangan kepada
Y.B. Datuk Masidi Manjun,
Menteri Pelancongan,
Kebudayaan & Alam sekitar,
Sabah

Panel pengisahan sejarah terdiri mantan-mantan Pengarah Gaya iaitu Dato’


Kamal D.E. Quadra dan Datuk Hajah Rita T. Jaafar.Turut disertai juga ialah Dato’
Khamis Noyo bekas pelajar Gaya tahun 1963. Manakala pengerusi panelnya ialah
Encik Sapihi Hj Dulamit, pensyarah Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Gaya.Banyak
matlamat tersirat di sebalik majlis ini.Antaranya ialah untuk mengumpul sumber
sejarah berkaitan dengan peranan dan sumbangan tokoh-tokoh yang menyumbang
pada kecemerlangan Gaya sebagai bahan rujukan.
Kanan: Penal Pengisahan
Sejarah, dari kanan Datuk
Hajah Rita T. Jaafar, Dato’
Kamal D.E Quadra, Dato’
Khamis Moyo dan Encik
Sapihi Haj Dulamit.

Encik Osman Leon sedang menceritakan pengalaman beliau sebagai pelajar di Dewan IPGK Gaya

Majlis Pengisahan Sejarah anjuran Jabatan Sains Sosial, turut dibuat sempena
Sambutan 47 tahun IPG Kampus Gaya pada tahun 2010. Dalam majlis tersebut, tiga
orang bekas pelajar Maktab Perguruan Gaya iaitu Encik Othman Leon, Encik Jamil
Md Yasin dan Puan Mery Yatie Abd. Rahim telah berkongsi pengalaman mereka
semasa menjadi pelajar.

Sambutan Ulang Tahun Gaya

Ulang Tahun ke 10 (1963-1973)

Ulang tahun ke 10 Gaya telah disambut pada 14 Julai 1973 selama tiga hari
berturut-turut dengan meriahnya.Perayaan ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang
Terutama Yang DiPertua Negeri serta diiringi Yang Berhormat Encik Herman Luping,
Pembantu Menteri Penyelarasan. Ulang tahun ke 10 ini menjadi lebih bermakna
kerana ini adalah ulang tahun yang sama kemerdekaan negeri Sabah pada 16
September 1973 menerusi Malaysia.
Penuntut-penuntut dan juga pensyarah-pensyarah semuanya telah bekerja
keras memberi kerjasama bagi meraikan perayaan tersebut. Semua persatuan di
Gaya terlibat untuk menunjukkan peranan melalui kegiatan masing-masing dan hal
ini melibatkan juga mata-mata pelajaran seperti Ilmu Alam, Sejarah, Sains, Ilmu
Hisab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Memandang ke belakang selama 10 tahun itu, jelas sekali Gaya telah


menjalankan peranannya dalam bidang pelajaran dan perguruan sepertimana yang
diharapkan dan akan terus memberi sumbangan dan khidmat menepati dengan
keperluan Sabah, sebagai sebuah negeri yang sedang membangun yang
memerlukan tenaga rakyat yang berkeupayaan tinggi. Tahun demi tahun guru-guru
keluaran Gaya telah bertambah bilangannya. Pada penghujung 1973 seramai 117
orang guru telah keluar untuk berkhidmat di merata ceruk rantau di negeri Sabah
sebagai golongan pendidik yang telah terlatih dan tentunya masyarakat
mengharapkan khidmat yang sewajarnya dari mereka.

“Saya percaya guru-guru keluaran tahun 1973 ini dapat memberi khidmat mereka
dengan sepenuhnya untuk mendidik ribuan anak-anak yang kehausan pelajaran di
negeri ini dan sentiasa sanggup untuk menerima cabaran dengan hati yang tabah
dan sabar”.
(Perutusan Pengetua, Hashim B. Jasa, Pendidik 1973,ms:7)
Atas kiri: Mengiringi T.Y.T ke Dewan

Gaya.

Atas Kanan: T.Y.T menyampaikan

hadiah kepada Ng Kum Loi, pelajar

terbaik 1973. Beliau juga pernah

menjadi tenaga pensyarah Gaya.

Bawah Kiri: T.Y.T menyampaikan

sijil kepada penuntut lepasan Gaya

ambil 1971.

Aktiviti yang diadakan pada Ulang

Tahun ke 10 Gaya oleh persatuan

dan mata pelajaran;

Atas kiri: Pameran subjek Bahasa

Malaysia.

Atas kanan:Pertandingan Ratu

Cantik

Bawah kiri: Pameran subjek Ilmu

Alam
Ulang Tahun ke 25 Jubli Perak (1963-1988)

Logo Ulang Tahun ke 25 Jubli Perak Gaya

Pada tahun 1988, Gaya merayakan ulang tahunnya ke 25.Perayaan Jubli


Perak Gaya telah dilancarkan pada 4 Julai 1988.Perayaan ini dipengerusikan oleh
Encik Khamis Noya dari Jabatan Pendidikan, Kota Kinabalu, Sabah (beliau
merupakan bekas pelajar Gaya tahun 1963). Sejak tarikh itu pelbagai aktiviti telah
dijalankan sama ada yang berbentuk sosial, ilmiah dan kebajikan. Aktiviti-aktiviti
untuk menambah tabung kewangan turut diadakan iaitu jogathon, pasaria dan
jamuan makan malam.

“Saya menaruh harapan dan keyakinan agar Maktab Perguruan Gaya akan terus
memainkan peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan yang penting di negara
kita.Semoga guru-guru keluaran Maktab Perguruan Gaya tidak akan dipertikaikan
kewibawaannya sebagai seorang pendidik oleh mana-mana pihak sekalipun”.

(Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia, 1988, Perayaan Jubli Perak dan Majlis
Penyampaian Sijil 1988)
Pelbagai aktiviti dan acara telah
dijalankan sepanjang tahun
sempena Ulang Tahun Jubli Perak
1988.

Masjid An-Nur Gaya

Surau An-nur yang telah dinaik taraf kepada Masjid An-Nur pada 2012.
Secara tuntasnya, masjid bukan sahaja dilihat sebagai tempat beribadat dan
membaca al-Quran tetapi sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek
pendidikan, kemasyarakatan, kebajikan serta untuk kepentingan dan pertemuan bagi
orang Islam.Masjid juga berperanan sebagai sumber pertumbuhan harta-harta wakaf
yang selanjutnya memantapkan lagi fungsi tradisi masjid sebagai pusat dakwah,
pembangunan ilmu dan sains Islam. Sehubungan dengan itu fungsi Masjid An-Nur
IPG Gaya setelah dinaiktaraf daripada surau pada tahap masjid telah digarap secara
sempurna agar seluruh warga muslim Gaya dan persekitaran mendapat
kemanfaatannya.

Binaan Masjid An-Nur indah tersergam, tempat kaum muslimin solat


berjemaah dan solat jumaat, terdapat kelas-kelas agama, kursus perkahwinan, amali
pengurusan jenazah dan penyembelihan ayam kepada para pelajar, mesyuarat-
mesyuarat Jawatan Kuasa Masjid, perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Adha, Majlis
Qurban dan Aqiqah dan kadang-kadang diadakan ceramah sempena perayaan
tertentu dalam Islam. Alat kelengkapan masjid pada umumnya mencukupi dan
sempurna dihiasi dengan ukiran ayat Al Quran, dihamparkan permaidani penambah
seri. Keindahan dan kemudahan yang wujud secara sederhana ini seolah-seolah
bersemangat, berfungsi dan peranannya terasa kerana ia diimarahkan dengan
sewajarnya. Ia merupakan lambang kemegahan yang membayangkan status
kedudukan agama Islam dari segi tempat, bangunan dan kelengkapan, pengisian
dan penghayatan yang menjadi matlamat utama pembinaan masjid ini.
Meraikan tetamu dengan acara solat berjemaah dan makan malam sempena
Pertandingan Nasyid Antara Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Sabah pada 5
September 2009.

Majlis Berbuka Puasa Perdana di Masjid An-

Nur pada 10 Ogos 2012, dihadiri bersama,

Yang Berbahagia Datuk Dr Haili Bin Dolhan,

Rektor IPGM, KPM. Seluruh warga Gaya

berlainan agama turut hadir.

Atas Kiri: Rektor bersama-sama menunai

Solat Maghrib selepas berbuka puasa.

Atas Kanan: Pengarah dan pensyarah Gaya

bersama tetamu menunggu untuk berbuka

puasa.

Bawah kiri: Pelajar-pelajar sedang menunggu

untuk berbuka puasa.


Masjid diimarahkan juga dengan aktiviti
gotong royong membersihkan Masjid
An-Nur dan menyediakan makanan oleh
pelajar-pelajar. Amali tahunan
penyembelihan ayam turut dilaksanakan
di masjid ini.

Setiap pelajar belajar cara

menyembelih ayam dalam amali

penyembelihan ayam.
Alumni IPG Kampus Gaya

Jika hari ini kita mendengar perkataan ‘alumni’, minda kita akan mengimbau
kembali tempat pembelajaran kita dan secara terperincinya ada yang memikirkan
tentang persatuan bekas pelajar sesebuah institusi pembelajaran. Sekali kita keluar
dari mana-mana institusi pembelajaran, maka kita telah diklasifikasikan sebagai
seorang alumni. Maka setiap alumni masih mempunyai tanggungjawab terhadap
institusi yang telah dihadiri kerana gelaran ‘alumni’ itu bermaksud seseorang itu
membawa nama institusi tersebut.
Gaya juga ada alumninya. 10 Mac 2012 merupakan tarikh keramat apabila
tertubuhnya Persatuan Alumni Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya melalui
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama dengan dihadiri oleh bekas pelajar IPG
Kampus Gaya yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Gaya. Persatuan
ini diilhamkan oleh Penaja Persatuan Alumni yang terdiri daripada bekas pelajar IPG
Kampus Gaya yang sedang berkhidmat di IPG Kampus Gaya. Pada sesi 2012 dan
2013 ini Jawatankuasa Penaja disandang oleh Encik Ladius Emor manakala
Jawatankuasa Alumni disandang oleh Tuan Haji Jaafar Darus.

Kiri :Ucapan Perasmian Wakil


Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Gaya, Encik
Ladius Emor merangkap
Pengerusi Alumni Institut
Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Anda mungkin juga menyukai