Anda di halaman 1dari 1

AKU SEBUAH KOMPUTER

Aku berasal daripada sebuah keluarga yang termasyhur di


dunia, iaitu berjenama Mixxo. Aku dilahirkan di Jepun. Tubuh
aku diperbuat daripada gabungan aluminium, plastik, kaca dan
terdapat pelbagai cip di dalam badanku.
Aku telah dilengkapi dengan peranti, disket, monitor,
papan kekunci, dan tetikus. Aku dimasukkan ke dalam sebuah
kotak. Kemudian, aku dibawa ke Malaysia dengan menaiki
kapal terbang.
Aku diletakkan di sebuah kedai komputer di Taiping. Aku
menjadi perhatian pelanggan yang datang ke kedai. Aku dijual
dengan harga RM3500.
Selepas dua hari dipamerkan, aku telah dibeli oleh
seorang lelaki. Lelaki itu membeli aku untuk isterinya. Isterinya
menggunakan aku untuk melakukan kerja dari rumah. Aku
berasa sangat gembira kerana dapat membantu tuanku.
Namun begitu, kebahagiaan yang aku kecapi tidak kekal
lama. Pada suatu hari, aku dijangkiti virus. Aku dihantar ke
kedai untuk dibaiki. Aku tidak dapat berfungsi dengan baik lagi
seperti dahulu. Aku berasa sangat sedih.
Pada suatu hari, tuanku telah membeli komputer riba. Aku
diletakkan di dalam stor. Aku berasa sangat sedih. Aku tidak
digunakan lagi oleh tuanku. Tamatlah riwayatku.

Anda mungkin juga menyukai