Anda di halaman 1dari 6

Duluan kehakiman

Duluan kehakiman (bahasa Inggeris Stare decisis) (sebutan bahasa Latin: [ˈstareː ˈdekisis], sebutan bahasa Inggeris: [ˈstaːɹi də
ˈsaɪsɪs], "untuk mengikut apa yang telah diputuskan") (lebih panjang, "stare decisis et non quieta movere") adalah satu
perkataan undang-undang dalam bahasa Latin, yang digunakan dalam common law untuk menerangkan tanggapan bahawa
keputusan mahkamah yang dahulu mesti diterima sebagai mengikat menurut undang-undang kes.
Doktrin ini tidak diterima dalam bidang kuasa sistem perundangan sivil kerana ia dikatakan melanggar hak para hakim menafsir
undang-undang dan hak legislatif membuat undang-undang. Kebanyakan sistem sebegini walau bagaimanapun mengiktiraf
konsep jurisprudence constante yang mengemukakan argumentasi bahawa walaupun para hakim bebas dalam membuat
keputusan, mereka haruslah membuat keputusan itu dalam cara yang boleh dijangka dan tidak mendatangkan huru-hara. Oleh
demikian, hak para hakim untuk menafsir undang-undang tidak bermakna tiadanya sejumlah kecil undang-undang kes terpilih
yang mesti dirujuk semasa menbuat keputusan dalam sesuatu kes.
Isi kandungan
 1 Prinsip
o 1.1 Stare decisis secara menegak
o 1.2 Stare decisis secara mendatar
o 1.3 Tempat rayuan terakhir
o 1.4 Aplikasi pada sistem perundangan Inggeris dan Malaysia
o 1.5 Bagaimana para hakim menafsir duluan
 2 Pengelakan
o 2.1 …dan penentangan
o 2.2 Kepincangan
 3 Stare decisis dalam sistem perundangan sivil
 4 Ketulenan dan stare decisis
 5 Kebaikan dan keburukan
 6 Rujukan
 7 Pautan luar
Prinsip
Prinsip stare decisis boleh dibahagikan mengikut dua komponen:
Pertamanya merupakan peraturan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi adalah duluan mengikat yang
mahkamah rendah tidak boleh batalkan.
Keduanya merupakan prinsip yang satu mahkamah tidak seharusnya membatalkan suatu keputusan yang dibuat oleh dirinya
sendiri pada suatu ketika dahulu kecualilah apabila terdapat satu alasan kuat untuk berbuat demikian. Prinsip kedua ini lebih
berbentuk nasihat yang boleh dan sememangnya diketepikan mahkamah dari masa ke semasa.
Stare decisis secara menegak
Secara am, satu sistem common law mempunyai mahkamah perbicaraan, mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi.
Mahkamah-mahkamah rendah mentadbirkan kebanyakan keadilan seharian. Mahkamah-mahkamah ini juga dimestikan
mengikut duluan yang diputuskan mahkamah rayuan untuk bidang kuasa mereka dan mahkamah tinggi.
Mahkamah rayuan hanya dimestikan mengikut keputusan mahkamah tinggi. Aplikasi doktrin stare decisis dari satu mahkamah
tinggi pada mahkamah rendah kadangkala dirujuk sebagai stare decisis secara menegak.
Stare decisis secara mendatar
Dalam sistem kehakiman persekutuan Amerika Syarikat, mahkamah rayuan perantaraan dibahagikan mengikut "litar". Setiap
panel hakim mesti mengikut capaian keputusan dalam kes rayuan yang terdahulu. Duluan mahkamah rayuan Amerika Syarikat
hanya boleh ditolak oleh mahkamah en banc, iaitu satu sidangan kesemua hakim rayuan aktif litar berkenaan, atau Mahkamah
Agung Amerika Syarikat.
Apabila satu mahkamah mengikat dirinya, aplikasi doktrin duluan ini kadangkala dipanggil stare decisis secara mendatar. Negeri
New York mempunyai struktur rayuan yang serupa kerana ia terbahagi dalam empat jabatan rayuan yang diselia oleh
mahkamah rayuan tertinggi Negeri New York. Keputusan satu jabatan rayuan tidak mengikat jabatan lain, dan dalam
sesetengah kes jabatan -jabatan berkenaan mempunyai perbezaan secara signifikasi dalam perkara-perkara asas undang-
undang.
Tempat rayuan terakhir
Mahkamah tertinggi United Kingdom iaitu House of Lords tidak perlu mengikut keputusan lepasnya sendiri sehingga kes London
Street Tramways lwn London County Council [1898] AC 375. Selepas kes ini sebarang perubahan pada undang-undang
berkenaan sesuatu perkara hanya boleh dipinda oleh Parlimen melalui statut.
Situasi ini berubah selepas pengeluaran Penyataan Pengamalan pada tahun 1966. Ia membenarkan House of Lords meminda
undang-undang Inggeris bersesuaian peristiwa semasa. Dalam kes R lwn G & R pada tahun 2003 House of Lords menolak
keputusannya dalam kes Caldwell 1981 yang telah membenarkan dirinya mendirikan mens rea ("minda yang bersalah") dengan
menyukat kelakuan seseorang defendan berbanding "seorang waras" dengan tidak mengira keadaan sebenar minda defendan
itu.
Walau bagaimanapun, Penyata Pengamalan amat jarang diaplikasi House of Lords dan hanya digunakan sebagai pilihan
terakhir. Dari tahun 2005 House of Lords menolak keputusannya yang terdahulu tidak lebih daripada 20 kali kerana bimbang
penggunaannya secara berlebihan akan memperkenalkan ketidakpastian dalam undang-undang. Dalam R v Kansal (2002)
umpamanya majoriti ahli House of Lords berpendapat bahawa R v Lambert (kes terdahulu) diputuskan secara tidak betul akan
tetapi tidak mahu menolak keputusan terdahulu mereka.
Aplikasi pada sistem perundangan Inggeris dan Malaysia
Doktrin duluan mengikat atau stare decisis amat penting kegunaannya pada sistem perundangan Inggeris. Satu duluan
merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang hakim dalam membuat sesuatu keputusan. Doktrin ini menyatakan bahawa
satu keputusan yang dibuat oleh satu mahkamah atasan akan mengikat mahkamah-mahkamah bawahan. Ini bermakna apabila
para hakim membicarakan satu kes mereka akan cuba mencari sama ada satu kes yang mempunyai fakta yang sama telah
diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi atau sama statusnya terlebih dahulu dan sekiranya ada maka hakim berkenaan
harus mengikuti kata putus dalam kes itu sebagai duluan yang telah diputuskan. Jika terdapat satu duluan dalam mahkamah
yang lebih rendah, hakim berkenaan tidak perlu mengikutinya akan tetapi mungkin menimbangkannya. House of Lords di
England tidak perlu mengikut duluannya sendiri dan begitulah juga keadaannya dengan mahkamah persekutuan di Malaysia,
yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.
Hanya kenyataan undang-undang mengikat, dan ini dikenali sebagai sebab keputusan atau dalam istilah bahasa Latin, ratio
decidendi. Kesemua alasan lain yang tidak penting dikenali sebagai obiter dictum (atau obiter dicta sekiranya lebih daripada
satu). Lihat kes Rondel lwn Worsley (1969) 1 AC 191. Satu duluan tidak mengikat satu mahkamah sekiranya ia didapati bahawa
terdapat kurangnya perhatian dalam pengendalian kes itu ("Per Incuriam") sebagai contoh jika tiada provisi statut atau duluan
lain yang dibawa dan diimbangi mahkamah dalam kes berkenaan. Jika mahkamah mendapati bahawa terdapat perbezaan
material antara kes-kes maka ia boleh memilih untuk tidak mengikut duluan. Duluan menyakini pula merupakan mereka yang
diputuskan oleh mahkamah-mahkamah rendah atau asing, dan mungkin menyakini tetapi tidak mengikat dalam pengaplikasian
mereka. Perkara yang paling penting merupakan fakta bahawa duluan boleh ditolak oleh satu keputusan mahkamah yang lebih
tinggi atau satu Akta parlimen. Keputusan kehakiman bersifat kebelakangan, manakala Akta parlimen sentiasa bersifat
kedepanan kecualilah dinyatakan sebaliknya.
Situasi terakhir ini merupakan masalah sistem duluan yang paling besar dalam pada bahawa sekiranya satu mahkamah yang
tinggi menolak satu duluan yang berusia, maka kemungkinan amat besar bahawa banyak kes yang didasarkan duluan
berkenaan akan kembali ke mahkamah. Justeru itu, kebarangkalian satu duluan ditolak semakin kurang mengikut usianya.
Bagaimana para hakim menafsir duluan
Terdapat tiga peraturan di mana para hakim di United Kingdom dan Malaysia guna dalam menafsir undang-undang dan ini
disenaraikan di bawah sebagai bantuan kebiasaan yang satu hakim punyai, termasuk akses ke semua kes lalu, di mana satu
duluan diputuskan dan satu kamus bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yang bagus.
Rukun Harafiah
Hakim seharusnya berlaku seperti kata perundangan berbanding cuba melakukan apa yang ia maksud, iaitu hakim seharusnya
menggunakan maksud harian untuk kata-kata, sekalipun jika ini menjadikan keputusan yang tidak adil atau tidak dikehendaki.
Satu contoh yang baik masalah kaedah ini adalah R v Maginnis (1987) dalam mana beberapa hakim menemui beberapa
maksud berbeza perkataan "menyediakan" ( supply).
Rukun Emas
Digunakan apabila pengaplikasian rukun harafiah akan menjadikan keputusan yang tidak logik. Mahkamah seharusnya
menemui kesusuhan yang nyata sebelum menolak penggunaan rukun harafiah. Terdapat dua cara di mana Rukun Emas boleh
diaplikasi;
a) Pengertian sempit
Apabila terdapat dua maksud berlawanan terhadap satu perkataan yang digunakan dalam satu provisi perundangan ataupun ia
mempunyai maksud samaran. Dalam kes sebegini, maksud yang lebih logik digunapakai. Sebagai contoh dalam kes Adler lwn
George (1964) defenden telah didapati bersalah dibawah Akta Rahsia Rasmi 1920 dan mahkamah memutuskan untuk tidak
mengikuti maksud harafiah ayat-ayat Akta berkenaan.
b) Pengertian luas
Versi rukun emas ini digunakan hanya apabila terdapat satu cara di mana undang-undang yang diaplikasi boleh ditafsirkan.
Sebagai contoh, apabila penggunaan Rukun Harafiah akan membawa maksud tidak logik. Sebagai contoh Re Sigsworth (1935).
Rukun Nakal
Merupakan kaedah yang paling fleksibel antara kaedah-kaedah lain yang berasal daripada Kes Heydon (Heydon's Case (1584))
kerana ia membenarkan pengaplikasian tujuan satu statut berbanding apa yang terkandung dalam statut berkenaan. Sebagai
contoh dalam kes Corkery lwn Carpernter (1950) yang berkenaan satu lelaki yang didapati mabuk dalam pengawasan satu
gerabak, meskipun dia hanya mempunyai satu basikal.
Sebagai tambahan kepada ketiga-tiga peraturan ini terdapat tiga lagi peraturan yang kurang penting, iaitu Ejusdem generis
(penggunaan perkataan am seperti "kucing, anjing dan perkataan-perkataan lain" bermaksud haiwan belaan), Expressio unius
est exclusio aleterius (kenyataan satu atau lebih perkara membawa makna pengecualian kesemua yang lain) dan Noscitur a
sociis (satu perkataan mesti mengambil makna daripada konteks di mana ia dijumpai).
Pengelakan
Meskipun mahkamah-mahkamah rendah diikat oleh duluan mahkamah lebih tinggi secara teorinya, dalam realiti para hakim
kadangkala cuba untuk mengelak duluan dengan membezakan mereka atas alasan-alasan remeh. Juga, aayuan satu
keputusan yang tidak mengikut duluan mungkin tidak berlaku kerana kos perbelanjaan berbuat sedemikian akan melumpuhkan
keupayaan pihak yang kalah membuat sedemikian. Maka keputusan mahkamah rendah mungkin berdiri meskipun ia tidak
mengikut keputusan mahkamah atasan oleh sebab satu-satunya cara satu keputusan boleh dirayui adalah dengan permohonan
salah satu daripada pihak-pihak yang terikat padanya.
] …dan penentangan
Kadangkala juga satu hakim akan melafazkan rasa tidak setujunya terhadap keputusan-keputusan duluan yang dibuat
mahkamah atasan akan tetapi harus mengikutinya oleh sebab duluan mengikat. Notakan juga yang duluan mengikat adalah
berbeza dengan stare decisis yang merupakan keputusan mahkamah-mahkamah lateral, rendah, atau mahkamah yang sama,
dan membolehkan pembezaan berdasarkan "alasan yang kukuh" (lihat Hilton v.s. Carolina Pub. Rys. Cmsn.m 502 U.S. 197,
202, 112 S. Ct. 560, 565 (1991).)
Kepincangan
Di Amerika Syarikat, stare decisis boleh berinteraksi dalam cara yang berlawanan dengan sistem mahkamah persekutuan dan
sistem mahkamah negeri. Dalam satu isu undang-undang persekutuan, satu mahkamah negeri tidak terikat dengan pentafsiran
undang-undang persekutuan pada peringkat daerah atau litar tetapi terikat dengan pentafsiran Mahkamah Agung Amerika
Syarikat. Dalam pentafsiran undang-undang negeri, sama ada ia merupakan common law atau undang-undang statut,
mahkamah persekutuan terikat dengan pentafsiran mahkamah negeri tertinggi negeri berkenaan, dan biasanya perlu merujuk
duluan mahkamah menengah negeri juga.
Mahkamah boleh memilih untuk mengikut duluan bidang kuasa lain, tetapi ini bukan aplikasi doktrin stare decisis kerana
keputusan asing tidak mengikat. Satu keputusan asing yang diikut atas sebab kemunasabahannya digelar autoriti berpengaruh
— sekaligus menandakan bahawa pengaruhnya terhad kepada alasan yang dikemukakannya.
Stare decisis dalam sistem perundangan sivil
Stare decisis tidak lazim digunakan dalam sistem perundangan sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif boleh
membuat undang-undang. Dalam teori, mahkamah rendah tidak terikat dengan duluan yang ditetapkan mahkamah tinggi. Walau
bagaimanapun dalam realiti keperluan untuk kesinambungan dalam undang-undang memerlukan pengaplikasian duluan oleh
mahkamah-mahkamah rendah dan dalam bidang kuasa undang-undang sivil mahkamah tingginya sebagai contoh Cour de
cassation dan Conseil d'État di Perancis diiktiraf sebagai badan-badan kuasi-legislatif.
Doktrin stare decisis juga mempengaruhi bagaimana keputusan mahkamah disusun. Secara amnya, keputusan mahkamah
dalam bidang kuasa common law amat panjang dan menerangkan secara terperinci bagaimana satu keputusan dicapai. Ini
berlaku untuk menjustifikasikan satu keputusan berdasarkan undang-undang kes terdahulu disamping menyenangkan
penggunaannya sebagai duluan dalam kes-kes masa depan.
Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sususan mahkamah dalam bidang kuasa undang-undang sivil (antara yang paling
prominen merupakan Perancis) yang pendek dan menotakan perundangan yang relevan serta tidak terus berhujah tentang
bagaimana satu keputusan dicapai. Ini adalah keputusan pandangan teori yang menyatakan bahawa suatu mahkamah hanya
mentafsirkan pandangan legislatif dan penerangan terperinci tidak perlu. Oleh sebab ini, kebanyakan penerangan mengenai
undang-undang tidak dilakukan oleh para hakim, malah sebaliknya cendiakiawan-cendiakiawan akademik undang-undang yang
membuat keterangan.
Dalam bindang kuasa undang-undang lain, seperti bidang kuasa Jerman, pandangan mahkamah lebih panjang daripada yang
terdapat di Perancis dan mahkamah sering memetik keputusan kes-kes lepas dan tulisan akademik. Walau bagaimanapun,
sesetengah mahkamah seperti mahkamah-mahkamah Jerman tidak menekankan fakta-fakta kes tetapi sebaliknya lebih
mengambil berat mengenai argumentasi doktrin dan mencari pentafsiran undang-undang yang betul dan benar.
Ketulenan dan stare decisis
Ketulenan, iaitu doktrin yang menyatakan bahawa pengertian penulisan sesuatu teks mesti diaplikasi, merupakan satu lawan
kepada stare decisis, tetapi tidak semestinya secara menyeluruh. Seperti yang dinotakan di atas, " Stare decisis tidak lazimnya
merupakan satu doktrin yang digunakan dalam sistem undang-undang sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif
berhak membuat undang-undang"; Hakim Antonin Scalia dalam bukunya A Matter of Interpretation (Suatu hal pentafsiran) yang
Amerika merupakan satu negara undang-undang sivil dan bukannya negara common law dan dengan ini, para pemikir
ketulenan tidak suka mengunapakai duluan apabila ia bertentangan dengan perlembagaan. Meskipun begini, Ketulenan adalah
satu teori penafsiran berbanding pembinaan, dan masih terdapatnya ruang dalam pemikiran pentulen untuk stare decisis;
apabila pengertian literal boleh membawa kepada maksud-maksud alternatif, keputusan lepas lazimnya dilihat sebagai satu
panduan yang absah, dengan alasan bahawa ia tidak boleh menyangkal apa yang dikatakan oleh teks tulen.
Sesetengah pemikir ketulenan pergi dengan lebih jauh lagi. Dalam perbicaraan pengesahannya, Hakim Clarence Thomas
menjawab soalan daripada Senator Strom Thurmond akan kesediaannya menolak satu duluan:
Saya berpendapat yang menolak satu kes atau menimbang semula satu kes adalah satu perkara yang berat. Semestinya, anda
mestilah berpendapat yang satu kes itu diputuskan secara salah, tetapi saya fikir itupun tidak mencukupi. Stare decisis memberi
lanjutan kepada sistem kita, ia memberikan kepastian, dan dalam prosis pembuatan keputusan dari satu kes ke satu kes, saya
fikir ia satu konsep yang amat penting dan kritikal. Satu hakim yang hendak menimbang semula satu kes punyai beban yang ia
bukan sahaja tidak langsung, tetapi ia perlu, dalam situasi berkenaan, dalam penglihatan stare decisis, untuk membuat langkah
tambahan sedemikian.
— Clarence Thomas (1991), [1]
Kemungkinan beliau telah mengubah pendiriannya, atau terdapat satu badan besar kes yang memerlukan "langkah tambahan
sedemikian" tidak pedulikan doktrin itu; mengikut Scalia, "Clarence Thomas langsung tidak mempercayai doktrin stare decisis.
Jika satu autoriti perlembagaan salah, dia akan berkata, marilah kita betulkannya." [2]
Kebaikan dan keburukan
Terdapat banyak perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan pengunaan undang-undang kes dibawah sistem sebegini.
Penyokong sistem ini seperti pengurang berpendapat yang pengikutan sistem duluan membuatkan keputusan "boleh diramal".
Sebagai contoh, satu peniaga boleh dijamin keputusan yang menyelelahinya sekiranya fakta kesnya sama dengan fakta kes
satu peniaga yang berjaya dalam satu kes lalu. Para pembangkang pula berpendapat yang sistem sebegini tidak demokratik
kerana ia membenarkan para hakim yang tidak dipilih membuat undang-undang, atau bahawa ia memelihara kes-kes yang
salah keputusannya. Satu balasan kepada bangkangan ini adalah jika legislatif ingin mengubah undang-undang kes (berlainan
dengan pentafsiran perlembagaan) dengan statut, ia boleh berbuat sedemikian. Pengkritik kadangkala menuduh sesetengah
hakim dengan pengaplikasian doktrin secara rawak, dengan meluluskan duluan yang dipersetujuinya, dan membiarkan duluan
yang tidak dipersetujui.
Rujukan
1. ↑ [U.S.] Senate Confirmation Hearings. qtd. in On the Issues "Clarence Thomas on Abortion: Overruling previous
cases is a very serious matter." Accessed 20:37, 22 September 2005 (UTC).
2. ↑ Ringel, Jonathan (2004). "The Bombshell in the Clarence Thomas Biography". Fulton County Daily Report.
Pautan luar
 Peguam Syarie Menulis 28 Jan 09-Hakim syariah tak terikat mahkamah lebih tinggi.

Hakim syariah tak terikat mahkamah lebih tinggi

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Di mahkamah sivil, doktrin duluan mengikat atau lebih terkenal di kalangan peguam sebagai stare decisis adalah suatu kaedah
di mana prinsip keputusan sesebuah mahkamah yang lebih tinggi terpaksa diikuti oleh mahkamah bawahan tanpa mengambil
kira keputusan betul atau sebaliknya. Doktrin ini bertujuan memastikan keseragaman keputusan mahkamah. Ia juga bagi
menjamin mahkamah bawahan mengikuti keputusan mahkamah atasan.

Realitinya memang banyak kes di mana mahkamah bawahan tidak mengikuti prinsip ini secara harfiah dengan memberi
pelbagai alasan termasuk membezakan kes mahkamah bawahan itu dengan kes diputuskan mahkamah yang lebih tinggi.

Sebagai seorang dilatih dalam bidang guaman sivil dan syariah, saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan
terhadap isu ini dan membuat perbandingan apa yang berlaku di mahkamah syariah untuk tatapan pembaca.

Prinsip stare decisis ini sebenarnya tidak terpakai di mahkamah syariah. Tiada doktrin duluan mengikat yang diamalkan di
mahkamah syariah. Namun dalam membuat sebarang keputusan di mahkamah syariah, hakim mahkamah bawahan perlu
menghormati prinsip kes diputuskan mahkamah yang lebih tinggi.

Tahap penghormatan ini pula tidaklah sampai mengikat mereka membuat keputusan. Penghakiman mahkamah yang lebih tinggi
mempunyai nilai mempengaruhi keputusan mahkamah bawahan saja.

Prinsip asas di mahkamah syariah ialah apabila seseorang hakim itu berijtihad dan ijtihadnya itu betul, maka beliau akan
mendapat dua pahala tetapi sekiranya ijtihadnya itu salah beliau masih mendapat pahala. Pahala ini adalah kerana usahanya
membuat ijtihad dengan bersungguh. Jadi perkara yang paling penting ialah proses itu sendiri dan bukan hasilnya.

Dalam surat yang ditulis oleh Saidina Umar al Khattab kepada Kadi Kufah iaitu Abu Musa Al asyh’ari yang bermaksud, “Dan
sesiapa yang mendakwa sesuatu hak yang tidak ada di tempatnya, atau suatu bukti, berilah tempoh kepadanya sampai ia dapat
membuktikan dakwaannya. Kemudian kalau dia dapat membuktikan dakwaannya maka berilah haknya itu tetapi kalau dia tidak
mampu membuktikannya maka dia berhak dikalahkan kerana yang demikian itu lebih mantap bagi kegagalannya dan lebih
menampakkan barang yang tersembunyi.

“Dan jangan sekali-kali menghalang-halangi kepadamu sesuatu keputusan yang telah engkau putuskan pada hari ini, kemudian
engkau tinjau kembali lalu engkau memperoleh petunjuk agar engkau kembali kepada kebenaran kerana sesungguhnya
kebenaran itu harus didahulukan, tidak dapat dibatalkan oleh apapun sedangkan kembali kepada kebenaran itu lebih baik dari
terus berada dalam kebatilan.”

Jelas maksud surat itu adalah sesuatu keputusan yang salah boleh dipinggirkan oleh hakim tanpa mengira tahap atau hirarki
mahkamah itu sendiri kerana apa yang penting ialah memberi keadilan dalam sesuatu keputusan.

Di sini nampak matlamat kehakiman Islam hanyalah untuk menegakkan keadilan. Keadilan itu bukan hanya dilakukan tetapi
hendaklah dilihat juga sebagai sudah dilakukan. Islam mengakui hakikat seorang hakim walau setinggi manapun kedudukannya
mungkin akan tersilap dalam penghakimannya. Oleh itu, kepatuhan secara membuta tuli tidak perlu diberikan kepada hakim
mahkamah atasan.
Prinsip digariskan dalam surat Saidina Umar ini dipakai mahkamah syariah sejak sekian lama memastikan penggunaannya
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengeluarkan arahan amalan diikuti oleh mahkamah syariah iaitu arahan amalan
yang menyatakan mahkamah bawahan hendaklah menghormati keputusan mahkamah yang lebih tinggi.

Walaupun tahap pematuhan dikenakan kepada hakim mahkamah bawahan di mahkamah syariah hanya sekadar menghormati
saja, kita tidak pernah mendengar mahkamah syariah bawahan menuding jari kepada pihak mahkamah atasan kerana silap. Hal
yang sedemikian tidak berlaku di mahkamah sivil walaupun doktrin stare decisis terpakai kepada mereka.

Arahan amalan itu juga menjamin kreativiti kehakiman yang mana hakim mahkamah syariah tidak mengambil jalan mudah
dalam menggarap keputusannya dengan hanya berkata beliau terikat dengan keputusan mahkamah yang lebih tinggi. Hakim
mahkamah syariah perlu membuat penghakiman yang mana beliau yakin atas keputusannya dan bukan dihadkan oleh mana-
mana keputusan lain.

Keputusan mahkamah yang lebih tinggi itu sekadar menjadi panduan dan pedoman kepada hakim mahkamah bawahan untuk
membuat keputusan. Apatah lagi pada masa ini, kes di mahkamah syariah mula dilaporkan dengan cara lebih sistematik
umpamanya dalam Jurnal Hukum, Syariah Law Report dan Laporan Syariah.

Dengan cara ini hakim mahkamah syariah dapat memperkayakan ilmu mereka dan membuat perbandingan kes dibicarakan di
hadapan mereka. Tiada satu kes yang fakta dan persoalannya sama dengan kes lain. Dari sudut itu memang wajar ada sedikit
perbezaan antara keputusan mahkamah itu.
Perbezaan itu perlu dilihat dari lensa positif. Ia membuka ruang kepada ijtihad dan mengelakkan ketidakadilan di samping
menyesuaikan sesuatu penghakiman itu dengan fakta kes kesesuaian masa dan sebagainya.

Perbezaan pandangan sebenarnya bukanlah kelemahan di kalangan umat Islam. Ia adalah manifestasi keanjalan undang-
undang Islam yang boleh disesuaikan mengikut masa dan tempat. Tiada salah kita berbeza pandangan tetapi perbezaan ini
mestilah ditangani dengan cara yang penuh hikmah.

Dalam Islam ada adab yang digariskan apabila kita berbeza pandangan. Adab ini atau apa yang dipanggil sebagai adab al
ikhtilaf mesti dihayati bagi mengelakkan kita terjerumus ke lembah perpecahan.

Di dalam sistem kehakiman, keadilan adalah elemen yang tidak boleh diketepikan. Namun pendekatan yang diambil dalam
mencapai keadilan itu adalah berbeza antara satu sistem dengan sistem yang lain. Ternyata sistem yang ada dirumuskan dalam
Islam adalah lebih baik, beradab dan praktikal di dalam mencari jalan penyelesaian ke arah menghadirkan keadilan kepada
pihak yang bertikai.

Apatah lagi sistem yang diguna pakai di mahkamah syariah yang lebih bersifat ‘inquisitorial’ berbanding mahkamah sivil yang
mengamalkan sistem ‘adversarial’. Oleh itu hakim di mahkamah syariah perlu lebih memainkan peranan dalam prosiding
mahkamah berbanding rakan mereka di mahkamah sivil.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Anda mungkin juga menyukai