Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

SOALAN NO 2..........................................................................................................................1

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................1

2.0 PANDANGAN SEJARAH SEBAGAI BENTUK NARATIF............................................1

1. Bentuk Lisan...................................................................................................................1

2. Bentuk Tulisan................................................................................................................1

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJARAH SEBAGAI NARATIF.......................2

a. Kepentingan yang diperjuangkan................................................................................2

b. Kelompok sosial dimana dia berada............................................................................2

c. Perbendaharaan pengetahuan yang dimilikinya.........................................................2

d. Kemampuan bahasa yang dimilikinya.........................................................................2

3.0 ANALISIS KENYATAAN SEJARAH BUKAN PERBINCANGAN NARATIF

SAHAJA TETAPI MENJELASKAN SEBAB DAN MUSABABNYA...................................3

SOALAN N0 3...........................................................................................................................5

1.0 PENGENALAN...................................................................................................................5

1.1 Definisi Objektif...............................................................................................................6

1.2 Definisi Subjektif..............................................................................................................6

2.0 PERBANDINGAN ALIRAN RELATIVIS DAN ALIRAN OBJEKTIF...........................8

3.0 RUMUSAN..........................................................................................................................9

RUJUKAN..............................................................................................................................10

1
SOALAN NO 2

Analisiskan pernyataan bahawa sejarah tidak setakat perbincangan secara naratif


sahaja, bahkan juga penjelasan tentang sebab-musababnya.

1.0 PENGENALAN

Sejarah lama pada kurun ke-19 memberi penekanan kepada bidang politik dan diplomasi

dengan cara penulisan berbentuk naratif. James Harvey Robinson (1863 – 1936) telah

mempelopori sejarah baru yang merupakan sejarah ‘manusia biasa’ dan menggunakan segala

hasil kajian ahli antropologi, ekonomi, psikologi dan sosiologi sebagai sumber rujukan.

2.0 PANDANGAN SEJARAH SEBAGAI BENTUK NARATIF

Sejarah sebagai bentuk naratif merupakan rekonstruksi dari suatu peristiwa yang dituliskan

maupun diceritakan oleh seseorang. Sejarah sebagai bahan berbentuk naratif dapat berbentuk

lisan dan tulisan.

1. Bentuk Lisan
Contoh penuturan secara lisan baik yang dilakukan oleh seorang maupun kelompok tentang

peristiwa yang telah terjadi. Bentuk tulisan, dapat berupa kisah yang ditulis dalam buku-buku

sejarah.Sejarah sebagai kisah sifatnya akan subjektif karena tergantung pada interpretasi atau

penafsiran yang dilakukan oleh penulis sejarah. Subjektivitas terjadi lebih banyak diakibatkan

oleh faktor-faktor kepribadian si penulis atau penutur cerita.

2. Bentuk Tulisan
Sejarah sebagai kisah dapat berupa naratif yang disusun berdasarkan memori, kesan, atau

tafsiran manusia terhadap kejadian atau peristiwa yang terjadi pada waktu lampau. Sejarah

sebagai kisah dapat diulang, ditulis oleh siapapun dan kapan saja. Untuk mewujudkan sejarah

sebagai kisah diperlukan fakta-fakta yang diperoleh atau dirumuskan dari sumber sejarah.

2
Tetapi tidak semua fakta sejarah dapat diangkat dan dikisahkan hanya peristiwa penting yang

dapat dikisahkan.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJARAH SEBAGAI NARATIF


a. Kepentingan yang diperjuangkan
Faktor kepentingan dapat terlihat dalam cara seseorang menuliskan dan menceritakan

kisah/peristiwa sejarah. Kepentingan tersebut dapat berupa kepentingan pribadi maupun

kepentingan kelompok Contoh: Seorang pencerita biasanya akan lebih menonjolkan

peranannya sendiri dalam suatu peristiwa. Misalnya, seorang pejuang akan menceritakan

kehebatanya dalam menghadapai penjajah.

b. Kelompok sosial dimana dia berada


Dalam hal ini adalah lingkungan tempat ia bergaul, berhubungan dengan sesama

pekerjaannya atau statusnya. Darimana asal pencerita sejarah tersebut juga mempengaruhi

cara penulisan sejarah.Contoh: Seorang sejarawan akan menulis sejarah dengan

menggunakan kaedah akademik ilmu sejarah sedang seorang wartawan akan menulis sejarah

dengan bahasa wartawan.

c. Perbendaharaan pengetahuan yang dimilikinya


Pengetahuan dan latar belakang kemampuan ilmu yang dimiliki pencerita sejarah juga

mempengaruhi kisah sejarah yang disampaikan. Hal tersebut dapat terlihat dari kelengkapan

kisah yang akan disampaikan, gaya penyampaian, dan interpretasinya atas peristiwa sejarah

yang akan dikisahkannya.

d. Kemampuan bahasa yang dimilikinya


Pengaruh kemampuan bahasa seorang penutur/pencerita sejarah sebagai kisah terlihat dari

hasil rekonstruksi penuturan kisah sejarah. Hal ini akan sangat bergantung pada kemampuan

bahasa si penutur kisah sejarah.

3
3.0 ANALISIS KENYATAAN SEJARAH BUKAN PERBINCANGAN NARATIF
SAHAJA TETAPI MENJELASKAN SEBAB DAN MUSABABNYA

Berdasarkan gambaran awal (tradisional) tentang sejarah, menjelaskan bahawa

sejarah adalah suatu pengkajian tentang perkara yang telah sebenarnya memang telah

berlaku. Perkara yang telah berlalu sebenarnya memang telah berlaku. Pengkajian tersebut

perlulah jelas iaitu, bukannya untuk keseronokan tetapi mempunyai unsur-unsur moral yang

berharga dalam pembelajaran dan sejarah akan menjadi kesahihan atau penjelasan yang tepat

melalui kaedah-kaedah saintifik yang mengekalkan ‘objektiviti’ nya dan kita boleh

menentukan faktanya yang sebenarnya telah berlaku.

Oleh yang demikian, sejarah bukan hanya perbincangan setakat naratif sahaja, bahkan

juga merangkumi penjelasan sebab-musabab sesuatu kejadian itu. Ia juga bermaksud tempoh

masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ia juga adalah satu medan

penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan

menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-

corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa (Richard J. Evans, 2001 dan Alun

Munslow (2001)). Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai tabii sejarah dan kegunaannya.

Ini termasuklah membincangkan kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya

dan sebagai satu kaedah menyediakan "perspektif" pada masalah masakini (Tosh. John,

2006). Cerita-cerita yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-

sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi King Arthur) biasanya lebih dikelaskan

sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin

sejarah (Seixas. Peter, 2000).

4
Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah (Lowenthal,

David, 2000). Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Yunani abad kelima SM Herodotus

dianggap sebagai "bapa sejarah", dan, bersama-sama dengan ahli sezamannya Thucydides,

membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-sama dengan tradisi-tradisi

sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah mewujudkan banyak interpretasi

yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah selama berabad-abad lamanya dan

masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah moden mempunyai banyak bidang berbeza

termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan tertentu dan mereka yang menumpukan

terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur penyiasatan sejarah yang bertema.

Selain itu, E.H Carr menjelaskan bahawa sejarah adalah satu dialog antara perkara

yang telah berlaku pada masa lalu dengan masa kini. Sejarah juga merupakan interaksi antara

sejarawan dengan fakta-faktanya. Carr menolak pandangan empirikal kerja ahli sejarawan

sebagai satu pertambahan ‘fakta’ dan beliau mendakwa bahawa sebagai karut. Carr juga

mendakwa kepercayaan di dalam teras fakta-fakta sejarah yang sedia ada secara objektif dan

bebas daripada tafsiran ahli sejarah adalah satu kesilapan yang tidak munasabah tetapi ia

amat sukar untuk dicegah.

Carr juga mengakalkan adanya satu kuantiti yang luas maklumat dalam era moden

bahawa sejarah sentiasa memilih ‘fakta’ dan beliau memutuskan untuk membuat

penggunaan. Daripada definisi yang diberi oleh Carr, menunjukkan bahawa sejarah berfungsi

untuk menyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu

generasi ke satu generasi berikutnya dan dengan itu berlakunya proses pembudayaan,

sosialisasi dan pendidikan secara terus-menerus. Di sini Carr cuba menunjukkan bahawa

sejarah adalah suatu tindak balas pembaca terhadap penulisan sesebuah buku iaitu fakta-fakta

yang ditulis oleh sejarawan. Walaupun sejarah di tulis dengan menggunakan fakta yang

sebenar-benarnya namun penerimaan terhadap kandungan buku tersebut mungkin seperempat

5
sahaja kerana pembaca mungkin mempunyai pandangan sendiri tentang sesuatu idea atau

peristiwa sejarah yang dibaca atau dialaminya.

Kejadian atau peristiwa itu sendiri adalah proses sejarah dalam keadaan yang

sebenarnya berlaku. Kejadian sejarah hanya berlaku sekali sahaja dan tidak akan berulang

lagi. Orang yang mengalami suatu kejadian sebenarnya berkesempatan mengalaminya,

mengamati dan mengikuti sebahagian daripada keseluruhan kejadian tersebut. Mustahil

baginya mengetahui keseluruhan peristiwa tersebut kerana boleh jadi pada ketika itu satu

kejadian yang sama berlaku di lokasi yang lain. Oleh itu, dia tidak akan mempunyai

gambaran keseluruhan tentang kejadian yang berlaku. Dengan penjelasan ini, maka sejarah

boleh kita katakan sebagai pelbagai bentuk penggambaran pengalaman sebenar berdasarkan

sebab dan musabab tertentu terhadap kejadian pada masa lampau yang dijelmakan dalam

bentuk penulisan,foto,filem dan sebagainya.

SOALAN N0 3

Bandingkan aliran relativis dan aliran objektiviti.

1.0 PENGENALAN

Bidang Sejarah merupakan bidang yang amat mementingkan penelitian dan

penyelidikan ke atas sesuatu fakta sejarah dengan penuh bertanggungjawab demi mencari dan

mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan pada masa lalu atau yang peristiwa lampau.

Ahli sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam bentuk

penulisan atau pensejarahan.

Mereka akan membuat tafsiran berdasarkan fakta yang diperolehi melalui bukti-bukti

dan sumber-sumber yang sahih. Dalam membincangkan mengenai aliran objektif dan relatif,

6
E.H. Carr dalam bukunya ‘What is History’ berpendapat bahawa kedua-duanya mempuyai

hubungkait untuk memastikan objektiviti sejarah.

1.1 Definisi Objektif

Objektiviti berasal dari perkataan asal ‘objektif’. Menurut Kamus Dewan, objektif bermaksud

suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau

prasangka sendiri [ CITATION Nor001 \l 17417 ].Menurut pandangan Abdul Rahman Haji

Abdullah dalam penulisan bertajuk Pengantar Ilmu Sejarah (1994), beliau mendefinisikan

sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana terjadinya[CITATION Abd94 \l 17417 ]. Pandangan

ini selari dengan teori terkenal oleh Leopold Von Ranke, iaitu wie es eigentlich gewese yang

bermaksud ‘seperti sebenarnya ia berlaku’ [ CITATION Muh88 \l 17417 ]. Muhd Yusof lbrahim

mendefinisikan konsep objektif sebagai salah satu daripada beberapa sifat atau hakikat

sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah dan pensejarahan.

Menurut Barzun dan Graf dalam karya mereka bertajuk The Modern Researcher (1985)

bahawa objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau pandangan yang benar

[ CITATION JBa85 \l 17417 ].

  Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke

dan positivesme Aguste Comte yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek.

Karya sejarah yang dikatakan bersifat objektif ini pada asasnya adalah suatu penulisan yang

merupakan tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan kepada

sumbemya yang masih kekal. Hasil tafsiran itu haruslah dipertahankan kebenarannya untuk

sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil alih tempat

tersebut. Golongan objektitif ini dekenali sebagai golongan objektivis.

7
1.2 Definisi Subjektif
Menurut Kamus Dewan, subjektif pula bermaksud pandangan orang atau pihak yang

menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang di nilai atau dilihat) iaitu melihat dari sudut

pandangan atau mengikut perasaan [ CITATION Nor001 \l 17417 ].Hal ini dapat dilihat apabila

tafsiran yang dilakukan lebih di pengaruhi oleh perasaan atau prasangka diri. Pada pandangan

saya, kajian sejarah yang berkonsepkan subjektif adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkkan

kerana kebanyakkan ahli sejarawan yang melakukan kajian akan mentafsir bahan-bahan yang

di perolehinya mengikut tafsiran mereka sendiri. Tafsiran yang berbeza-beza antara ahli

sejarawan inilah yang menjadikan konsep subjektif begitu ketara dalam kajian atau penulisan

sejarah. Selain itu,golongan yang mendokong konsep subjektif ini di panggil golongan

relative atau relativis

Sememangnya konsep subjektif dan objektif dalam penulisan sejarah mempunyai

hubungan yang rapat antara satu sama lain dari segi ideology, pandangan dan kaedah

penulisan[ CITATION Ish07 \l 17417 ] . Dalam buku yang bertajuk “What is History?” yang

ditulis oleh E.H Carr telah menimbulkan persoalan terhadap golongan objektif dalam

menentukan keobjektifan sejarah dengan hanya bersandarkan kepada pemisahan mutlak

antara objek dan subjek, atau “antara si pemerhati dengan dengan yang diperhati”. [ CITATION

RSu85 \l 17417 ]. Bagi Carr, pemisahan diantara objektif dan subjektif tidak sesuai dalam

pengkajian sejarah kerana ia tidak mencerminkan hubungan yang sebenar di antara ahli

sejarah dengan perkara yang dikajinya. Sebagai contohnya, fakta yang hanya berdasarkan

kepentingan dari sudut intrepretasi atau pentafsiran yang dimajukan oleh ahli sejarah. Hal ini

bermaksud sekiranya ciri-ciri tersebut tidak di satukan iaitu diasingkan, maka keobjektifan

sejarah itu tidak berjaya dilaksanakan.

Pendirian E.H. Carr sangat disokong dalam memastikan objektiviti sejarah, ahli

sejarawan perlulah menggunakan kedua-kedua aliran ini supaya tafsiran tersebut tidak berat

8
sebelah atau erti kata lain tidak seimbang tafsirannya. Hal ini kerana apabila para ahli

sejarawan hanya mendokong salah satu aliran sahaja, pasti akan menimbulkan pelbagai

persoalan dan percanggahan pendapat dari sudut pandangan yang lain. Selain itu juga, Carr

menyatakan bahawa pentafsiran sejarah menunjukkan tahap kemajuan seseorang ahli sejarah

dengan mempamerkan intrepretasi yang bernas dan halus. Bagi Carr juga, sejarah secara

muktamad ataupun kebenarannya tidak mampu dicapai sampai bila-bila [ CITATION EHC84 \l

17417 ]. Disini dapat difahami bahawa sesuatu peristiwa itu tidak dapat ditafsir dengan

sebenar-benarnya kerana terdapat kesukaran dalam mempersembahkan fakta-fakta yang tulen

dan sahih seta secara menyeluruh. Hal ini kerana tidak semua peristiwa dapat ditafsir

menggunakan salah satu konsep sahaja. Ini kerana tidak semua peristiwa sejarah hanya

mempunyai konsep objektif iaitu fakta sahaja tanpa dipengaruhi oleh prasangka ahli

sejarawan. Bagi sesetengah peristiwa sejarah juga perlu ada konsep relative iaitu prasangka

dan tafsiran emosi ahli sejarawan bagi melengkapkan penyelidikan mereka.

2.0 PERBANDINGAN ALIRAN RELATIVIS DAN ALIRAN OBJEKTIF

Aliran objektif dan relatif ini tidak boleh dipisahkan kerana apabila aliran ini berdiri

atas satu konsep sahaja untuk memastikan objektiviti sejarah, maka akan berlaku perselisihan

pandangan antara golongan objektivis dan golongan relativis. Perkara ini harus dielakkan

kerana ini akan membuat para peminat ilmu sejarah seperti golongan muda yang baru

menjinak-jinakkan diri untuk meminati ilmu ini akan mengalami masalah kecelaruan fakta

sejarah. Hal ini bermaksud mereka keliru untuk membuat pilihan dan menegakkan pendirian

mereka bagi memehami sesuatu peristiwa sejarah. Disini dapat dibuktikan bahawa terdapat

sejarawan yang mengkritik sejarawan yang lain. Sebagai contoh Becker, Profesor Charles A.

Beard membangkang apa-apa yang dikatakan oleh Leopold VonRanke dan mereka daripada

golongan objektif. Menerusi ucapannya yang bertajuk “ Written History as an Act of Faith”

9
dalam persidangan Persatuan Sejarah Amerika pada tahun 1933 memperakukan hujah-hujah

Becker bahawa “sejarah adalah pemikiran sezaman mengenai masa lampau[ CITATION RSu85 \l

17417 ].

Di samping itu juga, kedua-dua aliran ini harus saling berhubungkait kerana

kadangkala sumber-sumber sejarah ini tidak lengkap dan hal ini memaksa sejarawan

mempersembahkan tafsiran mereka sekadar yang ada. Oleh itu, jika aliran objektif dan relatif

ini saling berhubungkait pasti masalah untuk mendapatkan sumber-sumber sejarah ini dapat

di selesaikan dengan mudah. Tidak ketinggalan juga, tafsiran yang dibuat akan lebih tepat

dan sahih serta diterima oleh semua sejarawan. Tambahan pula, Beard menyifatkan bahawa

terdapat satu kesukaran untuk memunculkan sejarah secara objektif seratus peratus kerana

sumber-sumber sejarah bukanlah lengkap. Ini kerana terdapat banyak peristiwa yang berlaku

tidak dirakam oleh saksi mata atau peristiwa tersebut berlaku di luar pengetahuan umum.

Sejarawan juga didapati memilih maklumat tertentu sahaja untuk melengkapkan pentafsiran

sejarah mereka. Hal ini bererti masih terdapat sesetengah maklumat yang tercicir atau sengaja

dicicirkan [ CITATION RSu85 \l 17417 ].

Akhir sekali, terdapat kajian yang dijalankan di Malaysia terhadap penulisan-

penulisan sejarah dalam mengetahui kemampuannya untuk muncul secara objektif atau tidak.

Aktiviti ini dilaksanakan oleh Profesor Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa penulisan

secara objektif tidak mampu ditegakkan malah dipengaruhi oleh unsur-unsur subjektif iaitu

relatif yang berupaya menyelewengkan penulisan tersebut. Menurut beliau lagi, persoalan

objektiviti tidak bergantung kepada fakta-fakta semata-mata, tetapi bergantung kepada

kebolehan ahli sejarawan untuk mengisahkan dan menceritakan dengan adil serta seimbang.

[CITATION Men13 \l 17417 ] Sekiranya ahli sejarah meninggalkan maklumat tentang sesuatu

10
perkara atau tokoh contohnya, ia akan dianggap dan tidak boleh dipandang sebagai

objektivis.

3.0 RUMUSAN

Konklusinya, dapat simpulkan disini bahawa kedua-dua konsep ini iaitu objektif dan

subjektif mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing yang tidak dapat di elakkan.

Hal ini bermakna penulisan sejarah tidak mampu dipaparkan secara seratus peratus atau

sepenuhnya menggunakan konsep objektif. Oleh hal yang demikian, konsep kerelatifan perlu

diguna pakai dalam erti kata lain kedua-dua aliran ini harus berhubungkait oleh ahli

sejarawan. Walaupun terdapat pelbagai pandangan dan percanggahanan idea dalam kalangan

ahli sejarah, namun amat penting bagi generasi akan datang diberikan maklumat yang tepat

mengenai peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku suatu ketika dahulu,

RUJUKAN

TUGASAN NO 1

Alun Munslow (2001). "What History Is". History in Focus, Issue 2: What is History?.
University of London. Dicapai pada 5 Jun 2020.
E.H. Carr, & terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail. (1984). Apakah Sejarah? Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lowenthal, David (2000). "Dilemmas and Delights of Learning History". Dalam Peter N.
Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.) (penyunting). Knowing Teaching and
Learning History, National and International Perspectives. New York & London:
New York University Press. m/s. 63. ISBN 0-8147-8141-1.

11
Nash l, Gary B. (2000). "The "Convergence" Paradigm in Studying Early American History
in Schools". Dalam Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.)
(penyunting). Knowing Teaching and Learning History, National and International
Perspectives. New York & London: New York University Press. halaman 102–115.
ISBN 0-8147-8141-1.

Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.), penyunting (2000). "Introduction".
Knowing Teaching and Learning History, National and International Perspectives.
New York & London: New York University Press. m/s. 6. ISBN 0-8147-8141-1.

Richard J. Evans (2001). "The Two Faces of E.H. Carr". History in Focus, Issue 2: What is
History?. University of London. Dicapai pada 5 Jun 2020.

Seixas, Peter (2000). "Schweigen! die Kinder!". Dalam Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam
Wineburg (eds.) (penyunting). Knowing Teaching and Learning History, National
and
International Perspectives. New York & London: New York University Press. m/s.
24. ISBN 0-8147-8141-1.
Tosh, John (2006). The Pursuit of History (ed. 4th). Pearson Education Limited. ISBN 1-
4058-2351-8.p 52

TUGASAN NO 2

The Education. (2013, Jun 13). Retrieved Jun 6, 2020, from Mengapa golongan relatif tidak

bersetuju dengan pemikiran golongan onjektif?:

http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/mengapa-golongan-relatif-tidak_13.html

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

12
E.H. Carr, & terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail. (1984). Apakah Sejarah? Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak B.Saat. (2007). Ilmu Sejarah Antara Tradisi Dan Moden. Shah Alam : Karisma & Sons

Sdn. Bhd.

J. Barzun , & H.F. Graff. (1985). The Moden Reseacher. New York: 4th. Ed New York,

Harcourt Brace Jovanovich, Inc.

Muhd. Yusof Ibrahim , & Mahayudin Haji Yahya. (1988). Sejarawan Dan Pensejarahan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Noresah Baharom(pysn). (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

13

Anda mungkin juga menyukai