Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk program pada masa akan datang kami berharap supaya ahli biro yang mengendalikan

aktiviti senaman lebih peka terhadap pemilihan tempat untuk melakukan aktiviti tersebut bagi menampung jumlah perserta yang ramai termasuk penduduk tempatan. Penyediaan tempat dan kawasan yang luas amatlah diperlukan. Hal ini demikian kerana keadaan tempat yang luas akan memudahkan pergerakan. Pada masa yang sama, kita dapat mengelakkan peserta saling berlanggaran terutamanya di antara peserta lelaki dan perempuan. Selain itu, pemilihan jenis senaman juga perlu dititikberatkan. Pemilihan boleh dibuat berpandukan aktiviti seterusnya akan dilakukan serta senang diikuti. Logiknya, jika kita menggunakan banyak tenaga melakukan senaman untuk aktiviti seterusnya peserta akan cepat berasa letih. Begitu juga dengan gerakan senaman yang ditunjukkan, langkah yang sukar akan menyukarkan peserta lain mengikutinya. Apabila ketinggalan langkah, peserta akan hilang keseronokan membuat senaman.

Anda mungkin juga menyukai