Anda di halaman 1dari 7

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi

menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa
memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap
pemikiran seseorang pelajar itu.聽

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara 聽 ciri-ciri Soalan KBAT
聽 adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis
dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah
antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka
perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu.聽

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah


Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah
memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi
baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan
juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan
masalah tersebut.

Aktiviti penyelesaian masalah

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan
kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai
pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang
telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya.聽

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan


menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan
terbaik sebagai penyelesaian.聽

3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang
berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan
guru untuk menguasai teknik menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat,
tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap
saling memahami dan bekerjasama.

Teknik menyoal yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Tujuan Teknik Penyoalan


- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran.


Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai
kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.聽

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru
untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.聽

Prinsip Panduan Penyoalan


- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas
4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks
Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama
mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula
kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu.聽

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar
yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah
dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based
learning (PBL).聽

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam


jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya
menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan
mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan
atau pun bertulis.
Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan pemikiran KBAT dalam
kalangan pelajar

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses
pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan 聽 STEM
聽 juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat Berfikir


Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak
terburu-buru dalam melakukan sesuatu.
I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara
KBAT

Anda mungkin juga menyukai