Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan 1:

Menangani Keracunan Makanan


Pendahuluan:
Sejak kebelakangan ini, kes keracunan makanan kerap berlaku di sekolah. Isu
ini sering dilaporkan oleh media massa. Oleh itu, kita perlu prihatin dengan kes
keracunan makanan yang hangat dibincangkan ini. Malangnya, masyarakat kita kurang
faham akan tanggungjawab sendiri sehinggakan pelbagai usaha untuk membendung
masalah ini masih kurang berhasil. Usaha-usaha boleh dilakukan untuk menangani kes
keracunan makanan ini.

Banyak punca yang menyebabkan keracunan makanan.

Antaranya, kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan yang tidak bersih dan
keadaan persekitaran kantin yang kotor.
1. Isi isi penting :
2. Pengusaha-pengusaha kantin perlu mematuhi syarat-syarat penyediaan
makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan arahan supaya semua
penjual makanan memakai apron dan menggunakan peralatan yang bersih untuk
menyediakan makanan,
3. Pengusaha-pengusaha kantin harus memastikan makanan dan minuman
disimpan dalam keadaan yang bersih. Mereka harus menutup makanan agar
tidak terdedah kepada habuk dan lalat. Selain itu, pihak kantin harus memastikan
dan menjaga kebersihan kantin. Pihak kantin perlu sentiasa membersihkan
kawasan kantin, terutamanya di bahagian tempat memasak. Tindakan yang
tegas harus dikenakan kepada pengusaha-pengusaha kantin yang ingkar
kepada arahan tersebut.
4. Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas
daripada bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian
kerana kebanyakan murid terpaksa makan di kantin pada waktu makan tengah
hari. Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta
mengelakkan makanan yang dijual sentiasa terdedah dengan lalat.

5. Selain itu, murid-murid juga disarankan agar mengutamakan kebersihan diri


semasa makan di kantin. Murid-murid sepatutnya mencuci tangan terlebih
sebelum makan supaya makanan yang dimakan tidak tercemar. Pihak sekolah
juga boleh mengalakkan pelajar menjaga kebersihan diri melalui kempen atau
ceramah tentang kepentingan kesihatan diri. Melalui kempen dan ceramah ini,
pelajar boleh dididik tentang cara pemakanan yang bersih. Mereka juga dapat
dididik untuk memilih makanan yang bersih serta berkhasiat demi kesihatan diri.
Ini bukan sahaja dapat mengelakkan kes keracunan makanan, malah dapat
memupuk generasi muda tentang kepentingan menjaga kebersihan pemakanan
yang berkhasiat.
6. Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripa
da bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana
kebanyakan murid terpaksa makan di kantin pada waktu makan tengah
hari. Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta
mengelakkan makanan yang dijual sentiasa terdedah dengan lalat.
7. Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini
demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersih
an sesebuah kedai. Mereka perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kera
p di semua kedai makan tanpa perlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga ya
ng bersalah perlu dkenakan hukuman berat seperti dikenakan denda dan digantu
ng lesen perniagaan.
Terbukti bahawa peranan kerajaan amat penting bagi mengatasi masalah keracu
nan

makanan.

8. Selanjutnya, pihak sekolah hendaklah memastikan kawasan sekolah


terutamanya kantin sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran, di samping
memastikan pengusaha kantin mengutamakan mengikut pertauran pada setiap
masa. Pihak sekolah perlu mengarahkan pengusaha kantin membersihkan
kawasan persekitaran kantin sekiranya kotor. Meja, kerusi dan peralatan yang
lain yang digunakan oleh pelajar untuk makan juga mestilah bersih. Kualiti

makanan yang disediakan kepada murid juga perlulah dipantau selalu oleh pihak
sekolah agar tiada makanan yang basi atau tercemar dijual kepada murid. Pihak
sekolah harus memastikan pelajar-pelajar juga mempunyai tanggungjawab agar
tidak membuang sisa-sisa makanan di merata-rata kawasan sekolah
terutamanya kantin.
Kesimpulan :
1. Kesimpulannya, keracunan makanan yang berlaku di sekolah hendaklah
dipandang serius oleh pelbagai pihak. Hal ini demikian kerana kantin
sekolah merupakan tempat yang menjual makanan kepada murid
sekolah dan murid pula tiada pilihan lain untuk mendapatkan makanan.
Kesihatan murid yang datang bersekolah untuk menimba ilmu wajib
dijaga. Maka, sewajarnya kantin sekolah dipersalah apabila berlakunya
kes keracunan makanan. Pihak sekolah pula perlu memantau kantin
sekolah dari semasa ke semasa agar kes keracunan makanan tidak
berulang lagi. Janganlah apabila sudah berlaku barulah hendak beringat
peribahasa sudah terantuk baru tengadah.
2. Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak
memainkan peranan yang sewajarnya. Semua pihak mesti
mengutamakan kebersihan dalam makanan dan minuman.
Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan
bersungguh-sungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai