Anda di halaman 1dari 28

BAB 8

PENYEDIAAN TEKS KATA ALU-ALUAN,


PRAKATA, DAN TEKS UCAPAN

OBJEKTIF BAB

Setelah selesai mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menganalisis teks-teks berikut: Kata Alu-aluan, Prakata, & Teks
Ucapan.
2. Memberi garis panduan dalam menyediakan format teks-teks
tersebut.
3. Memberi garis panduan dalam menyediakan kandungan teks-
teks tersebut.
4. Menyediakan teks-teks tersebut.

8.1 PENGENALAN

Dalam bab ini akan dibincangkan aspek penyediaan teks iaitu kata-kata
aluan, prakata dan ucapan.

8.2 KATA ALU-ALUAN

Berikut ialah kata alu-aluan yang didapati dalam buku cenderamata Majlis
Perasmian Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah Utara
pada 3 Ogos 2001. Cuba anda teliti tiap-tiap perenggan yang ditulis.

Sekapur Sirih Analisis


Perenggan Assalamualaikum warahmatullahi Memberi salam
pengenalan wabarakatuh dan salam sejahtera.
Perenggan isi Saya mengucapkan syabas dan Ucapan tahniah
tahniah kepada Dewan Bahasa dan di atas majlis
Pustaka sempena perasmian
pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia Wilayah Utara oleh T.Y.T.
Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman
bin Haji Abbas, Yang di-Pertua
Negeri Pulau Pinang pada hari ini.

121
Sesungguhnya bangunan Kepentingan
Dewan Bahsa dan Pustaka Malaysia majlis
wilayah Utara ini merupakan suatu
mercu tanda kerajaan dalam
memartabatkan bahasa Melayu di
negara ini.
Dalam usaha melahirkan Kepentingan
masyarakat dan bangsa Malaysia prasarana
yang berwibawa, berwadah dan pembangunan
berilmu tinggi yang bakal insan dan
meneruskan usaha membawa pendidikan
negara ini ke arah kemajuan dengan (Selaku Menteri
cara dan acuan kita sendiri, maka Pendidikan)
prasarana pembangunan insan yang
dapat memeliharakan adab dan
nilai-nilai luhur budaya bangsa
harus diberi perhatian. Pendidikan
merupakan asas untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu.
Saya menyeru Dewan Bahasa Seruan dan
dan Pustaka supaya menganjurkan harapan
pelbagai program yang dapat
menarik orang ramai agar
menggunakan bahasa Melayu
dengan mudah dan menarik.
Melalui cara ini, orang ramai akan
menggunakan bahasa Melayu
berbanding dengan bahasa asing
tanpa berasa ragu-ragu lagi.
Perenggan Selamat maju jaya. Penutup yang
penutup ringkas
Tandatangan,
nama penuh (TAN SRI DATO’ SERI MUSA
dan jawatan BIN MOHAMAD)
Menteri Pendidikan Malaysia

Semadah Kata Analisis


Perenggan Salam sejahtera. Memberi salam
pengenalan
Perenggan isi Terlebih dahulu saya ingin Ucapan tahniah
mengucapkan syabas dan tahniah di atas majlis
kepada Dewan Bahasa dan
Pustaka Wilayah Utara sempena
pembukaan rasmi pejabat
operasinya pada hari ini.

122
Saya mengucapkan terima Terima kasih
kasih kepada pihak Dewan Bahasa (selaku Ketua
dan Pustaka Malaysia Wilayah Menteri Negeri
Utara kerana telah memilih negeri Pulau Pinang)
Pulau Pinang sebagai lokasi
pejabatnya untuk kegiatan bahasa,
sastera dan budaya khususnya bagi
wilayah utara.
Selain itu, pemilihan ini amat
tepat dengan kedudukan negeri
Pulau Pinang yang begitu strategik
di Wilayah Pertumbuhan Segitiga
Indonesis, Malaysia dan Thailand
(IMT-GT) yang sedang pesat
membangun.
Adalah menjadi harapan saya Seruan dan
agar Dewan Bahasa dan Pustaka harapan
Wilayah Utara akan terus
merangka dan melaksanakan
pelbagai kegiatan yang akan
menjulang serta memartabatkan
bahasa Melayu.
Akhir kata, semoga usaha
yang dijalankan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara
akan membuahkan hasil dan dapat
dinikmati oleh generasi kini dan
masa hadapan.
Perenggan Selamat maju jaya. Penutup yang
penutup ringkas
Tandatangan,
(TAN SRI DR. KOH TSU nama penuh dan
KOON) jawatan
Y. A. B. Ketua Menteri Negeri
Pulau Pinang

Setelah anda meneliti kedua-dua kata alu-aluan tersebut anda akan dapati
beberapa persamaan dari segi kandungan:

(TAN SRI DATO’ SERI (TAN SRI DR. KOH TSU


MUSA BIN MOHAMAD) KOON)
Menteri Pendidikan Y. A. B. Ketua Menteri
Malaysia Negeri Pulau Pinang
Pengenalan Memberi salam Memberi salam

123
Isi Ucapan tahniah di atas Ucapan tahniah di atas
majlis majlis
Kepentingan majlis Terima kasih (selaku Ketua
Menteri Negeri Pulau
Pinang)
Kepentingan prasarana
pembangunan insan dan
pendidikan (Selaku Menteri
Pendidikan)
Seruan dan harapan Seruan dan harapan
Penutup Penutup yang ringkas Penutup yang ringkas
Tandatangan, nama penuh, Tandatangan, nama penuh,
dan jawatan dan jawatan

8.2.1 Ciri-Ciri Umum Kata Alu-Aluan

Secara amnya format kata alu-aluan adalah seperti berikut:

Gambar Tajuk
penulis

Pengenalan
Isi
Isi
Isi
Penutup
Tandatangan
Nama Penuh dan
Gelaran

i) Tajuk

Sering kali perkataan ‘Kata Alu-aluan’ tertera di bahagian atas halaman


dalam huruf besar atau pun dalam gabungan huruf besar dan kecil. Bagi
penganjur yang kreatif, pelbagai frasa kata boleh digunakan sebagai
contoh: Sekapur Sirih, Semadah Kata, Seulas Pinang, Setitis Tinta,
Serangkap Kata, Seindah Kata, Seindah Budi dan sebagainya.

ii) Pengenalan

Pengenalan selalunya ringkas iaitu mengucapkan kesyukuran, memuji


Allah atau memberi salam.

124
iii) Isi

Isi kata alu-aluan ditulis dalam bentuk perenggan. Dari segi


kandungannya walaupun hampir sama tetapi penulis harus tahu
kedudukannya sama ada sebagai tetamu yang diundang atau yang terlibat
sebagai tuan rumah atau urus setia. Seterusnya jawatan yang disandang
oleh penulis juga perlu diambil kira supaya harapan dan aspirasi penulis
sesuai dengan jawatan yang disandang.

iv) Penutup

Penutup juga ditulis ringkas seperti ‘Sekian, terima kasih’ dan ‘Semoga
Berjaya’.

SOALAN DALAM TEKS 8.1

1. Anda dikehendaki menganalisis kata alu-aluan oleh


YBhg. Dato’ Paduka Hj. Ismail Bin Hj. Shafie
selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan
tetamu kehormat DBP.

Setitis Tinta Analisis


Perenggan Bismillahirrahmanirahim
pengenalan Asslalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Perenggan Terlebih dahulu marilah kita
isi sama-sama mengucapkan
syukur ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan izin-Nya,
Dewan Bahasa dan pustaka
berjaya membuka sebuah lagi
pejabatnya di wilayah utara.
Penubuhan Dewan Bahasa
dan Pustaka Wilayah Utara ini
bukan sahaja akan
memperkukuhkan lagi fungsi
Dewan Bahasa dan Pustaka,
malah menyumbangkan ke arah
membangunkan dan
menyemarakkan lagi kegiatan
bahasa, sastera dan budaya di
wilayah utara ini dengan lebih
luas. Saya yakin dan percaya
Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilayah Utara akan menjadi

125
sebuah organisasi tumpuan
kegiatan intelektual di wilayah
utara ini.
Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk
merakamkan harapan, semoga
Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia Wilayah Utara akan
terus maju, dalam usaha
membina sebuah negara
dengan masyarakat yang
bertamadun tinggi dan disegani.
Insya-Allah Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman akan
sentiasa memberikan sokongan
yang padu kepada Dewan
Bahasa dan Pustaka bagi
mengangkat martabat bahasa,
sastera dan budaya kita, ke
tempat yang sewajarnya.
Perenggan Sekian, terima kasih.
penutup
(DATO’ PADUKA HJ.
ISMAIL BIN HJ. SHAFIE)
Setiausaha Kerajaan Negeri
Kedah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN DALAM TEKS 8.2

1. Anda dikehendaki menganalisis kata alu-aluan oleh


Ybhg. Dato’ Haji A. Aziz Bin Deraman selaku Ketua
Pengarah DBP.

Seindah Kata Analisis


Pengenalan Syukur ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dapat kita bersama
menyaksikan satu lagi projek
Dewan Bahasa dan Pustaka
menjadi kenyataan.
Isi Penubuhan tiga buah
pejabat Wilayah Dewan

126
dan Pustaka iaitu di utara,
timur dan selatan
Semenanjung Malaysia
merupakan usaha gigih
Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk memastikan
perjuangan mendaulatkan
bahasa Melayu di negara ini
akan terus bersemarak.
Dewan Bahasa dan
Pustaka Malaysia Wilayah
Utara akan membantu
menyelaraskan projek dan
aktiviti pelaksanaan
pengembangan bahasa
kebangsaan yang dirancang
oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka pada peringkat
negeri pada setiap tahun.
Dewan Bahasa dan Pustaka
juga akan terus membantu
dan mengambil bahagian
bagi menjayakan projek dan
aktiviti penggalakkan,
perluasan dan peningkatan
program Gerakan Bahasa
Kebangsaan. Di samping itu,
Dewan Bahasa dan Pustaka
turut mengawal dan
embimbing pelaksanaan
projek dan aktiviti Gerakan
Bahasa Kebangsaan yang
dilaksanakan oleh pihak-
pihak yang berkenaan.
Memandangkan bahasa
Melayu penting dalam semua
aspek, Dewan Bahasa dan
Pustaka akan terus membina
kesedaran dan mewujudkan
budaya berbahasa
kebangsaan di kalangan
pengguna bahasa yang betul
dan baik di sektor awam,
sektor swasta, media massa
dan di kalangan masyarakat
umum.
Dewan Bahasa dan
Pustaka Malaysia Wilayah
Utara juga akan turut

127
memperhebatkan usaha
memasyarakatkan sastera
kebangsaan melalui pelbagai
kegiatan sastera dan
membantu menyelaraskan
perancangan projek dan
aktiviti pemasyarakatan dan
penggalakkan sastera yang
dirancang oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Di
samping itu Dewan Bahasa
dan Pustaka Malaysia
Wilayah Utara menjalankan
kegiatan-kegiatan apresiasi
sastera di kalangan kanak-
kanak, remaja, masyarakat
umum, masyarakat bukan
Melayu dan golongan
professional.
Kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada
T.Y.T. Tun dato’ seri Haji
Abdul Rahman bin Haji
Abbas, Yang di-Pertua
Negeri Pulau Pinang kerana
dapat meluangkan masa
merasmikan pejabat Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia
Wilayah Utara ini. Perasmian
pejabat Dewan Bahasa dan
Pustaka Malaysia Wilayah
Utara ini memberikan
semangat kepada Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk
mengangkat martabat
bahasa, sastera dan di
seluruh negara.
Penutup Sekian. Wassalam.
(DATO’ HAJI A. AZIZ
BIN DERAMAN)
Ketua Pengarah DBP

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

128
8.3 PRAKATA

Prakata merupakan kata-kata pendahuluan daripada penulis tentang buku


yang ditulisnya. Prakata boleh kita dapati dari buku-buku, terutamanya
buku yang bercorak ilmiah dan lazimnya oleh pengarang buku itu.

Prakata menyampaikan hasrat pengarang kepada pembaca tentang buku


yang ditulisnya. Misalnya, mengapa beliau menulis buku itu dan kepada
siapa buku itu ditujukan. Pengarang juga berharap semoga pembaca
mendapat faedah daripadanya.

Jika pengarang menulis buku itu hasil daripada sebuah kajian, akan
dinyatakan apa yang dikaji dan masalah yang dihadapinya semasa
membuat kajian. Selain itu, pengarang juga menyatakan siapakah yang
menjadi kumpulan sasaran yang menjadi sampel kajian dan kawasan
kajiannya serta hal-hal lain yang berkaitan dengan kajiannya. Dalam
prakata juga pengarang biasanya ingin menyampaikan ucapan terima
kasih kepada pihak yang terlibat.

Terdapat juga prakata yang ditulis oleh orang lain, bukan pengarang buku
itu sendiri. Orang yang diminta menulis prakata adalah orang yang pakar
dan mahir serta sangat arif dalam bidang tersebut. Penulis prakata seperti
ini akan memperkenalkan nama penulis serta latar belakang diri penulis.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penulis kerana usaha penulis
untuk menulis buku itu. Ulasan ringkas juga diberikan terhadap
kandungan buku itu secara keseluruhan.

Dari segi format, prakata selalunya dimulakan dengan perkataan


‘PRAKATA’. Kandungan prakata perlu ditulis dalam bentuk perenggan
dan maklumat penulis dicatatkan di bahagian bawah. Berdasarkan
contoh-contoh prakata cuba anda lihat aspek format dan kandungan
prakata.

Contoh 1: Teks Prakata

Buku Temu duga dan Persiapan Menghadapinya: Apa yang Perlu


Anda Ketahui ini dihasilkan untuk membimbing calon-calon yang akan
menghadiri temu duga. Walaupun fokus buku ini lebih kepada
membimbing para graduan yang baru berjinak dengan alam pekerjaan,
ilmu dan panduan yang dipaparkan boleh dimanfaatkan oleh setiap
lapisan pembaca yang akan menghadiri pelbagai bentuk temu duga yang
dijalankan oleh pelbagai organisasi baik daripada sektor kerajaan
mahupun sektor swasta.
Proses temu duga harus dilihat sebagai satu proses komunikasi.
Kegagalan memahami proses ini menyebabkan aspek komunikasi

129
seringkali diabaikan oleh calon sewaktu berinteraksi semasa temu duga.
Penerbitan buku ini diharap dapat meningkatkan kesedaran calon akan
kepentingan proses komunikasi yang merangkumi bukan sahaja sewaktu
seseorang calon berada di dalam bilik temu duga, tetapi juga pada masa-
masa sebelum dan sesudah proses temu duga. Malah pengetahuan dan
maklumat berkenaan komunikasi secara yang berkesan dapat membantu
setiap individu untuk hidup dengan lebih berkesan dan berkualiti kerana
komunikasi merupakan asas dalam kehidupan bermasyarakat.
Dengan itu adalah diharapkan agar buku ini dapat menganjak
paradigma pembaca untuk melihat proses temu dugasebagai satu proses
komunikasi yang bermakna dan mencabar dalam mengharungi dunia
berteknologi tinggi pada alaf baru. Dengan menghargai dan
mengaplikasikan panduan yang dikemukakan, insya-Allah laluan kerjaya
anda akan menjadi lebih mudah lagi meyakinkan.
Kami juga dengan jujur dan penuh kesedaran mengakui bahawa
dalam buku ini masih terdapat banyak kekurangan. Oleh itu kami amat
mengalu-alukan sebarang teguran untuk memperbaiki buku ini.

“Sehari selembar benang


lama-lama menjadi kain”

Hisham Dzakiria
Azilah Kasim
Nuraini Yusoff
Hamzah Samat

Contoh 2: Teks Prakata

Kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya dapat


kami menaburkan sedikit bakti dengan menaja penerbitan buku
terjemahan Islam Teras Tamadun Masa Depan oleh Dr. Yusuf al-
Qardawi ini.
Penajaan ini didorong oleh kata-kata penulis sendiri dalam
bukunya itu. Katanya, yang disesuaikan daripada ajaran al-Quran,
“Membaca merupakan kunci ilmu, dan Islam memerintahkan kita untuk
membaca berlandaskan keimanan terhadap Allah a.w.t. yang mencipta
alam semesta” (h. 228).
Buku ini ialah cernaan bacaan Dr. Yusuf yang amat luas terhadap
pergolakan tamadun dunia masa kini. Kita tidak perlu lagi mengkaji dan
meneliti segala bahan tersebut, melainkan kita mendapat kupasan, ulasan
dan pandangan yang terjurus tentang baik buruk tamadun barat yang
digembar-gemburkan sebagai maju itu. Dr. Yusuf juga memberikan
sedikit panduan tentang landasan yang wajar diikuti. Penelahan terhadap
dapatan Dr. Yusuf akan membantu kita memahami dan seterusnya

130
membantu kita memilih jalan yang betul, seperti yang sentiasa kita pohon
dalam bacaan al-Faatihah: “Tunjukkilah kami jalan yang lurus” (1:6).
Kami berterima kasih kepada Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad kerana mempelawa kami untuk turut terlibat dalam
usahanya mengembangkan ilmu, khususnys melalui penerbitan bahan
terjemahan yang berasal daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa
Melayu, misalnya buku ini ialah terjemahan daripada bahasa Arab ke
bahasa Melayu. Sumbangan kami ini amat kecil sebenarnya. Namun kami
yakin yang sumbangan kecil ini akan dapat memberi manfaat yang amat
besar kepada anak bangsa kita, iaitu bangsa Malaysia khusunya dan
agama Islam amnya.
Kami juga berharap banyak lagi korporat lain yang menuruti
langkah kami ini untuk menyemarakkan lagi bidang penerbitan bahan
terjemahan untuk menunjang kebangkitan bangsa Malaysia pada alaf
2000 akan datang.

Terima kasih.

Datuk Ramly Ahmad


Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif
Oriental Bank Berhad

8.4 TEKS UCAPAN

Ada orang berpendapat bahawa menyediakan teks ucapan adalah lebih


mudah jika dibandingkan dengan menyediakan sebuah artikel yang akan
diterbitkan. Pendapat ini kurang tepat kerana pada hakikatnya untuk
menyediakan apa bentuk penulisan pun memerlukan persediaan yang
rapi kerana penulis berhasrat untuk berkomunikasi dengan pembaca atau
audiens. Penulis perlu menitikberatkan aspek maklumat dan penyusunan
maklumat supaya mesej dapat disampai dengan berkesan. Penulis juga
perlu memikirkan tentang keperluan pembaca atau audiens. Bagi penulis
teks ucapan suasana majlis juga perlu diambil kira.

8.4.1 Cara Penyampaian

Sebelum anda menyediakan teks ucapan, anda harus memilih cara untuk
anda berucap sama ada anda akan membaca dari teks, menghafal teks,
atau memberi ucapan secara rujukan (extemporaneous speech). Sekiranya
anda membaca dari teks atau menghafal teks, anda memerlukan teks
ucapan yang lengkap. Anda juga akan terikat dengan teks. Berdasarkan
pengalaman anda sudah tentu anda biasa menonton di kaca televisyen
atau melihat di majlis perasmian dan penutup persidangan, pengucap
membaca dari teks yang telah disediakan. Dalam pertandingan pidato
pula, peserta dinilai berdasarkan dua kategori ucapan, iaitu menghafal

131
teks dan secara spontan (impromptu speech). Walau pun dalam kategori
menghafal teks peseta boleh merujuk pada nota tetapi secara
keseluruhannya peserta akan menghafal teks yang disediakan. Sekiranya
anda memilih untuk berucap secara rujukan, anda kurang terikat dengan
teks dan lebih tertumpu pada ide-ide utama yang ingin disampaikan.
Walau bagaimanapun anda perlu membuat persediaan yang teliti supaya
anda dan audiens tidak kecewa di ahkir ucapan anda nanti!

8.5 TAHAP PENYEDIAAN TEKS UCAPAN

Terdapat tiga tahap utama dalam menulis teks ucapan: prapenulisan,


penulisan dan penyuntingan.

8.5.1 Prapenulisan

Anda akan menyampaikan ucapan berdasarkan kemahiran atau tugas


anda. Seorang doktor akan dijemput untuk memberi ucapan yang
berkaitan dengan bidang perubatan yang disesuaikan dengan keperluan
pelajar sekolah. Seorang pengurus bank pula akan dijemput untuk
menyampaikan ucapan dalam majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) selaku Pengerusi PIBG. Setelah dikenal pasti subjek, anda
pelu memberi perhatian terhadap tajuk ucapan anda. Lihat contoh
berikut:

Subjek: Tajuk:
Pendidikan Pelajar Bestari: Tanggungjawab Semua.
Perubatan Rokok: Pembunuh Sepanjang Zaman
Agama Islam Teras Tamadun Masa Depan

(a) Mencerna idea

Sering kali pelajar merungut berkenaan kekeringan idea untuk


menyediakan teks ucapan. Sekiranya anda menghadapi masalah tersebut
anda boleh mencuba teknik-teknik berikut untuk mencerna idea:

1. Penulisan Bebas

Apakah yang perlu anda buat dalam penulisan bebas? Anda hanya perlu
menulis apa sahaja yang telintas dalam fikiran anda selama 5-10 minit
tanpa berhenti. Kemungkinan anda sedang menulis tentang bola, tiba-
tiba anda teringat tentang baju di ampaian di belakang rumah anda, jadi
anda tulis pula tentang baju di ampaian. Dalam penulisan bebas – anda
betul-betul bebas – anda tidak perlu menyusun ide mengikut logik!
Seorang Profesor sewaktu mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah
memberitahu bahawa beliau menggunakan teknik ini sewaktu ketandusan

132
ide. Apa yang beliau taip? “Ya Allah tolonglah hamba-Mu ini, ya Allah
tolonglah berikan idea …”. Beliau tidak berhenti daripada menaip dan
beliau berjaya mendapatkan idea.

Pada dasarnya penulisan bebas adalah untuk melatih anda menulis.


Apabila menulis menjadi sebahagian daripada budaya hidup anda, anda
tidak akan menganggap aktiviti menulis sebagai aktiviti yang
membebankan.

2. Penulisan Berfokus

Pada peringkat ini anda perlu memberi perhatian terhadap pokok


perbincangan, tema atau ayat tesis. Anda perlu memahami tugasan yang
diberikan dan audiens anda. Anda masih boleh menulis secara bebas
tanpa mengambil kira susunan ide, kesempurnaan ayat dan tatabahasa
tetapi tulisan anda hanya tertumpu pada satu perkara utama! Sebagai
contoh anda menulis tentang ‘etika dalam pendidikan’ – satu topik yang
agak umum – jadi anda boleh menulis tentang konsep etika dalam
pendidikan, etika dalam Falsafah Pendidikan Negara, penyerapan etika
dalam buku-buku teks dan buku-buku cerita, etika dalam profesion
perguruan dan seterusnya sehinggalah anda mendapat ide yang benar-
benar sesuai dengan audiens dan majlis.

Kemungkinan besar juga anda diberi tajuk ucapan yang khusus. Ini tidak
bererti yang anda tidak boleh melihat dari pelbagai perspektif (berkaitan
dengan tajuk tersebut) supaya ide-ide yang akan diperolehi lebih bernas
dan tuntas.

3. Percambahan fikiran

Teknik ini sesuai digunakan dalam kumpulan kecil. Pada dasarnya teknik
ini berlandaskan kepada penghasilan ide daripada ide. Satu ide akan
menghasilkan dua ide dan apabila minda terus dicuit, lebih banyak ide
akan diterbitkan. Setiap ahli akan memberi sumbangan ide dan setiap ide
akan diterima pada peringkat ini. Anda harus ingat bahawa anda
bukannya sedang bertanding tetapi bekerjasama untuk menjana ide.
Anda juga dinasihatkan supaya tidak menilai ide-ide yang dikemukakan.

4. Catatan harian

Anda memerlukan buku nota kecil, pen atau ‘notebook’ untuk menulis
atau menaip ide anda. Teknik ini didapati berkesan kerana apa yang anda
fikir, lihat, dengar atau baca dapat dicatatkan dengan segera. Dengan
demikian ide itu tidak akan anda lupa. Kadang-kadang ide yang kecil
dapat membantu anda dalam menyediakan teks ucapan. Sebagai contoh

133
anda sedang menonton televisyen dan anda dapati kata-kata yang
digunakan dalam iklan atau drama amat sesuai dijadikan contoh dalam
ucapan anda. Sekiranya anda membuat catatan di atas kertas
kemungkinan kertas itu akan hilang. Tetapi sekiranya anda mencatatkan
dalam buku nota kecil anda atau ‘notebook’, ide tersebut dapat disimpan
dengan selamat.

5. Dialog imaginasi

Setiap manusia mempunyai pandangan dan pendiriannya sendiri.


Kadang-kadang kita melihat satu-satu isu dari perspektif diri dan budaya
kita tanpa melihat perspektif dan budaya orang lain. Untuk menjana ide
anda dinasihatkan supaya berdialog dengan diri anda sendiri dan ini
memerlukan anda bertukar peranan. Teknik ini bukan monolog, iaitu
bercakap secara senyap atau kuat dari perspektif sendiri. Sebagai seorang
wanita misalnya, pastinya anda akan melihat isu poligami dari perspektif
wanita, walau bagaimanapun dalam teknik ini anda perlu dari perspektif
lelaki. Sekiranya anda mewakili fahaman timur anda perlu berdialog
dengan orang yang berfahaman barat.

6. Peta minda

Terdapat pelbagai bentuk dan variasi peta minda. Peta minda boleh
dihasilkan secara individu, berpasangan, dalam kumpulan kecil, atau
dalam kumpulan besar. Anda boleh menggunakan perkataan, gambar
atau simbol. Lihat contoh peta minda berikut dalam Rajah 8.1 di bawah:

Rajah 8.1
Contoh Peta Minda
Menulis laporan

Pembentangan

Penyelesaian Masalah

Perancangan
Teknik
Komunikasi
APLIKASI
PETA
Deskripsi kerja
MINDA
Teknik Penyoalan
Pengendalian
Temu duga

Penilaian Prestasi

Minit mesyuarat

Perancangan

Pengurusan

134
Untuk menghasilkan peta minda, anda juga boleh menulis ide utama di
tengah-tengah kertas kosong. Berlandaskan konsep sawang labah-labah,
anda boleh mengembangkan ide-ide anda yang lain di sekeliling ide
utama anda. Anda juga boleh menggunakan garisan, bongkah geometri
dan warna untuk membantu anda menjana ide.

7. Heuristik

Teknik heuristik merupakan satu teknik yang menarik untuk menjana ide.
Mungkin anda pernah mendengar tentang ‘5W&1H’ atau ‘Five Wives
and One Husband’, iaitu ‘What? When? Where? Why? Who? And How?’
Sebenarnya dengan menggunakan teknik heuristik, anda boleh
mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan perkara yang ingin
anda sampaikan. Misalnya anda ingin menyediakan teks ucapan
berkenaan ‘kemerdekaan’, anda boleh mengemukakan soalan-soalan
berikut:
- Bilakah kita merdeka?
- Apakah ertinya ‘kemerdekaan’?
- Siapakah penjajah?
- Bagaimanakah kemerdekaan diperolehi?
- Siapakah yang terlibat dalam proses ini?
- Adakah berlaku pertumpahan darah?
- Untungkah kita merdeka?
- Rugikah kita merdeka?
- Mengapakah kita menyambut hari kemerdekaan?
- Adakah para remaja menghayati erti kemerdekaan?
- Sejauh mana kita merdeka dari segi fizikal dan mental?
- Berapa banyak negara lain sudah merdeka?
- Wujudkah negara merdeka yang rakyatnya merempat?

8. Mencari maklumat

Setelah anda mendapat ide, tibalah masanya untuk anda mendapatkan


maklumat. Terdapat berbagai-bagai cara untuk mendapatkan maklumat
antaranya ialah mencari bahan di perpustakaan, arkib, muzium, galeri,
kedai buku, jabatan kerajaan dan swasta, melalui laman web, menemu
bual, dan soal selidik.

Sebelum anda mencari maklumat anda perlu ingat bahawa maklumat


yang dicari perlulah sesuai dengan tajuk ucapan, audiens yang mendengar
dan majlis yang dihadiri. Dalam era tanpa sempadan ini anda akan
memperolehi pelbagai maklumat. Oleh itu anda perlu tahu apakah mesej
utama dalam ucapan anda supaya ada batasan terhadap pencarian anda.

135
Seterusnya anda perlu saring maklumat yang anda perolehi. Susun
maklumat mengikut kepentingan. Tiap-tiap maklumat pula perlu
disokong oleh fakta atau data. Pada masa yang sama anda juga boleh

mendapatkan anekdot atau kata-kata hikmat yang sesuai dengan majlis.


Ucapan yang serius tanpa unsur-unsur jenaka seperti semangkuk sup
tulang tanpa garam!

8.5.2 Penulisan

Teks ucapan anda akan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu


pendahuluan, isi dan penutup. Semasa menyediakan bahagian
pendahuluan anda perlu mengatahui taraf hadirin, iaitu kedudukan atau
status seseorang yang hadir dalam majlis. Taraf hadirin penting dalam
konteks budaya di Malaysia dan ini akan membantu anda menyediakan
salutasi dengan menggunakan protokol yang betul.

Cuba lihat contoh salutasi berikut:

Teks Ucapan YBhg. Dato’ Naib Canselor Universiti Utara


Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Awal system Kualiti
MS ISO SIRI 9000Majlis Perbandaran Kota Setar pada 18
April 2000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Yang Berhormat Dato’ Ismail Tan Sri Shafie
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman,

Yang Berbahagia Dato’ Haji Yusof Nayan


Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Setar,

Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Setar,

Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan,

Pegawai-pegawai Kanan Universiti Utara Malaysia,

Konsultan IPQ Prof. Madya Dr. Rushami Zien Yusoff dan ahli-
ahlinya,

Tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati


sekalian.

Semasa menulis isi teks ucapan adalah lebih baik anda tumpukan pada
satu isi utama dalam satu perenggan. Anda harus ingat bahawa audiens

136
hanya mendengar dan bukannya membaca teks anda. Justeru, audiens
harus dibantu untuk mengikuti ide anda. Perkukuhkan isi anda dengan
huraian dan contoh-contoh. Anda juga boleh menggunakan teknik
pengulangan supaya dapat mengawal tumpuan audiens. Pada masa ini
juga anda perlu menggunakan alat bantu visual supaya mesej anda
diterima oleh audiens dengan berkesan (Sila rujuk Panduan Menyediakan
dan Menggunakan Alat Bantu Visual pada halaman berikutnya).

Bahagian penutup teks ucapan anda juga penting. Pada perenggan-


perenggan akhir inilah anda perlu merumus kembali ide-ide utama anda.
Ingatkan audiens tujuan anda berucap. Akhirkan ucapan anda dengan
menarik dan sesuai dengan majlis. Anda boleh memilih untuk
meninggalkan audiens dengan satu soalan yang perlu dijawab sendiri oleh
audiens, sebuah puisi ringkas atau kata-kata hikmat sebelum
mengucapkan terima kasih.

SOALAN DALAM TEKS 8.3

Pilih jawapan yang tepat bagi keterangan di bawah:

1. Tokoh Z: bergelar Tengku; menjawat jawatan


Menteri Besar; dianugerahi Tan Sri; memiliki ijazah
kedoktoran
Rujukan hormat bagi tokoh Z ialah
(a) Yang Mulia Tan Sri Dr. Tengku Z
(b) Yang Amat Mulia Tan Sri Dr. Tengku Z
(c) Yang Amat Berhormat Tan Sri Dr. Tengku
Z
(d) Yang Amat Berhormat Mulia Tan Dr.
Tengku Z

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.5.3 Penyuntingan

Aspek penyuntingan ini sebenarnya bermula dari peringkat penulisan


lagi. Walau bagaimanapun penyuntingan akhir perlu anda buat supaya
anda pasti telah memilih kata-kata yang tepat dan sesuai. Anda juga perlu
pastikan yang audiens akan faham mesej yang anda ingin sampaikan dan
tidak menyalahtafsirkan mesej anda. Pastikan juga fakta anda tepat!

137
Semasa membuat penyuntingan anda dikehendaki membaca teks anda
dengan kuat supaya dapat anda menghayati apa yang ingin anda katakan.
Di samping itu anda juga dapat mengaplikasikan tekanan suara pada
tempat yang sesuai.

(a) Penyampaian

Dalam bahagian ini, anda diminta untuk merujuk Bab 4 yang


menerangkan tentang Pengucapan Awam. Anda harus ingat bahawa anda
perlu berlatih sebelum menyampaikan ucapan anda. Anda boleh berlatih
di hadapan cermin atau berlatih di hadapan rakan-rakan anda supaya
mendapat maklum balas yang boleh anda manfaatkan.

Semasa anda menyediakan teks ucapan anda juga perlu menyediakan alat
bantu visual yang sesuai: model, gambar, carta, rajah, jadual, slaid, filem,
lutsinar, tape video, grafik komputer, animasi, atau persembahan perisian
program multimedia seperti Microsoft PowerPoint, Lotus Freelance, Adobe
Persuation, dan Corel Presentation.

Sekiranya anda menggunakan alat bantu visual, ingatlah nasihat Adubato


yang tertera di bawah, iaitu alat bantu visual tidak boleh menggantikan
pengucap:

Visuals can help a speaker communicate a message where words fall a bit
short. The key with visuals is to make sure they are simple, easy to
understand, and in no way detract from the speaker. It is critically
important not to put too much information on any one slide or overhead.
The problem with visuals, particularly with Power Point, is that some
people think the message is in the visual and not in them. Remember,
visual aids are intended to support, not replace, a speaker.”

(Adubato, 1999, hlm. 19)

(b) Panduan menyediakan dan menggunakan alat bantu visual

Lucas (2000, hlm. 328-332), seorang Profesor Seni Komunikasi di


Universiti Wisconsin-Madison, USA telah memberi panduan untuk
menyediakan alat bantu visual:
• Sediakan alat bantu visual sebelum ucapan
• Pastikan alat bantu visual mudah (tidak kompleks)
• Pastikan juga alat bantu visual besar, iaitu menggunakan
fon yang sesuai
• Pilih bentuk fon yang mudah dibaca
• Guna jumlah fon yang memadai, jangan terlalu banyak
• Guna warna secara berkesan

138
Lucas seterusnya mencadangkan cara menggunakan alat bantu visual:
• Elak menggunkan papan hitam sebagai alat bantu visual
• Pamerkan alat bantu visual supaya audiens dapat
melihatnya
• Jangan edarkan alat bantu visual kepada audiens
• Pamerkan alat bantu visual sewaktu membincangkan abv
tersebut
• Terangkan alat bantu visual dengan jelas dan padat
• Anda perlu berlatih menyampaikan ucapan dengan
menggunakan alat bantu visual (hlm. 333-337)

CONTOH TEKS UCAPAN: PENGENALAN

DASAR DAN SETIA BAHASA DALAM


MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA
Oleh
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar

Tarikh
17 Julai 2001/25 Rabiulakhir 1422 (Selasa)

Tempat
Dewan Besar
Maktab Perguruan Perlis
Perlis

Anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Wilayah Utara

dengan kerja sama


Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
dan
Maktab Perguruan Perlis

Pengantar
Dalam syarahan ini saya akan membincangkan dua perkara yang
penting dalam masyarakat pelbagai bahasa, yang berhubung dengan
penggunaan bahasa, iaitu dasar bahasa dan setia bahasa atau kesetiaan
terhadap bahasa. Tetapi sebelum itu, eloklah kita sendiri jelas dengan apa
yang dimaksudkan dengan bahasa.

139
Bahasa banyak definisinya, bergantung pada tujuan kita
memperkatakan gejala yang sangat abstrak ini untuk satu-satu tujuan
tertentu atau dalam situasi tertentu, tetapi gejala inilah yang sangat
penting dalam kehidupan kita sebagai manusia sebagai lawan haiwan.
Haiwan juga dikatakan mempunyai bahasanya sendiri; cuma cara
mengeluarkan bahasa, lebih-lebih lagi fungsinya, berbeza dengan
penghasilan dan fungsi bahasa yang ada pada manusia.
Tadi saya sudah menyebut bahawa bahasa adalah gejala yang
abstrak. Lebih menyukarkan lagi pemahaman orang ialah apabila
dikatakan bahawa bahasa adalah sistem lambang. Keadaan abstraknya
bahasa adalah disebabkan kita tidak dapat melihatnya, juga tidak dapat
menyentuhnya. Yang dapat kita kesan ialah bunyinya yang dibezakan
daripada bunyi-bunyi lain. Bunyi-bunyi itu tidaklah berlaku secara
rambang, tetapi ada sistem atau peraturan khusus dalam penyusunannya.
Bunyi-bunyi yang bergabung berdasarkan sistem-sistem tertentu itu
menjadi kata, yang ada pula maknanya. Kata-kata pula bergabung untuk
mewujudkan unit-unit yang lebih besar seperti frasa, klausa dan ayat,
yang masing-masing mendukung makna. Pemaknaan dalam bahasa
mengaitkan gejala abstrak ini dengan realiti, tetapi perkaitan ini bukanlah
perkaitan secara langsung. Dengan itu kata rumah yang bermakna binaan
untuk didiami orang tidak menggambarkan binaan untuk didiami orang
tidak menggambarkan binaan itu kalau kita tidak tahu bahasa Melayu.
Demikian juga kita akan tahu bahawa house dalam bahasa Inggeris
menggambarkan benda yang sama dengan rumah, jika kita tahu bahasa
Inggeris. Di sinilah letaknya fungsi lambang yang ada pada bahasa. Walau
bagaimanapun, terdapat juga perkataan yang jumlahnya lebih kecil
daripada perkataan biasa yang mempunyai perkaitan langsung antara
bunyi denganmakna yang dirujuk. Perkataan yang seperti inilah yang
dikenal sebagi anomatopea, yakni kata yang menggambarkan dengan jelas
sesuatu bunyi atau gerak. Banyak contohnya dalam bahasa standard dan
juga dialek-dialek, seperti suksik (yang menggambarkan orang sedang
berbisik), terperlus (gerak jatuh ke dalam lubang kecil) terkehkeh (bunyi
ketawa), dan sebagainya.
Sama ada fungsi bahasa itu alat komunikasi atau alat berfikir,
maka perlakuan kita terhadapnya ialah sebagai lambang abstrak, bukan
sebagai benda yang konkrit. Dengan itu apabila kita menjalankan
perancangan dan pembinaan bahasa atau juga memperkatakan setia
bahasa, maka apa yang kita hadapi ialah benda yang abstrak. Disebabkan
keadaan yang seperti inilah, maka perancangan bahasa untuk masyarakat,
khususnya dalam pembentukan identiti bangsa, tidak semudah
perancangan pakaian seragam atau penentuan lambang-lambang yang
lebih konkrit seperti bendera, atau juga bunga kebangsaan.

140
SOALAN DALAM TEKS 8.4

1. Anda dikehendaki memberikan contoh-contoh frasa


yang membuktikan bahawa teks di atas ialah teks
ucapan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

CONTOH TEKS UCAPAN: PENGENALAN

PENGAJARAN SEJARAH
DALAM MENGHADAPI CABARAN ALAF BARU

Perutusan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir MohamEd


sempena Tahun Baru 2000
melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM)
(Berita Harian, 1 Januari 2001, hal. 12, 13)

ALHAMDULILLAH syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wa


Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sekali lagi
menyambut tahun baru, iaitu tahun 2000. Tahun baru ini agak istimewa
kerana ia juga menandakan permulaan abad dan alaf baru, iaitu abad ke-
21 dan alaf ketiga.
Dengan beradanya kita di ambang tahun, abad dan alf baru ini,
sepatutnyalah kita renung sejenak akan sejarah negara kita, supaya dapat
kita memperingati diri kita dari mana kita dating, supaya dengan itu kita
akan dapat menentukan di mana kita berada dan ke mana kita kan pergi
George Santayana, seorang penulis dan ahli falsafah Barat telah
berkata ‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka akan didera
dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali’. Kita sudah tentu tidak
ingin mengulangi kesalahan kita pada zaman silam. Oleh itu amatlah
penting kita mempelajari daripada sejarah kita.
Sejarah negara kita daripada penulisan, cerita dan bukti arkeologi
lain adalah sepanjang hampir dua alaf. Negeri-negeri Melayu mula
dikenali lebih daripada 800 tahun dulu. Negeri-negeri ini merdeka tetapi
terbahagi kepada negeri-negeri yang kecil dan lemah yang sering diserang
oleh negara-negara jiran. Hanya kecekapan memainkan satu kuasa
dengan kuasa lain yang mengekalkan negeri Melayu sebagai milik bangsa
Melayu.

141
CONTOH TEKS UCAPAN: LENGKAP

UCAPAN YAB DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMED DI


MAJLIS PELANCARAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA PADA 7-7-92

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dapat


bersama-sama hadir di Majlis Pelancaran Memorial Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj pada pagi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Tan Sri Ahmad Sarji, Ketua Setiausaha Negara selaku
Pengerusi Jawatankuasa Induk Memorial Tunku Abdul Rahman, yang
telah sudi menjemput saya untuk menghadiri majlis ini. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
dan penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha serta memberi
kerjasama dan sokongan untuk melaksana dan menjayakan projek ini.

Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang


diberikan pada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat
bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah
bangsa yang menempah sejarah dan yang mahu mempelajari daripada
sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan
terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan
keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri
kita. Daripada sejarah juga kita dapat menginsafi kedudukan kita di dalam
sejarah kemanusiaan dan alam semesta. Sejarah akan memberi kita
tenaga dan landasan di dalam menempa dan membentuk tamadun baru.

Pada hari ini, kita akan merasmikan Memorial Yang Teramat Mulia
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Saya merasa bangga
kerana negara kita dapat menghargai sumbangan, jasa dan bakti
pemimpin besar negara ini. Memorial ini akan dapat melengkapkan
khazanah sejarah negara yang telah bermula dengan pelancaran memorial
Tun Abdul Razak sepuluh tahun yang lalu. Detik-detik peristiwa
perjuangan kemerdekaan bangsa yang akhirnya telah membolehkan
pengisytiharan kemerdekaan sehinggalah membawa kepada penubuhan
Malaysia akan terpapar di Memorial ini. Ciri-ciri demokrasi negara kita
seperti yang kita amalkan sekarang ini telah dibentuk, diolah dan
diperkukuhkan melalui detik-detik sejarah negara yang bermula dengan
pengisytiharan kemerdekaan. Memahami sejarah Yang Teramat Mulia
Almarhum Tunku adalah memahami sejarah perjuangan kemerdekaan
bangsa Malaysia.

142
Sepertimana yang kita ketahui, Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku
menerajui pemerintahan negara dari tahun 1955 sehingga tahun 1970
sebagai Ketua Menteri dan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
dan kemudiannya Malaysia. Memorial Tunku ini akan menempatkan
semua warisan berkaitan Tunku dan nilai-nilai yang diserapkan oleh
kepimpinan Almarhum Tunku di dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Memorial ini akan memainkan peranan penting sebagai pusat
penyelidikan mengenai negarawan yang dikasihi dan dihormati dan yang
banyak menyumbangkan bakti kepada negara dan rakyat. Memorial ini
juga akan menjadi pusat perolehan bahan yang aktif mengenai Almarhum
Tunku, dan juga sebagai pusat pameran dan aktiviti-aktiviti yang akan
menghidupkan sejarah negara ini termasuk waktu kepimpinan Almarhum
Tunku.

Pemilihan bangunan Residensi sebagai pusat kompleks Memorial ini


amat sesuai sekali. Bangunan ini menjadi tempat kediaman Almarhum
Tunku di antara tahun 1956 hingga ke tahun 1970 semasa beliau menjadi
Ketua Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri. Banyak peristiwa
telah berlaku di dalam bangunan ini. Di sinilah sebahagian besar daripada
perbincangan-perbincangan, keputusan-keputusan dan tindakan-
tindakan yang mempengaruhi serta menentukan sejarah negara telah
dibuat. Mungkin ada di antara hadirin di majlis ini dapat mengenang
kembali liku-liku sejarah untuk mengingati semula detik-detik dan
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Residensi ini.

Memandangkan rapatnya Residensi ini dengan Almarhum Tunku, adalah


bersesuaian Residensi ini dihayati sebagai Memorial Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman, iaitu sebagai satu tinggalan sejarah yang penting
bagi memperingati Almarhum Tunku sebagai seorang tokoh, pejuang
dan negarawan tanah air kita dan Bapa Kemerdekaan. Memorial ini akan
menempatkan segala rupa benda yang berkaitan dengan Almarhum
Tunku di dalam bentuk asal sepertimana ketika Almarhum Tunku
mendiami residensi ini.

Bagi keluarga Almarhum Tunku tentulah banyak yang menjadi kenangan


pahit manis di Residensi ini. Sesuai dengan majlis pada pagi ini, izinkan
saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada keluarga Almarhum
Tunku yang telah dengan ikhlas hati menyerahkan segala khazanah dan
bahan sejarah Almarhum Tunku untuk dijadikan bahan pameran
Memorial ini. Sumbangan bahan-bahan tersebut adalah tidak ternilai
daripada segi sejarah.

Projek Memorial ini adalah satu usaha Kerajaan dan rakyat untuk
memperingati seorang bekas Perdana Menteri. Usahasama ini bukanlah
untuk mendewa-dewakan seorang tokoh negara tetapi sebaliknya untuk

143
memperlihatkan kepada rakyat, khususnya kepada generasi akan datang,
tentang perjuangan, pengorbanan, harapan serta aspirasi seorang
pemimpin terhadap negara, bangsa dan agama. Adalah penting bagi
seluruh rakyat dan setiap generasi menginsafi perjuangan dan
pengorbanan bagi membina dan memelihara kedaulatan dan
kemakmuran negara.

Sebagai seorang pewaris kepada perjuangan Almarhum Tunku izinkan


saya mengulas sedikit mengenai sumbangan yang terbesar yang dibuat
oleh Yang Teramat Mulia kepada negara.

Hari ini Malaysia terkenal kerana pembangunannya yang amat pesat.


Pembangunan ini dibolehkan kerana negara berbilang kaum ini aman dan
tenteram. Walaupun ini dianggap perkara biasa sekarang, tetapi di waktu
Malaysia mencapai kemerdekaan ramai yang meramalkan bahawa
Malaysia akan hancur kerana kaum-kaum di Malaysia akan bersengketa
dan bermusuh-musuhan antara satu sama lain apabila penjajah
meninggalkan negara ini. Ramai juga yang berkata bahawa orang Melayu
akan menindas kaum lain dan akan merampas harta mereka.

Tetapi semua ramalan ini tidak menjadi kenyataan. Walaupun pada tahun
1969 rusuhan kaum telah berlaku, tetapi ia dapat dibendung dan keadaan
keselamatan dipulihkan semula dalam jangka masa yang pendek.

Kerjasama antara kaum ini adalah hasil utama usaha Almarhum Tunku.
Walaupun UMNO dan MCA bermusuh dan orang Melayu tidak
bersahabat dengan orang Cina, tetapi Tunku menerima baik cadangan
kerjasama UMNO/MCA dalam penubuhan Majlis Bandaran Kuala
Lumpur pada tahun 1952. Dari permulaan ini Almarhum Tunku telah
membentuk satu jenis kerjasama politik antara kaum yang unik melalui
Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Konsep Parti Perikatan ini dilanjutkan ke Sabah dan Sarawak apabila


Malaysia ditubuhkan. Konsep ini diteruskan lagi dengan penerimaan parti
pembangkang ke dalam Barisan Nasional.

Hari ini kita lihat di mana-mana sahaja di seluruh dunia permusuhan dan
peperangan berlaku di antara kaum-kaum yang tinggal di sesuatu negara.
Sudah banyak negara yang dipecah-pecahkan menjadi negara kecil kerana
permusuhan ketat antara kaum. Dalam proses ini beribu-ribu yang mati
dan cedera. Namun belum lagi berakhir rusuhan kaum dan perpecahan
negara.

Sebaliknya kaum-kaum di Malaysia hidup rukun damai dan keadaan


negara selamat dan aman. Tidak syak bahawa keadaan ini adalah hasil

144
falsafah Almarhum Tunku yang mencipta asas perpaduan kaum di
Malaysia.

Walaupun kita sedang berusaha untuk mendirikan sebuah monumen bagi


Almarhum Tunku, monumen sebenar baginya ialah negara Malaysia yang
berbilang kaum yang hidup aman damai. Tidak ada penghargaan kepada
Almarhum Tunku yang lebih daripada usaha rakyat berbilang kaum
Malaysia mengekalkan perhubungan yang harmonis antara mereka.

Berbanding dengan kejayaan negara Malaysia sebagai monumen kepada


Almarhum Tunku, monumen yang akan kita dirikan hanyalah simbolik
sahaja.

Untuk menjadikan Memorial Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu


monumen yang boleh dibanggakan oleh rakyat dan akan dikunjungi oleh
segala lapisan masyarakat dan pelawat, Memorial ini perlu disediakan
dengan kemahiran dan kepakaran serta peruntukan yang cukup. Ini
bererti Memorial ini memerlukan kewangan yang banyak, bukan sahaja
untuk pembinaannya tetapi juga untuk penyelenggaraannya. Kita
bersyukur bahawa berbagai-bagai lapisan rakyat dari sektor awam dan
swasta telah menyumbang untuk menjayakan projek ini. Walau
bagaimanapun memandangkan Memorial ini adalah untuk generasi
sekarang dan akan datang, Kerajaan merayu kepada semua rakyat
Malaysia untuk tampil ke hadapan membantu menjayakan Memorial ini.
Sumbangan rakyat akan menunjukkan penghargaan kepada seorang
pemimpin dan negarawan yang disayangi dan dihormati. Sumbangan
yang diharapkan adalah sumbangan derma kepada Tabung Amanah
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Pada masa yang sama
sumbangan bahan-bahan sejarah berkenaan dan mengenai Almarhum
Tunku akan juga dihargai.

Saya dimaklumkan bahawa bahan-bahan yang telah dikumpulkan


mengenai Almarhum Tunku adalah amat banyak. Tetapi oleh sebab
terhadnya bangunan dan kawasan ini, cuma sebahagian sahaja daripada
barang-barang tersebut yang dapat dipamerkan di sini. Namum
demikian saya gembira kerana pihak Arkib Negara yang
bertanggungjawab menguruskan Memorial ini akan mengubahsuaikan
bahan-bahan pameran mengikut tema-tema tertentu dengan menekank
an aspek-aspek penting di dalam sejarah hidup Almarhum Tunku dari
semasa ke semasa. Justeru itu, memorial seperti ini hendaklah sentiasa
hidup dan dapat membuktikan bahawa segala sumbangan tokoh itu
berguna sepanjang zaman.

Saya berharap pameran yang disediakan di Memorial ini akan menarik


minat orang ramai khususnya di kalangan generasi muda terhadap sejarah

145
dan warisan tanah air. Kita perlu semaikan rasa dan semangat cintakan
tanah air di kalangan anak-anak kita. Di dalam hal ini peranan bahan-
bahan bersejarah adalah amat penting bagi menyingkap perasaan ini.
Bahan-bahan di dalam Memorial ini seharusnya akan dapat menimbulkan
minat dan memberi dorongan serta perangsang kepada generasi muda
untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Sumbangan dan khidmat
bakti Almarhum Tunku dalam membangunkan negara ini tidaklah
seharusnya tinggal sebagai kenangan tetapi hendaklah menjadi inspirasi
kepada anak-anak muda untuk berazam dan bercita- cita tinggi supaya
dapat bersama-sama menyumbang untuk negara.

Dengan harapan ini saya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihi, dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Memorial
Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

http://arkib.gov.my/Exhibition/Exhtar1.htm (2001, 22 September)

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 8.1

Setitis Tinta Analisis


Pengenalan Bismillahirrahmanirahim Memuji Allah dan
Assalalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh memberi salam
Isi Terlebih dahulu marlah kita sama-sama Mengucap
mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana kesyukuran
dengan izin-Nya, Dewan Bahasa dan pustaka berjaya
membuka sebuah lagi pejabatnya di wilayah utara.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Mengulas peranan
Utara ini bukan sahaja akan memperkukuhkan lagi akan datang
fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka , malah DBPWU dalam
menyumbangkan ke arah membangunkan dan kegiatan intelektual
menyemarakkan lagi kegiatan bahasa, sastera dan
budaya di wilayah utara ini dengan lebih luas. Saya
yakin dan percaya Dewan Bahasa dan Pustaka Harapan
Wilayah Utara akan menjadi sebuah organisasi
tumpuan kegiatan intelektual di wilayah utara ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan harapan, semoga Dewan Bahasa dan Komitmen (selaku
Pustaka Malaysia Wilayah Utara akan terus maju, Setiausaha Kerajaan
dalam usaha membina sebuah negara dengan Negeri Kedah)
masyarakat yang bertamadun tinggi dan disegani.
Insya-Allah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
akan sentiasa memberikan sokongan yang padu
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengangkat
martabat bahasa, sastera dan budaya kita, ke tempat
yang sewajarnya.

Penutup Sekian, terima kasih. Tutup dengan


ringkas
(DATO’ PADUKA HJ. ISMAIL BIN HJ. SHAFIE) Tandatangan, nama
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah penuh, dan jawatan

146
SDT 8.2
Seindah Budi Analisis
Pengenalan Syukur ke hadrat Allah S.W. T kerana dapat kita Mengucap
bersama menyaksikan satu lagi projek Dewan kesyukuran
Bahasa dan Pustaka menjadi kenyataan.
Isi Penubuhan tiga buah Pejabat Wilayah Memaklumkan
Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu di utara, timur dan usaha DBP (selaku
selatan Semenanjung Malaysia merupakan usaha Ketua Pengarah
gigih Dewan Bahasa dan Pustaka untuk DBP)
memastikan perjuangan mendaulatkan bahasa
Melayu di negara ini akan terus bersemarak. Memaklumkan
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah aktiviti DBP secara
Utara akan membantu menyelaraskan projek dan umum
aktiviti pelaksanaan pengembangan bahasa
kebangsaan yang dirancang oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka pada peringkat negeri pada setiap
tahun. Dewan Bahasa dan Pustaka juga akan terus
membantu dan mengambil bahagian bagi
menjayakan projek dan aktiviti penggalakkan,
perluasan dan peningkatan program Gerakan
Bahasa Kebangsaan. Di samping itu, Dewan
Bahasa dan Pustaka turut mengawal dan Memaklumkan
membimbing pelaksanaan projek dan aktiviti aktiviti DBPMWU
Gerakan Bahasa Kebangsaan yang dilaksanakan
oleh pihak-pihak yang berkenaan. Memandangkan
bahasa Melayu penting dalam semua aspek, Dewan
Bahasa dan Pustaka akan terus membina kesedaran
dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan di
kalangan pengguna bahasa yang betul dan baik di
sektor awam, sector swasta, media masssa dan di
kalangan masyarakat umum.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah
Utara juga akan turut memperhebatkan usaha
memasyarakatkan sastera kebangsaan melalui
pelbagai kegiatan sastera dan membantu
menyelaraskan perancangan projek dan aktiviti
pemasyarakatan dan penggalakkan sastera yang
dirancang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di
samping itu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Wilayah Utara menjalankan kegiatan-kegiatan
apresiasi sastera di kalangan kanak-kanak, remaja,
masyarakat umum, masyarakat bukan Melayu dan
golongan profesional.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih Mengucapkan
kepada T.Y.T. Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman penghargaan
bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau (selaku ketua
Pinang kerana dapat meluang masa merasmikan Pengarah DBP dan
pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia tuan rumah majlis
Wilayah Utara ini. Perasmian pejabat Dewan. aspirasi)
Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah Utara ini
memberikan semangat kepada Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk mengangkat martabat bahasa, sastera
dan di seluruh negara.
Penutup Sekian, wassalam Tutup dengan
ringkas
(DATO’ HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN) Tandatangan, nama
Ketua Pengarah DBP penuh, dan jawatan

147
SDT 8.3

1. (a) Yang Mulia Tan Sri Dr. Tengku Z.

SDT 8.4

1. Dalam syarahan ini saya akan membincangkan…


2. Tetapi sebelum itu, eloklah kita sendiri jelas…
3. Tadi saya sudah menyebut bahawa…
4. …kalau kita tidak tahu bahasa Melayu.
5. …jika kita tahu bahasa Inggeris.

148

Anda mungkin juga menyukai