Anda di halaman 1dari 1

Kekuatan:

Penyampaian pelajaran yang menggunakan teknologi komputer iaitu persembahan video dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat menarik perhatian murid-murid dalam kelas. Dengan menggunakan
ICT, murid lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana murid lebih nampak gambaran sebenar.
Murid lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi yang boleh menarik minat murid. Selain itu,
murid senang untuk mengingat isi-isi penting yang ditayang dalam video tersebut berbanding dengan
penggunaan buku teks. Hal ini demikian kerana isi-isi penting sesuatu topik dalam video ringkas
berbanding dengan fakta dalam buku teks yang panjang dan kompleks. Murid-murid dapat melibatkan
diri secara aktif dalam kelas dan dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru yang berkaitan
dengan tayangan video tersebut. Di samping itu, murid dapat belajar di mana-mana tempat dengan
menekan link video yang disediakan oleh guru memandangkan kebanyakan murid pada zaman sekarang
mempunyai smartphone sendiri. bebas merancang3 mengaplikasi3 mengubah3 menambah dan
menambah baik perisian tersebut di sekolah. Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau
salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan
bahan inoVasi ini. ManFaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat

Kelemahan:

Kelemahan yang dikenalpasti dalam inovasi saya ialah tulisan yang ditayangkan dalam video. Saya
menggunakan tulisan yang banyak corak untuk menjadikan video saya lebih menarik. Namun, saya
mendapati tulisan tersebut tidak begitu kemas dan susah untuk dibaca oleh murid-murid. Selain itu,
kelemahan seterusnya ialah terdapat sebahagaian warna tulisan yang digunakan dalam video tidak
sesuai. Ini menyebabkan murid tidak dapat nampak jelas apa perkataan tersebut.

Penambahbaikan:

Daripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara untuk menambahbaik projek
inovasi saya.

Anda mungkin juga menyukai