Anda di halaman 1dari 1

NAMA: WONG JIA YU

KELAS: J2 REN

JOHAN

Hari ini hari jadi saya. Saya ingin membeli sebuah komputer riba sebagai hadiah. Selepas
makan, saya dan kawan bertolak menuju ke kedai yang terletak di Ipoh.

Sebaik sahaja tiba di sana, saya ternampak pelbagai jenis komputer yang diletakkan di atas
rak. Saya membelek-belek sebuah komputer yang berwarna biru. Tidak lama kemudian, saya
membeli komputer riba ini dengan harga RM4500.

Seterusnya, kami menikmati makanan di sebuah restoran.Sementara itu, kami juga melayari
Internet dengan komputer riba saya. Saya berasa gembira kerana mempunyai sebuah komputer
yang baharu.

Selepas dua jam, kami balik ke rumah. Dalam perjalanan, saya meletakkan komputer saya
ke dalam beg. Tiba-tiba, beg saya diragut oleh dua orang yang bermotosikal.

Saya berasa takut. Saya terus menjerit meminta tolong. Saya berasa gembira apabila
ternampak polis yang bermotosikal mengejar dua orang peragut itu. Saya harap peragut-peragut
akan ditangkap dan komputer riba akan dipulangkan kepada saya.

Motosikal peragut itu hilang kawalan dan tergelincir. Peragut-peragut dan komputer saya
terjatuh. Malang tidak berbau, sebuah lori yang berlalu pada masa itu tidak nampak komputer
saya yang berada di tengah jalan. Komputer saya rosak selepas tergelek oleh lori tersebut.

Hari jadi tahun ini merupakan hari yang malang bagi saya.

Anda mungkin juga menyukai