Anda di halaman 1dari 14

Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd

www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 1
Table of Contents
1.0 Pengenalan kepada Pengurusan Acara serta Penghayatan .............................................................. 2
2.0 Menangani gugup dan gementar semasa di hadapan penonton ..................................................... 2
2.1 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh .............................................................................................. 3
3.0 Menguasai dan mengawal majlis ...................................................................................................... 5
4.0 Kawalan pernafasan dan pembentukkan suara/tonasi .................................................................... 5
5.0 Latihan Membaca dan Menyebut Dengan Jelas ............................................................................... 6
6.0 Memahami Jenis-jenis Majlis ............................................................................................................ 7
7.0 Gelaran Penyandang Anugerah dan Panggilan Hormat ................................................................... 8
8.0 Kriteria dan Etika Pengacara Majlis................................................................................................... 9
9.0 Skrip/Teks Majlis ............................................................................................................................ 11
10.0 Nota Tambahan............................................................................................................................. 13
Checklist ............................................................................................................................................ 13
Checklist one: Seven things to do at least 2 weeks before the event. ......................................... 13
Checklist two: Seven things to do one week before. .................................................................... 13
Checklist three: Seven things to do the night before/on the day. ................................................ 13
Checklist four: The requirements of an MC for a large event. ..................................................... 13











Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 2
NOTA KURSUS PENGACARAAN MAJLIS
1.0 Pengenalan kepada Pengurusan Acara serta Penghayatan
Pengurusan acara adalah aplikasi prinsip-prinsip pengurusan projek untuk perancangan dan
pembangunan peristiwa yang berkaitan seperti perayaan, persidangan dan parti. Bidang ini
melibatkan banyak kerumitan seperti mengkaji citarasa penonton sasaran, merumuskan
satu konsep acara dan menyelaras aspek logistik dan teknikal acara.
Terdapat beberapa aspek yang perlu di ambil berat ketika proses pengacaraan dijalankan,
iaitu sebelum, semasa berlangsungnya majlis serta selepas berakhirnya majlis. Perkara-
perkara yang perlu di ambil berat adalah seperti Menangani gugup/gementar di hadapan
audiens, menguasai dan mengawal majlis, kawalan pernafasan dan pembentukkan
suara/tonasi, Latihan membaca dan menyebut dengan jelas, Memahami jenis-jenis majlis,
Memahami etiket dan protokol majlis, gelaran penyandang anugerah dan panggilan hormat,
dan Kriteria dan etika pengacara majlis.
2.0 Menangani gugup dan gementar semasa di hadapan penonton
Pernahkah anda merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil ke khalayak atau
menghadiri temu duga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, menanyakan
soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya?
Kerisauan melampau mampu mengundang ketidakstabilan sistem peredaran darah
menyebabkan seseorang itu mudah mengalami masalah darah gemuruh. Darah gemuruh
boleh berlaku terhadap semua peringkat umur dan sering terjadi kepada seseorang yang
tidak dapat menahan ketakutan atau keinginan untuk melakukan sesuatu.
Kebiasaannya, darah gemuruh boleh dirasakan dengan debaran yang kuat di bahagian
jantung. Darah gemuruh adalah perasaan yang tidak dapat dikawal oleh minda dan ada juga
berpeluh-peluh menahan debaran gemuruh di dada.
Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara automatik
sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut:-
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 3
1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit
Ada beberapa petanda yang menunjukkan seseorang itu menjadi mangsa kepada perasaan
gemuruh sendiri apabila ia gagal mengawalnya dengan baik. Antaranya adalah apabila
seseorang itu membuat keputusan rasa gemuruh serta ketakutannya tidak diterima orang
lain, sebagai satu masalah hingga membuatkannya gagal berhadapan dengan isu sebenar
selain menyekat nya untuk memajukan diri.
Ada banyak cara boleh digunakan bagi mengatasi masalah gemuruh antaranya dengan
mempunyai pemikiran positif dan tidak memandang rendah keupayaan diri. Selain itu,
seseorang itu dinasihatkan tidak menunjukkan perasaan gemuruh melalui perlakuannya
kerana keadaan itu akan menyebabkan ia menjadi lebih gemuruh dan apabila bercakap
dengan seseorang, sentiasa melihat kepada matanya. Jika tidak mahu perasaan gemuruh
menguasai diri, cuba tidak bertanya soalan yang membosankan atau bercakap topik tidak
menarik pada orang lain dan paling penting bagi mengatasi masalah gemuruh adalah
keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri.
2.1 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh
1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga
ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 4
dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di
bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya
2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temu duga
persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh
berlatih seorang di hadapan cermin. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan
penemu duga ataupun khalayak. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan
tumpuan pada anda dan mewujudkan sangkaan negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka
lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda.
Berapa banyak masa yang kita perlu gunakan untuk bersedia? Peraturan yang satuialah
gunakan seberapa masa yang diberi. Jika anda diberi masa 2 bulan, jangan tunggu sehingga
minggu terakhir. Jika anda diberi semalaman, sama juga, lakukan lah yang terbaik!
3.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam
keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang
terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai kawan dan bukanya lawan anda. Dengan cara
ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.
4. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh
melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.
5.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat
keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada
hubungan mata.
6. Amik wuduk dan berselawat (bagi yang beragama Islam). Air dapat menyejukkan
perasaan. InsyaAllah kalau kita niat dalam hati perkara yang baik mesti kita dibantu
olehNYA.cBanyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin. Niat supaya jangan
gemuruh semasa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan perasaan gemuruh.
7. Motivasikan diri sendiri. Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri
dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan tengok
kelemahan diri malah tengok kelebihan diri sendiri.
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 5
8.Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej
kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda
takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum
pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis
akan berlaku tanpa anda sedar.
3.0 Menguasai dan mengawal majlis
Pengacaraan majlis bukan sahaja tertumpu kepada personaliti serta kekuatan majlis itu
snediri tetap tahap kecekapan pengacara majlis untuk mengawal dan menguasai majlis serta
keadaan adalah lebih penting. Majlis yang berkaya di kawal akan lebih harmoni. Keupayaan
seseorang pengaca majlis itu untuk menarik perhatian hadirin dan penonton adalah menjadi
kunci kejayaan kepada fungsi pengawalan yang di tanggung oleh pengacara majlis. Majlis
yang terkawal adalah apabila majlis mengikuti jadual masa yang telah ditetapkan dan
kurang atau tiada gangguan semasa majlis sedang dijalankan.
Bagi sesetengah majlis yang terpaksa dianjakan masa dengan secara tidak sengaja, inilah
masanya pengacara majlis memainkan peranan yang penting bagi memastikan perjalanan
majlis tidak belaku sebarang kecacatan yang ketara. Fungsi kawalan majlis ini juga akan
dibantu oleh petugas-petugas jawatankuasa yang bertanggungjawab memastikan majlis ini
berjalan dengan lancer seperti yang dirancangkan oleh pihak penganjur.
4.0 Kawalan pernafasan dan pembentukkan suara/tonasi
Kawalan suara, komunikasi formal dari bunyi alamiah diekluarkan oleh suara dan ianya
melibatkan kaawalan
1. Tonasi suara - Intonasi merupakan teknik vokal yang berkait-rapat dengan ketepatan
nada (pitch). Intonasi inilah yang akan mewujudkan kejernihan dan kenyaringan
suara. Dalam erti kata lain timbul kelunakan suara untuk pendengaran. Syarat-syarat
utama untuk penguasaan intonasi ialah pendengaran yang baik, kawalan pernafasan
dan rasa muzikal.
2. Artikulasi - Artikulasi ialah pengucapan atau pengeluaran nada yang jelas. Ia
berkaitan dengan teknik untuk pengucapan vokal yang baik melalui pengeluaran
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 6
suara yang jelas, nyaring dan merdu sehingga terdengar lunak dan gemersik. Faktor
yang perlu diperhatikan dalam penguasaan artikulasi ialah postur (kedudukan) badan
dan pembentukan posisi (bukaan) mulut.
3. Pembentukan suara - kaedah sistematik untuk manusia menghasilkan suara yang
baik dan merdu sesuai dengan lagu atau teks yang hendak disampaikan. Teknik ini
ialah pembentukan untuk tujuan bermakna dan tidak berkaitan dengan pertuturan /
percakapan biasa. Teknik vokal tidak akan mengubah keaslian bunyi / suara
pertuturan biasa. Sebaliknya teknik ini akan memberi impak dinamika kepada suara
asal.
4. Pernafasan - Pernafasan yang dimaksudkan dalam teknik vokal ialah proses
pengambilan, penyimpanan dan pengeluaran semula udara semasa berlaku lafazan
suara. Terdapat tiga cara pernafasan iaitu pernafasan dada (proses semulajadi),
pernafasan perut (proses desakan) dan pernafan diafragma (proses pertuturan).
Pernafasan yang digunakan dalam nyanyian ialah pernafasan diafragma kerana ia
merupakan pernafasan yang digunakan untuk proses pertuturan atau pengeluaran
bunyi dari peti suara manusia. Kawalan pernafasan yang baik atau yang dibentuk
secara kawalan dan latihan pada pernafasan diafragma akan dapat menghasilkan
suara jernih dengan nafas yang panjang serta mengurangkan ketegangan pada
bahagian abdomen, dada, bahu, dan leher.
Ini tentunya memerlukan kawalan anggota bibr, lidah, kawalan nafas dalam rongga dada,
kawalan system pernafasan, kawalan gerakan tulang rahang, dan kawalan tekanan udara di
langit langit. Selain itu seseorang itu juga harus memahami mood dan kesesuasainnya
dengan tonasi yang akan dilontarkan.
Latihan akan dijalankan
5.0 Latihan Membaca dan Menyebut Dengan Jelas
Pembentangan yang baik merupakan penyampaian yang jelas dan tepat. Jelas juga bukan
sahaja melalui penjelasan, tetapi juga cara sebutan. Pengacara mejlis perlu memastikan
menyebut sesuatu perkataan dengan jelas.
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 7
Kebanyakan pengacara majlis tahu bahawa penjagaan kualiti suara adalah penting dalam
pembentangan hujah mereka. Gaya intonasi yang baik adalah kelebihan dalam
persembahan yang memikat. Percakapan yang dinamik lebih disukai audiens dan mereka
lebih menumpukan perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan. Apakah yang
dimaksudkan dengan kualiti suara yang baik?
Latihan akan dijalankan
6.0 Memahami Jenis-jenis Majlis
Terdapat beberapa jenis majlis seperti
Majlis Penuh Istiadat - Majlis yang biasanya dijalankan di istana,contohnya:
o Istiadat pertabalan
o Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
o Istiadat Mengangkat Sumpah

Majlis Rasmi dan Formal - Perasmian sesuatu majlis anjurankerajaan seperti
pembukaan bangunan,seminar, pameran, serta Majlis jamuan makan yang diberikan
oleh Perdana Menteri bagi meraikanKetua Kerajaan yang membuat lawatanke
Malaysia

Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal - Majlis anjuran kerajaan tetapi tidakbanyak
mematuhi protokol. Contoh:
o Majlis Jamuan Teh Kanak-kanak yangdiberikan oleh
Perdana Menteri
o Jamuan Teh Hari Kebangsaan yangpakaian dalam majlis
seperti ini biasanyabaju batik berlengan panjang.

Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal - Majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta yang
memerlukan protokol, contoh:
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 8
o Perasmian bangunan swasta oleh KDYMMTuanku
Sultan, Perdana Menteri, MenteriBesar, Menteri
Kabinet atau orang-orangkenamaan lain

Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal - Majlis yang ditaja oleh pihak
swasta/persendirian dan bersifat santai, contoh;
o Hari Keluarga anjuran pegawai dankakitangan sesuatu
organisasi kerajaan danbukan kerajaan.
7.0 Gelaran Penyandang Anugerah dan Panggilan Hormat
Panggilan Hormat atau Honorific atau dikenali sebagai sebutan hormat, Gelaran Panggil,
dari segi bahasa bermaksud sebutan awalan atau apaan awalan yang tertentu yang
diucapkan sebagai menghormati seseorang.
Honorific dalam bahasa Inggeris dipanggil HonorificUcapan atau gelaran kehormat
i)Honorary - PenghormatanPenghormatan
IjazahIjazah Kehormat
Setiausaha Kehormat
ii) Honour PenghargaanPenghargaan
Kemuliaan
Memberi Hormat
Selaras dengan protocol yang menyatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai dua
tempat dalam satu susunan maka ianya hendaklah mengambil temapat yang tertinggi sekali.
Sehubungandengan ini mereka yang mempunyai dua atau lebih panggilan hormat bagi
dirinya hendaklah mengambil atau memilih salah satu panggilan hormat sahaja untuk
digunakan misalnya:
i) Seorang Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat mempunyai gelaran Dato maka
panggilan hormat yang lebihsesuai dan selari dengan kedudukannya ialah Yang Berhormat.
ii)penggunaan panggilan hormat seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan keluarga
Diraja atau keturunan raja juga mempunyai anugerah yang membawa gelaran Dato
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 9
panggilan hormat yang digunakan ialah Yang Berhormat dan amalan ini telah pun diguna
pakai diperingkat persekutuan misalnya:
Yang Berhormat Tengku Dato Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar atau Yang Berhormat
Tengku Datuk Adnan bin Tengku Mansor
8.0 Kriteria dan Etika Pengacara Majlis
Untuk menjadi seorang pengacara majlis. Ianya memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan
kita untuk bertutur dengan lancar dan berkesan. Antara contoh yang boleh diambil serta
kejayaan sebagai pengacaraan ialah Datuk Mahathir Lokman. Beliau adalah seorang yang
bukan asing lagi dalam bidang pengacaraan di Malaysia. Kepetahan dalam mengacarakan
majlis-majlis rasmi serta kebijaksanaannya dalam mengendalikan pelbagai majlis lain
termasuk majlis-majlis hiburan dan perkahwinan membuktikan pengacara ini begitu versatil.
Pengalaman mengacarakan beberapa majlis rasmi juga mematangkan dirinya dalam
mengemudi sesuatu majlis. Tambahan pula dengan kebolehannya menguasai beberapa
bahasa asing seperti Perancis, Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris, cukup membuktikan
dirinya bergelar seorang pengacara majlis serba boleh dan hebat.
Justeru, antara kriteria serta kualiti yang perlu ada pada seseorang pengacara majlis
termasuklah:
Bijak. Seseorang pengacara majlis perlulah bijak dalam mengenali sesuatu majlis
samada ianya berbentuk formal, tidak formal atau pun mengikut adat istiadat.
Mereka perlu menyelidik siapa tetamu yang akan datang (mengenali audiens), untuk
memastikan bahasa yang akan digunakan adalah betul. Jika tetamu itu adalah
tetamu diraja, maka peru menggunakan bahasa istana, atau bahasa formal jika majlis
itu melibatkan kehadiran Menteri kabinet, Perdana Menteri dan sebagainya.

Berpengetahuan dalam sesebuah majlis yang dikendalikan. Sebagai contoh, jika
mengendalikan sebuah majlis menandatangani perjanjian (MoU) Biodiesel, maka
anda perlulah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang Biodiesel atau yang
berkaitan dengannya, bukan setakat faham dan tangkap muat sahaja. Beliau perlulah
membuat sedikit kaji selidik bidang yang berkaitan.
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 10

Memahami konsep berduet. Ini bagi pengacara majlis berpasangan lelaki dan
perempuan. Bagi lelaki, mereka lah yang akan membuka serta menutup majlis.
Peranan pengacara perempuan adalah untuk menyerikan lagi seri majlis tersebut
dan mencelah setiap kali pengacara lelaki mengacarakan majlis tersebut. Kedudukan
MC perempuan pula adalah disebelah kiri MC lelaki, dan lelaki tersebut haruslah
mempunyai ketinggian yang lebih dari MC perempuan.

Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal serta skrip yang lengkap. Datuk
Mahathir Lokman pernah menyatakan bahawa seseorang pengacara tidak boleh
datang mengacara majlis dengan mood tidak baik dan monyok. Terlebih ceria juga
tidak digalakkan sama sekali. Sekiranya perlu menjadi pengacara majlis yang dihadiri
oleh golongan VVIP, lenggok bahasa yang digunakan mestilah betul. Pengacara juga
perlu mempunyai suara/intonasi yang lunak dan sedap didengar dimana ianya
merupakan antara kriteria yang penting selain personaliti dan kebolehan. Begitu juga
dengan sebutan, di mana ianya haruslah tidak pelat, tidak bersifat kedaerahan, atau
sengau.

Mesti banyak bersabar. Kadang-kadang berlaku beberapa perkara di luar jangkaan
yang mungkin boleh mencacatkan proses pengacaraan sesebuah majlis. sebagai
contoh, kita mungkin sudah siapkan skrip, tetapi atas beberapa masalah teknikal
oleh pihak sekretariat, yang memerlukan skrip tersebut untuk diubah pada saat-saat
akhir. Justeru, dalam menghadapi saat genting seperti ini, pengacara majlis perlu
sentiasa sabar agar majlis dapat berjalan seperti yang telah dirancang sebelumnya.

Berpengetahuan tentang Etiket dan Protokol. Seseorang pengacara majlis haruslah
faham tentang segala jenis tatacara imej, adab serta peraturan berprotokol seperti
susunan hormat, susunan tempat duduk, cara berdiri dengan betul, cara berdiri
didepan rostrum, cara berpakaian, cara berbahasa, dan sebagainya.

Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 11
Tidak terlalu gemuruh. Menjadi lumrah semua orang untuk mempunyai perasaan
gemuruh dan ianya terbentuk secara semulajadi. Namun, ianya haruslah dikawal
serta tidak menampakkan gemuruhnya anda ketika sedang mengacarakan sesuatu
majlis. jika anda terlalu gemuruh, kemungkinan akan membuatkan anda gagap, dan
tidak mampu untuk bercakap dengan betul. Adalah penting untuk mengawal
gemuruh anda kerana sekiranya anda gagap, ianya akan membuatkan orang lain
berasa gelisah terhadap anda, serta keseluruhan majlis tersebut.

9.0 Skrip/Teks Majlis
Memang tidak dapat dinafikan bahawa teks pengacara majlis formal sebenarnya bukan
ditulis oleh pengacara tetapi setiausaha sesuatu program. Namun begitu, hal ini tidak
bermakna pengacara majlis tidak perlu menulis teks. Adakalanya pihak penganjur
menyerahkan tugas tersebut kepada pengacara majlis.
Selain itu, majlis seperti majlis perkahwinan, jamuan makan malam, jamuan perpisahan dan
majlis amal selalunya memerlukan pengacara majlis menulis teks sendiri. Walaupun teks ini
tidak dibaca sepenuhnya, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus menyediakan teks
sebagai garis panduan dalam mengendalikan sesuatu majlis agar tidak berlaku kepincangan
dalam majlis tersebut.
Teknik Menulis Teks Pengacara
Sebenarnya, dalam menulis apa-apa juga bahan sama ada teks, surat atau kertas kerja,
adalah perlu mengetahui tekniknya terlebih dahulu agar dapat memudahkan untuk
menulisnya.
Penyediaan Teks
Sebelum menyediakan teks pengacara majlis,adalah terlebih dahulu perlu mengetahui
nama majlis tersebut, tujuan majlis, dan atur cara sesuatu malis dengan lengkap.
Pastikan telah mendapat senarai nama jemputan terkini terutama tamu kehormat dan
penaja acara jika ada. Setelah itu, baru boleh merancang teks anda agar bersesuaian
dengan majlis.
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 12
Cara Menyediakan Teks Dan Kandungan Teks
Teks pengacara majlis perlu disediakan dalam saiz setengah kertas A4 dan ditulis dalam
tiga ruangan, iaitu masa, panduan (CUE) dan pengumuman (ANN) seperti:
Masa CUE ANN 1
Ruangan masa, diperuntukkan untuk mencatat jangka masa sesuatu acara. Manakala
ruangan cue pula merupakan ruangan untuk mencatat panduan bagi sesuatu
pengumuman. Dengan kata lain, cue ini merupakan penanda aras bagi menentukan
sesuatu pengumuman itu dibuat. Ruangan announcement pula ialah ruangan yang
perlu dibaca oleh pengacara majlis. Ruangan inilah yang mencatatkan setiap perkara
yang perlu diumumkan oleh pengacara majlis.
Latihan akan dijalankan

Ujian praktikal sebagai pengacara
Ujian akan dijalankan
Simulasi
Simulasi akan dijalankan






Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 13
10.0 Nota Tambahan

Checklist

Checklist one: Seven things to do at least 2 weeks before the event.
Have I:
Got an introduction on everyone I am introducing?
Got a final copy of the programme?
Got an exact understanding as to what the organisers want me to do as the MC?
Comprehensively understood the purpose and theme of the function?
Got an exact breakdown of who the audience consists of, including numbers,
genders, interests, their connection with the event, cultural backgrounds, average
age, where they've come from, their work backgrounds, and so on?
Got the names, titles and procedures for introducing any VIPs who will be
attending and/or speaking?
Started doing my own research on each of the key speakers, acts or performers?

Checklist two: Seven things to do one week before.
Have I:
Read out-loud the introduction on each speaker until I can speak it fluently and
easily?
Ensured that I can pronounce all names correctly without hesitating?
Agreed with the organisers on the one person to whom I will be responsible on
the day? (So that I know only to act on information or changes that particular
person tells me about.)
Got something suitable to wear that will fit the occasion and which makes me
look good, while at the same time being practical and comfortable?
Got the relevant equipment to keep all the speakers to time, whether a buzzer, a
flashing light, large signs or a clock?
Requested the relevant audio-visuals for myself, e.g. a microphone?
Visited the venue and stood on the stage so I am familiar with the acoustics, the
lights, the location of the audience, the location of the speakers, the height of the
lectern, etc?

Checklist three: Seven things to do the night before/on the day.
Have I:
Got my clothes ready, cleaned and ironed? Polished my shoes?
Allowed sufficient time for a good night's sleep?
Done something to help me feel relaxed and refreshed, e.g. meditated, exercised,
had a spa, done Tai Chi?
Checked in with the organisers for any last minute changes?
Worked out what time I have to leave to make sure I am there early?
Had a final rehearsal?


Checklist four: The requirements of an MC for a large event.
In my experience, conference and event organisers do not always understand what an
MC requires. Here is a checklist that you can use for a big event, such as a conference or
Kursus Pengacaraan Majlis oleh Eastern Supplies & Consulting Sdn Bhd
www.smartakal.com
www.facebook.com/smartakal
Page 14
awards night. You may use this as a reminder for yourself, or provide it to your
organising committee.

The MC needs:

A list of all the speakers, their names, positions and titles, e.g. Professor, Datuk,
Dr. etc.; and how to pronounce them.
The procedures for introducing and addressing any VIPs who will be attending.
An introduction on everyone being introduced.
Names of all the moderators (if these exist.)
To be fully aware of the timing methods to be used to time the speakers.
To have the relevant equipment, whether a buzzer, a flashing light, large signs or
a clock, if they are in charge of timing.
A running sheet of the event with minute-by-minute timings of everything that is
to occur.
To be given a sample of all relevant merchandise to be shown to the audience,
e.g. books by the speakers, sample T-shirts, DVDs, etc.
To have a written list of the names of all the people, committees, etc. to be
thanked at the end of the proceedings.
To know exactly what is happening at each break, e.g. where people are to go to
lunch, what is provided in the way of refreshments, e.g. is it just tea or tea with
biscuits, etc.
To know about the practical aspects such as where the toilets are, where people
need to park their cars, what to do about lost property, emergency procedures,
etc.
A demographic breakdown of the audience, e.g. countries they come from,
groups they belong to, companies they work for, and so on.
One person to whom he or she is responsible on the day - so that only one
person gives the MC information, notices, or directions. This person is to keep the
MC up-to-date with any changes throughout the proceedings.
A microphone purely for the MC, (this may need to be a lapel type).
To be able to rehearse prior to the day, in front of full stage lights, with their
microphone, and if possible to get feedback from the technicians, e.g. when they
move do they go off the microphone, are they squinting in the light, are they
walking around the stage too much, are they looking at the whole audience or
missing a section?
To have a place on stage to keep their notes and equipment.
To be allocated a changing room backstage.
To be allocated seating at lunch, dinner, etc.
To have a clear system of communication between the MC and the audiovisual
people.
This means that on the day, everything can be done smoothly, e.g. starting a
session, changing over a microphone, starting up microphones, etc. This is
particularly important if the AV desk is quite a long way from the stage.
To have someone allocated to give the MC feedback quickly if there are any
technical issues on the day, e.g. to tell the MC if they cant be heard, or if they
are squinting at the lights, etc. However, this person is not to bombard the MC
with criticism on minor things.


Checklist Source: Green (2012)

Anda mungkin juga menyukai