Anda di halaman 1dari 2

Karangan Peribahasa -nasi sudah menjadi bubur

Amirul seorang anak tunggal. Bapanya, Pak Razif telah meninggal dunia.
Arwah bapanya meninggalkan banyak harta pusaka seperti tanah sawah
dan rumah-rumah sewa. Amirul dan ibunya Mak Limah hidup mewah
daripada hasil harta-harta tersebut.

Sebagai anak tunggal, segala kemahuan Amirul dituruti oleh Mak


Limah. Bagi Mak Limah, tiada salahnya dia menghabiskan wang untuk
memenuhi segala kemahuan Amirul kerana Amirullah tempat dia
menumpahkan segala kasih sayang. Banyaklah perkara yang bukan-bukan
diminta oleh Amirul dan ditunaikan oleh Mak Limah.

Oleh sebab dipenuhi kemewahan, Amirul tidak memberikan perhatian


terhadap pelajarannya. Dia bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. Di
dalam kelas pula, Amirul selalu menyakiti hati kawan-kawannya dengan
menunjuk-nunjuk barang-barang yang dibeli oleh ibunya. Tambahan pula,
kebanyakan rakan-rakan sekelasnya anak orang miskin.

Mak Limah tidak menyedari bahawa dia melakukan kesilapan dalam


mendidik dan membesarkan Amirul. Sikap Mak Limah ini membuatkan Amirul
semakin degil dan keras kepala. Dia mula melawan nasihat guru-guru di
sekolah kerana beranggapan pelajaran tidak penting. Amirul juga kerap
ponteng sekolah dan mula bercampur dengan remaja yang tidak bersekolah.

Amirul meminta ibunya membelikannya sebuah motosikal . Alasan


Amirul, dia penat mengayuh basikal ke sekolah. Oleh sebab sayangkan
Amirul, Mak Limah menuruti kehendaknya. Semenjak memiliki motosikal,
Amirul langsung tidak pergi ke sekolah. Dia lebih gemar berpeleseran dengan
rakan-rakannya yang lebih dewasa dan tidak bersekolah.

Pada suatu hari, ketika Amirul memboncengkan kawannya untuk ke


bandar, dia telah ditahan oleh polis di satu sekatan jalan raya. Apabila
diperiksa, pihak polis mendapati Amirul tidak memiliki lesen motosikal kerana
baru berusia 12 tahun. Selain itu, rakan Amirul pula memiliki beberapa biji pil
khayal. Akibatnya, mereka berdua ditahan dan dibawa ke balai untuk disoal
siasat.

Apabila mengetahui hal ini Mak Limah sangat menyesal kerana terlalu
mengikut kehendak Amirul. Namun segalanya telah terlambat. Nasi sudah
menjadi bubur.
Karangan Peribahasa- seperti kacang lupakan kulit

Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal.
Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak
bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai
untuk orang seperti dirinya.

Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya


menjadi seperti dirinya.Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-
mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang
ditanggung selama ini.

Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup


mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam
pokok koko,dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan
Karim dan Salim.
Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan
anak-anaknya dapat belajar.Kini, dia dan isterinya boleh berbangga.
Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anak masyarakat
kampungnya yang berjaya ke menara gading.

Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur.


Gajinya pula cukup lumayan. Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah
dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka
lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung.

Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang


disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-
anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.

Anda mungkin juga menyukai