Anda di halaman 1dari 22

BAB 9

DOKUMENTASI

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menjelaskan konsep dokumentasi.
2. Memberi keterangan mengenai kepentingan dokumentasi.
3. Menjelaskan tentang sistem dokumentasi yang berlainan.
4. Menyediakan senarai rujukan.
5. Menulis kutipan dengan betul.
6. Menaip tugasan berasaskan panduan yang disediakan.

9.1 PENGENALAN

Apakah yang anda tahu tentang dokumentasi? Pernahkah pensyarah anda


mengingatkan anda untuk mendokumentasikan penulisan atau tugasan
anda supaya anda tidak dikatakan memplagiat kerja orang lain? Setiap
universiti atau institusi pengajian tinggi juga akan menyediakan panduan
dokumentasi kepada pelajar sebagai panduan untuk menyediakan tesis
atau disertasi. Memandangkan dokumentasi amat penting dalam
penulisan ilmiah, anda perlu mengetahui, memahami dan seterusnya
mengaplikasikan maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam bab ini.

9.2 DEFINISI

Cuba anda teliti definisi berikut:

“Bahan yang penting dan perlu dimuatkan dalam sesebuah


buku ilmiah dan buku pengajian tinggi ialah rujukan, nota,
kutipan dan bibliografi. Semua bahan ini dinamakan
dokumentasi”
(Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, h. 131)

Berdasarkan petikan di atas, anda diberitahu bahawa untuk menghasilkan


bahan-bahan ilmiah, seseorang penulis perlu memasukkan rujukan, nota,
kutipan dan bibliografi. Dengan erti kata lain, penulis
mendokumentasikan bahan-bahan yang dirujuk.

149
Cuba pula anda teliti definisi seterusnya:

“….documentation, …. a means of identifying sources and making


references to those sources in the text of a piece of researched
writing.”

(Ellis & Hopkins, 1985, h. 132)

Definisi yang kedua ini pula menekankan aspek mengenal pasti sumber
penulisan dan merujuk kepada sumber tersebut dalam penulisan.

SOALAN DALAM TEKS 9.1

1. Cuba anda berikan satu definisi dokumentasi


berdasarkan kedua-dua definisi tersebut.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.3 KEPENTINGAN DOKUMENTASI

Cuba anda renung kembali cara anda menghasilkan esei semasa anda di
sekolah menengah. Sebagai contoh anda diminta oleh guru untuk
menulis esei berkenaan masalah pencemaran alam. Anda mungkin
membaca beberapa rencana berkenaan pencemaran alam yang
diterbitkan dalam akhbar dan majalah. Dalam penulisan anda, anda
menulis idea-idea penting yang diambil daripada rencana-rencana
tersebut tetapi kemungkinan besar anda tidak menulis sumber rujukan
anda. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘tidak menulis
sumber rujukan’? Ertinya dalam esei anda, setelah anda mencatatkan idea
yang dipetik daripada rencana yang anda baca, anda tidak catatkan nama
pengarang dan tahun rencana tersebut diterbitkan. Anda menulis seolah-
olah idea tersebut adalah idea anda sendiri! Anda juga tidak menyediakan
senarai bibliografi atau senarai rujukan setelah anda selesai menulis esei
anda.

Sebagai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi anda


bertanggungjawab untuk mendokumentasikan sumber rujukan anda.
Setiap apa yang anda tulis harus disokong oleh fakta atau keyataan. Fakta
dan kenyataan ini anda ambil daripada hasil kerja tokoh-tokoh dalam
bidang tertentu yang terkenal di peringkat nasional atau antarabangsa.

150
Untuk membantu anda, di bawah ini ada saya senaraikan kepentingan
dokumentasi:
i) Membantu para pembaca mengetahui sumber yang
digunakan oleh penulis.
ii) Memudahkan para pembaca untuk mendapatkan bahan
yang digunakan oleh penulis untuk membuat rujukan
lebih lanjut.
iii) Menjamin kredibiliti pengarang, iaitu bertanggungjawab
terhadap kesahihan maklumat yang disampaikan.
iv) Mengelak daripada pengarang dituduh memplagiat hasil
kerja orang lain.

9.4 APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI


PENULIS?

Sekiranya anda ingin menerbitkan manuskrip dengan sesebuah


organisasi, anda perlu akur dengan sistem dokumentasi yang diamalkan
oleh organisasi tersebut. Sesebuah hasil penulisan haruslah seragam dari
segi dokumentasi. Oleh itu, anda harus menggunakan satu sistem secara
tekal untuk menghasilkan sesebuah penulisan.

Anda harus sedar bahawa setiap sistem ada kekuatan dan kelemahannya.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah memilih satu sistem untuk
dijadikan panduan, anda dinasihati untuk mengikut sistem tersebut
supaya anda tidak terkeliru dan mencampuradukkan sistem. Seterusnya
anda juga harus mengikuti perkembangan sistem dokumentasi yang telah
anda pilih kerana sistem ini akan dikemaskinikan mengikut keperluan
semasa.

9.5 CONTOH SISTEM DOKUMENTASI

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa sistem dokumentasi? Setiap


penerbit, persatuan dan institusi pengajian tinggi akan memilih satu
sistem dokumentasi yang dianggap paling sesuai untuk kepentingan
mereka. Sekiranya anda ingin menerbitkan bahan sama ada artikel atau
buku di Dewan Bahasa dan Pustaka, anda perlu akur dengan Gaya
Dewan. Manakala seorang pelajar di Jabatan Psikologi, University of
California Los Angeles di Amerika pula perlu menulis tugasan dan
menyediakan disertasi berdasarkan sistem dokumentasi American
Psychological Association.

Sekarang cuba anda teliti Jadual 9.1 berikut. Anda akan dapati bahawa
sistem dokumentasi yang digunakan berkaitan dengan bidang-bidang
tertentu.

151
Jadual 9.1
Sistem-Sistem Dokumentasi

Sistem Dokumentasi Bidang

The American Psychological Sains sosial: Psikologi, sosiologi, antropologi, sains


Association (APA, 1994) politik, ekonomi, pendidikan, dan perniagaan

The Modern Language Bahasa dan kesusasteraan


Association (MLA, 1995)
MLA Handbook for Writers of
Research Papers

The Chicago Manual of Style Sejarah, falsafah, agama dan seni halus
(1993)

The Council of Biology Biologi, botani, zoologi, anatomi dan fisiologi


Editors (CBE, 1994)

The American Chemical Kimia


Society’s (ACS, 1986)

The American Institute of Fizik


Physics (AIP, 1990)

Gaya Dewan Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka

9.6 THE AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION


(APA, 1994)

Bagi kursus Bahasa Melayu Pengurusan, sistem dokumentasi yang akan


digunakan ialah sistem APA iaitu dokumentasi nama (pengarang) dan
tahun. Penekanan dibuat terhadap tahun terbitan kerana disiplin-disiplin
ini mengutamakan bahan-bahan terbitan semasa.

Anda juga harus ingat bahawa dalam sistem ini penyenaraian nama
semua pengarang dalam senarai rujukan sebagai tanda penghargaan
di atas usaha mereka adalah dititikberatkan. Sebagai contoh, buku
Tatabahasa Dewan ditulis oleh empat orang pengarang iaitu Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
justeru keempat-empat nama penulis harus dicatatkan dalam senarai
rujukan. Sistem ini berlaku adil kepada semua pengarang. Cuba anda fikir
adakah adil nama Nik Safiah Karim sahaja yang dicatatkan walhal buku
ini dihasilkan bersama dengan pengarang-pengarang lain?

APA memberi garis panduan yang harus diikuti dengan tepat. Di sini
penulis harus faham bahawa panduan yang diberikan dituju khas
kepada penulis-penulis yang akan menghantar manuskrip

152
khususnya artikel jurnal kepada jurnal APA. Sebagai contoh APA
meminta para penulis menaip langkau dua baris bagi setiap perkara dalam
manuskrip. Langkau satu baris atau langkau satu baris setengah ditegah
sama sekali. Tujuannya adalah supaya manuskrip tersebut mudah untuk
disunting:

“Double-space all reference entries. (Although some theses and


dissertations use single-space reference lists, single-spacing is not acceptable
for manuscripts submitted to journals or books because it does not allow
space for copyediting and typesetter’s marks.)”

(APA, 1994, h. 251).

Walau bagaimanapun, dari segi praktisnya didapati panduan APA edisi


ke-4 ditaip langkau satu baris untuk menjimatkan ruang. Para pelajar
dinasihatkan untuk mengekalkan menaip manuskrip langkau dua
baris kecuali jika diarahkan oleh pensyarah atau pihak universiti.

9.7 BOLEHKAH ANDA MEMBUAT PENGUBAHSUAIAN?

Cuba anda fikir wajarkah anda membuat pengubahsuaian? Jawapannya


tentu sekali boleh TETAPI anda tidak boleh membuat pengubahsuaian
dengan sewenang-wenangnya!

Sekarang cuba anda hayati Rajah 9. 1 ini pula:

Rajah 9.1
Penulis dan Manuskrip Akhir

Manuskrip Akhir (APA, 1994: 331)

1. Penulis Artikel Manuskrip Kopi Manuskrip Akhir

2. Anda (Penulis) Manuskrip Akhir

Nota:
1. Pengarang artikel jurnal akan menghasilkan manuskrip kopi
untuk diedit dan seterusnya diterbitkan sebagai manuskrip akhir.
2. Anda pula sebagai penulis tesis, disertasi atau tugasan akan
menghasilkan manuskrip ‘akhir’.

153
Perbezaan antara dua cara menghasilkan manuskrip ini menerangkan
sebab keperluan tesis, disertasi dan tugasan pelajar tidak semestinya sama
dengan keperluan manuskrip yang perlu dihantar untuk diterbitkan oleh
APA.

Institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menerima pakai APA juga


melakukan pengubahsuaian. Sebagai contoh bagi nama orang Melayu,
tidak ditulis mengikut saranan APA, tetapi diubah bersesuaian dengan
budaya timur. Nama Nuraini Yusoff tidak ditulis sebagai Yusoff, N.,
kerana Yusoff bukan nama penulis tetapi nama ayah penulis.

9.8 APAKAH PANDANGAN APA TENTANG


PENGUBAHSUAIAN INI?

Dalam konteks ini APA menegaskan bahawa:

Each university has requirements for the format of theses,


dissertations and student papers, which may differ from those
in the Publication Manual. The purpose of these requirements is
to impose uniformity in manuscripts by individuals from
various disciplines … The student should find out whether (or in what
respects) the university’s or department’s requirements for theses,
dissertation and student paper take precedence over those of the
Publication Manual. (h. 334).

Para pelajar yang mengikuti panduan APA diminta supaya melihat


pengubahsuaian yang disarankan oleh pensyarah atau adaptasi APA yang
dilakukan untuk keperluan universiti.

Untuk memudahkan anda semua, panduan yang diberi dalam penulisan


ini telah dilakukan penyesuaian memandangkan anda tidak perlu untuk
menghantar manuskrip kepada American Psychological Association
untuk diedit dan diterbitkan. Panduan ini juga berdasarkan bahan yang
sudah diterbitkan oleh APA iaitu produk akhir yang diterima oleh
pembaca.

Anda bagaimana? Kami cadangkan anda menghasilkan tulisan pada tahap


manuskrip akhir iaitu dalam bentuk penulisan yang sudah dicetak dan
diedarkan kepada pembaca.

9.9 DEFINISI ISTILAH

Anda perlu mengetahui beberapa istilah asas yang digunakan dalam


sistem APA. Istilah-istilah yang digunakan adalah hampir sama dengan
sistem dokumentasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
perbezaan yang harus anda tahu.

154
9.9.1 Rujukan

Dalam sistem ini, istilah ‘Rujukan’ membawa makna bahan-bahan yang


dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab penulis untuk mendokumentasikannya dalam
senarai rujukan. Dalam Publication Manual of the American Psychological
Association (APA, 1994, h. 174) ditegaskan bahawa “a reference list cites
works that specifically support a particular article”. Oleh itu anda harus
ingat bahawa senarai rujukan hanya menyokong artikel yang anda tulis
dan bukan untuk menyokong bidang yang anda bicarakan atau maklumat
yang anda ketahui.

9.9.2 Bibliografi

Anda mesti ingat bahawa bibliografi mempunyai erti yang agak berbeza
daripada sistem dokumentasi yang lain. Bibliografi “cites work for
background or for further reading and may include decriptive notes, as in
section 7.03 of this publication manual” (APA, 1994, h. 174). Jelaslah di
sini bahawa dalam sistem APA, bibliografi ialah satu senarai yang
disediakan untuk memudahkan pembaca mendapatkan bahan-bahan
tambahan sama ada untuk membaca bahan-bahan yang menerangkan
konsep asas yang disentuh oleh penulis atau bahan tambahan berkenaan
aspek-aspek yang tidak disentuh oleh penulis. Bahan-bahan yang anda
masukkan dalam senarai bibliografi tidak anda catatkan dalam teks anda.
Cuba anda lihat Jadual 9.2 berikut:

Jadual 9.2
Perbezaan Istilah

Istilah APA Istilah GAYA DEWAN


Senarai Rujukan Senarai Bibliografi

Menyenaraikan setiap buku, jurnal, majalah, Menyenaraikan setiap buku, jurnal,


akhbar dan bahan-bahan lain yang dirujuk majalah, akhbar dan bahan-bahan lain
dan tercatat dalam teks penulisan. yang dirujuk dan tercatat dalam teks
penulisan.
Senarai Bibliografi Senarai Bacaan Tambahan

Senarai bahan yang dirujuk oleh penulis Senarai bahan yang dirujuk oleh
tetapi beliau tidak mencatatkan dalam teks penulis tetapi beliau tidak mencatatkan
penulisannya. dalam teks penulisannya.

(Senarai ini untuk membantu pembaca (Senarai ini untuk membantu pembaca
sekiranya berminat untuk memahami atau sekiranya berminat untuk memahami
mendalami lagi topik yang dibicarakan atau mendalami lagi topik yang
bolehlah mendapatkan bahan-bahan dibicarakan bolehlah mendapatkan
tersebut) bahan-bahan tersebut)

155
Sekarang saya harap anda faham bahawa perkataan ‘rujukan’ dalam
sistem APA mempunyai makna yang sama dengan perkataan ‘bibliografi’
dalam Gaya Dewan. Walau bagaimanapun, makna ‘bibliografi’ dalam
APA membawa maksud senarai tambahan.

9.9.3 Nota Kaki Kandungan

Nota kaki kandungan sepatutnya hanya menyampaikan satu idea.


Sekiranya anda perlu membuat penerangan yang panjang lebar, anda
lebih sesuai menyampaikannya dalam teks anda atau dijadikan lampiran.
Cuba anda teliti penegasan berikut: “In most cases, an author integrates
an article best by presenting important information in the text, not in a
footnote” (APA, 1994, h. 163).

Bagaimana anda hendak menulis nota kaki kandungan? Anda perlu


mencatatkan nombor nota kaki kandungan mengikut urutan dalam
artikel atau penulisan anda. Nota kaki kandungan tidak terletak di
bahagian bawah halaman teks anda. Mulakan nota kaki kandungan pada
halaman baru. Anda juga perlu ingat bahawa halaman yang mengandungi
nota kaki kandungan berada selepas senarai rujukan. Istilah lain yang
boleh anda gunakan untuk menerangkan nota kaki kandungan ialah nota
hujungan.

Contoh:
Jika ancaman luaran dihadapi dengan Tahafut al-Falasifah1
(Kekacauan Ahli Falsafah), ancaman dalaman dihadapi oleh al-
Ghazali dengan Ihya’ Ulum al-Din2 (Menghidupkan Ilmu Agama),
karya beliau yang paling popular.

Nota kaki isi kandungan berkenaan Tahafut al-Falasifah1 dan Ihya’ Ulum al-
Din2 perlu anda catatkan pada halaman baharu dan letaknya selepas
senarai rujukan. Dalam sistem APA nota kaki kandungan tidak
dicatatkan di bahagian bawah halaman teks anda.

9.10 PANDUAN RINGKAS UNTUK MENYEDIAKAN


SENARAI RUJUKAN

Untuk menghasilkan tugasan, anda telah membaca artikel, buku, laporan


dan bahan-bahan yang berkaitan. Bahan-bahan tersebut pula telah anda
catatkan dalam teks anda. Seterusnya anda perlu menyediakan senarai
rujukan di akhir penulisan anda. Sekiranya anda tidak menyediakan
senarai rujukan yang lengkap anda akan dituduh memplagiat hasil kerja
orang lain. Tugasan yang anda sediakan juga dikatakan tidak ilmiah.
Seorang pelajar yang bestari akan menyediakan senarai rujukan sewaktu
memulakan penulisan. Setiap bahan yang dirujuk dan dicatat dalam teks

156
akan dimasukkan terus dalam senarai rujukan dengan lengkap. Dengan
cara ini anda tidak akan menghadapi masalah-masalah seperti kehilangan
maklumat rujukan dan maklumat yang tidak lengkap.

Apabila memulakan tugasan, buka dua fail serentak. Satu fail


untuk menulis teks dan satu fail lagi untuk senarai ‘Rujukan’

Berikut dikemukakan langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk


menghasilkan senarai ‘Rujukan’:
i) Anda mulakan dengan halaman baharu.
ii) Sekarang anda taip perkataan ‘Rujukan’, di tengah
bahagian atas halaman.
iii) Guna langkau satu baris.

Sesetengah tesis dan disertasi menggunakan langkau satu baris, tetapi


langkau satu baris tidak diterima untuk manuskrip yang dihantar kepada
jurnal atau buku kerana ruang diperlukan untuk proses mengedit. Manual
APA yang dibuat dalam bentuk buku menggunakan langkau satu baris
untuk menjimatkan ruang.

Anda dinasihatkan untuk mengekalkan penggunaan langkau satu baris


untuk maklumat satu sumber. Seterusnya anda boleh menggunakan
langkau dua baris untuk memisahkan antara satu sumber dengan sumber
yang lain. Anda jangan nomborkan senarai rujukan. Sekiranya anda
merujuk buku, berikut adalah cara yang disarankan untuk
mendokumentasikannya dalam senarai rujukan:

1. Buku ditulis oleh seorang pengarang

Shaik Mohd. Noor Alam S. M. Hussain. (2000). Undang-undang komersil


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nelson, K. (1996). Language in cognitive development: the emergence of the


mediated mind. New York: Cambridge University Press.

2. Buku ditulis oleh dua orang pengarang

Ahmad Kamal Abdullah, & Siti Aisah Murad. (2000). Citra wanita dalam
sastera Melayu 1930-1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

3. Artikel dalam buku yang diedit

Graham, S. (1994). Classroom motivation from an attributional


perspective. In M. Drillings (Ed.), Motivation: Theory and research
(pp. 31-48). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
157
Zimmerman, B. (1995). Self-efficacy and educational development. In A.
Bandura (Ed.), Self-efficacy in changing societies (pp. 202-231). New
York: Cambridge University Press.

(Catatan: Nama penulis artikel tidak tercatat di kulit depan buku – hanya
nama editor)

4. Buku edisi baharu, edisi ke-2 dan ke-6

Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia


(edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1999). Ketrampilan Menulis (edisi ke-2). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lucas, S. E. (1998). The art of public speaking (6th ed.) Boston,


Massachusetts: McGraw-Hill.

SOALAN DALAM TEKS 9.2

Susun maklumat berikut supaya sesuai dimasukkan


dalam senarai ‘Rujukan’.
Buku
Nama pengarang: Deborah Stipek
Judul buku: Motivation to Learn: from Theory to
Practice
Penerbit: Allyn and Bacon
Tempat diterbitkan: Boston
Tahun diterbitkan: 1998
Edisi: ke-3

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.10.1 Terbitan Berkala

Cuba anda teliti cara-cara menulis senarai rujukan berdasarkan sumber


daripada terbitan berkala.

158
1. Artikel jurnal, seorang pengarang:

Mcdonald, H. (1993). Write me in: Improving women’s access to


literacy training. Open Letter: Australian Journal for Adult Literacy
research and Practice, 4 (1), 43-52.

2. Artikel jurnal, enam dan lebih pengarang (dipetik daripada


American Psychological Association, 1995, hal. 195)

Kneip, R.C., Delamater, A.M., Ismond, T., Milford, C., Salvia, L., &
Schwartz, D. (1993). Self-and spouse rating of anger and
hostility as predictors of coronary heart disease. Health Psychology,
12, 301-307.

3. Artikel majalah

Azlina Uzir. (2001, Mac). Membeli-belah di dalam internet. Majalah Pc,


51, 54-55.

Nor Shamsinor Baharin. (2000, 25 Nov.-1 Dis.). Rakaat bukan penentu


iman. Massa, 68, 54-55.

Moreau, R. (1998, July 6). The damage is real. Newsweek, CXXXII (1),
54.

4. Artikel akhbar

Hashim Ahmad. (2001, 10 Ogos). Tuntutan memilih makanan halal.


Berita Harian, h.34.

5. Artikel buletin

Tan Chin Lee. (2001, April). Kelemahan pelajar Cina dalam penguasaan
bahasa Melayu: Punca dan penyelesaian, Jendela Utara, 3, h. 5.

Anda perlu ingat untuk mencatatkan:


i) nama penulis (nama keluarga jikalau penulis barat);
ii) tarikh penerbitan iaitu tahunnya dahulu. Catakan bulan
untuk penerbitan bulanan dan hari untuk penerbitan
mingguan;
iii) nombor jilid (volume) atau bilangan (issue) jika berkaitan;
iv) judul jurnal, majalah, akhbar dan buletin dan nombor jilid
hendaklah dalam huruf yang berbentuk condong (italics).

159
SOALAN DALAM TEKS 9.3

Susun maklumat berikut supaya sesuai dimasukkan


dalam senarai ‘Rujukan’.

Artikel Jurnal
Nama pengarang: Barbara Nye, Larry V. Hedges, dan
Spyros Konstantopoulos
Tahun diterbitkan: 2000
Judul artikel: The Effects of Small Classes on Academic
Achievement: The Results of the Tennessee Class Size
experiment.
Halaman artikel: 123-151
Judul jurnal: American Educational Research Journal
Jilid: 37
Siri: 1

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6. Baris kedua bagi setiap kemasukan inden lima atau tujuh


ruang sama seperti memulakan peranggan (atau guna tab)

Katakanlah anda telah menulis perenggan berikut. Anda memulakan


perenggan dengan menginden lima atau tujuh ruang. Seterusnya anda
menyediakan senarai rujukan berdasarkan rujukan yang telah anda tulis
dalam teks (anda telah merujuk sebuah buku dan 3 buah artikel jurnal).

Contoh teks anda:

Satu perkara yang terbukti jelas dalam mendefinisikan politik


organisasi ialah ketiadaan satu definisi yang tepat berkaitan dengan
perkara ini (Cropanzano, Kacmar & Bozeman, 1995; Drory & Romm,
1990). Apabila dirujuk definisi yang telah dibuat (Allen, Madison, Porter,
Renwick, & Mayes, 1979; Ferris & Judge, 1991) terdapat beberapa
persamaan.

Sekarang cuba anda lihat contoh senarai rujukan bagi perenggan


di atas: (mula pada halaman baharu).

160
Rujukan

Allen, R. W., Madison, D. L., Porter, L. W., Renwick, P. A., & Mayes, B.
T. (1979). Organizational politics: tactics and characterististics of
its actors. California Management Review, 22, 77-83.

Cropanzano, R. S., Kacmar, K. M., & Bozeman, D. P. (1995).


Organizational politics, justice and support: Their differences and
similarities. In R. S. Cropanzano, & K. M. Kacmar (Eds.),
Organizational politics, justice and support: Managing Social Climate at
work (pp. 1-18). Westport, CT: Quorum Books.

Drory, A., & Romm, T. (1990). The definition of organizational politics:


A review. Human Relations, 43, 1133-1154.

Ferris, G. R., & Judge, T. A. (1991). Personal/human resources


management: A political influence perspective. Journal of
Management, 17, 447-448.

7. Susun nama pengarang atau editor mengikut abjad


berdasarkan nama keluarga bagi budaya barat. Panduan
ini merupakan asas utama sebelum mengaplikasikan
panduan-panduan lain. (Di sini berlaku pengubahsuaian
mengikut budaya timur.)

Nama penuh pengarang atau editor :


John Corner
Mohamad Md. Yusoff
A. Rahim Abdullah
Owen D.W. Hargie
James Watson & Anne Hill.

Rujukan

A. Rahim Abdullah. (1998, Mac). Drama sebagai karya sastera. Dewan


Sastera, 74-76.

Corner, J. (1986). Documentary and the mass media (Ed.). UK : Edward


Arnold.

Hargie, O. D. W. (Ed.)(1997). The handbook of communication skills (2nd ed.)


London: Routledge.

Mohamad Md. Yusoff. (2000). Media dan masyarakat: Satu kumpulan esei.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

161
Watson, J., & Hill, A. (1997). A dictionary of communication and media studies
(4th ed.). London : Arnold.

8. Dahulukan buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang


sama daripada yang ditulis oleh pengarang tersebut dengan
pengarang lain. Kriteria kronologi atau tahun bahan itu
diterbitkan tidak diambil kira. Lihat contoh di bawah; buku
yang diterbitkan pada tahun 1969, walaupun diterbitkan
awal tetapi disusun selepas buku yang diterbitkan pada
tahun 1970, 1971 dan 1980.

Piaget, J. (1970). Piaget’s theory. In P.H. Mussen (Ed.), Carmichael’s


manual of psychology. New York: Basic Books.

Piaget, J. (1971). Psychology and epistemology : Towards a theory of knowledge.


(A. Rosin, trans). New York: Viking.

Piaget, J. (1980). Adaptation and intelligence: Organic selection and phenocopy. (S.
Eames, Trans). Chicago: University of Chicago Press.

Piaget, J., & Inhelder, B. (1969). The psychology of the child. (H. Weaver,
Trans.) New York: Basic Books.

(Nota: ‘trans.’ Singkatan bagi ‘translator’. Buku The psychology of the child
diterjemah oleh Weaver ke dalam bahasa Inggeris.)

9. Susun ikut kronologi (tahun percetakan) jika pengarangnya


sama

Asmah Hj. Omar. (1968). Morfologi-sintaksis bahasa Melayu (Malaya) dan


bahasa Indonesia: Satu perbandingan pola. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (1970). Bahasa Malaysia kini: Satu perkenalan melalui
struktur I-V. Kuala Lumpur : Federal Publications.

Asmah Hj. Omar. (1973). Noun phrases in Malay. Language Sciences.


Ogos, 12-17.

Asmah Hj. Omar. (2000). Wacana perbincangan, perbahasan


perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

162
10. Susun berdasarkan tajuk penulisan sekiranya merujuk
pengarang yang sama dan tahun yang sama

Frederiksen, N. (1984a). Implications of cognitive theory for instruction


in problem-solving. Review of Educational Research, 54, 393-407.

Frederiksen, N. (1984b). The real test bias: Influences of testing on


teaching and learning. American Psychologist, 39, 193-202.

Slavin, R.E. (1983a). Cooperative learning. New York: Longman.

Slavin, R.E. (1983b). When does cooperative learning increase student


achievement? Psychological Bulletin, 94, 429-445.

11. Bahan rujukan sekunder

Anda telah memetik ungkapan Edward de Bono dan mencatatkannya


dalam penulisan anda. Walau bagaimanapun, anda tidak membaca buku
yang ditulis sendiri oleh Edward de Bono. Anda telah memetik
maklumat tersebut daripada tulisan Naapie Mat dan Noraini Abdullah.
Memandangkan anda mengambil bahan bukan berdasarkan bahan asal,
istilah yang digunakan ialah rujukan sekunder. Dalam teks yang anda
buat, anda perlu menulis seperti berikut :

Berhubung dengan proses pemikiran, Edward de Bono (seperti


yang dipetik dalam Naapie Mat & Noraini Abdullah, 1998, hal. 751)
menegaskan bahawa “each lesson focuses on a single attention area … in
some cases the thinking operation around which the lesson centres is
crystallized into a specific ‘tool’.”

Dalam senarai rujukan tulis seperti berikut:

Rujukan

Naapie Mat, & Noraini Abdullah, (1998, Ogos). Penggunaan bahan


sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu – pengaplikasian cort
thinking programme, Jurnal Dewan Bahasa, hal. 750-755.

(Ingat, jangan catatkan Edward de Bono dalam senarai rujukan kerana


anda tidak merujuk buku Edward de Bono, anda hanya merujuk artikel
yang ditulis oleh Naapie Mat dan Noraini Abdullah!)

163
9.11 FORMAT ELEKTRONIK STAIL APA

9.11.1 Format untuk Buku

Strunk, W., Jr. (1918). The elements of style. [Online]. http://


www.columbia.edu/acis/bartleby/strunk/strunk/html#11[1998,
Aug. 20].

9.11.2 Format untuk Ulasan Buku

Hansen, R. (1995). [Review of a pragmatic approach to business ethics


by A. Michalos] [Online]. The Online Journal of Ethics. 1(1), n. pag.
http://condor.depaul.edu/ethics/michalos.html [1996, May 5].

9.11.3 Format untuk Artikel Ensiklopedia, Online

Stock market crash of 1929. (1995). In Britannica Online. [Online].


Encyclopaedia Britannica. http://www.eb.com/ [“stock
market”] [1998, July 11].

(Nota: Tidak ada nama pengarang)

9.11.4 Format untuk Artikel Ensiklopedia, CD-ROM

Genetic engineering. (1994). In Compton’s Interactive Encyclopedia (Version


2.0). [CD-ROM]. Carlsbad, CA: Compton’s NewMedia, Inc.

(Nota: Tidak ada nama pengarang)

9.12 KUTIPAN

Pada umumnya penulisan ilmiah banyak dimuatkan dengan kutipan.


Oleh itu, dalam menyiapkan penulisan, anda perlu mengutip pendapat-
pendapat yang berwibawa untuk menyokong pendapat anda. Kutipan-
kutipan yang anda muatkan dalam penulisan anda juga bertujuan untuk
memberi huraian atau penerangan lanjut.

9.12.1 Kutipan Sumber-Sumber

Dalam menghasilkan sesebuah penulisan ilmiah, anda perlu membaca


pelbagai bahan seperti jurnal, buku, majalah, laporan, akhbar dan lain-lain
lagi. Bahan-bahan yang anda baca tadi pula pastinya berkaitan dengan
tema penulisan anda. Sewaktu anda menulis anda akan merakamkan
kutipan atau petikan secara terus daripada penulisan pengarang lain atau
penulisan anda sendiri yang pernah diterbitkan.

164
9.12.2 Panduan Merakam Kutipan

Sekiranya anda merakam kutipan yang panjangnya kurang daripada 40


patah perkataan, kutipan ini boleh digabungkan sekali dalam ayat anda.
Anda perlu menggunakan tanda pengikat kata bagi kutipan yang telah
anda rakam (lihat contoh kutipan 1 dan kutipan 2). Sekiranya kutipan
yang anda rakam melebihi 40 patah perkataan, guna bentuk blok tanpa
tanda pengikat kata (lihat contoh kutipan 3).

Cuba anda lihat teks asal yang ditulis oleh Profesor Braginsky seorang
sarjana yang terkemuka dalam Pengajian Melayu dan Indonesia dalam
buku Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik,
yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994:

Ada beberapa faktor yang membantu kesusasteraan Melayu


klasik hidup kembali. Malah ada beberapa sebab yang bukan sahaja
mencegah kematian kesusasteraan Melayu klasik, malah turut
memperkenalkannya kepada dunia dengan lebih sempurna. Salah satu
sebab tersebut ialah ‘dekolonisasi rohani’ dan usaha mencari
keperibadian Melayu, ‘kemelayuan’ yang khusus di tengah-tengah dunia
moden dengan horizonnya yang terbentang luas. Keperibadian itu
terdiri daripada dua unsur: idea nasionalisme dan idea yang secara
eksplisit mencerminkan aspek nasionalisme, bermakna ‘masuk Islam’,
dan dengan demikian secara implisit mencerminkan aspek orang Islam.
(h. 4)

Contoh kutipan 1:

Profesor Braginsky seorang sarjana yang terkemuka dalam


Pengajian Melayu dan Indonesis telah membicarakan bukti daya hidup
kesusasteraan Melayu klasik. Menurut beliau satu daripada faktor yang
menghidupkan kembali kesusasteraan Melayu klasik “ialah ‘dekolonisasi
rohani’ dan usaha mencari keperibadian Melayu”
(Braginsky, 1994, h. 4).

Contoh kutipan 2:

Braginsky (1994) mengemukakan faktor yang “mencegah


kematian kesusasteraan Melayu klasik .… ialah ‘dekolonisasi rohani’ dan
usaha mencari keperibadian Melayu” (h. 4).

165
Cuba anda lihat penggunaan ellipsis (….) - empat tanda elipsis
digunakan untuk menunjukkan bahawa terdapat pengguguran perkataan
di antara dua ayat yang dikutip. Tiga tanda ellipsis (…) menunjukkan
bahawa terdapat pengguguran perkataan dalam satu ayat yang dikutip.

Contoh kutipan 3:

Braginsky (1994) mengemukakan pandangan yang berikut:


Ada beberapa faktor yang membantu kesusasteraan Melayu klasik
hidup kembali. Malah ada beberapa sebab yang bukan sahaja
mencegah kematian kesusasteraan Melayu klasik, malah turut
memperkenalkannya kepada dunia dengan lebih sempurna. Salah
satu sebab tersebut ialah ‘dekolonisasi rohani’ dan usaha mencari
keperibadian Melayu, ‘kemelayuan’ yang khusus di tengah-tengah
dunia moden dengan horizonnya yang terbentang luas.
Keperibadian itu terdiri daripada dua unsur: idea nasionalisme
dan idea yang secara eksplisit mencerminkan aspek nasionalisme,
bermakna ‘masuk Islam’, dan dengan demikian secara implicit
mencerminkan aspek orang Islam. (h. 4)

Apabila anda meneliti contoh kutipan 3, anda akan dapati kutipan ini
melebihi 40 patah perkataan dan ditulis dalam bentuk blok. Tanda
pengikat kata juga tidak digunakan.

SOALAN DALAM TEKS 9.4

1. Berdasarkan petikan berikut yang ditulis oleh


Profesor Braginsky dalam buku beliau Erti
Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan
Melayu Klasik, yang diterbitkan pada tahun 1994,
anda dikehendaki menulis rakaman kutipan yang
betul.
h. 257 Untuk menentukan maksud simbolik
daripada benda-benda tersebut, mesti
diketahui bahawa bagi orang-orang Melayu,
sirih atau puan yang berisi sirih
melambangkan pertunangan, manakala
makna pertama perkataan ‘kelekati’ ialah
“lamp-fly; flying ant; the proverbial ‘moth at
the candle’” yang lazimnya dijumpai dalam
karangan sufi. Jadi, tiga benda yang disebut

166
di atas (dian; puan sebagai lambing
pertunangan, iaitu tahap permulaan dalam
percintaan asyik maksyuk; kelekati),
dipandang dari segi simbolismenya masing-
masing, sesuai dengan konsep ‘perjalanan
rama-rama’
h. 258 dalam ilmu tasawuf, yakni perjalanan
pengenalan Yang Maha Tinggi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.13 PANDUAN TAMBAHAN

9.13.1 Penggunaan et al

Dalam teks anda (bukan senarai rujukan) sekiranya bahan yang dirujuk
ditulis oleh tiga, empat atau lima orang pengarang, pada kali pertama
anda menulis rujukan teks, anda catatkan kesemua nama pengarang
tersebut. Sekiranya anda perlu mengulangi untuk merujuk bahan yang
sama memadai sekiranya anda menulis nama pengarang pertama diikuti
dengan et al.

Bagi bahan yang ditulis oleh enam orang pengarang atau lebih, kali
pertama anda membuat rujukan teks anda hanya perlu menulis nama
pengarang pertama diikuti dengan et al. Anda harus menulis ‘et al.’ dalam
bentuk huruf condong.

9.13.2 Beberapa Petua Asas untuk Menaip

1. Jarak antara baris

Langkau dua baris – bermakna meninggalkan satu baris kosong di antara


baris-baris yang ditaip di atas kertas. Seandainya menaip di komputer
setkan komputer supaya mengunakan langkau dua baris. Langkau dua
baris diaplikasikan untuk seluruh manuskrip atau penulisan anda kecuali
dalam senarai rujukan.

2. Ruang dan tanda bacaan

Sewaktu anda menaip anda harus pastikan tentang ruang yang digunakan
selepas tanda bacaan. Panduan berikut boleh membantu anda dalam
menyediakan tugasan anda.

167
Guna satu ruang selepas tanda bacaan berikut:
• koma, koma titik, titik bertindih
• tanda bacaan di akhir ayat (., ?, !)
• noktah yang memisahkan bahagian-bahagian dalam
rujukan
• singkatan nama (contoh: V. I. Braginsky)

Nota: Anda jangan menggunakan ruang untuk: singkatan - (a.m., i.e.,


U.S.), dalam nisbah - (6:1)

9.13.3 Birai

APA menyarankan supaya manuskrip (tugasan, laporan, kertas keja dan


lain-lain) ditaip di atas kertas A4 atau quarto. Di bahagian tepi di sebelah
kiri, kanan, atas dan di bawah beri ruang kosong sekurang-kurangnya
seperti Rajah 9.1 di bawah:

Rajah 9.1

1.0’ (2.5 sm) birai

1.5’ (3.75 sm) birai 1.0’ (2.5 sm) birai

1.0’ (2.5 sm) birai

Catatan :
• Birai kiri memerlukan ruang untuk penjilidan. Di sini walaupun
APA menyarankan ruang 1.0’, anda boleh lebarkan sedikit.
• Anda boleh set komputer anda di bahagian ‘page setup’.

168
9.14 KESIMPULAN

Untuk memahirkan diri anda dalam bidang dokumentasi, anda


dinasihatkan supaya merujuk Publication Manual of the American Psychological
Association edisi ke-4 (APA, 1994). Walau bagaimanapun anda perlu
berhati-hati kerana panduan yang diberikan adalah khas untuk penulis
yang ingin menghantar artikel ke APA. Setelah diterbitkan anda akan
dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku. Justeru anda perlu
pastikan yang anda tahu memilih yang mana yang sesuai.

Anda juga harus ingat bahawa terdapat pelbagai sistem dokumentasi yang
boleh anda jadikan panduan. Yang penting ialah dokumentasi manakah
yang disarankan oleh pensyarah atau diguna pakai oleh universiti anda?

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 9.1

1. Dokumentasi ialah bahan-bahan yang perlu dimuatkan dalam


penulisan ilmiah seperti rujukan, nota, kutipan dan bibliografi.
Dengan mendokumentasikan bahan-bahan tersebut pembaca
dapat mengenalpasti sumber dan merujuk bahan-bahan yang
terdapat dalam teks.

SDT 9.2

1. Nye, B., Hedges, L. V., & Konstantopoulos, S. (2000). The


effects of small classes on academic achievement: The
results of the Tennessee class size experiment. American
Educational research Journal, 37 (1), 123-152.

SDT 9. 3

1. Stipek, D. (1998). Motivation to learn: From theory to practice (3rd ed.).


Boston: Allyn and Bacon.

SDT 9.4

1. Antara kutipan yang boleh dibuat adalah seperti di bawah:

Contoh kutipan 1:
Profesor Braginsky seorang sarjana yang terkemuka dalam
Pengajian Melayu dan Indonesis telah membincangkan aspek simbol
benda-benda seperti dian, puan dan kelekati dalam masyarakat Melayu.

169
Menurut beliau benda-benda tersebut jika “dipandang dari segi
simbolismenya masing-masing, sesuai dengan konsep ‘perjalanan rama-
rama’ dalam ilmu tasawuf, yakni perjalanan pengenalan Yang Maha
Tinggi.” (Braginsky, 1994, h. 257-258).

Contoh kutipan 2:
Braginsky (1994) cuba melihat aspek simbolik dian, puan dan
kelekati dalam masyarakat Melayu. Menurut beliau “sirih atau puan yang
berisi sirih melambangkan pertunangan ….. dian; puan sebagai lambang
pertunangan, iaitu tahap permulaan dalam percintaan asyik maksyuk;
kelekati.” (h. 257). Beliau juga menegaskan bahawa dari segi simbolisme,
dian, puan dan kelekati sesuai dengan konsep “perjalanan rama-rama” (h.
257) iaitu perjalanan untuk mengetahui atau mendekati tuhan yang
terdapat dalam ilmu tasawuf.

Contoh kutipan 3:
Braginsky (1994, h. 257-258) turut memberi penjelasan tentang
lambang dian, puan dan kelekati (alat bagi membelah pinang):
Untuk menentukan maksud simbolik daripada benda-benda
tersebut, mesti diketahui bahawa bagi orang-orang Melayu, sirih
atau puan yang berisi sirih melambangkan pertunangan, manakala
makna pertama perkataan ‘kelekati’ ialah “lamp-fly; flying ant; the
proverbial ‘moth at the candle’” yang lazimnya dijumpai dalam
karangan sufi. Jadi, tiga benda yang disebut di atas (dian; puan
sebagai lambang pertunangan, iaitu tahap permulaan dalam
percintaan asyik maksyuk; kelekati), dipandang dari segi
simbolismenya masing-masing, sesuai dengan konsep ‘perjalanan
rama-rama’ dalam ilmu tasawuf, yakni perjalanan pengenalan Yang
Maha Tinggi.

1
2
1
2

170

Anda mungkin juga menyukai