Anda di halaman 1dari 28

BAB 5

PERSEDIAAN KE ALAM PEKERJAAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menyenaraikan langkah-langkah dalam mencari pekerjaan.
2. Menjelaskan perkara-perkara yang terlibat dalam proses
permohonan.
3. Mengenal pasti cara-cara menghadapi temuduga.
4. Menilai kriteria-kriteria yang diperlukan oleh majikan dalam
memilih calon pekerja.
5. Mengenal pasti bentuk-bentuk persediaan secara umum
sebelum memasuki alam pekerjaan.

5.1 PENGENALAN

Proses mencari dan mendapatkan pekerjaan kadangkala boleh menjadi


mudah dan ada ketikanya menjadi terlalu susah. Fenomena tersebut
banyak bergantung kepada persediaan awal para pencari kerja khususnya
bagi individu yang baru pertama kali memulakan kerjaya mereka. Banyak
perkara yang perlu dirancang dan dilaksanakan terlebih awal sebelum
mendapatkan sebarang jawatan seperti menilai aset diri, pembangunan
resume, penilaian pasaran buruh, mengenalpasti punca pemerolehan
pekerjaan dan lain-lain lagi. Merancang kerjaya dari awal merupakan satu
pendekatan yang dapat menjamin pemerolehan kerjaya yang diidam-
idamkan. Perancangan kerjaya sepatutnya berlaku di sepanjang kitaran
kerjaya individu dan tidak boleh dibuat hanya pada masa-masa tertentu
sahaja.

Salah satu punca pencari kerja menganggur terlalu lama ialah kerana tidak
cukup bersedia dari segi strategi mendapatkan pekerjaan. Pencari kerja
perlu mempunyai pengetahuan asas tentang cara atau kaedah yang sesuai
bagi mendapatkan pekerjaan. Sekitar tahun 60an dan 70an, permintaan
terhadap tenaga kerja yang berkelulusan tinggi amat besar sehingga
tawaran kerja datang tanpa dipohon oleh mereka yang berkelulusan
universiti. Keadaan tersebut telah berubah mulai tahun-tahun 80an
sehingga kini, di mana setiap pencari kerja terpaksa bersaing untuk
mendapatkan pekerjaan. Hanya mereka yang bijak dan pro-aktif dalam
mencari pekerjaan akan memperolehinya dalam masa yang singkat.
59
5.2 PROSES PENCARIAN

Kedudukan semasa ekonomi sesebuah negara telah banyak


mempengaruhi permintaan ke atas tenaga kerja. Ketika ekonomi
berkembang pesat, banyak industri ditubuh atau diperbesarkan.
Pergembangan tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan
permintaan terhadap tenaga kerja turut meningkat. Sebaliknya pula
berlaku apabila ekonomi berada dalam keadaan tidak stabil atau lebih
teruk lagi ketika kemelesetan ekonomi negara. Saat-saat seperti ini
memerlukan pencari kerja melaksanakan proses pencarian yang berkesan.
Maksud ‘berkesan’ iaitu menggunakan kaedah yang betul, pelbagai, kos
efektif dan memberi pulangan yang ‘menguntungkan’. Seperti yang telah
dijelaskan dalam Bab 1, pulangan yang menguntungkan bergantung
kepada tahap kepuasan yang diterima oleh seseorang hasil daripada
pekerjaan yang mereka perolehi dan lakukan.

Proses pencarian kerja bagi individu yang belum pernah bekerja ada
sedikit perbezaan dengan individu yang sedang bekerja. Perbezaannya
ialah individu yang bekerja perlu bersedia meletakkan jawatan seperti
mana mengikut kontrak perkhidmatan yang telah dipersetujui antara
majikan dan pekerja. Bagi kakitangan awam yang bercadang memohon
pekerjaan baru di organisasi awam yang lain, perlu memenuhi syarat
tambahannya iaitu mendapatkan kebenaran bertulis daripada majikan asal
mereka. Tiada sebarang syarat bagi mereka yang belum pernah bekerja.
Secara amnya, proses pencarian pekerjaan bermula dengan langkah-
langkah seperti berikut:

1. Menyemai minat terhadap sesuatu bidang kerjaya

Minat terhadap sesuatu jenis pekerjaan atau kerjaya boleh menjadi


pemangkin kepada kualiti dan kepuasan kerja. Keseronokan bekerja akan
meningkat apabila individu berjaya mendapatkan pekerjaan yang
diminati. Sebelum memutuskan jenis pekerjaan yang akan dipohon,
individu sebaik-baiknya melihat kepada arah minat dan kecenderungan
pilihan kerjaya mereka. Faktor minat mempunyai kaitan dengan
personaliti diri seperti mana yang telah diterangkan dalam Teori Pilihan
Pekerjaan Holland. Minat kepada sesuatu jenis pekerjaan juga boleh
dibentuk apabila individu mula berjinak-jinak dengan kerja tersebut
walaupun ia terkeluar dari kelayakan akademik yang dimiliki.

2. Mengkaji pasaran tenaga kerja semasa

Kepekaan pencari kerja melalui tinjauan tawaran jawatan kosong dalam


atau luar negara akan memberi panduan kepada mereka berkaitan
peluang pekerjaan sedia ada. Pencari kerja perlu mengkaji dan
mengenalpasti jenis-jenis jawatan yang terdapat dalam pasaran dan layak

60
dipohon oleh mereka. Terdapat banyak saluran untuk membuat tinjauan
tentang pasaran tenaga kerja sama ada melalui media cetak (seperti
akhbar dan majalah) atau pun media elektronik (seperti laman web dan
permohonan secara on-line), tampalan poster atau kain rentang (banner),
Kementerian Sumber Manusia, agensi mencari pekerjaan dan sebagainya.
Melalui kajian dan pemerhatian secara sendiri, pencari kerja akan
memperolehi banyak maklumat kerjaya yang berguna seperti jenis
pekerjaan yang paling banyak ditawarkan, syarat-syarat yang diperlukan,
lokasi organisasi yang bersesuaian dan sebagainya.

3. Menilai ciri-ciri pekerja yang dikehendaki majikan

Kebanyakan iklan jawatan kosong menyatakan syarat-syarat yang perlu


dipenuhi oleh para pemohon. Syarat-syarat seperti umur, taraf
pendidikan, penguasaan bahasa, personaliti diri dan sebagainya
merupakan antara ciri pekerja yang diperlukan oleh majikan. Setiap
pencari kerja perlu menilai ciri-ciri tersebut dan membentuk diri supaya
memenuhi kriteria yang diperlukan. Bagi tiap-tiap jawatan, kebanyakan
majikan meletakkan kriteria calon pemohon yang hampir sama. Oleh
yang demikian, pencari kerja perlu meneliti setiap keperluan majikan dan
menilai semula dengan ciri-ciri diri sama ada bersesuaian atau sebaliknya.

4. Mengetahui diskripsi kerja sesuatu jawatan

Diskripsi kerja adalah tatacara atau prosedur dalam melaksanakan tugas.


Ia menerangkan bentuk tugas yang perlu dilaksanakan dan batas
tanggungjawab bagi setiap penjawat. Pencari kerja perlu bersedia
mengetahui serba sedikit tentang bidang tugas bagi sesuatu jawatan.
Kebiasaannya, pengetahuan calon tentang bidang tugas sesuatu jawatan
yang dipohon akan diselidiki oleh penemuduga. Tujuan penemuduga
berbuat demikian untuk menilai darjah kemahiran, kebolehan dan
pengetahuan calon berhubung jawatan yang mereka pohon. Calon yang
tahu bidang tugas mereka lebih cerah potensinya untuk mendapatkan
jawatan. Namun begitu, ia bukanlah satu jaminan kerana pengetahuan
tersebut hanya merupakan salah satu kriteria kecil yang dinilai dalam
sesuatu temuduga kerja. Antara kaedah untuk mendapatkan maklumat
diskripsi kerja ialah bertanya dengan individu yang berkecimpung dalam
sesuatu kerja itu, melihat iklan yang kadangkala turut menyatakan skop
tugas, pemerhatian sewaktu berurusan dengan seseorang pekerja,
khidmat nasihat kaunselor dan sebagainya.

5. Penentuan lokasi kerja yang berpotensi

Pemilihan tempat bekerja juga penting sebagai persediaan sebelum


memohon sesuatu kerjaya. Dalam membuat keputusan, ada beberapa

61
faktor yang perlu diambilkira seperti kos hidup di sesuatu kawasan,
kemudahan pengangkutan dan tempat tinggal, kemudahan pendidikan
(khusus bagi yang sudah berkeluarga), cara hidup dan budaya masyarakat
setempat, keselamatan dan kemampuan untuk ‘survive’. Dengan lain
perkataan, pencari kerja terutama yang baru, perlu ‘mencari tapak’ yang
sesuai dengan pegangan dan kehendak mereka. Generasi muda kini lebih
gemar bertumpu untuk mendapatkan pekerjaan di bandar-bandar besar
kerana mungkin inginkan glamour dan keseronokan kota di samping
beranggapan lebih mudah mendapatkan pekerjaan. Namun begitu, ada
juga yang lebih seronok berkhidmat di kawasan-kawasan luar bandar
kerana memikirkan kos hidup yang rendah, selesa, tiada kesesakan
jalanraya dan sebagainya. Soal memilih lokasi yang sesuai, kembali kepada
keinginan dan prinsip yang dipegang oleh individu. Walau di bandaraya,
bandar atau luar bandar, setiap lokasi kerja yang disasarkan perlulah
mendatangkan pulangan yang baik dari segi kehidupan dan kerjaya.

6. Menyelidik kadar upah atau gaji bagi sesuatu jawatan


dalam pasaran

Kebanyakan calon pekerja akan menghadapi dilema untuk menyatakan


gaji yang diingini sama ada di dalam resume mahu pun jika ditanya ketika
ditemuduga. Kajian secara rambang mengenai kadar gaji atau upah juga
penting supaya individu mempunyai maklumat untuk menetapkan gaji
yang akan mereka minta apabila memohon sesuatu jawatan. Sesetengah
iklan jawatan kosong ada menyatakan tangga gaji yang ditawarkan dan ia
boleh menjadi salah satu punca individu menadapatkan maklumat
berkaitan kadar gaji atau upah. Sekiranya pencari kerja kurang pasti
berapakah kadar gaji yang bersesuaian dimohon sejajar dengan kelulusan
yang dimiliki, mereka boleh merujuk dan menetapkan sekurang-
kurangnya mengikut tangga gaji permulaan yang digunakan oleh sektor
awam. Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, biasanya kadar gaji
yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat swasta adalah rendah. Pada
ketika itu, pencari kerja tidak boleh menetapkan gaji jangkaan yang tinggi.
Penetapan gaji jangkaan juga perlu dinilai dengan kos hidup di sesebuah
lokasi tempat kerja dipohon.

7. Meramal bentuk-bentuk ujian yang bakal diberikan oleh


majikan

Pelbagai bentuk ujian digunakan oleh pihak majikan dalam usaha untuk
mendapatkan calon pekerja baru yang berpotensi. Contohnya, ujian
kecergasan, ujian fizikal, ujian bertulis, ujian minat, ujian personaliti dan
ujian aptitude. Sekiranya pencari kerja mengetahui bentuk ujian yang akan
dihadapi, mereka boleh bersedia lebih awal bagi meningkatkan peratus
kejayaan di dalam ujian tersebut.

62
8. Mengenalpasti kaedah-kaedah mendapatkan peluang
pekerjaan
Peringkat terakhir sebelum membuat sesuatu permohonan kerja ialah
melihat sumber-sumber jawatan kosong. Terdapat banyak sumber yang
boleh digunakan oleh individu dalam usaha mencari pekerjaan, antaranya
ialah:
(i) Pengiklanan - Iklan sering dan amat popular digunakan
oleh majikan dalam memberitahu kepada orang awam
tentang kewujudan jawatan kosong. Jawatan-jawatan
kosong boleh didapati melalui media cetak seperti di
dalam suratkhabar, majalah, poster dan banner. Melalui
media elektronik pula, pencari kerja boleh menggunakan
radio, televisyen dan terbaru ialah melalui laman web.
Kebanyakan laman web menyediakan kemudahan
permohonan kerja secara on-line. Permohonan sebegini
adalah lebih mudah, cepat, menjimatkan dan bersifat
globalisasi. Pencari kerja perlu menguasai pengetahuan
menggunakan komputer dan melayari internet sekiranya
bercadang mencari pekerjaan melalui kaedah on-line.
Antara contoh laman web yang boleh dilayari untuk
mencari pekerjaan ialah jobstreet.com, nstpappointments.com,
spa.gov.my, jobtrack.co.uk, job.biz.ru, jobs-ireland.com,
jobchannel.tv dan sebagainya. Kaedah pengiklanan
menyediakan pilihan yang luas pada pihak pencari kerja
dan pihak yang mengiklankannya.
(ii) Pengrekrutan kampus - Pengrekrutan kampus
bermaksud majikan mencari calon-calon pekerja di
kalangan penuntut dengan kerjasama pihak pentadbiran
pusat-pusat pengajian. Teknik ini hanya terbuka kepada
para penuntut yang akan menamatkan pengajian mereka
di institusi pendidikan berkenaan. Para pencari kerja yang
terdiri daripada bakal graduan atau lulusan perlu sentiasa
menyemak sebaran maklumat peluang pekerjaan yang
terdapat dalam kampus mereka. Para majikan juga kerap
menawarkan kerja kosong ketika mereka menyertai hari
atau minggu kerjaya yang sering diadakan pihak-pihak
institusi pengajian.
(iii) Perkhidmatan pekerjaan awam dan swasta -
Kebanyakan kerajaan negeri dan persekutuan ada
menyediakan perkhidmatan membantu pencari kerja
mendapatkan peluang pekerjaan. Contohnya
perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat atau Jabatan
Buruh yang ada di setiap negeri dan daerah.
Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma. Pemohon

63
hanya perlu mendaftarkan diri dan memberikan
maklumat-maklumat kerjaya yang berkaitan dengan
mereka. Pejabat atau Jabatan Buruh selalunya
mengendalikan kes calon-calon yang menganggur.
Kementerian Sumber Manusia turut memperkenalkan
pelbagai skim bagi membantu para pencari kerja
mendapatkan kemahiran dan pekerjaan sementara seperti
Skim Latihan Graduan, Skim Latihan Vokasional dan
Skim Sangkutan Lanjutan. Pencari kerja juga boleh
menggunakan perkhidmatan agensi mencari kerja yang
dikendalikan oleh pihak swasta. Agensi tersebut akan
membantu pencari kerja mendapatkan peluang untuk
ditemuduga oleh mana-mana syarikat yang berkaitan.
Pencari kerja akan dikenakan bayaran apabila
menggunakan perkhidmatan agensi pekerjaan swasta.
Nilai bayaran yang dikenakan bergantung kepada
persetujuan di antara pihak agensi swasta dan pencari
kerja. Oleh itu, adalah dinasihatkan kepada pencari kerja
supaya berhati-hati dan meneliti dokumen persetujuan
antara kedua-dua pihak. Agensi pekerjaan swasta juga
terdapat di serata negara.
(iv) Jalinan Hubungan - Individu lain seperti saudara-mara,
sahabat, kawan, jiran, kenalan dan sebagainya boleh
menjadi salah satu sumber untuk bertanya tentang
jawatan kosong yang mungkin mereka ketahui.
Kadangkala, apabila majikan hanya memerlukan seorang
atau dua pekerja sahaja, mereka tidak mengeluarkan iklan
melalui media elektronik atau cetak kerana kosnya tinggi.
Majikan mungkin hanya menampal poster kecil sahaja
dan dalam masa yang sama mengarahkan para pekerja
sedia ada untuk merujuk mana-mana calon yang layak
bagi ditemuduga dengan segera. Kaedah ini dikenali
sebagai cadangan perujuk.
(v) Walk-in - Pencarian kerja menggunakan kaedah walk-in
memerlukan komitmen yang tinggi. Pencari kerja
terpaksa pergi dari satu organisasi ke satu organisasi dan
bertanya sekiranya terdapat kekosongan jawatan. Individu
yang memilih kaedah ini perlu bersedia seolah-olah akan
menghadiri temuduga kerana kadangkala temuduga akan
terus dilakukan jika memang wujud kekosongan. Dalam
sesetengah keadaan, organisasi mengkehendaki pencari
kerja mengisi borang permohonan atau meninggalkan
resume terlebih dahulu. Organisasi akan menghubungi
calon apabila wujud kekosongan jawatan dikemudian
hari.

64
(vi) Write-in - Penghantaran surat permohonan kerja beserta
resume kepada organisasi menjelaskan maksud write-in.
Kaedah ini boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu sama
ada dipelawa atau tidak diminta oleh organisasi. Dipelawa
bermakna organisasi mengeluarkan iklan dan
mengkehendaki pemohon menulis surat kepada
organisasi. Manakala tidak dipelawa ialah satu keadaan
dimana pemohon menghantar surat permohonan tanpa
ada sebarang tawaran jawatan kosong daripada pihak
organisasi. Untuk menggunakan keadaan yang kedua ini,
pencari kerja perlu mempunyai maklumat asas tentang
organisasi yang dihubungi seperti alamat organisasi, jenis
organisasi, kepada siapa surat harus ditujukan dan apa
jawatan yang ingin dipohon. Kebanyakan surat
permohonan yang tidak dipelawa ditolak begitu sahaja
oleh organisasi kerana pemohon biasanya meletakkan
tanggungjawab kepada organisasi untuk menentukan
jawatan yang sesuai dengan pemohon. Situasi tersebut
dapat dilihat ditajuk surat permohonan seperti
‘Permohonan Untuk Sebarang Jawatan Kosong’.
Mengenalpasti sumber-sumber untuk mendapatkan pekerjaan sangat
penting kepada para pencari kerja. Kebanyakannya lebih menumpu dan
bergantung kepada sumber melalui pengiklanan khususnya iklan yang
disiarkan oleh akhbar-akhbar harian. Mempelbagaikan sumber pencarian
akan memudah dan mencerahkan harapan pencari kerja untuk
mendapatkan pekerjaan. Segala maklumat kerjaya yang dikumpul dapat
membantu pencari kerja dalam mengatur langkah yang betul menuju
kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka. Setiap individu mempunyai
kekuatan dan kelemahan diri yang tersendiri serta minat yang berbeza.
Pembangunan kerjaya bermula dengan pembangunan diri baik dari segi
peningkatan akademik, kemahiran, personaliti dan nilai diri. Organisasi
memerlukan calon pekerja yang berkualiti dan tahap pertama kualiti
calon dinilai oleh majikan ialah ketika mereka membuat permohonan
kerja atau jawatan kosong.

SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Senaraikan langkah-langkah awal yang wajar dilakukan


sebelum memulakan proses pencarian kerja.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

65
5.3 PROSES PERMOHONAN KERJA

Permohonan sesuatu pekerjaan melibatkan tiga mekanisme utama, iaitu


borang permohonan, resume, dan surat permohonan. Ketiga-tiga kaedah
melibatkan penulisan dan penyaluran maklumat diri yang berkesan. Sub-
topik ini akan lebih menumpukan perbincangan kepada pembangunan
resume dan surat permohonan berbanding borang permohonan.

5.3.1 Borang Permohonan

Borang permohonan jawatan direkabentuk sendiri oleh organisasi. Setiap


organisasi memiliki kebebasan untuk mendapatkan seberapa banyak
maklumat pemohon yang diingini. Oleh yang demikian, terdapat
perbezaan dari segi bilangan mukasurat borang dan item-item maklumat
yang dikehendaki bagi setiap organisasi. Pemohon hanya perlu mengisi
maklumat yang dikehendaki apabila memohon sesuatu jawatan. Kaedah
ini lebih mudah dan amat disukai oleh pemohon kerana mereka tidak
perlu memikirkan apakah maklumat-maklumat yang harus dinyatakan
kepada majikan. Pemberian borang permohonan boleh berlaku dalam
dua keadaan iaitu sewaktu pemohon memohon jawatan mengikut kaedah
walk-in dan melalui pos. Borang permohonan biasanya banyak digunakan
oleh organisasi bersaiz kecil untuk pemohonan bagi jawatan-jawatan
rendah.

Namun begitu, penggunaaan borang kini telah mengalami suatu


pembaharuan iaitu melalui pengisian borang secara on-line. Banyak
organisasi moden yang mempunyai sistem pengkomputeran dan
merekabentuk laman web masing-masing. Sesetengah laman web
organisasi menyediakan ruang kepada pelayar internet untuk memohon
jawatan secara terus. Konsep permohonan masih sama dengan borang
permohonan yang dicetak dimana pemohon hanya perlu mengisi butir-
butir yang diperlukan. Antara kelebihan permohonan secara on-line ialah
memudahkan pemprosesan, cepat dan meluas. Pemohon yang bercadang
menggunakan kaedah on-line perlu mempunyai kemudahan internet.

5.3.2 Pembangunan Resume

Membina dan membangunkan resume adalah bahagian yang paling


penting sekali dalam proses permohonan kerja. Ia juga merupakan
langkah pertama dalam proses permohonan kerja. Perkataan resume
berasal daripada Negara Perancis dan bermaksud keterangan ringkas.
Penulisan resume biasanya menggunakan bahasa dan perkataan-
perkataan yang tepat dan padat. Oleh yang demikian, ia diklasifikasikan
sebagai ringkas (resume). Sesuatu resume tidak boleh memberi individu
pekerjaan tetapi resume yang baik dapat menolong individu untuk
panggilan temuduga. Temuduga adalah satu keperluan atau kemestian

66
sebelum organisasi menawarkan sesuatu pekerjaan. Oleh itu,
pembangunan resume adalah satu usaha yang perlu dianggap serius dan
sentiasa dikemaskini.
a. Jenis-Jenis Format Resume
Terdapat tiga format untuk membina resume iaitu secara imbasan
kronologikal, fungsional dan kombinasi kedua-duanya.
(i) Format imbasan kronologikal menggunakan masa
sebagai panduan untuk menyusun maklumat. Maklumat
yang terkini disenaraikan terlebih dahulu diikuti dengan
maklumat yang terawal. Penggunaan format ini amat
meluas kerana kesederhanaannya (simplicity), mahu
menyediakan maklumat yang bersifat sejarah dan amat
sesuai bagi mereka yang belum pernah bekerja.
(ii) Dalam resume format fungsional, maklumat disusun
atur mengikut jenis pengalaman atau fungsi kerja yang
telah dialami. Format ini kurang mementingkan tarikh
dan masa seperti format imbasan kronologikal sebaliknya
lebih menonjolkan tret-tret atau kualiti diri melalui
demontrasi mendalam untuk mengambarkan kualiti
tersebut. Keperluan dan kekuatan utama resume
fungsional ialah pemikiran dan perancangan dalam
menstrukturkan resume tersebut. Format ini amat
berguna kepada individu yang tidak memiliki
pengalaman kerja atau pendidikan yang bersifat
bersambungan. Ia juga bertujuan untuk mengfokus dan
menarik perhatian pembaca resume kepada apa
(kerja/pengalaman) yang telah dilakukan berbanding bila
(masa) dan di mana ia dilakukan.
(iii) Gabungan konsep format resume imbasan kronologikal
dan fungsional telah menghasilkan format resume
kombinasi. Pada dasarnya, format kombinasi bermula
dengan ringkasan peribadi atau ringkasan tret dan
kemahiran-kemahiran. Kemudian ia diikuti dengan
ringkasan maklumat lain yang disusun mengikut susunan
tradisional. Susunan tradisonal bermakna kategori-
kategori kandungan resume diatur seperti resume yang
kerap dibentuk oleh pencari kerja dan mempunyai
persamaan. Contohnya, individu sering memulakan
resume dengan kategori maklumat peribadi, diikuti
dengan latarbelakang pendidikan, kemahiran, aktiviti luar
dan seterusnya. Format ini mendedahkan kepada
pembaca struktur resume yang hampir sama dengan
corak resume kronologikal. Contoh bagi ketiga-tiga
bentuk resume adalah seperti di halaman sebelah.
67
CONTOH RESUME IMBASAN KRONOLOGIKAL

Nazman Bin Abdullah


No.123 Taman Bersatu Jaya
Bandar Baru Selayang
55000 Selayang
Selangor Darul Ehsan
03-45378879 (H), 012-3654322 (H/P)
e-mail: nazman_wil @ hotmail.com

EDUCATION: Bachelor of Science, Computer Science


Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Graduation: September 2000

Honors: CGPA 3.23/4.00


Computer Science Honor Society

Hardware/Software: Programmed various applications using COBOL, CICS,


JCL, PASCAL, Assembler on IBM OS system.

Internship: * Served as Project Leader for intership consulting


project
* Designed and implemented an inventory tracking
system for automotive parts dealer.
* Gained experience with DBASE II and
Masterfile
programs.

Work Experience Operations Executive, June 2002 to Present


Speedy Technology (M) Sdn. Bhd., Bangi Industrial
Park, Bangi, Selangor. (03 – 76875544)
‰ Responsible for controlling production,
efficiency, employee motivation, promotion and
discipline.
‰ Supervise 28 floor employees during second shift
‰ Train new employees, hold communications
meetings

Programmer, May 2000 to May 2002


PC Excel Sdn. Bhd, Lot 8 Bangunan MCCB, Jalan
Sultan Ismail, Kuala Lumpur. (03-44298888)
‰ Consulted with clients concerning system
operation
‰ Advised technical managers in operational
techniques
‰ Conducted oral presentations for internal and
external audiences

REFERENCES AVAILABLE UPON REQUEST

68
CONTOH RESUME FUNGSIONAL

Nazman Bin Abdullah


No. 123 Taman Bersatu Jaya
Bandar Baru Selayang
55000 Selayang
Selangor Darul Ehsan
03-45378879 (H) 012-3654322 (H/P)
e-mail: nazman_wil @ hotmail.com

EDUCATION: Bachelor of Science, Computer Science


Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Graduation: September 2000

HONORS: CGPA 3.23/4.00


Computer Science Honor Society
Outstanding Executive Award, Speedy Technology (M)
Sdn.Bhd

SKILLS:

Supervisory : Responsible for controlling production, efficiency,


employee motivation, promotion and discipline
: Supervisor of 28 floor employees during second shift
: Project leader for internship consulting project

Technical : Programmed various applications using COBOL,


CICS, JCL, PASCAL, Assembler on IBM OS system
: Analyzed and designed systems case studies
: Designed and implemented an inventory tracking
system for automotive parts distributor.

Communication : Consulted with clients concerning system operation


: Advised technical managers in operational techniques
: Evaluated employees in job performance reviews

EMPLOYMENT: Operations Executive, June 2002 to PresentSpeedy


Technology (M) Sdn. Bhd, Bangi Industrial Park,
Bangi, Selangor. (03-76875544)

Programmer, May 2000 to May 2002


PC Excel Sdn. Bhd, Lot 8 Bangunan MCCB, Jln.
Sultan Ismail, Kuala Lumpur. (03-44298888)

REFERENCES FURNISHED ON REQUEST

69
CONTOH RESUME FORMAT KOMBINASI

Main Section
Name, full address and contact numbers

PERSONAL SUMMARY:
Section

EDUCATION:
Section

HONORS:
Section

HARDWARE/SOFTWARE:
Section

INTERNSHIP: *
Section *
*
*

WORK EXPERIENCE: *
Section *
*
*
*
*
*

REFERENCES AVAILABLE UPON REQUEST

70
SOALAN DALAM TEKS 5.2

1. Sebutkan tiga jenis format resume yang boleh


dihasilkan oleh pemohon kerja.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

b. Seksyen dalam Resume

Kebanyakan resume mengandungi beberapa seksyen tertentu seperti


ruang utama, pendidikan, pengalaman kerja, objektif kerjaya, perujuk,
aktiviti luar, keanggotaan dalam pertubuhan profesional dan sebagainya.
Penyusunan seksyen mana yang harus didahulukan bergantung kepada
penulis resume itu sendiri. Perlu diingat bahawa tidak ada satu standad
yang ditetapkan dalam menyusun seksyen-seksyen tersebut. Berikut ialah
penerangan ringkas tentang seksyen-seksyen yang sering terdapat dalam
sesuatu resume khususnya di Malaysia.

1. Ruangan utama

Bahagian atas mukasurat resume merupakan seksyen utama resume.


Penulis resume biasanya menyatakan nama, alamat tetap/alamat surat-
menyurat (alamat penuh), nombor telefon dan alamat e-mail bagi mereka
yang memilikinya. Amalan meletakkan alamat e-mail merupakan petanda
awal kepada pembaca resume bahawa anda menggunakan teknologi
komunikasi terkini. Gambar tidak semestinya disertakan kecuali jika
memang disyaratkan dalam iklan jawatan kosong. Jika diminta, penulis
resume boleh melekatkan gambar sama ada di sudut kiri atau kanan atau
di bahagian tengah ruangan utama.

2. Seksyen peribadi

Maklumat-maklumat peribadi seperti jantina, agama, taraf perkahwinan,


bangsa, umur dan sebagainya merupakan antara item pilihan yang kerap
dinyatakan oleh penulis resume. Perlu diingat bahawa hanya maklumat
peribadi yang difikirkan penting sahaja dinyatakan di dalam resume.
Jangan memasukkan maklumat yang tidak ingin diketahui oleh bakal
majikan semata-mata untuk memanjangkan resume seperti item bilangan
adik-beradik, nombor kad pengenalan, hobi, warna kesukaan dan
sebagainya. Individu perlu bijak memilih item-item yang difikirkan
penting sahaja untuk dimasukkan ke dalam resume.
71
3. Seksyen latar belakang pendidikan

Perkataan ‘latar belakang’ telah menerangkan bahawa seksyen ini perlu


disusun mengikut catatan sejarah pendidikan individu. Bagi individu yang
mempunyai kelulusan ijazah, mereka boleh memulakan seksyen ini
dengan menyatakan kelulusan terkini hinggalah kepada kelulusan di
peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Kelulusan peringkat menengah rendah dan sekolah
rendah tidak penting lagi dinyatakan. Pengiktirafan kelulusan pendidikan
asas untuk kebanyakan jawatan di Malaysia pada masa kini ialah
sekurang-kurangnya memiliki SPM. Bagi individu yang memiliki
kelulusan STPM ke bawah, mereka bolehlah memasukkan kelulusan yang
diperolehi sewaktu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara item
penting yang perlu dinyatakan dalam seksyen ini ialah tarikh lulus, jenis
kelulusan (ijazah, diploma, sijil), institusi pengajian (alamat penuh), dan
gred/pangkat/purata markah keseluruhan.

4. Seksyen pengalaman kerja

Seksyen pengalaman kerja paling tidak digemari oleh individu yang


belum pernah bekerja. Ramai lepasan graduan atau pelajar tidak
menyedari bahawa pengalaman kerja tidak semestinya diperolehi melalui
tugas-tugas formal dan bergaji tetap sahaja. Susunan Item dalam seksyen
ini adalah mengikut tempoh masa pengalaman tersebut diperolehi dari
tempoh terkini/semasa hinggalah pengalaman kerja yang pertama atau
sebaliknya. Seksyen ini akan nampak menonjol apabila individu berjaya
menyatakan nama jawatan yang pernah disandang, tempoh berkhidmat,
nama dan alamat majikan terdahulu (termasuk nombor telefon), gaji yang
diterima dan diskripsi tugas/kerja selama berkhidmat. Bagi para lepasan
pusat pengajian tinggi, pengalaman bekerja secara sambilan, pengalaman
menganjurkan aktiviti atau program, latihan industri dan sebagainya
dapat digunakan untuk mengisi seksyen pengalaman kerja.

5. Seksyen aktiviti luar

Penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, pertubuhan,


kelab dan sebagainya, mengukuhkan lagi kehebatan diri mereka. Jawatan-
jawatan yang dipegang dan sumbangan mereka boleh mengambarkan
kepada majikan tentang kualiti individu tersebut. Cara penyusunan item
bergantung kepada pilihan individu sama ada mengikut konsep imbasan
kronologikal, fungsional atau kombinasi.

6. Seksyen objektif kerjaya

Setiap jawatan yang dipohon pastinya mempunyai objektif khusus kepada


si pemohon. Seksyen ini selalunya dibentuk selepas seksyen ruangan
72
uatama. Pemohon mestilah menyatakan objektif kerjaya mereka yang
relevan dengan jawatan yang dipohon dan akan mendatangkan
keuntungan kepada organisasi sekiranya mengambil mereka bekerja.
Elakkan daripada prasa ayat yang tidak menyakinkan organisasi seperti
“…harapan untuk menimba pengalaman” , “…inginkan peluang
berkembang”, dan “…cuba berdikari melaksanakan tugas”. Setiap
jawatan yang berbeza perlulah ditukar objektif kerjayanya. Sekiranya
individu enggan menyatakan objektif kerjaya di dalam resume, mereka
boleh berbuat demikian di dalam surat permohonan.

7. Seksyen gaji jangkaan (expected salary)

Seksyen gaji adalah yang paling ringkas iaitu hanya menyatakan jumlah
gaji yang diingini. Dengan mengkaji kadar upah/gaji dalam pasaran
tenaga kerja, individu dapat meletakkan gaji yang diingini. Sebaik-baiknya
nyatakan jumlah dan masih boleh dirunding. Contohnya, RM1,500.00
and negotiable. Sila nyatakan gaji jangkaan hanya jika diminta oleh
organisasi.

8. Seksyen perujuk

Perujuk berguna kepada organisasi untuk mendapatkan maklumat


tambahan tentang calon yang memohon pekerjaan. Pemohon sebaik-
baiknya menamakan dua orang perujuk beserta alamat lengkap, nombor
telefon, jawatan dan hubungan dengan pemohon. Salah seorang perujuk
mestilah mampu memberikan input berkaitan personaliti pemohon
manakala seorang lagi akan memperkatakan hal-hal kualiti kerja
pemohon. Di Malaysia, penggunaan perujuk tidak begitu meluas kerana
tidak banyak organisasi yang menghubungi perujuk untuk mendapatkan
maklumat lanjut kerana organisasi percaya mereka akan hanya diberi
input-input yang positif sahaja. Pemohon boleh memilih sama ada ingin
menyenaraikan perujuk di dalam resume mereka atau sekadar meletakkan
ayat “Perujuk disediakan jika diperlukan”.

Seksyen lain yang boleh diwujudkan dalam sesuatu resume seperti


seksyen maklumat tambahan, seminar/kursus/bengkel yang dihadiri dan
seksyen anugerah atau penghargaan yang pernah diterima. Persoalannya,
adakah semua seksyen tersebut mesti dinyatakan di dalam resume?
Jawapannya tidak kerana ia bergantung kepada pilihan individu itu
sendiri.

Walaupun resume dianggap ringkas tetapi ia bukanlah mudah untuk


disiapkan dalam masa yang singkat. Penulis resume yang baik akan
menghasilkan suatu resume yang menarik untuk diteliti pembacanya.

73
Terdapat beberapa panduan untuk menghasilkan resume yang ringkas
dan baik seperti:
(i) Gunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penulisan
resume kerana kini banyak organisasi yang
mengutamakan penggunaan bahasa tersebut. Keupayaan
pemohon dalam berbahasa Inggeris boleh diukur melalui
pembentukan ayat-ayat dalam resume.
(ii) Gunakan font bersaiz 12 hingga 14. Jangan terlalu banyak
menggunakan saiz font dan jenisnya semata-mata untuk
menampakkan kelainan.
(iii) Pilih perkataan-perkataan yang ringkas, tepat dan padat
untuk mengambarkan maklumat yang ingin disampaikan.
(iv) Setiap tajuk seksyen ditonjolkan supaya ia dapat
membezakan item-item seksyen tersebut dengan item
seksyen yang berikutnya.
(v) Penulis resume adalah bebas untuk menstruktur seksyen
resume mereka kerana tidak ada satu standad yang
diterima pakai.
(vi) Bilangan muka surat resume hendaklah dihadkan supaya
tidak melebih tiga muka surat. Sekiranya terlalu banyak,
panel pemilih tidak mempunyai banyak masa untuk
menelitinya dan resume akan bertukar seolah-olah
menjadi Curriculum Vitae (C.V.).
(vii) Penggunaan kertas berwarna merupakan gaya terbaru dan
diterima. Pilihlah kertas-kertas yang berwarna lembut dan
tidak menenggelamkan tulisan yang dicetak ke atas
tersebut.
(viii) Elakkan daripada meninggalkan ruang-ruang kosong yang
terlalu banyak dalam satu-satu muka surat. Keadaan
sedemikian boleh diterjemahkan oleh pembaca bahawa
pemohon mungkin bersifat kurang menghargai, tidak
kreatif, membazir, tidak memanafaatkan peluang dan
sebagainya.
(ix) Penstrukturan resume hendaklah kelihatan menarik dan
sedap mata memandang. Penulis resume perlu bijak dan
kreatif menyusun atur setiap item agar resume kelihatan
padat tetapi menarik.
(x) Perkataan ‘RESUME’ tidak perlu diletakkan di halaman
pertama resume.
(xi) Pastikan tidak terdapat kesilapan ejaan dalam resume
kerana ia melambangkan ketidaktelitian dan sikap cuai
penulis resume.
(xii) Semua maklumat yang diberikan mestilah benar.
Penipuan maklumat mudah dikesan oleh penilai resume
kerana ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk

74
mengesan penipuan dalam resume. Jika didapati menipu,
permohonan akan ditolak mentah-mentah.
(xiii) Jika menyertakan foto, gunakan foto yang terkini saiz
foto untuk passport.

Resume yang telah lengkap direkabentuk dan dicetak hendaklah sentiasa


dijaga kebersihannya. Resume juga perlu sentiasa dikemaskini
maklumatnya dari masa ke semasa. Proses terakhir dalam peringkat
permohonan ialah merangka surat permohonan. Walaupun kadangkala
kaedah telefon dan e-mail digunakan untuk memohon sesuatu jawatan,
surat permohonan masih lagi diperlukan oleh organisasi sebagai tanda
urusan rasmi berlaku antara kedua-dua pihak.

5.3.3 Penulisan Surat Permohonan

Surat permohonan menandakan wujudnya niat pemohon secara rasmi


untuk mendapatkan pekerjaan di sesebuah organisasi. Ia digunakan
untuk mengenalkan diri pemohon kepada pihak majikan yang berpotensi.
Apabila organisasi menerima surat permohonan, maka telah wujud
urusan rasmi antara kedua-dua pihak. Namun begitu, sejauhmana
hubungan rasmi tersebut boleh diteruskan bergantung pula kepada
keberkesanan surat tersebut dan diikuti resume yang disertakan.

Keberkesanan surat permohonan akan mempengaruhi penilai atau


pembaca untuk melihat resume. Oleh yang demikian, surat permohonan
dianggap sebagai nadi utama untuk menarik minat pembaca menilai
resume pemohon. Pandangan pertama penilai atau pembaca terhadap
pemohon juga tertumpu kepada surat permohonan yang dihantar kepada
organisasi. Format yang digunakan untuk menulis surat permohonan
adalah mengikut standad perniagaan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa
yang kerap digunakan dalam penulisan surat dan organisasi lebih mudah
mengesan keupayaan serta kemahiran pemohon menulis dalam Bahasa
Inggeris. Pemohon juga mestilah membiasakan diri mengarang surat
tersebut seringkas yang boleh supaya tidak melebihi satu mukasurat.
Terdapat beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan oleh pemohon
sewaktu menulis surat pemohonan. Antara kesilapan tersebut ialah
(i) Alamat pemohon tidak dinyatakan dengan penuh.
Kadangkala alamat yang digunakan bukan merupakan
alamat untuk tujuan surat-menyurat.
(ii) Tarikh surat kadangkala tidak dinyatakan. Dalam
keadaan-keadaan tertentu, pemohon sengaja melewatkan
atau tarikh dikehadapankan. Sebaik-baiknya pemohon
meletakkan tarikh pada masa surat tersebut disiapkan dan
mengeposkannya pada tarikh yang sama.
(iii) Kesilapan ejaan dalam surat permohonan tidak dapat
dimaafkan. Penilai atau pembaca surat akan beranggapan
75
bahawa pemohon tidak mengambil berat kesilapan-
kesilapan kecil sedemikian. Jika tugas sekecil itu tidak
dilaksanakan dengan baik, organisasi akan merasa sangsi
jika tugas yang lebih besar diberikan kepada pemohon.
(iv) Selalu meletakkan perkataan “Kepada Sesiapa Yang
Berkenaan” kerana pemohon tidak pasti kepada siapa
surat tersebut harus ditujukan. Bukan menjadi
tanggungjawab majikan untuk menyemak pihak yang
sepatutnya bertanggungjawab terutama bagi organisasi
yang bersaiz besar. Sekiranya pemohon tidak pasti,
mereka perlu berusaha menghubungi organisasi melalui
telefon terlebih dahulu.
(v) Tersilap menggunakan panggilan hormat seperti tuan
atau puan terutama bagi organisasi yang ada nama dan
alamat pegawai yang harus dihubungi pemohon.
(vi) Tajuk surat permohonan tidak menyatakan jawatan yang
ingin dipohon. Jika pemohon meletakkan tajuk seperti
“Permohonan Sebarang Jawatan Yang Sesuai”, ia tidak
akan dilayan oleh kebanyakan organisasi kerana pemohon
seolah-olah memberi satu beban kerja baru kepada
organisasi untuk meneliti apakah pekerjaan yang sesuai
diberikan kepada pemohon.
(vii) Perenggan dalam surat permohonan terlalu banyak
sehingga kelihatan seperti surat biasa sahaja.
(viii) Pemohon terlupa menandatangani surat permohonan.
Sekiranya keadaan ini berlaku, surat tersebut dianggap
tidak sah dan boleh diklasifikasikan sebagai surat layang.
(ix) Kesilapan terakhir ialah terlupa menyatakan resume
dilampirkan beserta surat permohonan tersebut.

Kesilapan-kesilapan kecil di atas perlulah dielakkan untuk mengambarkan


bahawa pemohon adalah seorang yang berpotensi dan berkualiti. Melalui
surat permohonan, penilai sudah mula membuat ramalan awal tentang
diri calon.

Ramai di kalangan pencari kerja yang mengetahui dan mahir dalam


menghasilkan surat permohonan kerja. Penghasilannya hanya memakan
masa tidak sampai 30 minit dengan syarat semua maklumat yang
diperlukan seperti alamat organisasi, nama jawatan dan sumber maklumat
telah disediakan terlebih dahulu. Bagi yang kurang mahir, berikut adalah
panduan untuk menulis surat tersebut.

Penulisan surat permohonan dan resume perlulah dianggap sebagai satu


usaha yang serius. Organisasi akan membuat tapisan awal melalui surat
permohonan dan resume yang diterima dari setiap pemohon. Surat dan

76
resume yang berjaya menawan hati penilai atau panel penilai akan
melayakkan pemohon untuk pergi ke tahap yang seterusnya iaitu
temuduga.

PANDUAN FORMAT SURAT PERMOHONAN

Alamat penuh pemohon

Tarikh

Alamat penerima

Panggilan hormat

Tajuk surat

Perenggan pengenalan: Nyatakan tujuan surat, sebutkan jawatan khusus yang


dipohon dan nyatakan dari sumber mana anda mengetahui kekosongan jawatan
tersebut.

Perenggan pertengahan: Nyatakan mengapa anda berminat dengan jawatan dan


organisasi tersebut. Turut dimaklumkan apakah sumbangan dan kebolehan yang
anda mampu berikan kepada organisasi. Sekiranya anda baru sahaja menamatkan
pengajian, maklumkan tentang intipati ijazah anda dan apakah pengalaman yang
relevan untuk melayakkan anda menjawat jawatan tersebut. Jika anda pernah
bekerja, tunjukkan pencapaian dan bakat kerja yang anda sedia ada. Di akhir
perenggan ini, cuba pengaruhi pembaca supaya merujuk resume anda bagi
mendapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan dan pengalaman anda.

Perenggan penutup: Nyatakan keinginan anda untuk mendapatkan peluang


ditemuduga dan anda juga mempunyai masa yang fleksibel jika dipanggil
temuduga. Tutup surat dengan menggunakan bahasa yang sopan. Anda juga boleh
menyatakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada organisasi tetapi jangan
memaksa organisasi berbuat demikian secepat mungkin.

Yang benar,

Tanda Tangan.

(NAMA PENUH PEMOHON)

Encl.: Resume

77
CONTOH SURAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

No. 123 Taman Bersatu Jaya


Bandar Baru Selayang
55000 Selayang
Selangor Darul Ehsan

September 25, 2002

Mr. Adrian Lau


Chief Executive Officer
SUNSHINE Telecommunication (M) Sdn. Bhd
Bandar Baru Industrial Park
04500 Bandar Baru
Kedah Darul Aaman

Dear Mr. Adrian,

APPLICATION FOR THE POSITION of NETWORK


ADMINISTRATOR.

In response to your advertisement in the Sepetember 23rd issue of The STAR, I


am applying for the position of network administrator. I would welcome the
opportunity to be a part of your growing communications company.

During the past several years, I have developed excellent skills in network
administration, working with our local television station, NCTV 9. I have a broad
knowledge of network operations as well as an understanding of the complexities
of managing a system in a company such as yours. I was very excited to see your
advertisement for someone with my skills. I have enclosed my resume for your
review.

I look forward to meeting with you so that we can further discuss your exciting
opportunity and my related qualifications. I will contact you next week so that we
may arrange a convenient time to meet. Thank you for your consideration.

Sincerely,

Signature

(NAZMAN Bin ABDULLAH)

Encl.: Resume

78
5.4 TEMUDUGA

Panggilan temuduga menjadi saat-saat yang amat dinantikan oleh setiap


pemohon kerja. Organisasi mempunyai banyak cara untuk memanggil
pemohon bagi menjalani temuduga seperti melalui surat, telefon, e-mel,
faks, telegram, pesanan mesej ringkas dan sebagainya. Pemohon perlu
bersedia pada setiap masa dan mestilah mudah untuk dihubungi. Perlu
diingat bahawa temuduga boleh menjadi tahap ujian yang paling awal dan
mungkin juga menjadi tahap ujian yang terakhir. Tahap paling awal
bermaksud selepas ditemuduga, pemohon mungkin dikehendaki
menjalani ujian-ujian lain seperti ujian fizikal, ujian kesihatan dan
sebagainya. Manakala temuduga mungkin tahap penilaian terakhir
bermaksud ujian-ujian lain telah pun dilalui atau organisasi hanya
memilih pekerja dengan kaedah temuduga sahaja. Walau apa keadaan
sekali pun, para pencari kerja perlu mengetahui, memahami dan
menyediakan diri untuk menghadiri sesuatu temuduga. Apabila seseorang
pemohon dipanggil temuduga bermakna kelayakan akademik dan
kemahiran yang dimiliki memenuhi kelayakan jawatan yang ditawarkan
oleh organisasi.

Pengertian temuduga yang paling mudah ialah bertemu dan menduga.


Temuduga adalah satu proses mengenali dan saling menduga serta
menguji di antara pihak yang ditemuduga dengan pihak yang
menemuduga. Proses ini melibatkan komunikasi dua hala yang
sepatutnya seimbang di antara kedua-dua pihak. Tidak boleh hanya
penemuduga sahaja yang menguasai pertemuan atau sebaliknya.
Kebiasaannya, hanya pihak penemuduga yang memonopoli proses
mengcungkil sebanyak mungkin maklumat pemohon berbanding
sebaliknya. Sepatutnya pihak pemohon juga menggunakan kesempatan
ditemuduga untuk menilai dan mendapatkan maklumat lanjut dari
penemuduga berkaitan hal-hal organisasi tersebut. Sesi pertukaran
maklumat di antara kedua-dua pihak ini disebut sebagai saling menduga.

Individu yang akan ditemuduga perlu mengetahui objektif organisasi


mengadakan temuduga. Antara objektif majikan mengadakan temuduga
ialah
(i) Untuk melihat dan menilai secara langsung (berhadapan)
ciri-ciri peribadi dan personaliti pemohon;
(ii) Menguji keupayaan dan kemampuan pemohon dalam
berkomunikasi;
(iii) Mendapatkan maklumat-maklumat tambahan atau
penerangan lanjut dari butir-butir resume yang telah
dihantar sebelum temuduga;
(iv) Mengenalpasti potensi dan kesesuaian calon dengan
jawatan yang dipohon;

79
(v) Menilai kematangan calon dalam berfikir dan mengambil
tindakan atau membuat keputusan; dan
(vi) Menilai kemahiran dan pengalaman calon yang relevan
dengan jawatan yang dipohon. Pengalaman kerja dan
kemahiran kadangkala hanya merupakan aset tambahan
atau satu kelebihan sahaja kepada pemohon. Ada
organisasi yang tidak meletakkan kemahiran atau
pengalaman kerja sebagai syarat wajib untuk memohon
sesuatu jawatan.

Apabila pencari kerja mengetahui serba sedikit objektif majikan


mengadakan temuduga, maka memudahkan mereka untuk menyediakan
diri bagi memenuhi objektif majikan tersebut. Contohnya, diandaikan
pemohon akan merasa gementar bila berhadapan dan berbual dengan
orang yang tidak dikenali, maka mereka perlu berlatih untuk mengatasi
masalah tersebut. Individu yang akan menghadiri temuduga perlu
mengambarkan bagaimana temuduga tersebut akan dijalankan.

5.4.1 Format atau Jenis Temuduga

Kebanyakan organisasi mengunakan panel temuduga untuk memilih


calon yang layak. Bilangan penemuduga biasanya dalam angka ganjil.
Terdapat tiga format atau jenis temuduga yang berkemungkinan diatur
oleh majikan, iaitu
(i) Temuduga secara individu atau satu lawan satu -
Majikan hanya menempatkan seorang penemuduga untuk
menemuduga calon secara satu lawan satu. Kebaikannya
ialah calon dan penemuduga dapat berkomunikasi dengan
lebih baik. Calon juga berpeluang untuk mengujudkan
hubungan yang lebih mesra dengan penemuduga
disamping berkecenderungan untuk berterus-terang.
Calon yang bijak boleh memanipulasi dan
mengeksploitasi penemuduga untuk membuat keputusan
menawarkan pekerjaan kepada mereka. Namun begitu,
calon mungkin tidak bernasib baik sekiranya penemuduga
mengamalkan sikap bias terhadap calon kerana
penemuduga secara solo mempunyai kuasa mutlak dalam
memutuskan pemilihan.
(ii) Panel Temuduga - Temuduga jenis ini mengandungi
dua atau lebih individu yang bertindak sebagai
penemuduga. Antara kebaikannya kepada calon ialah
amalan bias dapat dikurangkan, lebih banyak maklumat
yang akan ditanya kepada calon dan penilaian secara
‘superficial’ dapat dielakkan. Melalui panel temuduga, calon
mungkin ditemuduga secara individu atau secara
berkumpulan.
80
(iii) Lembaga Pemilihan - Konsep lembaga pemilihan ialah
membuat keputusan muktamad hasil daripada temuduga
yang telah dijalankan. Lembaga pemilihan biasanya
dianggotai oleh ahli panel temuduga dan bukan ahli panel
(pihak pengurusan atasan) yang mempunyai kepentingan
tertentu terhadap pemilihan. Ahli panel temuduga akan
membentangkan senarai calon-calon yang difikirkan layak
menjawat sesuatu jawatan selepas ditemuduga dan
lembaga pemilihan akan memutuskan calon mana yang
akan terpilih. Amalan begini biasanya diamalkan oleh
organisasi-organisasi besar dan untuk jawatan-jawatan
pengurusan atasan.

5.4.2 Bentuk-Bentuk Temuduga

Selain daripada mengetahui jenis temuduga, calon juga wajar memahami


bentuk-bentuk temuduga seperti di bawah:
(i) Temuduga berstruktur – penemuduga menggunakan
set-set soalan yang hampir sama untuk semua calon.
Item-item yang yang ingin dinilai seperti personaliti,
keyakinan diri, kematangan fikiran dan sebagainya telah
ditetapkan oleh penemuduga.
(ii) Temuduga tidak berstruktur – satu kaedah yang
memberi kebebasan kepada penemuduga untuk
bertanyakan apa sahaja soalan yang terlintas di fikiran
mereka. Kaedah ini menyebabkan topik perbincangan
menjadi tidak terarah atau melompat-lompat.
(iii) Temuduga tapisan/saringan – organisasi yang
mengamalkan beberapa tahap temuduga sewaktu memilih
calon. Peringkat temuduga tapisan adalah peringkat awal
di mana calon akan dinilai kualiti sebahagian atau
keseluruhan diri mereka. Sekiranya calon berjaya dalam
temuduga tapisan, mereka akan ditemuduga ke tahap
yang seterusnya.
(iv) Temuduga berkumpulan – kualiti diri setiap calon
dinilai dengan cara melihat persaingan mereka semasa
ditemuduga mengikut kumpulan-kumpulan kecil yang
ditetapkan oleh majikan. Calon yang menonjol dalam
kumpulan yang ditemuduga akan mendapat perhatian
yang lebih daripada penemuduga.
(v) Temuduga menguji – pelbagai bentuk ujian diberikan
kepada calon seperti ujian personaliti, ujian aptitude, ujian
kepantasan dan sebagainya. Calon yang mencapai skor
mata tertentu akan meneruskan sesi temuduga secara
lisan. Bagi yang tidak berjaya, sesi temuduga mereka

81
berakhir sudah. Kedua-dua bentuk temuduga tersebut
dijalankan dalam hari yang sama bagi memudahkan calon.
Tujuan temuduga menguji antara lain untuk menilai
prestasi calon serta ketahanan fizikal atau mental mereka.
(vi) Temuduga provokasi dan tekanan – penemuduga
mengajukan set-set soalan yang mencabar kewibawaan
calon untuk menilai pegangan dan nilai diri calon. Calon
perlu berhati-hati jika menghadapi kaedah ini kerana
biasanya calon akan lebih gemar bertindakbalas
(komunikasi) secara mendadak kerana terlalu geram dan
diluar kawalan. Objektif majikan hanya ingin melihat
sejauhmana calon berupaya mengatasi tekanan yang
dihadapi.

Organisasi mempunyai banyak pilihan kaedah temuduga yang boleh


mereka laksanakan. Kebiasaannya organisasi hanya menggunakan satu
kaedah yang khusus sahaja tetapi ada ketikanya gabungan beberapa
kaedah digunakan dalam satu temuduga. Ada masanya juga temuduga
tidak dijalankan secara formal. Sama ada temuduga dijalankan secara
rasmi atau tidak, calon tidak boleh menolak daripada menyediakan diri
mereka untuk menghadapi setiap temuduga.

5.4.3 Persediaan Menghadiri Temuduga

Pemohon juga perlu menyediakan diri sebelum menghadiri sesuatu


temuduga. Secara amnya, terdapat tiga tahap persediaan menghadiri
temuduga iaitu tahap pemberitahuan, kehadiran dan tahap selepas
temuduga.

1. Tahap Pemberitahuan

Organisasi memanggil calon untuk ditemuduga melalui pelbagai cara


seperti surat, telefon dan e-mail. Calon hendaklah mengingat tarikh dan
masa temuduga yang telah ditetapkan oleh organisasi. Mengenalpasti
lokasi sebenar temuduga, tempoh masa untuk sampai ke tempat
temuduga dan kemudahan pengangkutan yang sedia ada ke tempat
temuduga akan memudahkan tugas calon untuk hadir temuduga. Calon
yang akan ditemuduga perlu menyediakan segala dokumen yang
berkaitan untuk dibawa ke tempat temuduga seperti surat panggilan
temuduga, sijil-sijil asal dan salinan serta surat sokongan (jika ada).
Penggunaan fail yang baik untuk sijil-sijil akan memudahkan
penemuduga melihat sijil-sijil tersebut serta memberi imej yang baik juga
kepada calon.
Pemilihan pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga juga penting.
Sebaik-baiknya pilihlah jenis pakaian yang secocok dengan jawatan yang

82
dipohon. Melalui pakaian, imej dan personaliti calon dapat ditonjolkan
kepada penemuduga. Penggenaan alat solek (bagi wanita) akan
menyerikan lagi penampilan mereka di hari temuduga tetapi jangan
keterlaluan dalam bersolek. Aksesori tambahan seperti pen, rantai leher,
keronsang, tali pinggang dan sebagainya akan membantu penampilan
yang menarik bagi calon.

Kumpulkan semula atau mulakan pencarian maklumat organisasi yang


mungkin berguna semasa ditemuduga. Pengetahuan serba sedikit tentang
organisasi akan menunjukkan calon mempunyai minat untuk menyertai
organisasi tersebut. Juga perlu memikirkan apakah soalan-soalan prospek
yang akan ditanya oleh penemuduga dan sediakan jawapan yang
bersesuaian. Calon mestilah mengingat kembali segala fakta yang telah
ditulis dalam resume mereka. Kegunaannya untuk mengelak dari
terperangkap menyatakan kesilapan fakta seperti yang telah calon hantar
ke organisasi.

2. Tahap Kehadiran

Sifat gementar dan bimbang memang lumrah bagi calon yang akan
ditemuduga. Calon yang bijak akan cuba mengatasi masalah tersebut
secara perlahan-lahan. Tiba awal 30 minit sebelum temuduga dijalankan
akan memberi masa kepada calon untuk menenangkan diri. Setiap calon
perlu memastikan diri mereka kelihatan segar dan bersih pada hari
temuduga. Sewaktu menunggu giliran, calon tidak digalakkan melihat
semula sijil-sijil yang dibawa atau mengingati apa yang tertulis di dalam
resume. Lihat persekitaran organisasi kerana mungkin ada maklumat
tambahan yang berguna diperolehi semasa calon menunggu giliran.

Tunggu nama calon dipanggil barulah bergerak ke ruang atau bilik


temuduga. Protokol menghadiri temuduga wajib dipelajari oleh calon
agar perwatakan dan pembawakan diri mereka nampak lebih anggun.
Cara berjalan yang betul, mengetuk pintu, memberi salam hormat,
berdiri, duduk, bahasa badan dan sebagainya adalah antara tatasusila yang
perlu dijaga oleh calon.

Secara umumnya, penemuduga akan menilai calon dari beberapa aspek


sahaja iaitu aspek penampilan dan personaliti, kebolehan berkomunikasi,
kematangan fikiran dan diri, kesesuaian dengan jawatan dan pengalaman
serta kemahiran. Setiap aspek tersebut dibahagikan kepada markah atau
skor tertentu tetapi tidak semestinya markah bagi setiap aspek adalah
sama. Contohnya, 10% untuk penampilan, 25% kematangan, 25%
kebolehan berinteraksi dan lain-lain. Temuduga merupakan saat paling
berharga kepada calon untuk menunjukkan bahawa mereka adalah
individu yang layak bagi jawatan yang akan ditawarkan oleh organisasi.

83
5.4.4 Tahap-Tahap dalam Temuduga

Tahap-tahap dalam temuduga terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:


Peringkat Permulaan - Mengambil masa lebih kurang 3 ke 5 minit untuk
penemuduga memberi keselesaan kepada calon bagi menyesuaikan diri
dengan keadaan temuduga. Soalan-soalan yang diajukan banyak berkisar
tentang hal-hal peribadi calon dan kadangkala disoal secara tidak formal.
(i) Peringkat Pertengahan - Menggunakan masa antara 10
ke 20 minit iaitu masa bagi penemuduga untuk
mengcungkil potensi dan bakat sebenar calon. Topik
soalan menjurus ke arah penilaian kemahiran, kebolehan,
sifat dan sikap calon, sumbangan, objektif calon yang
ditemuduga dan penjelasan keperluan organisasi.
Perbincangan di peringkat pertengahan adalah dalam
bentuk serius.
(ii) Peringkat Penutupan - Penemuduga akan memberi
tanda-tanda temuduga bersama calon akan ditamatkan
seperti menyatakan “adakah saudara mempunyai apa-apa
soalan” atau “pihak kami akan memaklumkan kepada
saudara keputusan temuduga sedikit masa lagi”.
Dikesempatan ini, calon sebaik-baiknya bertanya
sebanyak mungkin soalan yang berkaitan dengan kerja
yang dipohon atau hal-hal organisasi tersebut bagi
mengukuhkan lagi pandangan penemuduga berhubung
minat calon terhadap organisasi. Calon yang telah selesai
menjalani temuduga juga perlu mengakhirikannya dengan
cara yang sopan dan tertib.
(iii) Tahap Selepas Temuduga - Tidak ramai calon yang
mengambil inisiatif untuk menghubungi semula
organisasi bagi mengetahui keputusan temuduga mereka.
Calon lebih gemar menunggu keputusan daripada pihak
organisasi. Sebaik-baiknya selepas menghadiri temuduga,
calon mengirimkan surat terima kasih kepada organisasi
kerana memberi peluang untuk ditemuduga. Nyatakan
juga harapan calon sekali lagi dan kesediaan calon untuk
dating semula ke organisasi jika diperlukan pada bila-bila
masa. Kaedah ini akan membolehkan fail calon yang
tidak berjaya sewaktu ditemuduga mungkin disimpan
oleh organisasi dan dipanggil semula untuk ditemuduga
bila wujud kekosongan jawatan yang sama atau lain-lain
jawatan.

Penggunaan Bahasa Inggeris sudah menjadi kelaziman dalam sesuatu


temuduga. Calon hendaklah mengelakkan daripada meminta kepada
penemuduga untuk berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa

84
Malaysia. Sifat mencuba walaupun tidak fasih dapat membuktikan
bahawa calon tidak mudah mengaku kalah dan mempunyai keberanian
untuk mencuba. Gagal kali pertama dalam temuduga sewajarnya menjadi
pengajaran kepada calon untuk menilai dimana kesilapan mereka yang
harus diperbetulkan supaya kesilapan tersebut tidak berulang lagi di
temuduga yang lain. Apabila calon sudah berada di tahap temuduga,
sama ada akan ditawarkan kerja atau sebaliknya bergantung penuh
kepada prestasi mereka semasa ditemuduga.

5.5 KESIMPULAN

Usaha mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan diri patut


dimulakan sejak individu berada di usia remaja lagi. Penjurusan dan fokus
individu terhadap sesuatu kerjaya akan membentuk diri mereka supaya
memenuhi ciri-ciri kehendak dan keperluan sesuatu jenis pekerjaan itu.
Proses mencari kerja juga mestilah dianggap sebagai satu usaha yang
serius kerana ia akan menentukan masa depan kehidupan seseorang.
Disamping membangunkan sahsiah diri, pencari kerja wajar menyediakan
alat-alat yang dapat membantu kejayaan pencarian tersebut.
Pengumpulan maklumat kerjaya, perancangan kerjaya, penghantaran
surat permohonan, resume, menghadiri temuduga adalah antara alat-alat
yang akan membantu dalam proses mendapatkan pekerjaan. Kejayaan
mendapatkan pekerjaan bergantung kepada keberkesanan calon dalam
mengguna dan menonjolkan alat-alat tersebut. Pengetahuan dan
kemahiran tentang objektif organisasi mengadakan temuduga membantu
serta memudahkan calon untuk meramal apakah tindakan yang wajar
dilakukan bagi memenangi hati bakal majikan untuk menawarkan
pekerjaan kepada calon. Dalam zaman dimana ramai yang mempunyai
kelayakan yang baik masa kini, kerja tidak akan ditawarkan begitu mudah
kepada calon tetapi mereka (calon) perlu bersaing untuk mendapatkan
tawaran kerja.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan aspek-aspek umum yang akan dinilai oleh


penemuduga terhadap seseorang calon yang ditemuduga.
2. Kenalpasti dan bincangkan empat kaedah untuk mendapatkan
sumber pekerjaan. Nyatakan dua kelebihan bagi setiap sumber
tersebut.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

85
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 5.1

1. Langkah-langkah awal yang wajar dilakukan sebelum memulakan


proses pencarian kerja:
(i) Menyemai minat terhadap sesuatu bidang kerjaya.
(ii) Mengkaji pasaran tenaga kerja semasa.
(iii) Menilai ciri-ciri pekerja yang dikehendaki majikan.
(iv) Mengetahui diskripsi kerja sesuatu jawatan.
(v) Penentuan lokasi kerja yang berpotensi.
(vi) Menyelidik kadar upah atau gaji bagi sesuatu jawatan
dalam pasaran.
(vii) Meramal bentuk-bentuk ujian yang bakal diberikan oleh
majikan.
(viii) Mengenalpasti kaedah-kaedah mendapatkan peluang
pekerjaan.

SDT 5.2

1. Tiga jenis format resume yang boleh dihasilkan oleh pemohon


kerja:
(i) Format Imbasan Kronologikal.
(ii) Format Fungsional.
(iii) Format Kombinasi (Kronologikal dan Fungsional).

86

Anda mungkin juga menyukai