Anda di halaman 1dari 11

PENGADILAN MORAL

PENGENALAN.
Ahli sejarah bertanggungjawab menjalankan kajian dan mentafsir bukti berkaitan dengan
peristiwa lalu disamping menghuraikan penyebab kepada peristiwa yang telah berlalu. Selain
daripada tugas ini, ahli sejarah juga bertanggungjawab dalam membuat pengadilan moral.
Memilih pengadilan moral sebagai satu tugas ahli sejarah telah menyebabkan berlakunya
pertikaian dikalangan ahli sejarah. Dalam edisi ke-4 kamus dewan bahasa dan pustaka adil
bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul manakala moral bermaksud ajaran
atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban), sikap atau cara
berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Oleh itu,
pengadilan moral dapat ditafsirkan sebagai meletakan sesuatu pada tempatnya berdasarkan
pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan itu. Menurut ahli sejarah Kosim Ahmad
pengadilan moral bermaksud,
Adalah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu , kepada
sesuatu peristiwa atau kepada seseorang pelaku sejarah
Manakala Andrian Oldfield mentafsirnya sebagai,
Adalah lazimnya dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan
berpandukan kepada ukuran baik dan buruk.
Disini dapat ditafsirkan pengadilan moral berlaku apabila ahli sejarah dengan sengaja atau
sengaja menghukum sesuatu baik dengan mengeji atau memuji. Contahnya apabila terdapat
ahli sejarah yang melebalkan sesuatu golongan dengan perkataan baik, kejam, jahat, ganas
dan mulia. Walaupun begitu ahli sejarah mempunyai pendapat berbeza-beza mengenai
keperluan pengadilan moral dalam kajian sejarah. Terdapat dua pendapat ahli sejarah dalam
mentafsir keperluan pengadilan moral iaitu pendapat konservatif dan pendapat progresif.
Sekiranya pengadilan moral itu dipersetujui sebagai satu keperluan, apakah hal-hal yang akan
diadili dan apakah kerumitan-kerumitan yang timbul dalam melaksanakan pengadilan moral
terhadap sesuatu. Oleh itu, dapat dipersetujui secara kasar bahawa pengadilan moral adalah
satu keperluan dan kajian serta usaha yang lebih cergas perlu dilakukan sebelum pengadilan
moral dilakukan bagi mengelak salah tafsir ke atas kajian setelah pengadilan moral
dilakukan.

ULASAN.
1. Pendapat Konservatif.
Pendapat konservatif adalah aliran yang menyokong keperluan pengadilan moral dalam
sejarah. Sejarawan yang menjadi pelopor dalam aliran ini termasuklah Voltaire, Lord Acton
dan E.H, Carr.
Voltaire seorang ahli sejarawan Perancis menyatakan salah satu sejarah adalah
Mengajar kita kewajiban-kewajiban dan hak-hak kita
Beliau juga mahukan sejarah menjadi pembela kepada keadilan dan memuji mereka yang
berjasa dan memalukan mereka yang berdosa. Voltaire juga menegaskan sekiranya terdapat
sesiapa yang tidak senang tindakan ini ingatlah
"Sebagai para pegawai awam mereka haruslah bertanggungiawab untuk tindakan-tindakan
mereka kepada orang ramaibahawa sejarah adalah saksi dan bukan pemuja
Contoh dapat diambil, apabila Diocletian, seorang maharaja Rom, lelah dikecam oleh kerana
berlaku kejam terhadap para penganut Kristian, sedangkan Constantine, seorang lagi
maharaja Rom, telah dikutuk oleh sebab membunuh secara kejam anggota-anggota
keluarganya sendiri. Hukuman mati yang dikenakan ke atas orang-orang sesat dalam Zaman
Pertengahan di Eropah telah dilabel oleh Voltailre sebagai pembunuhan yang tidak
berperikemanusiaan", manakala kempen Perang Salib oleh raja-raia Kristian terhadap kuasa
lslam dilabel oleh beliau sebagai satu tindakan bodoh. Voltaire berpendapat bahawa
pendedahan perbuatan-perbuatan yang jahat ini bagi mengelakkan golongan masyarakat
dimasa depan daripada dibelenggu penderitaan kerana tindakan masa lampau.
Lord Acton, Profesor Sejarah pada abad ke 19 menyatakan Pendapat adalah berasaskan
bahawa setiap insan di dunia ini seharusnya diadili oleh "nilai-nilai ulung" yang mendukung
kehidupan manusia. Acton berpendapat
walaupun pendapat-pendapat berubah, tabiat-tabiat berubah, kepercayaan-kepercayaan
bangkit dan iatuh, tetapi hukum moral telah diukirkan ke atas kepingan logam yang
berkekalan".
3

Dalam hal ini Acton menentang tanggapan bahawa kanun moral am tidak wujud, atau
peraturan-peraturan moral manusia sentiasa berubah, ataupun
"anda mesti mempertimbangkan keadaan-keadaan masa, kelas yang mana orang itu berasal,
pengaruh-pengaruh sekeliling"
sehinggakan tiada orang yang boleh diadili, serta sukar untuk menentukan siapakah yang
bertanggungjawab dalam tindakan-tindakan tertentu.
Isaiah Berlin turut merupakan penyokong pendapat konservatif yang menekankan
kepentingan dan kewajipan moral dalam sejarah. Adrian Oldfield juga dalam rencananya
yang bertajuk Moral Judgements in history menganggap bahawa masalah pengadilan
moral tidak dapat dielakkan dalam penulisan sejarah. yang bertanggungiawab untuk
tindakan-tindakan tertentu. Misalnya, seorang individu yang melakukan pembunuhan
dilepaskan dari jenayahnya jika ia "mengikuti adat tempatan, jika jiran-jirannya merestui, jika
dia digalakkan oleh penasihat-penasihat kerajaan atau didorong oleh pihak berkuasa yang
sah, jika dia bertindak untuk sebab kerajaan atau cinta murni agama'. Acton menegaskan
bahawa tindakan jenayah ini seharusnya dikutuk oleh para ahli sejarah yang bukan scmatamata cuba memahami dan menielaskan tindakan itu sehingga memaafkan orang yang
bersalah itu. Dengan cara ini sahaia sejarah boleh menjadi pedoman kepada manusia dan
dapat membantu mewujudkan hidupan yang lebih sempurna.

2. Pendapat Progresif.
Pendapat progresif adalah pendapat yang menentang keperluan pengadilan moral dalam
sejarah. Sejarawan yang menjadi pelopor dalam pendapat ini termasuklah Thucydides,
Leopold Von Ranke, Bernedetto Groce, Herbet-Butterfiled dan G.K. Kitson Clark. Mereka
menentang kerana dibimbangi kemasukan pengadilan moral kedalam sejarah akan
menimbulkan kerumitan yang boleh menjejaskan kewibaan sejarah.
Croce melalui bukunya History as the Story of Liberty menentang pendapat yang melihat
sejarah sebagai
"Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semua pengadilan sulit yang berpunca dari nafsu
nafsu dan kesilapan-kesilapan manusia, membetulkannya, dan menjatuhkan satu keputusan
muktamad sebagai satu pengadilan sejagat, yang membezakan orang yang mulia daripada
orang yang berdosa".
4

Pendapat Croce ini berdasarkan alasan, ahli sejarah tidak berupaya menembusi ke lubuk hati
manusia yang bertanggungjawab mencetuskan sesuatu kejadian sejarah, kecenderungan para
ahli sejarah untuk memastikan unsur prasangka dalam pengadilan mereka, kekurangan bukti
serta ketidakmampuan untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah.
Croce menyatakan terdapat jurang yang wujud dalam cara bagaimana pengadilan dijatuhkan
di mahkamah dan dalam sejarah. Sedangkan mahkamah mengadili seseorang tetuduh yang
masih hidup dan boleh membela diri, serta berpandukan kepada undang-undang yang
diiktiraf umum pada masa itu, sejarah sebaliknya mengadili orang yang sudah rneninggal
dunia dan oleh itu tlidak boleh membela diri, serta menggunakan nilai-nilai yang barangkali
tidak diiktiraf pada zaman orang yang diadili itu. Contohnya Croce mensifatkan sebagai
ganjil keputusan ahli-ahli sejarah tertentu untuk mengutuk Julius Caesar kerana tokoh itu
telah mencabuli kebebasan politik rakyat Rome. Pengadilan seumpama ini, menurut Croce,
memperlihatkan kejahilan tentang kesedaran sejarah oleh kerana ahli sejarah telah
menggunakan nilai zaman ini untuk mengadili tindakan zaman silam. Berpandukan kepada
hujah-hujah tersebut, Croce menggesa para ahli sejarah untuk menjauhkan diri dari
pengadilan moral dan sebaliknya memusatkan segera perhatian mereka dalam memahami dan
menjelaskan kejadian sejarah secara sahih dan objektif.
Herbert Butterfield menyokong pendapat Croce mengatakan pengadilan moral tidak
bersangkut paut dengan penyiasatan dan kajian. Berdasarkan rencananya "Moral Judgements
in History". Butterfield menegaskan, tugas mengendalikan pengadilan moral menimbulkan
berbagai jenis kerumitan termasuk ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menilai dari segi
moral semua tlndakan manusia, kecenderungan para ahli sejarah untuk membuat pengadilan
rnoral secara sekali sekala yang berupa "setengah masak" atau "palsu", menjadikan
pengadilan moral sebagai alat rnendedahkan kesalahan lawan dan menutup kesalahan kawan,
serta ketidakupayaan ahli sejarah untuk menembusi ke peringkat "lubuk pernikiran atau hati
seseorang pelaku sejarah" yang merupakan tempat pembentukan akhir niat atau garis
tanggungjawab itu bagi sesuatu tindakan sejarah.
Kitson Clark yang menyokong pendapat Butterfield menegaskan penyiasatan dan kajian
sejarah berdasarkan pengadilan moral mungkin didorong niat untuk membalas dendam.
Kitson menjelaskan adalah lebih baik ahli sejarah mengkaji dengan memahami dan
menjelaskan apa yang berlaku dan tidak cuba mengutuk.

3. TIDAK SEMUA PERKARA BOLEH DIADILI.


Sekiranya dapat dipersetujui bahawa pengadilan moral adalah satu keperluan yang tidak
dapat dielakan maka timbul persoalan apakah yang boleh diadili? Professor E.H. Carr
menyebut antara perkara yang boleh diadili dalam pengadilan moral adalah :Individu.
Individu merujuk kepada pelaku atau watak-watak yang terdapat dalam satu kajian sejarah.
Pengadilan moral dilakukan ke atas tindak-tanduk individu atau tokoh sejarah. Berlin dan
Oldfield menyatakan ahli sejarah akan menekankan niat seseorang individu atau tokoh secara
langsung atau tidak langsung dalam mengkaji peranan mereka dalam sejarah yang dikaji.
Apabila ini berlaku timbul persoalan tentang nilai, contohnya seseorang dengan niat yang
baik dan yang melakukan sesuatu dengan kejujuran akan dipuji sedangkan seseorang
mementingkan diri sendiri dan tidak adil akan dikutuk. Ini menyebabkan didalam setiap
kajian sejarah akan terdapat pelaku yang jahat dan pelaku yang baik.
Berdasarkan karya Mohd. Dahlan Mansoer pengantar Sejarah Nusantara Awal yang mengadili Raja
lskandar Syah, Megat lskandar Syah dan Mohammad Syah kepada pembangunan negeri Melaka dari
tahun 1400 hingga tahun 1444. Dahlan mansoer mengatakan, tiga orang raja Melaka ini telah
menyusun rancangan-rancangan yang bukan sahaja memelihara kemerdekaan negeri itu bahkan pula
membangunkan ekonominya. Raja-raja Melaka itu dikatakan telah berbaik-baik dengan negeri China
untuk mengatasi ancaman dari negeri Huru dan Thai, melaksanakan dasar perdagangan tiberal yang
membuka pelabuhan Melaka kepada pedagang-pedagang dari seluruh dunia, mengikat tali
persahabatan dengan para peniaga lslam yang bergiat cergas dalam perdagangan rantau ini, serta
menjadikan kota Melaka sebagai pusat dakwah lslam di rantau ini. Betapa berkesannya dasar-dasar
tersebut boleh dikesan dari kemunculan Melaka sebagai "sebuah kuasa potitik dan sebuah kuasa
ekonomi yang besar di rantau nusantara" menjelang tahun 1440an. Oleh kerana Raja lskandar Syah,
Megat lskandar Syah dan Muhammad Syah telah rnernbina lan dasan yang kukuh ini, rnaka Mohd.
Dahlan Mansoer telah mensifatkan mereka sebagai "tokoh politik yang handat dan cergas".

Institusi-institusi.
Pengadilan moral dalam institusi-institusi mellbatkan institusi seperti perhambaan,
feudalisme, despotisme, kasta, gereja, parlimen dan sebagainya. Berdasarkan kajian
6

Aminuddin Baki yang mengkaji institusi perhambaan dalam masyarakat tradisional Melayu
beliau mengutuk lnstitusi itu sebagai "bukan sahaja kejam, tetapi pula satu cabaran secara
langsung kepada ajaran-ajaran lslam". Menurut pendapat beliau, rukun-rukun lslam
berkehendakkan layanan yang baik kepada orang yang berhutang, kebebasan kepada orang
yang beriman serta melarang riba yang menjadi inti kepada kewujudan institusi perhambaan
di negeri Perak. Ini bermaksud tuan-tuan hamba yang beragama lslam di Perak telah
melakukan kesalahan di sisi rukun-rukun lslam. Aminuddin Baki juga mengutuk tuan-tuan
hamba yang melanggar peraturan-peraturan yang wujud yang bertujuan menjaga kepentingan
hamba-hamba berhutang itu. Contohnya, peraturan yang tidak membenarkan tuan hamba
memukul hambanya tidak dilanggar dan satu lagi peraturan membenarkan seseorang hamba
berhutang boleh menebus kebebasannya jika dijelaskan hutangnya, tetapi terdapat tuan
hamba yang tidak mengendahkan peraturan ini. Penyelewengan-penyelewengan seumpama
ini, menurut Aminuddin Baki, adalah didorong oleh keinginan atau niat tuan-tuan hamba
yang terdiri daripada kaum istana dan pembesar negeri untuk menjaga kepentingan mereka
sendiri dengan menggunakan tenaga hamba sebagal pekerja tanah, pengawal keselamatan,
dayang-dayang, pelacur dan sebagainya yang dapat menguntungkan pihak tuan hamba.
Aminuddin Baki juga menyatakan bahawa hamba yang tertindas itu cuba melarikan diri,
tetapi mereka yang diberkas itu akan dihukum secara teruk oleh tuan hamba.

Dasar.
Dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan atau institusi juga adalah salah satu
perkara yang diadili. Ahli sejarah mengatakan dasar yang baik dan member faedah kepada
rakyat akan dipuji dan dasar yang merugikan rakyat akan dikutuk.
R.O Winstedt dalam bukunya A Histoty of Malaya telah mengutuk sekeras-kerasnya dasardasar yang diamalkan oleh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam masa Perang Dunia
Kedua oleh kerana ia mendedahkan rakyat negeri itu kepada berbagai jenis penderitaan.
Winstedt menyebut dasar-dasar Jepun yang menggunakan tenaga rakyat untuk membina
landasan keretapi Siam melalui negeri Burma yang meragut nyawa beribu-ribu orang,
merampas harta orang seperti Iadang, lombong, bank dan perusahaan, mengeluarkan secara
berlebihan matawang yang mengakibatkan kenaikan harga barang-barang keperluan,
mengenakan cukai yang tinggi, memaksa kaum China untuk menderma sebanyak

$50 juta kepada usaha perang Jepun, serta gagal membenteras rasuah di kalangan kakitangan
polis dan keretapi. Winstedt menyatakan bahawa beberapa pegawai Jepun telah dihadapkan
ke mahkamah selepas Perang dan dihukum kerana jenayah perang.

4. KERUMITAN DALAM MELAKSANAKAN PENGADILAN MORAL.


Niat.
Salah satu perkara yang menjadi kerumitan dalam pengadilan moral adalah niat. Niat adalah
sesuatu yang abstrak dan tidak dapat dilihat dan hanya diketahui oleh pelakunya sahaja dan ia
hanya dizahirkan melalui perlakuan individu tersebut. Perlakuan yang baik melambangkan
niat yang baik. Walaupun begitu terdapat juga niat yang baik tetapi dizahirkan melalui
perlakuan yang kurang baik. Ini dapat dilihat didalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch
pada tahun 1875 apabila J.W.W. Birch memberi perlindungan kepada tiga orang hamba yang
melarikan diri ke rumahnya. Beliau dibunuh kerana dituduh membantu hamba-hamba itu
untuk berpindah ke Pangkor, sebuah tanah jajahan British. Sebelum itu, Birch berjanji kepada
Sultan Abdullah untuk menyerahkan semua hamba yang melarikan diri sehingga selesainya
satu penyiasatan rapi terhadap institut perhambaan di Perak. Beliau sedar bahawa
pengembalian hamba-hamba itu akan mendedahkan mereka kepada hukuman berat dan di
atas pertimbangan ini, beliau sanggup memungkiri janjinya. Berdasarkan peristiwa ini
Wilkinson berpendapat tindakan Birch ini adalah berniat baik , kerana menunjukkan belas
kasihan kepada 3 orang hamba yang jika kembali kepada Sultan dan Syahbandar akan
dihukum berat.Selain itu, beliau juga mensifatkan kejadian ini sebagai malang kerana Birch
telah memungkiri janjinya dan membawa kepada pembunuhannya. Oleh kerana itu
bagaimana niat seseorang yang telah meninggal dapat dinilai dan diadili dengan saksama
dizaman ini.
Tindakan.
Kerumitan juga timbul apabila ketika pengadilan moral terdapat tindakan-tindakan yang
dilakukan kerana secara paksaan atau terdesak. Sekalipun terdapat keadaan terdapat
kebebasan dan alternatif kepada pelaku sejarah untuk melakukannya atau tidak tetapi didalam
keadaan-keadaan tertentu kebebasan disekat dan alternatif disekat. Peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan keadaan ini dapat dilihat semasa Perang Dunia Kedua yang berkaitan
dengan nasib kaum Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai di bawah kekejaman
8

pemerintahan Nazi. Ahli sejarah yang mengkaji peristiwa sedih ini telah mencetuskan satu
perbahasan berkenaan peranan para pemimpin Yahudi yang dikatakan telah berkerjasama
dengan Nazi. Lucy Dawidowicz melalui karyanya The war against the jews 1933-1945
menyatakan gagasan kerjasama tidak boleh digunakan untuk memaparkan tindakan para
pemimpin Yahudi kerana ia bukanlah sesuatu yang dilakukan secara rela tetapi melalui
paksaan dan takutan. Walaupun terdapat cubaan mereka menentang secara pasif iaitu
melarikan diri dalam hutan ataupun membunuh diri, namun mereka tidak mempunyai
kemampuan rohani untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa kaum
mereka. Beliau berpendapat bahawa orang Yahudi telah berusaha setakat yang mampu untuk
menggurangkan kesusahan mereka. Hannah Arendt pula menyatakan didalam bukunya
Eichmann in Jerusalem bahawa para pemimpin Yahudi yang telah berkerjasama dengan Nazi
adalah untuk melindungi diri mereka daripada dibunuh Nazi. Arendt menuduh unit-unit khas
yang dipanggil Sonderkommandos dan dianggotai oleh pemimpin Yahudi telah ditugaskan
oleh Nazi untuk terlibat secara langsung dalam pembunuhan orang-orang Yahudi. Oleh
kerana itu, para pemimpin Yahudi tanpa apa-apa pengecualian telah bekerjasama dengan Nazi
dan dengan ini nasib orang Yahudi telah menjadi lebih teruk sehinggakan dianggarkan enam
juta orang telah dibunuh. Tragedi ini dikenali sebagai Holocaust. Sungguh pun Arendt
mengakui bahawa keupayaan orang Yahudi adalah rendah kerana kaum itu tidak memiliki
tentera dan senjata yang dihendaki untuk menentang, namun beliau menyatakan bahawa
pertubuhan-pertubuhan Yahudi yang wujud, baik di negeri Jerman mahu pun di negaranegara lain, mempunyai kebarangkalian boleh digerakkan untuk menentang kekejaman Nazi
itu. Oleh itu dapat dinukilkan disini sebelum sesuatu tindakan diambil tidak dapat diadili
moralnya kejam atau baik kerana ia terjadi didalam paksaan dan tanpa kebebasan.

Kecenderungan.
Ahli sejarah sebagai manusia mempunyai bersifat cenderung dalam menilai sesuatu tindakan
sejarah dengan sebab-sebab yang boleh memanfaatkan atau memburukkan sesuatu yang
berkaitan dengan dirinya seperti bangsanya atau negaranya.
Ini dapat dilihat apabila Henry C. Lea tidak mengutuk inquisition yang dilaksanakan oleh
Raja Philip ll dari Sepanyol pada abad yang ke 16 tidak dikutuk oleh Henry C.Lea. Lea
mengakui bahawa Raja Philip bukanlah seorang tokoh yang baik, tetapi beliau tetap
memandangnya sebagai seorang pemerintah yang berniat baik dan mulia. Dalam dasarnya
9

terhadap orang-orang yang keluar dari agama Katolik, Lea berpendapat bahawa Philip telah
didorong oleh hasrat "memberikan layanan yang paling mulia kepada Tuhan dan manusia", di
samping menjaga keamanan negara dan perpaduan rakyat Sepanyol yang diancam oleh
tindak-tanduk golongan sesat itu. Lea menafikan tuduhan ahli-ahli sejarah tertentu bahawa
raja Sepanyol itu adalah seorang "pemerintah yang kejam" yang menggunakan agama sebagai
helah untuk menyeksa atau membunuh orang secara sewenang-wenangnya. Huraian Lea
menunjukkan Philip II bertindak demi menjaga kepentingan Negara dan rakyat Sepanyol.
Andaian dalam hujah Lea ini ialah sesuatu kesalahan moral untuk mengelakkan sesuatu
keburukan yang boleh dimaafkan atau sekurang-kurangnya tidak harus dikutuk. Penilaian
Lea ini adalah berdasarkan kepada tanggapan bahawa kepentingan sesuatu golongan atau
individu boleh dinodai jika ia dapat memelihara kepentingan rakyat atau negera secara
keseluruhan. Dapatkah pendirian ini dipertahahkan?
Berdasarkan tindakan raja Philip juga, Lea memandang tindak-tanduk golongan sesat sebagai
ancaman kepada keamanan dan perpaduan negara. Persoalan yang timbul di sini ialah apakah
bukti bahawa golongan sesat ini benar-benar amanah dan mengancam ke perpaduan Negara?

KESIMPULAN
Sebagai rumusan ingin dapatlah dijelaskan bahawa adalah penting penentuan tentang dibuat
samada perlu atau tidak pengadilan moral apabila seseorang itu membuat sesuatu kajian
sejarah. Isu ini tidak dapat ditinggalkan begitu sahaja didalam satu kajian sejarah. Sikap ahli
sejarah yang menentang dan menyokong pengadilan sejarah boleh mengakibatkan isu ini
berterusan tergantung boleh menyebabkan pertikaian dan perbahasan yang semakin jauh
dikemudian hari tanpa sebarang keputusan muktamad. Ini akan mengelirukan masyarakat dan
menjadi persoalan bagi sesiapa menjadikan kajian sejarah sebagai rujukan dalam sesuatu
tindakan. Adalah lebih baik sekiranya dijelaskan keperluan dan ketidakperluan pengadilan
moral apabila satu kajian sejarah bagi membuat keputusan samada perlu atau tidak penulisan
pengadilan moral yang lebih mendalam dijalankan ke atas kajian sejarah yang dijalankan.
Walaupun dapat dilihat pengadilan moral boleh dilakukan berasakan pemikiran yang rasional,
maka tiada sebab untuk menolak pengadilan moral dalam kajian sejarah adalah lebih baik
sekiranya pengadilan ini dilakukan oleh sejarawan atau pakar-pakar yang berkaitan dengan

10

mengetahui nilai-nilai moral yang lebih mendalam bagi mengelakkan pendapat-pendapat


yang salah daripada orang biasa yang bukan ahlinya.
Apa jua keputusan berkaitan keperluan berkaitan pengadilan moral dikemudian hari, kajian
sejarah tetap perlu dijalankan sebagai rujukan untuk bergerak kehadapatn.

11

Anda mungkin juga menyukai