Anda di halaman 1dari 37

TUTUP 14 HARI !

– 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


Tiada mana-mana bahagian buku ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis
daripada penulis atau penerbit, kecuali untuk dimasukkan petikan ringkas dalam kajian. Hakcipta Terpelihara.

AMARAN: e-book ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta Persekutuan. Ia adalah menyalahi undang-undang
untuk menjual semula, atau lelongan e-buku ini. Pesalah akan didakwa sepenuhnya di bawah akta undang-undang.
Diterbitkan oleh kursuspengendalianmakanan.com

Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, di simpan di dalam simpanan awam,
atau di sebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran
penulis. Segala maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat pada masa ia dihasilkan. Kami tidak
dapat mengambil sebarang tanggung jawab atau risiko jika berlaku sebarang kesan negatif akibat dari penggunaan
buku panduan ini.

ANDA ADALAH DILARANG UNTUK MENGUBAH SUAI, SALIN, mengeluarkan semula, menerbitkan, MUAT NAIK,
POST, menghantar, atau mengedarkan, DALAM APA-APA CARA, BAHAN DALAM PEMBENTANGAN INI,
TERMASUK TEKS, GRAFIK, ATAU FOTO. Anda boleh mencetak dan memuat turun bahagian bahan dari
Pembentangan ini semata-mata untuk kegunaan anda bukan komersial dengan syarat bahawa anda
bersetuju untuk tidak mengubah atau memadam mana-mana hak cipta atau notis proprietari daripada bahan-bahan.

PENAFIAN

Buku ini adalah untuk rujukan dan tujuan maklumat sahaja. Maklumat yang terkandung di sini adalah berdasarkan
daripada audit kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Oleh kerana cara audit bagi setiap Pihak Berkuasa
Tempatan adalah berlainan, maka tidak bererti keterangan ini boleh dipakai di seluruh Malaysia, namu secara
amnya, 80% daripadanya adalah sama bagi semua PBT.

Kursuspengendalianmakanan.com tidak membuat sebarang jenis representasi atau waranti tentang ebook ini
ataupun kandungannya, dan menolak tuntut sebarang jenis representasi atau waranti tersebut. Sementara usaha
telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat, Kursuspengendalianmakanan.com tidak membuat sebarang
jenis representasi atau waranti tentang ketepatan, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan grafik yang
berkenaan yang diterbitkan di ebook ini untuk sebarang tujuan.

Maklumat yang terkandung dalam ebook ini juga mungkin mengandungi data yang lama ataupun kesilapan typografi.
Segala liabiliti yang mungkin ditanggung oleh Kursuspengendalianmakanan.com (samada yang terbit dari undang-
undang kontrak, tort ataupun kecuaian negligence) untuk sebarang kesilapan atau kesalahan adalah dengan
jelasnya ditolak tuntut dengan sepenuhnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Contoh yang digunakan di
dalam material-material di dalam panduan ini tidak boleh di andaikan sebagai bukti atau perjanjian atau jaminan
hasil kepada anda.

PAUTAN LAMAN WEB

Sesetengah sambungan link di dalam ebook ini akan membawa anda kepada laman-laman yang bukan di bawah
kawalan Kursuspengendalianmakanan.com. Penggunaan sambungan link kepada laman-laman web Internet yang
lain atau sumber-sumber yang lain adalah di atas risiko pengguna-pengguna sendiri. Kandungan, ketepatan,
pendapat dan sambungan link di laman-laman web yang lain ini telah disiasat, ditentusahkan, diawasi atau disokong
oleh Kursuspengendalianmakanan.com pada masa ebook ini dibuat. Anda haruslah menyedari bahawa laman-laman
web ini dijaga dan beroperasi di dalam negara.

Walaubagaimanapun, kandungan dan penggunaan laman-laman web ini mungkin adalah tertakluk kepada
undangundang dan peraturan-peraturan negara-negara lain Selain dari Malaysia dan tertakluk kepada syarat-syarat
penggunaan ataupun polisi privasi lamanlaman ini. Sila hubungi pihak-pihak yang berkenaan seperti yang disebutkan
di laman-laman tersebut.

Hakcipta, Tanda Niaga Semua kandungan dalam ebook ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, reka bentuk
dan grafik adalah hakcipta terpelihara. Kebenaran adalah diberi untuk membuat salinan cetak jika untuk tujuan

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


2
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

penggunaan peribadi. Penggunaan bahan material dalam ebook ini untuk sebarang tujuan lain (termasuk reproduksi
untuk pihak yang selain daripada yang tersebut di atas dan sebarang pindaan, pengubahsuaian, pengedaran atau
penerbitan semula) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak
Kursuspengendalianmakanan.com adalah sangat-sangat dilarang.

PENDEDAHAN AFILIATE

Kursuspengendalianmakanan.com mungkin mendapat komisyen daripada pautan-pautan yang terdapat dalam


panduan ini sekiranya ada. Ini tidak bererti panduan ini adalah bertujuan untuk mencari keuntungan semata. Produk,
Perkhidmatan atau apa jua link affiliate yang disarankan oleh Kursuspengendalianmakanan.com adalah digunakan
sendiri oleh Kursuspengendalianmakanan.com yang merasakan ia berhak dikongsi informasinya.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


3
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Pendahuluan

Dalam mengaut keuntungan menjalankan perniagaan makanan, kebanyakan daripada


pengusaha cuai dalam penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan
premis makanan menyebabkan kejadian keracunan makanan.
Ini boleh menyebabkan pengguna memakan makanan yang mengandungi bakteria
yang menghasilkan toksin yang akan bertindakbalas atau mengganggu sistem
penghadaman. Di samping itu keracunan makanan juga boleh berpunca daripada
penggunaan bahan pengawet yang tidak dibenarkan atau penggunaannya yang
melebihi had yang dibenarkan.
Bahan pengawet yang tidak dapat pengesahan penggunaannya boleh membahayakan
kesihatan pengguna dalam jangkamasa pendek seperti menunjukkan simptom cirit-birit
dan muntah. Manakala kesan jangkamasa panjang pula boleh menjadi faktor
penyumbang kepada kejadian kecacatan atau barah. Sebagai contoh, kes keracunan
disebabkan oleh Loh Si Fan atau Mee Tikus telah mengorbankan seramai 13 orang
yang berlaku pada 15 Oktober 1989 di Kampar, Teluk Intan, Tanjung Tualang dan Batu
Gajah Perak. Kejadian ini berpunca akibat kecuaian oleh pengeluar makanan tersebut.

Hati-Hati Nasi Lemak Kantin - Kredit - Kosmo!

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


4
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Pemeriksaan premis makanan oleh pihak berwajib menunjukkan bahawa ramai


pengendali makanan tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan. Menurut Menteri
Kesihatan Datuk Chua Jui Ming, daripada dua juta pengusaha makanan, hanya
seramai 108,400 (5.4%) telah menjalani latihan dalam program keselamatan makanan
anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 1996 (New Straits Times, 2002). Unit
Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan telah menutup premis makanan sebanyak
2,630 pada tahun 2000 dan anggaran 2,000 pada tahun 2001 atas pelbagai kesalahan
(New Straits Times, 2002).
Pengendali-pengendali makanan merupakan satu sumber utama yang menyebabkan
kejadian keracunan makanan. Pengendali makanan di restoran dan kedai makanan
adalah individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makan.
Pengendali makanan yang mengalami demam, mengidap cirit-birit, batuk dan kudis
boleh memindahkan penyakit secara langsung atau tidak langsung sama ada melalui
udara dan sentuhan.
Masalah keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan boleh diatasi dengan
mewujudkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan
untuk memantau kebersihan makanan dan sanitasi, pengusaha-pengusaha makanan
dan pengguna.

Keracunan Makanan Boleh Mengakibatkan Kematian - Kredit - Bernama

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


5
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Garis Panduan Tahap Kebersihan dan Sanitasi di Premis Menjual Makanan.


Premis menjual makanan yang kotor, dipenuhi dengan sampah sarap dan
menggunakan perkakas yang tidak bersih merupakan punca pembiakan kuman di
samping menggalakkan pembiakan lipas, lalat dan tikus. Makanan yang disediakan
dalam keadaan yang kotor merupakan punca kepada berlakunya kejadian keracunan
makanan dan penyakit bawaan makanan seperti penyakit taun dan kepialu. Garis
panduan kebersihan dan sanitasi ini dapat melindungi pengguna daripada risiko
keracunan makanan serta menyampaikan maklumat kepada pengendali makanan
supaya dapat meningkatkan mutu kebersihan premis makanan.
Keracunan makanan ditakrifkan sebagai penyakit yang berlaku selepas makan
makanan yang tercemar akibat jumlah bakteria atau jumlah toksin yang dikeluarkan
oleh bakteria dan bahan kimia yang terkandung di dalam makanan yang boleh
menyebabkan kes kematian. Antara simptom-simptom keracunan makanan memulas
perut, sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah, demam dan kesejukan dan maut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


6
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Tutup 14 Hari

Arahan Penutupan Premis Selama 14 hari Oleh MBPJ Baru-baru ini

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


7
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Senarai Kesalah Premis Restoran

Panduan yang dihasikan di dalam ebook ini adalah bagi memberi informasi dan
maklumat kepada semua pengendali makanan bagi mengelakkan restoran atau premis
perniagaan anda disita.

Sekiranya premis anda disita 14 hari, ia akan mendatangkan nama yang buruk kepada
perniagaan anda tambahan lagi kerugian penjualan selama setengah bulan. Ini
merupakan mimpi ngeri bagi tokey restoran.

Oleh yang demikian, jadikanlah panduan ebook ini sebagai panduan dan sekiranya
boleh, cetak ebook panduan ini dan jadikan panduan kepada semua staf pekerja
sebelum mula bekerja dengan anda supaya mereka tahu cara etika kerja sebagai
pengendali makanan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


8
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

1. Lesen Perniagaan Yang Sah Dari Pihak Berkuasa Tempatan

Perniagaan yang didapati beroperasi tanpa mendapat lesen yang sah dari Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), tindakan kompaun akan dikenakan bergantung kepada nilai
yang ditetapkan oleh PBT daerah operasi premis anda tanpa sebarang notis.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khas di Malaysia ialah satu badan khas yang diberi
peranan mentadbir satu kawasan khas sebagai kerajaan tempatan.
Sekiranya anda berada di Ipoh, Perak maka anda perlu berurusan dengan MAJLIS
BANDARAYA IPOH (MBI).

Lesen Perniagaan Dari PBT Yang belum tamat tempoh

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


9
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

2. Pamerkan Lesen Perniagaan

Lesen yang telah diperolehi hendaklah dipamerkan di ruangan yang senang di lihat.
Walaupun ia nampak seperti remeh, namun ia merupakan kesalahan dan boleh
dikenakan denda.

Memaparkan Lesen Perniagaan - Kredit - zaiddong.blogspot.com

3. Penyimpanan Makanan Sudah Dimasak Dengan Bahan Mentah


Hendaklah Di Asingkan

Makanan Yang telah dimasak dengan bahan mentah hendaklah diasingkan bagi
mengelakkan berlakunya pencemaran silang atau ‘Cross Contamination’
Sekiranya pencemara silang terjadi, adalah kemungkinan besar makanan yang
dimasak akan dicemari bacteria dan mengakibatkan keracunan makanan kepada
pelanggan restoran.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


10
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Asingkan Bahan Mentah dengan Makanan yang Telah Di Masak

4. Ramuan Dan Makanan Mentah Hendaklah Di Labelkan

Semua produk makanan hendaklah disertakan dengan/atau maklumat yang mencukupi,


untuk membolehkan pengedali seterusnya dalam rantaian makanan tersebut, dapat
mengendalikan, mempamerkan, menyimpan dan menyediakan serta menggunakan
produk tersebut dengan selamat dan betul.
Pelabelan produk dan bekas (holding container) mestilah hendaklah mematuhi
keperluan perundangan yang berkaitan.
Setiap bungkusan produk perlu dilabel secara kekal, mudah dibaca, dan tahan lama,
serta mengandungi maklumat jenama, jenis produk (kod produk), syarikat yang
bertanggungjawab, tarikh luput dan cadangan suhu penyimpanan.
Prosedur perlu disediakan untuk mengelakkan kesalahan pelabelan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


11
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Pelabelan Mesti Di Lakukann Dengan Sistematik

5. Gunakan Bekas Yang Tidak Kemek/Berkarat/Kalis Air

Simpan makanan berkaleng yang belum dibuka di tempat yang sejuk dan kering.
Makanan berkaleng yang telah dibuka mesti disimpan di dalam peti sejuk. Pindahkan
makanan berkaleng selepas dibuka ke dalam bekas lain sebelum disimpan dalam peti
sejuk. Jika dibiarkan di dalam kaleng, isi kandungan akan bertindakbalas dengan
lapisan tin apabila ia terdedah kepada udara.

Makanan berkaleng tidak sepatutnya disejukbekukan. Sekiranya kaleng dibekukan


secara tidak sengaja dan kemudian dinyahbekukan, periksa bagi tanda-tanda yang
dicurigai terutama kebocoran. Proses pembekuan akan mengakibatkan perubahan di
dalam suhu dan pengembangan pada isi kandungan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


12
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Penyimpanan Makanan DI Dalam Bekas Yang Bersih - Kredit - Moneysavingmom.com

Bekas Yang Berkarat Tidak Boleh Digunakan kredit -www.shescraftycrafty.com

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


13
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

6. Proses Penyediaan Bahan Mentah Mestilah Di Tempat Tinggi Melebihi


0.5meter, Kalis Air Dan Bersih

Proses menyediakan bahan mentah untuk dimasak hendaklah dilakukan di tempat yang
bersih, tinggi & kalis air sekurang-kurangnya 3 kaki dari paras lantai.

Penyediaan Makanan Di Tempat Yang Tinggi - Kredit - professional.electrolux.com

7. Makanan Hendaklah Di Simpan Di Tempat Yang Tertutup Pada Suhu


Yang Bersesuaian

Makanan dimasak yang perlu disimpan lebih daripada 4 jam, pastikan ia disimpan pada
suhu dingin (kurang 4 °C) atau pada suhu melebihi 60 °C. Bakteria dapat membiak
cepat pada suhu zon bahaya. Jika makanan dibiarkan pada suhu ini selama 4 jam atau
lebih, bakteria boleh membiak ke paras yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Walau bagaimanapun elakkan menyimpan makanan yang masih panas di dalam peti
sejuk. Haba daripada makanan panas ini akan meningkatkan suhu di dalam peti
sejukdan membolehkan bakteria membiak.
Makanan mentah biasanya mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan
dan keracunan makanan. Makanan masak mudah tercemar jika bersentuhan dengan
makanan mentah dan ini mengakibatkan pencemaran silang. Langkah-langkah berikut
perlu diikuti untuk mengelakkan pencemaran silang
Makanan berisiko/telah dimasak diletak pada suhu sesuai semasa penyimpanan,
penyediaan, pengangkutan, penghidangan

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


14
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Penyimpanan peti sejuk : cukup sesuai, susunan makanan , berkeadaan bersih , teratur
dan difros

MAKANAN SUHU MENYIMPAN TEMPOH PENGGUNAAN

Ikan 0 °C – 2 °C 2 – 3 hari

Makanan laut 0 °C – 2 °C 2 hari

Daging 0 °C – 2 °C 2 – 3 hari

Daging cincang 0 °C – 2 °C 2 – 3 hari

Ayam 0 °C – 2 °C 2 hari

Sayur berdaun 1°C – 9°C 3 – 5 hari

Susu 0 °C – 2 °C 5 – 7 hari

Krim 0 °C – 2 °C 5 hari

Makanan yang telah dimasak 0 °C – 3 °C 3 – 4 hari

Buah 1 °C – 9 °C 2 – 7 hari

Daging awet 0 °C – 2 °C 2 – 3 minggu

Jus buah 0 °C – 2 °C 1 – 2 minggu

Mentega 0 °C – 4 °C 8 minggu

Margerin 0 °C – 4 °C 8 minggu

Keju 0 °C – 2 °C 1 – 3 bulan

Marjerin dan mentega 2 °C – 7 °C 6 bulan

Buah kering 0 °C > 2 tahun

Daging & ikan kering 0 °C > 2 tahun

Panduan Suhu Dan Penyimpanan Makanan

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


15
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

8. Semua Pengendali Makanan Hendaklah Mendapatkan Suntikan TY2 /


Suntikan Typhoid

Suntikan typhoid mestilah diambil bagi semua pengendali makanan setiap 3 tahun dan
wajib menyimpan bukti seperti kad suntikan atau surat pengensahan doktor. Suntikan
Typhoid boleh didapati di klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan boleh
disemak di www.kursuspengendalianmakanan.com.

Suntikan Typhoid - Kredit - Kursuspengendalianmakanan.com

9. Semua Pengendali Makanan Hendaklah Menghadiri Kursus


Pengendalian Makanan.

Kursus Pengendalian Makanan wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan sekali
seumur hidup dan perlu mengulang semula sekiranya didapati tidak mengamalkan
amalan yang diajarkan didalam kursus.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


16
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Kursus Pengendalian Makanan

Anda boleh membuat carian Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang berhampiran
anda di SINI .

10.Semua Pengendali Makanan Hendaklah Memakai Apron, Menutup


Kepala Dan Memakai Kasut

Selipar adalah dilarang sama sekali bagi pengendali makanan. Ini juga termasuk segala
eksesori seperti gelang, anting-anting dan juga jam tangan.
Semua pengendali makanan menjaga kebersihan diri, kuku yang pendek, tiada luka,
tidak merokok, menghembus hidung, batuk dan bersin kearah makanan semasa
menyedia makanan, mencuci tangan selepas ke tandas dan sebelum memegang
makanan.
Penggunaan penyepit, sudu, sarung tangan adalah wajib mengikut keadaan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


17
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Contoh Pemakaian Pengendali Makanan - Kredit - balannambiar.wordpress.com

11.Tidak Di Benarkan Memasak Di Belakang Lorong Premis

Anda adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan ruang belakang premis bagi
tujuan memasak.

Memasak di Bahagian Belakang Premis

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


18
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

12.Semua Peralatan Atau Perkakas Yang Digunakan Untuk Memasak


Hendaklah Dalam Keadaan Bersih, Mudah Di Cuci, Kalis Air dan
Tidak Pecah, Retak Atau Rosak

Pastikan peralatan memasak yang digunakan didalam dapur dalam keadaan baik.
Pastikan peralatan yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan tidak berada di
kawasan dapur.
Peralatan dan perkakasan hendaklah disimpan dengan bersih teratur, kemas dan tidak
sesak.
Kain lap (tuala) bersih dan penggunaan khusus.
Permukaan premis TIDAK bersentuhan makanan : sesuai binaan dan
rekabentuk,permukaan mudah dicuci dan bersih (Kabinet, meja, dapur, pintu, tingkap
etc)

Perhatikan gambar dibawah ini. Pada pendapat anda, adakah papan pemotong seperti
ini yang berada berdekatan sinki boleh digunakan lagi?

Apa Pandangan anda Mengenai perkakasan yang digunakan di restoran ini?

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


19
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

13.Semua Peralatan Yang Tidak Digunakan Hendaklah Dikeluarkan


Daripada Premis

Pastikan alatan makanan yang sudah tidak boleh digunakan dibuang segera dan tidak
terdapat di dalam premis.

14.Pinggan Mangkuk Dan Lain-lain Perkakas Hendaklah Dicuci Di Dalam


Sinki . Tidak Di Atas Lantai

Kemudahan pencucian peralatan: sesuai binaan & rekabentuk dijaga bersih


mencukupi(pencucian dilakukan ditempat tinggi dan bukan di atas lantai)
Peralatan dan perkakasan hendaklah disimpan dengan bersih teratur, kemas dan tidak
sesak.
Permukaan premis TIDAK bersentuhan makanan : sesuai binaan dan
rekabentuk,permukaan mudah dicuci dan bersih (Kabinet, meja, dapur, pintu, tingkap
etc)

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


20
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Perkakas di basuh di lantai - kredit - whiteraven68.blogspot.com

15.Pinggan Mangkuk Dan Perkakasan Lain Tidak Dibenarkan Dicuci Di


Lorong Belakang Premis

Perkakasan memasak hanya boleh di cuci di sinki dan bukan di lorong belakang
premis.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


21
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


22
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

16.Tidak Dibenarkan Menggunakan Paip Getah

Air yang digunakan bagi penyediaan makanan dan juga untuk kegunaan mencuci
peralatan hendaklah diambil terus dari paip. Penggunaan paip getah adalah dilarang.

Padah restoran kotor- kredit - sinarharian.com

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


23
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

17.Longkang hendaklah Dibaiki Kerosakan Dan Dibersihkan

Longkang hendaklah bersih dan diperbaiki kerosakakn yang ada supaya aliran air
limbah tidak tersekat @ bertakung.

18.Sisa Makanan Tidak Boleh Dibuang Ke Dalam Longkang

Semua sisa makanan hendaklah dikumpulkan dan tidak dibuang di dalam longkang

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


24
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

19.Semua Air Cucian Dari Premis Hendaklah Dialirkan Melalui


Perangkap Minyak (grease Trap) Sebelum Di Salurkan Ke Sistem
Pembentungan atau Parit.

Pembuangan & pengaliran air limbah dialirkan dengan sempurna dan lancar serta
dilupuskan dengan sebaiknya serta penggunaan “Grease trap”

20.Tandas Hendaklah Sentiasa Dalam Keadaan Bersih.

Sabun disediakan secukupnya.


Pastikan jamban tidak tersumbat. Sekiranya terdapat kerosakan, pastikan di letakkan
papan tanda sementara agar pengunjung sedia maklum dan ambil tindakan segera
untuk menyelesaikan kerosakan tersebut.
Pastikan dilekatkan poster atau perekat 7 Langkah Basuh Tangan yang boleh
diperolehi di PBT daerah dengan percuma.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


25
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


26
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

21.Semua Pemasangan Di Dalam Tandas Hendaklah DI Baiki Sekiranya


Rosak

Kebersihan tandas mencermihkan personality penghuninya!


Apabila penguatkuasaan kesihatan datang ke restoran atau kilang untuk melakukan
pemantauan, ruangan pertama sekali yang akan dikunjungi ialah tandas. Anda tidak
akan tahu bila penguatkuasa akan datang, jadi lebih baik kekalkan kebersihan sahaja.

22.Jubin Lantai Atau DInding Yang Rosak Hendaklah DI Baiki

Jubin yang rosak atau pecah hendaklah diganti bukan hanya ditampal simen seperti
dalam gambar dibawah ini.
Ini adalah bagi mengelakkan air bertakung dan menjadi tempat penyerapan bacteria.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


27
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

23.Lantai Premis Hedaklah Di Pasang Dengan Jubin

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


28
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

24.Lantai Premis Hendaklah Sentiasa Bersih, TIdak Licin Dan Dibaiki


Kerosakan Sekiranya ada

Permukaan lantai hendaklah diperbuat daripada permukaan yang senang dicuci dan
kalis air di seluruh ruang premis

Restoran Yang Bersih - Kredit - Anjungseri.com

25.Dinding Premis Hendaklah Dipasang Dengan Jubin Setinggi 1.5Meter


Dari Paras Lantai

Permukaan dinding hendaklah dengan pemasangan jubin atau bahan yang mudah
dicuci sekurang-kurangnya 5 kaki tinggi dan kalis air diseluruh ruang premis.
Perhatikan Jubin yang setinggi 1.5 Meter yang di tunjukkan oleh Perdana Menteri Dato’
Seri Najib Razak.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


29
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

26.Dinding Serta Siling dan Kipas Hendaklah Dalam Keadaan Bersih Dan
segala Kerosakan Hendaklah Di Baiki Sekiranya Ada.

Siling perlu dipastikan bersih dari habuk dan sawang.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


30
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

27.Corong Asap Hendaklah Di Pasang. Serombong Asap Hendaklah Di


Pasang Ke Paras Bumbung. Corong Asap Hendaklah DI Pasang
Dengan Perangkap Minyak, Di Bersihkan Dan Diselenggara Dalam
Keadaan baik.

Peredaran udara dan pencahayaan yang mencukupi. Bahagian dapur perlu dibekalkan
dengan cerobong asap bagi mengeluarkan asap dari dalam premis/exhaust fan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


31
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

28.Hendaklah Mengambil Langkah-Langkah Pencegahan daripada


Makhluk Perosak Seperti Lipas, Lalat, tikus dengan Menggunakan
Perkhidmatan Syarikat Kawalan Serangga Yang Berdaftar.

Langkah-Langkah penghapusan LILATI hendaklah dijalankan terutama ditempat


penyimpanan makanan dan bahan mentah serat di dalam premis.
Premis sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih, teratur, (pembersihan berjadual &
mencukupi)

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


32
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

29.Tong sampah Hendaklah Disediakan Dengan Bilangan Yang


Mencukupi Dan Sentiasa Dalam Keadaan Bertutup

Tong sampah mecukupi, sesuai , mempunyai beg karung dan penutup yang sempurna.
Tong sampah berkeadaan bersih. Semua sisa makanan dimasukkan ke dalam karung
(pelupusan di luar premis) Langkah-langkah kawalan terhadap Lilati (Lipas/Lalat/Tikus)
diambil mencegah kehadirannya akibat dari pelupusan sampah/sisa makanan yang
tidak sempurna

Tong Sampah Tidak Bertutup - Kredit - Utusan Online

30.Tidak Di Benarkan Meletakkan Apa-apa Barang/Peralatan Yang


Berkaitan Dengan Perniagaan Di siarkaki/ Tepi/ Belakang Premis.

Semua Halangan Di Siarkaki Seperti Gerai Makanan Hendaklah Di Masukkan Ke


Dalam Premis.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


33
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Tiada terdapat barangan jualan atau benda-benda lain yang boleh memberi gangguan,
halangan dijalan susur, lorong belakang, kaki lima dan tepi jalan

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


34
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

31.Semua Binaan Haram / Tanpa Kebenaran Hendaklah Dirobohkan

MBPJ Ambil Tindakan Terhadap Restoran Gagal Patuhi Peraturan - Kredit - Selangorku.com

Penguatkuasa meruntuhkan pengubahsuaian haram oleh pemilik kedai - Kredit - Selangorku.com

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


35
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

32.Hendaklah Memohon Permit Kerusi Meja Sekiranya Ingin Meletakkan


Di Luar Premis.

33.Premis Hendaklah Di Pastikan Dalam Keadaan Baik

Premis restoran adalah tempat orang menjamu selera. Adalah satu amalan yang baik
sekiranya suasana dan persekitaran yang bersih dapat dikekalkan demi keselesaan
dan menjamin kesihatan pengunjung yang datang menikmati makanan di restoran.
Ini secara tidak langsung akan menarik lebih banyak pelanggan dan seterusnya
menaikkan penjualan syarikat.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


36
TUTUP 14 HARI ! – 33 KESALAHAN PENGENDALI MAKANAN YANG WAJIB DIKETAHUI

Kesimpulan

Makanan adalah keperluan asas kepada kehidupan manusia. Seringkali kita


didedahkan oleh media masa yang memaparkan kejadian kes-kes keracunan makanan
yang berlaku di sekolah, restoran dan kenduri. Oleh itu, diharapkan agar maklumat
mengenai garis panduan kebersihan premis makanan dan restoran ini dapat membantu
pelbagai pihak terutama pengendali makanan dan pengguna semasa mereka
mengendalikan makanan atau membeli makanan di luar.
Adalah diharapkan agar pengusaha dan pengendali makanan mempunyai rasa
tanggungjawap sosial kepada pengguna semasa menyediakan makanan bagi
megelakkan daripada kejadian keracunan makanan.
Agensi yang bertanggungjawap seperti Bahagian Kawalan Mutu Makanan Kementerian
Kesihatan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis-Majlis Perbandaran
mempunyai pelbagai kaedah tersendiri untuk memantau tahap kebersihan makanan
dan sanitasi di premis menjual makanan dan restoran. Namun begitu, adalah mustahil
bagi mereka untuk memantau keseluruhan rasetoran yang beribu jumlahnya di
Malaysia ini. Oleh itu, kesedaran pengusaha restoran adalah amat penting bagi
meningkatkan mutu kebersihan makanan di Malaysia.
Akhirnya, dengan kerjasama yang baik diantara agensi yang bertanggungjawab,
pengusaha dan pengendali makanan dan pengguna diharapkan dapat mengatasi
masalah keracunan makanan atau penyakit bawaan makanan demi kesejahteraan
negara dan menyahut misi negara iaitu menuju kepada status Negara Maju dan
Wawasan 2020.

Lawati KURSUSPENGENDALIANMAKANAN.COM - Laman Web


Khusus Pengendali Makanan

Hakcipta Terpelihara © 2015 Kursuspengendalianmakanan.com


37

Anda mungkin juga menyukai