TAJUK ESEI:
DISEDIAKAN UNTUK
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan pengadilan itu berasal daripada kata
dasar ‘adil’ yang bererti menyebelahi pihak yang benar tetapi bukan berdasarkan kepada sesuatu
tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak berat sebelah serta mengadili sesuatu perkara
dengan saksama atau memutuskan lalu menjatuhkan hukuman dengan adil. Manakala moral pula
membawa maksud ajaran atau pegangan tentang baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara
berkelakuan yang diukur dari segi baik dan buruk sesuatu akhlak dan seringkali terdapat unsur
dongeng sebagai saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak yang baik. Ia juga berkaitan
dengan perkara yang betul dan adil serta kata-kata yang mengakui kebenaran atau menyokong
Bagi pandangan Abdul Rahman pula, pengadilan moral dapat dikesan apabila
seseorang sejarawan dengan sengaja atau tidak sengaja menjatuhkan, menghukum dan menilai
sesuatu. Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula memuji, meng keji
dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas dan sebagainya.2
Bagi pandangan sejarawan Barat pula iaitu Adrian Oldfield dengan menyatakan bahawa
lazimnya pengadilan moral dibuat dalam bahasa yang memuji atau memper salahkan seseorang
atau sesuatu perkara dengan berpandukan ukuran baik dan buruk. 3Hal ini dalam penulisan
1 Hajah Noresah Bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2007, hlm. 9.
2 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak
Jauh, Universiti Sains Malaysia, 1994, hlm. 113-114.
3 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm.
90.
sejarah kita boleh lihat sejarawan telah menilai dan menjatuhkan hukuman moral keatas nilai-
Konsep objektiviti merupakan konsep yang dibawa oleh Leopold Von Ranke. Beliau
moden di Barat pada pertengahan kurun ke-19 dan menjadi penentang kepada kehadiran
pengadilan moral dalam sesebuah penulisan sejarah. Hal ini kerana pada kurun tersebut, sejarah
dianggap satu bidang pengajian yang mempunyai disiplin yang tersendiri. Menurut Ranke,
pengajian sejarah perlu dipaparkan secara jelas mengenai kejadian lalu sebagaimana ia benar-
benar berlaku atau istilah yang selalu diguna pakai ialah wie es eigentlich gewesen. 4
Hal ini
adalah kerana Ranke berpegang teguh kepada teori Historicism iaitu sesuatu kajian ke atas
sesuatu peristiwa harus dikaji seperti yang telah berlaku pada masa lalu dan bukannya dengan
membuat penilaian atau pengukuran terhadap masa lalu dengan menggunakan nilai-nilai masa
kini. Tegas beliau sejarah seharusnya berlandaskan bukti dan bukan kepada daya imaginasi yang
sewenang-wenang sebagaimana yang dilakukan oleh penulis-penulis sastera seperti Walter Scott.
Bagi mencapai sejarah yang objektif, Ranke telah menekankan penggunaan konsep
quellenkritik secara amnya merupakan suatu kajian kritis terhadap sumber-sumber sejarah. 5
4 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm.
120.
5 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.
Melalui pendekatan yang telah diketengahkan oleh Ranke, maka kebenaran sejarah dapat
ditentukan dengan menjalankan penyelidikan terhadap sumber arkib yang berkaitan sejarah atau
peristiwa yang dikaji. Kritikan sumber ini bertujuan untuk menolak apa yang tidak benar dan
Seseorang terlalu sukar untuk menggambarkan hati dan perasaan manusia secara
lumrahnya. Persekitaran dan situasi yang berlaku di sekeliling mereka juga mempengaruhi
semua bentuk pendirian yang ditentukan oleh mereka. Menurut Butterfield dalam bukunya yang
bertajuk “Moral Judgement In History” telah berkata bahawa tugas mengendalikan pengadilan
moral menimbulkan pelbagai jenis kerumitan. Antara kerumitan yang berlaku dalam kalangan
ahli sejarah adalah ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menilai dari segi moral semua
tindakan manusia. Selain itu, terdapat juga kalangan para ahli sejarah mempunyai kecenderungan
untuk membuat pengadilan yang bersifat “separa masak” atau “palsu” dengan menjadikan
pengadilan moral sebagai alat mendedahkan kesalahan lawan dan menutup kesalahan kawan.6
Seterusnya, pemisahan disiplin-disiplin sejarah dalam diri para ahli sejarah juga berlaku
disebabkan oleh pengasingan ruang intelek sejarah. Keadaan ini menyebabkan terdapat segelintir
ahli sejarah menokok tambah unsur-unsur yang negatif terhadap sejarah dan terhasilnya sejarah
yang ditulis. Perkara tersebut sangat bertepatan dengan bantahan Herbert Butterfield. Perkara ini
berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan ahli sejarah untuk menembusi peringkat “lubuk
pemikiran atau hati seseorang” bagi memahami niatnya yang sebenar-benarnya dalam
6 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican and Sons, 1985, hlm.
92.
mencetuskan sesuatu tindakan sejarah. Keadaan ini boleh didefinisikan sebagai tempat
berlakunya pembentukan akhir niat atau garis tanggung jawab tersebut. Di samping itu, beliau
juga berkata bahawa pengadilan moral adalah tidak bersangkut paut kepada penyiasatan (sejarah)
dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik.7 Oleh itu, semua manusia mempunyai
kelemahan tidak seharusnya mengambil kelemahan dalam bidang sejarah. Misalnya, pengadilan
moral itu sendiri. Kita juga boleh mengetahui dan melihat persekitaran boleh mempengaruhi para
ahli sejarah untuk menulis sesuatu peristiwa yang berlaku, maka sebuah karya sejarah yang
ditulis telah kehilangan inteleknya. Sebagai contoh, Ranke telah dikatakan menulis sejarah
Jerman selalu memuji sistem beraja semasa berlakunya revolusi menjatuhkan raja di seluruh
Eropah. Hal ini berlaku kerana kebaikan-kebaikan raja Jerman telah mempengaruhi beliau di
mana beliau dibenarkan oleh raja Jerman untuk menggunakan semua kemudahan seperti arkib
istana dan beliau juga melihat sendiri jasa raja dalam membantu rakyatnya. Beliau juga
merupakan seorang bapa pensejarahan moden kerana beliau seorang tokoh yang berwibawa
dalam menentang pengadilan moral walaupun beliau melakukan sedikit kesilapan dalam
penulisannya.
Tambahan pula, Butterfield turut menegaskan bahawa tugas para ahli sejarah ialah
menceritakan semua peristiwa dalam sejarah itu dengan jelas. Beliau juga berpendapat bahawa
sesiapa yang membaca peristiwa itu, semestinya akan mempunyai sifat rasa kemanusiaan, nilai
peraturan dan etika, maka pembaca secara sendirinya akan menghukum bagi sesiapa yang patut
dihukum jahat. Sebaliknya, sekiranya pembaca tidak mempunyai sifat perasaan yang halus,
tidak akan mengusik hatinya. Beliau juga menekankan bahawa semua pembaca seharusnya
mempunyai tanggungjawab untuk mengadili dan menghukum sesebuah karya sejarah dan
bukannya ahli sejarah.8 Hal ini berlaku kerana beliau sangat risau sekiranya ahli sejarah
menjatuhkan pengadilan moral, maka tindakan tersebut secara tidak langsung akan memberi
moral yang bersifat belah sebelah itu telah “memainkan peranan yang besar dalam mencetuskan
pertelingkahan kebangsaan dalam zaman kita”. Misalnya, parti yang berhaluan kanan seperti
Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina
Malaysia (MCA) mengutuk parti yang berhaluan kiri seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS),
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sebagainya. Menurut Butterfield juga, kemasukan unsur
pengadilan akan membuka peluang kepada semua pihak untuk cuba mendedahkan kesalahan-
dalam pensejarahan telah hilang kerana kemasukan unsur pengadilan moral telah diserapkan
Tindakan Butterfield yang menentang pengadilan moral ini telah dikritik oleh beberapa
sarjana termasuklah Qasim Ahmad. Qasim Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Karya Sejarah
telah berkata bahawa pendirian yang dilakukan oleh Butterfield adalah begitu rapi tetapi beliau
8 Pieter Geyl, Debates With Historians, London : Cambridges University Press, 1956, hlm. 17.
9 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur : Marican and Sons, 1985,
hlm. 92.
10 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning of History, London: University of Chicago Press,
1977, hlm. 4.
membuat kesilapan dengan menyerahkan tugas mengadili kepada para pembaca sahaja. Qasim
Ahmad juga berpendapat bahawa penilaian tidak terbatas kepada para pembaca sahaja walaupun
terdapat kalangan pembaca yang mempunyai kearifan tetapi ahli sejarawan juga harus diberikan
penilaian walaupun keadilan dinilai menurut ukuran lahiriah yang mampu dibuat oleh manusia.11
Oleh itu, kita boleh mengetahui pendirian yang dilakukan oleh Butterfield yang mahukan
sejarah seharusnya diperlakukan dengan baik tanpa adanya kemasukan unsur-unsur pengadilan
moral kerana beliau tidak mahu segala pelabelan yang negatif seperti pencetus kepada
kekacauan, pergaduhan, penindasan dan sebagainya terhadap semua pelaku dalam sejarah
SEBELAH
Kita juga dapat mengetahui dan melihat pandangan Benedetto Croce tentang pengadilan
moral dikatakan boleh mencetuskan penilaian negatif dan berat sebelah. Menurut Croce dalam
bukunya yang berjudul “History as the story of Liberty” telah menolak bahawa sejarah sebagai
“Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semua pengadilan sulit yang berpunca dari nafsu-nafsu
muktamad sebagai satu pengadilan sejagat, yang membezakan orang yang mulia daripada orang
yang berdosa”.12 Pendapat Croce ini adalah berlandaskan kepada beberapa alasan, misalnya,
ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menembusi ke lubuk hati manusia yang mencetuskan
11 Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan , Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1991, hlm. 38.
12 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur. Marican dan Sons, 1985,
hlm. 91.
sesuatu kejadian sejarah, kecenderungan para ahli sejarah untuk memasuki unsur prasangka
dalam pengadilan mereka, kekurangan bukti serta ketidakmampuan untuk membuat pengadilan
yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah. 13 Oleh itu, ahli sejarah yang menggunakan pengadilan
moral boleh mencetuskan pelbagai penilaian yang boleh menimbulkan tanggapan buruk terhadap
sesuatu peristiwa. Menurut Butterfield, penulisan sejarah yang menulis unsur pengadilan moral
banyak mengandungi unsur Berat Sebelah. Unsur berat sebelah ini dinilai sebagai, ahli
Sejarawan yang memuji atau menghina individu mahupun tamadun yang boleh menyebabkan
pertelingkahan kebangsaan pada masa tertentu. Kebanyakan ahli sejarah yang melakukan hal
sebegini disebabkan oleh faktor emosi dan sikap prajudis. Nilai dan emosi ini menyebabkan
mereka bertindak menyebelahi pihak kawan dan menjatuhkan pihak lawan demi faktor tertentu.
Menurut G. Kitson Clark, sesuatu peristiwa jahat perlu dicela dan dihina perbuatanya
bagi memastikan ianya menjadi sebuah peristiwa tauladan. Akan tetapi, mengutuk pelaku
tersebut adalah tidak wajar bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan terhadap sesuatu
penilaian.14 Sebagai contoh, penjajahan Jepun semasa Perang Dunia ke-2 di Tanah Melayu
merupakan tragedi hitam untuk Tanah Melayu dan Rantau Asia. Tindakan menceritakan
tragedinya ini adalah perlu untuk mengingati peristiwa ini sebagai tauladan dan pengajaran
kepada rakyat Malaysia pada masa kini. Tetapi menghina negara mahupun bangsa tersebut
sehingga sekarang adalah tidak wajar kerana generasi pada masa kini tidak terlibat dengan
14 G.Kitson Clark, The Critical Historian. London : Heinemann Educational Books Ltd. 1967. hlm.
209.
Selain itu, Croce juga membezakan dan mengingatkan bahawa terdapatnya perbezaan
yang wujud dalam cara bagaimana pengadilan dijatuhkan di mahkamah dan bagaimana
pengadilan dilakukan dalam sejarah. Croce juga berkata bahawa tindakan tersebut adalah adakan
terdapat perbezaan dan persamaan dalam sistem pengadilan. Menurutnya, mahkamah mengadili
tertuduh yang masih hidup dan tertuduh boleh membeli dirinya, serta berpandukan undang-
undang yang diiktiraf umum pada waktu tersebut dan sejarah sebaliknya mengadili orang yang
sudah meninggal dunia yang secara jelasnya tidak boleh membela dirinya, serta menggunakan
nilai-nilai yang barangkali tidak diiktiraf pada zaman orang yang diadili itu. 15
Sebagai contoh,
apabila terdapatnya sebilangan ahli sejarah mengutuk Julius Ceasar kerana mencabuli kebebasan
politik rakyat Rom, Croce berpendapat bahawa adalah tidak adil menggunakan nilai zaman kini
dalam mengadili tindakan di zaman silam. 16Berdasarkan contoh tersebut, kita dapat mengetahui
bahawa para ahli sejarah tidak seharusnya berada pada zaman tersebut dan ahli sejarah juga tidak
memahami apa yang berlaku akan situasi dan keadaan yang berlaku pada zaman yang lampau.
Hal ini dapat dibuktikan bahawa kebanyakan ahli sejarah tidak mengetahui niat sebenar Julius
Caesar melakukan tindakan yang dikatakan kejam yang dianggap baik kepada sesetengah pihak
ahli sejarah. Jelasnya, tugas ahli sejarah sememangnya menceritakan sebuah peristiwa benar dan
bukannya melegakan mana-mana pihak. Ini memastikan sejarah yang diceritakan mampu
menjadi aspek yang penting untuk mengubah generasi akan datang bagi memastikan ianya tidak
berulang lagi dan menjadi contoh kepada kehidupan mereka. Oleh yang demikian, jika para ahli
15 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican dan Sons, 1985,
hlm. 91.
Pengadilan Moral merupakan konteks yang digunakan oleh pakar sejarah bagi mengadili
dan menjatuhkan hukuman kepada pelaku yang terlibat di dalam teks sejarah tanpa mengira
bangsa, budaya, zaman dan tamadun. Penafsiran sejarah yang dilakukan oleh ahli sejarah adalah
berbeza berikutan wujudnya ahli sejarah yang berlainan bangsa, cuba untuk menyelidiki dan
mengkaji sejarah di sesebuah negara tanpa mengenali dan mengerti budaya, agama, adat resam,
tamadun yang muncul di negara tersebut. Hal ini diungkapkan oleh Muhd Yusof Ibrahim (1997)
yang menerangkan peristiwa yang berlaku pada Tahun 1874. Beliau menerangkan di dalam
penulisannya yang tertulis ‘tarikh ini dikenali sebagai Tarikh bermulanya, pertukaran dasar
British daripada tidak campur tangan kepada campur tangan negeri-negeri Melayu’17.
Kepentingan ini dapat diungkapkan, mempunyai faktor dan dasar yang berbeza dengan
pandangan kedua-dua ahli sejarah yang terlibat di dalam penulisan teks ini. Di sudut barat, teks
ini menceritakan bagaimana keadaan huru hara yang berlaku di Tanah Melayu yang menjejaskan
kepentingan ekonomi orang British dan Cina. Manakala, sejarawan tempatan menegaskan Tarikh
ini merupakan Tarikh bermula masalah ekonomi yang berlaku di Britain yang menyebabkan
mereka bertindak campur tangan ke atas politik di Tanah Melayu bagi mengeksploitasi ekonomi.
Perbezaan pendapat yang berlaku di antara ahli sejarah tempatan di dalam penulisan teks, kerap
kali bercanggah berikutan, teks yang ditulis oleh sejarawan tempatan lebih mengutamakan
kebenaran asli dan sejarawan luar lebih mengutamakan kepentingan diri ataupun maruah bangsa
17 Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997, hlm 201
Kesukaran pengkaji, menyelidik teks-teks ini adalah disebabkan oleh pandangan dan
penulisan yang berbeza oleh kedua-dua sejarawan barat ataupun tempatan. Hal ini diungkapkan
oleh Herbert Butterfield (1951) yang menyiratkan bahwa ‘‘tugas mengendalikan pengadilan
moral menimbulkan berbagai jenis kerumitan termasuk ketidakupayaan para ahli sejarah menilai
dari segi moral semua tindakan manusia, kecenderungan para ahli sejarah untuk membuat
pengadilan moral secara sekali yang berupa setengah masak ataupun palsu’’ 18. Ungkapan ini
memberi gambaran jelas kepada kesulitan para pengkaji sejarah untuk menjalankan kajian
sejarah, berikutan wujudnya pengadilan moral yang tidak seimbang dalam menceritakan teks
sejarah terutamanya dalam melibatkan diri individu, budaya, peristiwa dan tragedi. Sebagai
contoh, terdapat hubungan teks yang menceritakan peristiwa pembebasan hamba yang berlaku di
Tanah Melayu yang melibatkan individu terkemuka iaitu J.W.W Birch sekitar Tahun 1875.
Peristiwa ini telah disambut baik oleh penulisan teks yang dilakukan oleh sejarawan barat
dengan menyifatkan tindakan ini sebagai ‘hasrat baik’ untuk membebaskan manusia daripada
sistem penghambaan. Akan tetapi, peristiwa ini tidak mendapat sambutan daripada teks
penulisan daripada sejarawan tempatan yang mencela perbuatan J.W.W Birch atas pembebasan
hamba ini. Hal ini berikutan kerana, ketuanan melayu yang menpunyai hierarki sosial tersendiri
yang berbeza dengan orang British menyebabkan tindakan Birch ini disifatkan sebagai
melanggar dan mencemarkan adat istiadat orang Melayu dengan melakukan tindakan tanpa
Lazimnya, dapat dilihat bahwa kecelaruan dan kerumitan para pengkaji sejarah untuk
menafsir teks sejarah amat sukar berikutan terdedah dengan unsur pengadilan moral yang
terkandung di dalam teks sejarah. Unsur pengadilan yang mengadili perilaku yang disebabkan
18 R. Suntharalingam, pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican dan Sons, 1985, hlm
92
oleh faktor kepentingan dan maruah bangsa menyebabkan teks sejarah lebih memihak kepada
menjaga maruah negara dan bangsa tanpa dicela dan dihina daripada negara lain.
Teks sejarah yang ditulis oleh Sejarawan banyak menyifatkan unsur propaganda bagi
memenangi pihak kawan dan menjatuh lawan. Kelemahan ini dirujuk sebagai sifat dan nilai yang
terdapat di dalam penulisan teks sejarah, yang menjalankan penulisan secara tidak objektif,
separuh masak, beremosi dan tidak adil. Hal ini kerap kali berlaku di dalam teks sejarah yang
cuba mengadili setengah pihak bagi kepentingan sendiri dan bertujuan memastikan penulisan ini
membantu pihak yang ingin diberikan kemenangan. Sebagai contoh, Aminuddin Baki mengkaji
institusi penghambaan telah menyifatkan bahwa sistem penghambaan ‘bukan sahaja kejam,
tetapi pula satu cabaran secara langsung kepada ajaran-ajaran islam’19. Di dalam teks ini,
penerangan beliau terhadap institusi penghambaan yang dikaitkan dengan ajaran islam telah
digunakan oleh golongan Gereja bagi mencela dan mencemuh ajaran Islam yang mengamalkan
sistem penghambaan di dalam kelas sosial. Unsur propaganda telah digunakan oleh kuasa Gereja
bagi melemahkan penganut islam telah dicabar oleh Aminuddin Baki yang mempertahankan isu
ini bagi memastikan pengadilan moral tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menerangkan
perkara yang sebenarnya, sekiranya pengkaji mengenalpasti dan memahami sejarah awal sistem
Kesan ini terhadap politik juga memberi unsur berat sebelah kepada pihak-pihak tertentu
bagi kekal berkuasa mahupun menjatuhkan pihak lawan. Teks ini dapat dilihat berdasarkan
ungkapan yang digunakan oleh Herbert Butterfield (1951), yang menceritakan “pihak komunis
19 R. Suntharalingam, pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur, Marican dan Sons, 1985, hlm 107
telah mengutuk tindakan nazi, sedangkan puak-puak yang berhaluan kanan mengutuk puak-puak
yang berhaluan kiri”20. Penceritaan yang berbeza di dalam politik di dalam pengadilan sejarah,
setidaknya memberi tanggapan dan pandangan yang berbeza kepada kuasa politik yang kekal
berkuasa sehingga kini. Kesan ini dapat dilihat melalui penghinaan kuasa komunis yang
dianggap sebagai kuku besi terhadap rakyat mereka menjadi persoalan oleh masyarakat luar
dalam menilai kuasa politik terbabit. Walaupun wujud perbezaan yang berlaku di dalam politik
di negara komunis seperti Rusia, China, Vietnam dan Korea Utara, tanggapan masyarakat
terhadap kuasa politik ini berdasarkan pengadilan sejarah berubah apabila sejarawan mengadili
kuasa politik ini seperti mengadili kuasa politik nazi. Hal ini juga berlaku di Tanah Melayu
seperti peristiwa kemerdekaan yang berlaku Sekitar Tahun 1940 an hingga 1950 an. Yang
melibatkan kuasa politik UMNO yang dianggap sebagai kuasa pembebasan Tanah Melayu yang
berjaya mendapatkan Kemerdekaan Tanah Melayu sekitar Tahun 1957. Ahli sejarah
menggunakan unsur ni sebagai UMNO, parti politik yang harus kekal memerintah berkuasa di
negara Malaysia sebagai penghargaan atas dasar jasa tokoh-tokoh kemerdekaan. Walaupun
begitu, menghargai jasa tokoh kemerdekaan tidak salah untuk masyarakat tempatan, akan tetapi,
menggunakan unsur pengadilan moral bagi mengekalkan tunggak kuasa adalah silap berikutan
dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan lahirnya pemimpin yang korupsi tidak mampu
Lahiriahnya, pengadilan sejarah atas propaganda telah banyak ditulis oleh sejarawan atas
dasar kepentingan dan emosi peribadi mereka. Hal ini menyebabkan teks sejarah mengandungi
unsur kebencian dan penipuan yang menyebabkan individu mampu meraih kepentingan demi
20 Ibd, hlm 92
3.0 KESIMPULAN
Sesebuah pengkajian sejarah memerlukan penyelidikan yang menyeluruh terhadap perkara yang
benar-benar berlaku. Permasalahan dan cabaran kekurangan sumber bagi mendapatkan bukti
menyebabkan ahli sejarah menganalisis dan membuat tafsiran melalui sudut kaca mata
mereka sendiri. Perkara ini ada kaitannya dengan sikap semula jadi manusia di mana ianya
akan mempengaruhi bentuk penulisan sejarah apabila mereka melakukan penilaian terhadap
sesuatu peristiwa. Memang soal menjatuhkan pengadilan moral tidak harus diketepikan dalam
penulisan karya sejarah kerana seseorang ahli sejarah tidak dapat membebaskan diri dari
melakukan pengadilan moral. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila menggunakan sesuatu
perkataan maka ini sudah menunjukkan satu bentuk pengadilan moral telah dilakukan sama ada
secara sedar mahupun secara tidak sedar kerana agak sukar untuk tidak menggunakan perkataan-
dalam penulisan sejarah. Namun apa yang boleh disimpulkan disini, pengadilan moral boleh
dianggap sebagai medium kepada masyarakat kerana kami melihat tujuan pengadilan moral ini
adalah untuk memberikan panduan, pengajaran, iktibar dan perlulah dirakamkan dan dipaparkan
4.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang : Pusat Pendidikan
Jarak Jauh. Universiti Sains Malaysia.
E.H. Carr. (1988). Apakah Sejarah ?. (terj.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
G.Kitson Clark. (1967). The Critical Historian. London : Heinemann Educational Books Ltd.
Leonard Krieger. (1977). Ranke : The Meaning of History. London : University of Chicago
Press.
Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pieter Geyl. (1956). Debates With Historians. London : Cambridge University Press.
Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican dan Sons.
R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm.
97