Anda di halaman 1dari 5

Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa

ke semasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada
antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras
dengan negara-negara maju yang lain seperti yang sering diperkatakan, ‘duduk
sama rendah berdiri sama tinggi’. Namun begitu , meniti dari bibir ke bibir manusia di
segenap empat penjuru dunia ini adalah tentang gejala tidak sihat yang berkaitan
dengan pemakanan tidak selamat dalam persekitaran kotor yang menular dalam
kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh masyarakat khususnya golongan
pelajar dan remaja yang kurang mempunyai pengetahuan tentang amalan
pemakanan sihat dan kepentingan pendidikan persekitaran. Antara contoh gejala
tidak sihat berkaitan isu tersebut ialah tifoid, kolera, keracunan makanan dan
sebagainya. Gambar 1 menunjukkan sumber daripada Ketua Pengarah Kesihatan,
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tentang isu pertambahan keracunan makanan di
negeri kedah, perak dan selangor.

GAMBAR 1

Malangnya, masyarakat kita kurang faham akan masalah ini


sehinggakan pelbagai usaha untuk membendungnya masih kurang berhasil.
Persoalannya di sini, apakah punca-punca yang menyebabkan belakunya masalah
ini? Sudah pasti terdapat banyak punca berlaku isu ini.
Terdapat banyak punca yang mendorang berlaku isu ini. Punca utama yang
menyebabkan isu ini berlaku ialah disebabkan kekotoran. Kekotoran yang
dimaksudkan meliputi kekotoran keadaan sekitar, air yang digunakan untuk
membasuh bahan makanan, peralatan memasak, tukang masak dan makanan itu
sendiri. Kawasan persekitaran yang dipenuhi sampah sarap akan menjadi sarang
pembiakan serangga yang boleh menyebabkan air dan makanan tercemar. Mereka
yang memasak makanan mestilah memastikan bahawa air yang digunakan untuk
membasuh makanan ialah air yang bersih, dan air yang mengalir. Jika air disimpan
atau ditakung dan digunakan berkali-kali mungkin menjadi tidak bersih dan
menyebabkan kuman yang terdapat pada bahan makanan masih ada pada
makanan tersebut. Sesetengah bahan makanan pula, seperti makanan laut memang
perlu dibersihkan dan dimasak dengan sempurna. Risiko keracunan adalah tinggi
jika kebersihan bahan makanan mentah tidak dijaga. Jelaslah bahawa, punca utama
yang menyebabkan isu ini berlaku ialah disebabkan kekotoran.

Selain itu, sikap pengusaha kedai yang mengabaikan aspek kebersihan


dalam penyediaan makanan juga merupakan punca berlaku ini. Hal ini demikian
kerana kebanyakan daripada mereka hanya mementingkan keuntungan semata-
mata dan kurang mengambil berat tentang kualiti makanan yang dijual. Sehubungan
dengan itu, mereka tidak akan mempedulikan sama ada makanan tersebut boleh
dijual atau tidak kepada para pelanggan. Contoh yang boleh diketengahkan ialah
mereka tidak mencuci bahan mentah yang digunakan dengan sempurna sebelum
memasak sesuatu hidangan. Bagi membuktikan perkara ini gambar 2 menunjukkan
berita berkaitan isu.

GAMBAR 2
Selain itu, sikap manusia yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan diri juga
merupakan punca berlakunya isu ini. Kebanyakan orang memandang remeh kepada
soal kebersihan diri dan kualiti sesuatu makanan. Oleh itu mereka akan
mengabaikan aspek kebersihan dan membeli makanan yang sudah tercemar.
Sebagai contoh, mereka tidak mencuci tangan dengan sabun sebelum makan
sesuatu makanan. Selagi manusia tidak mengambil berat tentang kebersihan diri
pastinya masalah ini akan terus berlarutan. Tuntasnya, sikap pengusaha kedai yang
mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan sikap manusia
yang kurang mengambil berat tentang aspek kebersihan diri merupakan punca-
punca berlaku isu ini.

Isu ini turut memberikan pelbagai kesan kepada setiap individu. Pemakanan
yang tidak selamat boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan
awal. Hal ini demikian kerana ia boleh mengakibatkan banyak penyakit seperti
keracunan makanan, kolera dan lain-lain. Sebagai contoh, jika seseorang
mengalami masalah keracunan makanan ia boleh mengakibatkan kecacatan seperti
lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik serta menyebabkan
komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga
menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik. Ini seterusnya akan menurunkan
tekanan darah dan kegagalan buah pinggang. Mereka juga akan kehilangan garam
kalium yang terlalu banyak dari tubuh. Hal ini mengakibatkan kekejangan otot
termasuk jantung, sawan dan juga koma. Oleh itu setiap orang haruslah memahami
amalan pemakanan sihat dan kepentingan pendidikan persekitaran.

Langkah-langkah yang sewajarnya harus disegerakan oleh pihak yang


bertanggungjawab untuk menangani isu ini. Pertamanya masyarakat perlu
memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah keracunan makanan bak
kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Setiap
orang perlulah mengenal pasti tahap kebersihan tempat penyediaan dan tempat
penjualan makanan agar benar-benar terhidar daripada lipas, tikus dan lain-lain
anasir perosak makanan. Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa
untuk mengambil tindakan yang segera jika terdapat kedai makanan yang kotor. Hal
ini demikian kerana mereka boleh melaporkan masalah tersebut di pejabat kesihatan
daerah. Biasanya pada dinding restoran ada ditampalkan gred kebersihan premis
berkenaan dari sangat bersih hinggalah ke gred sangat tidak bersih. Premis yang
dilabel sangat tidak bersih akan diarah tutup, disaman serta diarahkan
membersihkan dalam tempoh yang ditetapkan, sebelum boleh membuka semula
perniagaan tersebut. Gambar 3 menunjukkan label-label premis makanan.

GAMBAR 3

Sememangnya kita perlu lebih prihatin,


memerhati tahap kebersihan premis perniagaan makanan dengan melihat label yang
ditampel, lihat jua cara pemakaian pengendali makanan, penjual minuman, pastikan
mereka berpakaian bersih, apronnya bersih, tidak berpeluh, pastikan air tidak
menitis ke dalam makanan dan minuman. Tambahan pula, pihak sekolah juga perlu
memainkan peranan mereka dalam membendung isu ini. Hal ini demikian kerana
golongan pelajar juga harus peka terhadap gejala tidak sihat yang berkaitan dengan
pemakanan tidak selamat. Pihak sekolah haruslah megadakan satu program
berkaitan keselamatan pemakanan dalam persekitaran sihat. Antara program yang
boleh pihak sekolah mengadakan ialah ceramah dan kempen tentang keselamatan
makanan. Dengan mengadakan program seperti ini pihak sekolah dapat
menerapkan pengetahuan tentang amalan pemakanan sihat dan kepentingan
persekitaran serta dapat mengelakkan isu seperti ini berlaku.

Selain itu, cara penyediaan makanan yang beretika dan betul seperti
piawaian pemakanan juga dapat mengatasi isu ini. Pihak penyedia makanan seperti
tukang masak mestilah mematuhi etika sebagai tukang masak yang
bertanggungjawab. Peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau, sudip dan lain-
lain mestilah dalam keadaan bersih. Sementara itu, pengguna perlu memastikan
bahan masakan berada dalam keadaan segar, berkualiti dan bukannya yang sudah
tarikh luput ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran. Bahan-bahan
ini mestilah dibersihkan terlebih dulu supaya tiada kuman ataupun bakteria yang
melekat. Dalam hal ini, penyedia makanan mestilah berkeadaan sihat dan tidak
menghidap sebarang penyakit yang mudah berjangkit seperti selesema, batuk, cirit-
birit dan lain-lain. Hal ini demikian kerana orang lain ataupun pengguna boleh
dijangkiti melalui virus yang disebarkan ketika memasak. Penyedia makanan yang
peka dengan obligasinya akan sentiasa memastikan pakaiannya bersih. Oleh itu,
sudah terang lagi bersuluh, faktor kebersihan ialah faktor asa ke arah menjamin
tahap kualiti makanan, seterusnya menghindarkan diri daripada berlaku masalah ini.

Kesimpulannya, gejala tidak sihat yang berkaitan dengan pemakanan tidak


selamat dalam persekitaran kotor menular dalam kalangan masyarakat perlu sama-
sama kita pandang serius, atasi dengan penuh prihatin dan semua pihak termasuk
remaja, ibu bapa, kerajaan, pengurus kedai makan atau restoran dan sebagainya
perlu memainkan peranan mereka dalam menangani isu ini. Semua pihak mesti
mengutamakan amalan pemakanan sihat dalam persekitaran yang selamat. Isu ini
masih boleh diatasi dan ditangani dengan kaedah yang bersesuaian, bertepatan
dengan hasrat kita mengutamakan kebersihan dan keselamatan diri kita.

Anda mungkin juga menyukai