Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN PERIBAHASA- seperti kacang lupakan kulit

Pak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan tinggi. Dia tidak
mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan yang serupa dengannya. Pak
Kamal lebih suka melihat Ali berjaya dalam hidupnya dan memiliki pelajaran
yang baik.
Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinya akan bekerja keras di sawah untuk
memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup berlapar dan tidak
memiliki pakaian yang banyak asalkan anak mereka itu mampu ke sekolah
setiap hari. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yang
merupakan anak tunggal mereka.
Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi satu-satunya
penduduk kampung mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara
gading. Ali berjaya dipilih untuk memasuki kursus perubatan di sebuah
universiti terkenal negara.
Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat kerja sebagai
doktor di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji bulannya begitu lumayan.
Jauh lebih banyak daripada pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudah
mampu untuk membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampai
setahun sahaja.
Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan isterinya tidak
kesampaian

kerana

kehidupan

di

kota

telah

menyebabkan

Ali

lupa

tanggungjawabnya kepada keluarga. Dia tidak lagi pulang melawat ibu bapanya
di kampung. Dia tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu.
Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas kejayaanya itu
kini menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila teringatkan anaknya itu,
Pak Kamal menangis tetapi dia dan isterinya masih berdoa agar Ali akan berasa
insaf lalu pulang ke pangkuan mereka.

Anda mungkin juga menyukai