Anda di halaman 1dari 1

Browse ) #

YOU ARE READING

Skrip Drama
RANDOM

Berminat? Tutor online di wattpad. Like my works and i


teach you step by step. dapatkan nota skrip dan contoh
skrip wasap 010-8189145 dengan harga R...

drama tulis

3 | Contoh Sinopsis
! 1.3K " 6 # 0

By ImaroRagizhi

Sebelum ini kita kongsikan istilah dalam skrip.


Mari kita share sinopsis untuk proposal ke stesen
TV. Baca dan fahami. Biasanya sinopsis ini paling
maksimum pun 10 muka surat. Ia dalam bentuk
naratif (Karangan). Jom baca sinopsis berikut.

SEBUAH TELEMOVIE

TAJUK : DARI PINTU NERAKA

PENULIS : FATIN NABILA.

STESEN TV : TV3

SEJAK dari kecil, Kamal (20 tahun) nakal sangat


budaknya. Pelbagai kesalahan dilakukannya. Baik
di sekolah mahupun di kampung, dia sering
menimbulkan masalah kepada emak dan ayahnya.
Emak dan ayahnya sudah tebal muka menghadap
muka guru-guru dek kedegilan Kamal. Menangis
Mak Piah menasihati Kamal namun bagai
mencurah air ke daun keladi. Tidak memberi kesan
langsung pada Kamal. Dari sekolah rendah hingga
ke sekolah menengah, Kamal menimbulkan
masalah hampir setiap hari. Kamal dibenci oleh
semua orang kampung. Adik-adik Kamal, Zakri dan
Adila sangat membenci Kamal. Mereka malu pada
kawan-kawan dengan kejahatan Kamal. Kamal dan
Zakri sering bergaduh. Mereka tidak pernah sebulu.
Zakri terpaksa menangguhkan hasrat untuk
sambung belajar kerana terpaksa bekerja demi
membantu emak dan persekolahan Adila. Ayah
sudah meninggal dunia.

Mak Piah adalah emak yang baik. Sering dia


menasihati Kamal dengan baik dan lembut. Berdoa
dalam solat-solatnya agar Kamal kembali ke
pangkal jalan. Agar Kamal diberi hidayah olehNya.

Kamal anak orang miskin, tetapi sangat berlagak.


Dia berkawan dengan kawan-kawan yang ada
kemampuan. Dia malas bekerja. Sering meminta
duit daripada emaknya. Mak Piah hanya
mengambil upah mencuci pinggan di restoran.
Zakri bekerja di pam minyak. Mereka sangat susah
hidupnya dalam dunia hari ini. Tidak mahu
bergaduh dengan Kamal, jua kasih seorang emak,
Mak Piah memberi duit kepada Kamal. Zakri tidak
suka emaknya berikan Kamal duit. Dia mahu Kamal
sendiri yang bekerja. Situasi ini membuatkan Mak
Piah dan Zakri yang bermasam muka. Zakri kecil
hati emak berikan duit yang dia beri, kepada
Kamal. Zakri tidak suka Kamal mengerah kudrat
emak mereka yang sudah tua. Zakri berharap
Kamal ditangkap polis dan dipenjarakan. Dia sudah
penat asyik bergaduh dengan Kamal.

Kamal ada kekasih, E!a (16 tahun). E!a daripada


keluarga yang bermasalah. Emak ayah E!a sering
bergaduh. E!a selalu ponteng sekolah. Habiskan
masa dengan melepak sama Kamal. E!a terlalu
sayang pada Kamal. Hubungan yang tiada batasan,
beberapa kali E!a dan Kamal terlanjur. Tanpa rasa
berdosa malah sebuah keseronokan. Pada E!a,
Kamal adalah segalanya.

Kamal mulai memecah masuk ke dalam rumah


orang2 kampung. Dia terlalu licik. Walaupun tahu
itu perbuatan Kamal, namun sering kali terlepas
daripada tahanan reman kerana tidak ada bukti. Ini
membuatkan Kamal semakin lemak. Semakin
menjulang diri dengan aktiviti kecuriannya. Zakri
kerap dimarahi, disindir dan dicaci oleh perbuatan
jahat Kamal. Membuatkan Zakri kian mendendami
abangnya. Sehinggakan sesekali, fikiran jahat Zakri
berasa mahu membunuh Kamal. Biarlah Kamal
mati sahaja daripada maruah miskin keluarga
mereka dipersendakan.

Satu malam, dalam aktiviti rompakannya, Kamal


tertikam tuan rumah yang dirompaknya. Kamal
panik kerana tuan rumah sempat menarik topeng
mukanya. Dia mencapai objek berat dan memukul
tuan rumah suami isteri. Suami terbunuh namun
isterinya selamat dalam keadaan yang parah.
Sempatlah si isteri memberitahu bahawa Kamal
adalah penjenayah itu.

Dalam keadaan panik dengan baju yang berdarah,


Kamal pulang ke rumah. Ketika itu jam 3 pagi.
Kamal mengambus bajunya yang terkena darah di
belakang rumahnya. Kemudiannya bergegas masuk
ke dalam rumah. Mak Piah dan Zakri panik dengan
keadaan Kamal yang lain daripada kebiasaan.
Kamal tidak pernah secemas ini. Mak Piah
bertanya, namun Kamal tidak endah. Dia memakai
baju dan turun dari rumah. Menghilang dengan
motosikal cabuknya. Dia tahu rumahnya akan
diserbu polis.

Rumah Mak Piah diserbu polis. Dilakukan buruan


secara besaran mencari Kamal. Dibawa anjing
pengesan memburu Kamal. Kamal jadi pelarian.
Dia menyorok di dalam hutan. Keluar dari
persembunyian terpaksa menyamar. Seminggu
akhirnya, bekalan makanan sudah habis. Duit
sudah tidak ada. Dia mula hilang arah. Curi-curi
pulang ke rumah demi mengisi perut. Zakri yang
tidak pernah sukakan abangnya, secara diam
menghubungi polis. Rumah dikepung dan Kamal
ditangkap. Kamal mengamuk seranahkan Zakri.
Mak Piah meluru memeluk Kamal namun Kamal
tidak endah. Malah bertempik mahu bunuh Zakri.

Sepanjang tahanan reman Kamal, Mak Piah tidak


putus2 berdoa agar Kamal disabitkan tidak
bersalah. Mak Piah termenung dan menangis.
Menghitung2 duitnya mahu menjamin Kamal. Zakri
sangat marah dan tidak setuju dengan emaknya.
Dia mahu Kamal terus merengkok dalam penjara.
Mak Piah nekad mahu menjual tapak rumah yang
sekangkang kera itu demi menjamin Kamal. Zakri
sama sekali tidak setuju. Hanya itu tapak rumah
yang mereka ada. Jika tapak itu dijual,
merempatlah mereka di bawah jambatan. Mak Piah
menangis kerana tidak ada cagaran utk selamatkan
Kamal.

Di dalam tahanan, Kamal sudah pasrah. Dia tahu


dia sudah tiada jalan keluar lagi. Buktinya sudah
jelas. Polis membawa Kamal mencari bahan bukti
iaitu baju kesan darah yang ditanamnya. Keadaan
Kamal yang memilukan dimana dia bergari tangan
dan kaki dirantai, menunjukkan dia adalah pesalah
berat. Mak Piah menangis dengan situasi itu. Malu
dengan jiran2 yang datang melihat. Semua orang
kampung datang melihat seolah ada pesta di
rumah Mak Piah. Orang kampung yang jakun
dengan kedaadan seperti itu. Mak Piah yang
berjiwa ibu sejati, dalam deraian air mata pantas
sehaja ke dapur. Menggoreng ikan dan masak sayur
bayam kegemaran Kamal. Bercucuran air mata Mak
Piah dengan lajunya sepanjang memasak. Dalam
tangisan dia meminta izin pihak polis mahu
menyuap Kamal makan. Polis mengangguk dalam
keadaan sebak melihatkan kasih seorang emak
yang tidak bersempadan. Kamal menangis
sepanjang disuap oleh emaknya. Erat dia memeluk
lutut emaknya. Menangis memohon keampunan.

Zakri & Adila langsung tidak simpati. Setitik pun air


mata mereka tidak menitis melihatkan situasi
Kamal dengan emak mereka. Pada mereka,
sewajarnya Kamal terima hukuman demikian.
Kamal terlalu jahat. Mereka terlalu malu mahu akui
Kamal sebagai abang. Kamal mahu bersalam
dengan adik-adik, tetapi Zakri & Adila tidak sudi.
Kamal meminta maaf daripada adik2nya. Kamal
minta Zakri jaga emak dengan baik. Kamal akui
yang dia telah gagal. Gagal jadi anak emak yang
baik. Gagal sebagai abang kepada adik-adik. Apalah
ertinya penyesalan tika maut di hujung tanduk?

Dengan bahan bukti itu, Kamal dijatuhkan


hukuman gantung sampai mati atas kesalahan
membunuh menyebabkan kematian. Mak Piah
pengsan sewaktu keputusan diumumkan. Zakri dan
Adila tidak sertai perbicaraan itu. Mereka sudah
tidak sudi kepada abang mereka. Zakri hanya
hantarkan emaknya ke mahkamah pada hari
perbicaraan. Namun di sudut hati Zakri tetap
tersentuh dgn hukuman gantung samapi mati
terhadap abangnya. Lebih lagi melihat keadaan
emak yang lemah setelah keputusan dibuat.
Biarpun hukuman sudah dijatuhkan, Mak Piah
tetap berdoa agar Kamal terlepas daripada
hukuman mati. Zakri katakan kpd emaknya hal itu
adalah mustahil. Kata Mak Piah, tidak ada yang
mustahil dgn pertolongan Allah. Emak mahukan
anak2nya dirahmati dan dilindungi Allah. Zakri
tidak memahami perbuatan emaknya.

Menjalani hidup sebagai tahanan, Kamal mulai


berubah setelah belajar agama daripada Ustaz
Jafni. Banduan akhir yang beragama islam,
diberikan seorang ustaz untuk belajar agama dalam
menemui hari terakhir. Perlahan Kamal kian insaf.
Setiap kali emaknya datang, dia menangis. Dalam
perbualan dengan emaknya, Kamal mengaji. Dia
bangga mahu beritahu emaknya yang dia sudah
boleh baca muqadam. Mak Piah menangis bangga
mendengar bacaan Kamal. Sewaktu zaman budak2,
dihantar mengaji, Kamal usik kawan2 di tempat
mengaji. Setiap hari Kamal buat khianat
sehinggakan guru Quran serahkan Kamal kepada
Mak Piah agar Kamal tidak lagi datang mengaji.

Kamal sangat ingin mahu mencium emaknya,


tetapi tidak mampu kerana mereka bertemu hanya
melalui pintu kebal. Kamal meminta izin daripada
pegawai penjara mahu memeluk dan mencium
emaknya. Namun prosuder penjara tidak
membenarkan.

E!a datang ke rumah Mak Piah dengan emak


ayahnya. Menyatakan kandungannya adalah milik
Kamal. Mak Piah ragu2 tetapi tidak terkeluar kata2
penafian melihatkan E!a menangis-nangis
dimarahi emak ayahnya di hadapan Mak Piah anak-
beranak. Emak ayah E!a meminta wang untuk
menggugurkan kandungan E!a di hospital swasta.
Mak Piah manalah ada wang yang banyak. Mak
Piah yang memahami agama, tidak rela bayi itu
dibunuh. Emak ayah E!a selamba sahaja pulang
dengan meninggalkan E!a kepada Mak Piah. Zakri
tidak setuju E!a tinggal di rumah mereka. Mereka
sudahlah miskin, mahu menyara E!a lagi. Namun
Mak Piah berbaik sangka, biarlah dia membantu
E!a yang dibuang keluarga. Bila ke Penjara, Mak
Piah ceritakan mengenai E!a. Kamal percaya yang
E!a kandungkan anaknya. Dia tahu E!a hanya
dengan dia. Dia yang pertama meniduri E!a. Dia
tahu E!a hanya setia padanya. Kamal minta Mak
Piah jaga E!a. Biarkan kandungan E!a membesar.
Jangan biarkan E!a jadi pembunuh anak sendiri.
Kamal yakin itu adalah benihnya. Zuriatnya. E!a
bertemu dengan Kamal di penjara. Kamal titipkan
nasihat kepada E!a. Meminta maaf daripada E!a
atas kesalahannya menjerluskan E!a ke dalam
lumpur.

Mak Piah terima E!a sebagai menantu tidak


rasminya. Dia mendidik E!a kepada perlakuan yang
lebih baik. Mengajar E!a solat dan mengaji. E!a
yang tersisih daripada keluarga sendiri, terkesan
dengan keluhuran Mak Piah. Dia insaf. E!a anggap
Mak Piah sebagai emaknya. Mak Piah pekakkan
telinga orang mengatanya. Kamal itu, sudah
dijatuhkan hukuman pun, masih menjadi beban
kepada emaknya. E!a dianggap beban Mak Piah di
mata orang kampung. Namun Mak Piah tidak ambil
peduli. Biarlah Tuhan sahaja yang mengadilinya.
Mak Piah hanya percaya yang Allah ada dengannya.
Allah yang berikan Mak Piah kekuatan.

Hati Zakri yang keras lebur juga. Tanpa


pengetahuan emaknya, dia pergi ke penjara tetapi
malu dan ego mahu bertemu Kamal. Dua, tiga kali
juga dia pergi, tetapi tidak ada kekuatan mahu
bertemu abangnya. Sehinggalah Ustaz Jafni yang
sudah dua kali melihat situasi Zakri menyapa. Zakri
beralasan mahu singgah solat. Ustaz Jafni ajak
Zakri berjemaah solat zohor dengannya di surau
penjara. Bertanyakan tujuan Zakri. Zakri bercerita
kepada Ustaz. Zakri mulai sedar dan semakin
lembut hati kepada abangnya. Kata Ustaz Jafni,
Kamal adalah manusia terpilih. Mereka yang tahu
tentang 'tarikh kematian' mereka punyai peluang
besar untuk bertaubat. Sedang kita yang entah bila
akan mati, masih hanyut dlm arus dosa. Kita sering
nampak kesalahan orang. Tetapi kita tidak pernah
mahu akui kejahatan diri sendiri. Zakri insaf dan
malu sendiri. Dia sering rasai dia lebih baik
daripada Kamal. Sedangkan Kamal, adalah
manusia disayangi Allah. Diberi peluang
perhambakan diri kpd Allah, dlm menuju kematian.
Zakri bertemu Kamal. Menangis memohon ampun.
Dibawa Adila sama bertemu Kamal. Kamal yang
lebih matang, senyum dalam tangis. Doanya sudah
ditunaikan Allah. Pintu hati adik2 sudah terbuka
menerima dirinya.

E!a meninggal setelah melahirkan bayi lelaki.


Meninggal dalam keadaan baik. E!a sudah
berubah. E!a bertemu emak ayahnya memohon
ampun. Emak ayah yang terharu melihat
perubahan E!a amat berterima kasih kpd Mak Piah.
Kedua org tua E!a, berjanji akan bergilir menjaga
bayi E!a dengan Mak Piah.

Kamal benar2 insaf. Sudah bertaubat. Dia sudah


bersolat penuh, buat ibadat2 sunat dan khatam
Quran hasil bimbingan Ustaz Jafni. Mak Piah
gembira kerana Kamal berubah akhirnya. Itulah
doanya. Mahu Kamal jadi anak soleh & beriman.
Biarpun Kamal akan mati di tali gantung, Mak Piah
redha. Malah sangat bahagia dengan perubahan
Kamal. Benarlah doa seorang ibu tidak ada hijab.
Biarpun memakan masa bertahun2, doa Mak Piah
ditunaikan Allah jua.

Kamal mengidap penyakit paru2 berair. Dia


dimasukkkan ke wad kerana pengsan dlm penjara
setelah solat subuh. Sempatlah Kamal melihat dan
mencium bayinya. Itu tetap anaknya walaupun
tidak berbinkan namanya. Permintaan terakhir
Kamal mahu memeluk emaknya. Mahu sujud di
kaki emaknya. Mahu makan bersuapkan emaknya.
Mahu hembuskan nafas terakhir di ribaan emaknya.
Semuanya dimudahkan olehNya. Kamal pergi dlm
keadaan tenang setelah melafaz syahadah.
Mukanya berseri bagaikan senyum.

Suasana pilu di dalam wad pada hari terakhir


Kamal. Kamal insaf jua akhirnya.

Tamat.

DARI PINTU NERAKA


: http://www.dailymotion.com/video/x27e1l5_dari-
pintu-neraka-telemovie-aidiladha-tv3-
2014_shortfilms

Cuba bandingkan dengan telemovie ini. Baca dan


tonton. Sebagai rujukan cara buat sinopsis. Contoh
skrip akan dikongsi pada bab-bab seterusnya.

stay tune

$ % & ' (

Continue Reading

You'll Also Like


The Benders (Buku satu)
By Mohamad Fahmi bin A...
Fantasy
! 25.7K " 1.6K # 20
Empat pemuda dari Dunia Sakti iaitu
Afizie, Safi, Anif dan Habib telah
membawa perubahan kepada dunia
mereka dengan menjadi orang pertama
yang menjad...Mafia[O/G]
Kesayangan
By Reuel
Random
! 9.9K " 893 # 60
Razia, dia gadis manja Mommy. Hidup
serba-serbi indah bersama si ratu hati
walaupun ada-kalanya dia terasa ingin
melutut meluah tangis. Sehingga saat...
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
By Eita Jufriaizawa
Non-Fiction
! 7.8K " 76 # 29
Himpunan resepi hidangan pencuci
mulut yang sesuai untuk di hidangkan
selepas menikmati hidangan tengahari.
Sumber dari majalah, facebook,
internet...
PROMOTE STORY
By ZaujahZainudin86
Random
! 443 " 59 # 11
Ingin tolong promote story penulis-
penulis baru yang buat story dekat
wattpad. Bagi semangat pada mereka
supaya teruskan berkarya.

© 2021 Wattpad

Anda mungkin juga menyukai