Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

AKU SEBUAH KOMPUTER


Aku merupakan sebuah komputer yang terkini. Aku dilahirkan di kilang komputer
yang terletak di Pulau Pinang. Nama aku ialah Super. Bentuk badan aku empat segi
dan mempunyai banyak wayar.
Apabila aku siap dibungkus dengan plastik dan dimasukkan ke dalam kotak.
Aku dihantar ke kedai menjual komputer dengan lori. Sebaik sampai di kedai aku
disimpan dengan baik.
Semasa pameran komputer diadakan, aku dihanfar ke pusat pameran
komputer. Di sana aku mendapat perhatian ramai kerana aku merupakan model
baharu dan mempunyai kuasa memproses data dengan pantas. Banyak pengunjung
yang datang melihat aku.
Selang beberapa hari kemudian, seorang pemuda datang memberi aku. Aku
dibawa batik ke rumahnya. Aku diletakkan di dalam bilik berhawa dingin. Aku
selalu digunakan oleh tuan aku untuk melayari Internet. Tuan aku menjaga aku
dengan baik.
Kini, aku sangat penting kepada tuan aku. Setiap hari aku digunakan untuk
bermain permainan komputer, menyimpan data dan sebagainya. Aku tidak jemu
menyumbang khidmat kepada tuan aku.
Aku telah banyak berbakti kepada tuan aku. Oleh itu, tuan aku begitu sayang
akan aku. Aku berasa bertuah kerana dimiliki oleh orang yang mahir dalam
komputer.

Anda mungkin juga menyukai