Anda di halaman 1dari 3

Langkah-langkah untuk Mengelakkan

Keracunan Makanan
· jangan menyimpan makanan terlalu lama
· penyediaan makanan yang beretika dan betul
· Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memantau operasi di premis-
premis yang berkaitan
· memeriksa kualiti makanan yang hendak kita makan
Perenggan Isi 1 - Jangan menyimpan makanan terlalu lama
Antara langkah yang berkesan untuk menangani masalah
keracunan makanan ialah mengelakkan diri daripada makan
makanan yang telah tamat tarikh luputnya ataupun yang disimpan
terlalu lama. Hal ini demikian kerana makanan tersebut berisiko untuk
berkulat dan tidak baik untuk tubuh badan kita. Kaji selidik yang pernah
dilakukan di Tenesse State University ke atas 210 buah rumah mendapati
bahawa 22 peratus daripada mereka akan menyimpan makanan yang
luput tarikh, berkulat dan rosak. Keadaan yang sama juga berlaku dalam
kalangan masyarakat kita. Sikap suka menyimpan makanan yang telah
tamat tarikh luput mengundang padah kerana makanan tersebut sudah
mula dicemari bakteria. Oleh itu, semasa membeli barang, perhatikan
tarikh luput yang disarankan supaya kita dapat menjangkakan tempoh
penyimpanan makanan tersebut. Kita janganlah menggelabah ataupun
terburu-buru ketika membeli makanan kerana kemungkinan makanan
yang diambil telah hampir tarikh luputnya. Dalam hal ini, gurindam
Melayu ada menyebut:
Ikut rasa binasa,
Ikut suka duka.
Ikut hati mati,
Kita tidak digalakkan mengambil makanan yang hampir tarikh luputnya
kerana khasiat makanannya semakin hilang dan teksturnya akan berubah.
Tuntasnya, makanan yang telah tamat tarikh luputnya jika diambil boleh
mendatangkan kemudaratan kepada badan kita.
· Perenggan Isi 2 - penyediaan makanan yang beretika dan betul
Selain itu, cara penyediaan makanan yang beretika dan betul
seperti piawaian pemakanan juga dapat mengatasi isu keracunan
makanan. Pihak penyedia makanan seperti tukang masak mestilah
mematuhi etika sebagai tukang masak yang bertanggungjawab.
Peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau, sudip dan lain-lain
mestilah dalam keadaan bersih. Sementara itu, seyogianya bahan
masakan berada dalam keadaan segar, berkualiti dan bukannya yang
sudah tarikh luput ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan
kekotoran. Bahan-bahan ini mestilah dibersihkan terlebih dulu supaya
tiada kuman ataupun bakteria yang melekat. Dalam hal ini, penyedia
makanan mestilah berkeadaan sihat dan tidak menghidap sebarang
penyakit yang mudah berjangkit seperti selesema, batuk, cirit-birit
dan lain-lain. Hal ini demikian kerana orang lain ataupun pengguna
boleh dijangkiti melalui virus yang disebarkan ketika memasak.
Penyedia makanan yang peka dengan obligasinya akan sentiasa
memastikan pakaiannya bersih. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh,
faktor kebersihan ialah faktor asa ke arah menjamin tahap kualiti
makanan, seterusnya menghindarkan diri daripada keracunan
makanan.
Perenggan Isi 3 - Makanan yang terjamin bersih dan selamat
Prakarsa seterusnya ialah kita seyogianya memeriksa kualiti
makanan yang hendak kita makan. Makanan kering seperti beras, pasta
dan lain-lain lagi tidak sukar dijaga kerana tidak mempunyai lembapan
yang cukup untuk bakteria membiak. Makanan di dalam tin pula kedap
udara, biasanya makanan sebegini tidak dikhuatiri keselamatannya.
Namun, perkara yang merisaukan kita ialah kualitinya. Sekiranya kita
menyimpan makanan yang plastik pembungkusnya sudah berlubang atau
koyak serta tin yang kemik ataupun berkarat perlulah dibuang segera
kerana berisiko untuk dimakan. Hal ini demikian kerana, makanan
tersebut sudah terdedah kepada cahaya matahari yang boleh
menyebabkan kita mengalami keracunan makanan jika diambil.
Makanan seperti ini perlulah dibuang untuk mengelakkan ahli keluarga
kita mengambilnya tanpa disedari. Dalam hal ini kita janganlah bersikap
hendak berjimat tetapi dalam masa yang sama mengabaikan aspek
keselamatan dan kesihatan semasa makan. Makanan yang baru dibeli
perlulah disusun pada bahagian belakang rak. Tindakan ini perlu
dilakukan untuk memastikan makanan yang lama dihabiskan terlebih
dahulu. Sekiranya kita berasa khuatir atau waswas dengan kualiti
makanan yang disimpan, jangan kita ambil makanan tersebut kerana
kemungkinan besar boleh menjejaskan kesihatan. Tidak dinafikan,
apabila kita asyik membeli dan kemudiannya dibuang sahaja makanan itu
tidak baik kerana berlakunya pembaziran. Allah telah berfirman yang
bermaksud, "Sesungguhnya orang yang suka membazir itu saudara
syaitan". Oleh itu, bagi mengelakkan pembaziran, kita perlu
menyediakan senarai makanan secara berkala dan sentiasa peka dengan
tarikh luputnya.
Seterusnya, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memantau
operasi di premis-premis yang berkaitan dengan penyediaan makanan
secara lebih kerap. Kakitangan yang bertanggungjawab perlu membuat
pemeriksaan mengejut secara kerap di semua premis seperti restoran,
kantin, gerai-gerai makanan ataupun minuman dan lain-lain tanpa perlu
menunggu laporan yang dibuat. Pemantauan secara berkala diyakini
dapat menangani masalah ini dan tindakan sebegini diharapkan
tidak hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam, iaitu bersemangat pada
permulaan sahaja. Peniaga yang tidak mematuhi piawai wajar dikenakan
hukuman berasaskan peruntukan dalam akta penyediaan makanan seperti
menggantung lesen perniagaan. Dalam hal ini, orang ramai perlu
memainkan peranan dan bekerjasama dalam usaha menangani masalah ini.
Tuntasnya, semua anggota masyarakat perlu cakna dalam soal ini,
iaitu sekiranya ada premis makanan yang mengabaikan kebersihan, mereka
perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai