Anda di halaman 1dari 1

Gaya pembelajaran adalah penting kepada seseorang pelajar.

Ini kerana gaya


pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian mereka.
Maka pemilihan gaya belajar yang baik merupakan satu tugasan yang berat. Memang
wujud beberapa gaya pembelajaran pelajar di mana boleh diaambil kira oleh pelajar,
namun ada yang menampakkan perbezaan-perbezaan yang agak ketara.
Terdapat beberapa gaya pembelajaran yang dapat saya pilih. Antaranya adalah
gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran
kinestetik.Kaedah gaya pembelajaran visual mendapatkan pelajar belajar dengan
melihat perkataan dalam buku dan papan tulis, guru tidak perlu penerangan yang
banyak. Manakala gaya pembelajaran auditori membolehkan pelajar menggunakan
perkataan yang diujarkan. Pelajar dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat
atau dengan menggerak-gerikan bibir ketika membaca. Seterusnya adalah gaya
pembelajaran kinestetik. Gaya pembelajaran ini adalah pelajar belajar dengan baik
melalui pengalaman dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan dan main peranan.
Merujuk kepada gaya pembelajaran di atas, saya akan memilih gaya pembelajaran
visual. Hal ini kerana gaya pembelajaran ini menggunakan kaedah melihat,
menggambar dan memerhati yang bersesuaian dengan minat saya. Saya suka akan
gambar, rajah, slaid, poster, jadual dan carta. Apabila membaca, saya akan tertarik
kepada objek-objek sebegini. Selain itu, saya memilih gaya pembelajaran visual kerana
saya lebih suka belajar bersendirian. Saya amat memerlukan tempat yang sunyi bagi
saya belajar. Saya juga tidak suka belajar setemopat dan sering berubah-ubah tempat
dan kedudukan belajar. Dalam gaya pembelajaran visual ini, saya mencatat nota lebih
daripada sekadar duduk dan mendengar.
Sebagai rumusannya, satu kaedah pembelajaran yang berkesan seperti gaya
pembelajaran perlu ditekankan bagi mewujudkan generasi yang cemerlang untuk
mentadbir negara pada masa akan datang. Demi memperolehi pencapaian yang baik,
seseorang harus mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian
dengan pembelajaran. Hal ini kerana dengan adanya gaya pembelajaran yang sesuai
dengan diri seseorang, ia akan memudahkan saya untuk menerima sesuatu yang
dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai