Anda di halaman 1dari 2

APAKAH PENGADILAN MORAL ?

Definisi
Menurut Kasim Ahmad dalam bukunya, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan

(1991/1996), beliau mendefinisikan istilah pengadilan moral sebagai perlakuan

menjatuhkan hukuman atau mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa

sejarah atau kepada seseorang pelaku di dalam sejarah. Ini misalnya, dalam penulisan

seseorang ahli sejarah wujud pernyataan – pernyataan yang mengatakan

sesuatu peristiwa itu adalah tidak baik, individu tersebut bersalah, masyarakat pada

zaman itu mundur dan sebagainya yang menunjukkan penyataan atau penilaian

terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa dalam sejarah.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, pengadilan membawa maksud perihal atau

perbuatan mengadili sesuatu perkara. Manakala moral membawa tiga maksud iaitu

ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan, kelakuan atau kewajipan,

sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk

sesuatu akhlak. Moral yang kedua iaitu berkaitan dengan apa yang betul atau adil dan

yang terakhir iaitu semangat untuk menghadapi ejekan atau olokan demi

mempertahankan kebenaran. Oleh itu, pengadilan moral menurut Kamus Dewan

tersebut ialah sesuatu perihal atau perbuatan yang mengadili sesuatu perkara

yang berkaitan dengan kelakuan seseorang sama ada buruk atau baik demi

mempertahankan kebenaran atau keadilan.

Dengan kata lain, apabila ahli sejarah itu membuat pengadilan moral ia mungkin tidak

dapat bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikajinya. Menurut G.

Elton, ia lebih berkait dengan soal kurang faedahnya untuk membuat bandingan dan
mencari persamaan di antara peristiwa tamadun yang berlainan di dalam sejarah.

Menurut pandangan seorang sejarawan barat iaitu Adrian Oldfield, beliau

mendefinisikan pengadilan moral sebagai ‘penyataan moral keran pengadilan moral

adalah berbentuk pujian dan kutukan. Pernyataan moral bergantung kepada perbezaan

tahap sama ada baik ataupun buruk.

Anda mungkin juga menyukai