Anda di halaman 1dari 1

Maksud dasar gaji minimum

Dasar gaji minimum ialah dasar sesebuah kerajaan yang menetapkan kadar gaji atau upah
minimum yang patut dibayar oleh sektor swasta kepada pekerjanya. Langkah ini secara amnya
bertujuan untuk melindungi hak golongan pekerja, terutamanya yang berpendapatan kecil dan
berkemahiran rendah. Hal ini juga dilihat sebagai kaedah untuk mengurangkan jurang agihan
pendapatan di sesebuah negara. Sejak sekian lama dasar gaji minimum merupakan dasar
sosioekonomi yang paling popular bagi ahli politik dan penggubal dasar di seluruh dunia untuk
membantu golongan sasaran yang biasanya terdiri golongan muda, rakyat termiskin dan buruh
tidak mahir.

Kesan Positif.
1) Menggalakkan penyertaan pekerja ke dalam pasaran kerja
Kenaikan kadar gaji ini akan dapat menarik minat lebih ramai individu yang sebelum ini tidak bekerja untuk
mula bekerja. Maka kadar pengangguran akan menurun kerana lebih ramai mula bekerja kerana insentif
gaji yang lebih tinggi. David Card and Alan B. Krueger merupakan nama terkenal dikalangan penyokong gaji
minimum. Pada tahun 1994, mereka menghasilkan kajian impak gaji minimum ke atas pekerja industri
makanan segera. Mereka menemui bahawa kenaikan gaji minimum telah meningkatkan jumlah pekerja di
restoran-restoran makanan segera.

2) Mengurangkan kadar kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan


Pertambahan upah yang diterima akan menambahkan pendapatan isi rumah, sekaligus menambahkan
kuasa beli pengguna. Keadaan ini akan dapat mengurangkan bilangan miskin tegar dalam Negara.
Pertambahan kemampuan ini menyebabkan kurang kebergantungan kepada bantuan kerajaan seperti
perubatan, subsidi dan sebagainya. Secara tidak langsung, kerajaan akan dapat menjimatkan wang
pembayar cukai.

3) Membantu kitaran ekonomi Negara


Kenaikan upah yang diterima mereka akan kembali ke dalam kitaran ekonomi. Perbelanjaan untuk makanan,
penjagaan anak anak, perbelanjaan isi rumah yang lain akan meningkat seiring dengan pertambahan upah
mereka. Ini secara langsung meningkatkan kegiatan ekonomi disekitar mereka local busines seperti kedai
kedai makan, peruncitan (sebagai contoh) dan sekaligus meningkatkan hasil cukai.

Kesan Negatif.
1) Mengurangkan keuntungan firma
Perlaksanaan gaji minimum mewajibkan ke atas majikan untuk membayar gaji yang lebih tinggi dari
sebelum ini. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kos buruh yang perlu ditanggung firma yang
belum tentu selari dengan daya pengeluaran firma. Satu kajian mengenai pasaran buruh di UK pada tahun
1999 menunjukkan keuntungan firma merudum manakala paras gaji meningkat setelah gaji minimum
diperkenalkan.

2) Kenaikan harga dan inflasi


Kenaikan harga barang dan perkhidmatan juga akan berlaku kerana kos gaji pekerja sudah meningkat
kesan perlaksanaan gaji minimum. Bancian oleh Sara Lemos dari Universiti Leicester ke atas hampir 30
kertas kajian mengenai hubungan gaji minimum dan inflasi di Amerika Syarikat menyimpulkan kenaikan 10%
kadar gaji minimum akan meningkatkan harga makanan sebanyak 4% manakala kadar inflasi
keseluruhanya tidak lebih dari 0.4%.
Namun, dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, dasar gaji minimum dijangka memberikan
kesan positif terhadap ekonomi Malaysia. Kos dan risiko jangka pendek dasar gaji minimum terhadap inflasi
dijangka dapat dikawal dengan baik. Kesannya terhadap kos perniagaan pula dijangka kecil kerana impak
kenaikan gaji akan dapat dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti. Memandangkan isi rumah yang
berpendapatan rendah mempunyai kecenderungan mengguna sut (MPC) yang lebih tinggi, peningkatan
pendapatan pekerja yang terbabit dijangka menghasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dan
aktiviti ekonomi yang lebih giat.

Anda mungkin juga menyukai