Anda di halaman 1dari 18

KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Unit 4: Pendekatan Pengajaran Bahasa


Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah: Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu 016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching 019-5492525) Dr. Aswati Hamzah (Pulau Pinang 018-4056787)

Pengenalan
Pendekatan bermaksud arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Juga diertikan sebagai "to come near in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Definisi
Pendekatan pengajaran bahasa menjurus kepada pembuka haluan.

Bersendikan usaha untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran bahasa, selain penerapan sesuatu kemahiran.

Wujud berdasarkan pengajaran yang hendak diutamakan atau diberi perhatian secara lebih mendalam.

Analogi Memasak ikan

Pendekatan Timur Keutamaan diberi kepada rasa dan rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbang.

Pendekatan Barat Keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran.

Teori Behavioris (Skinner)


Sesuatu mata pelajaran, Beberapa mata pelajaran

Sesuatu isi pelajaran,

Kemahiran

Pendekatan-pendekatan ini wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang ingin diutamakan dan boleh digolongkan mengikut:
Cara pengelolaan murid Cara fakta disampaikan Keaktifan pengajaran atau murid Pengajaran bahasa Pengajaran mata pelajaran lain

Jenis-jenis pendekatan

Pendekatan Deduktif Induktif Eklektik Komunikatif

Pendekatan deduktif
Mengasaskan pengajaran dan pembelajaran terhadap hukumhukum tertentu berpandukan proses penaakulan yang tinggi. Dipaksikan kepada kepatuhan terhadap pendedahan awal tentang teori, hukum atau masalah tertentu. Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus baru yang diketahui umum. Memulakan sesuatu pembelajaran dengan melihat sesuatu itu secara keseluruhan sebelum kesimpulan secara spesifik dibuat.

Ciri-ciri pendekatan deduktif


Mementingkan pengetahuan yang diperoleh & bukan kebiasaan. Bersifat ideasionalisme untuk memperoleh pengetahuan. Isi disusun bermula dengan keseluruhan kepada yang lebih spesifik. Struktur isi & kognitif dapat memudahkan murid belajar. Menekankan aspek pemahaman berbanding hafalan. Memulakan pengajaran secara generalisasi kemudian diikuti contoh. Selaras dengan linguistik tradisional & transformasi. Mengutamakan aspek tulisan berbanding kemahiran lain.

Kekuatan

Cara mudah & sesuai untuk sampai isi pelajaran.

Guru tidak perlu buat banyak persediaan.

Bermanfaat kepada murid yang pandai.

Sesuai digunakan dalam pengajaran.

Murid berpeluang meniru dan menghafal contoh yang diberikan guru.

Kelemahan

Guru perlu menguasai konsep dan contoh yang betul, tepat dan jelas sebelum melaksanakannya.

Tidak sesuai untuk murid lemah.

Mengutamakan pengetahuan sedia ada murid.

Pendekatan Induktif

Ciri-ciri Pendekatan Induktif


Bermatlamat kepada pembentukan kebiasaan. Menggunakan pengalaman deria untuk memperoleh pengetahuan. Penekanan pada pengajaran berbentuk konkrit. Kekerapan membuat ulangan dalam pelbagai konteks kemahiran. Selaras dengan kehendak linguistik struktural. Murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru. Menekankan penglibatan murid yang aktif. Bersifat saintifik. Menekankan aspek lisan. Menggunakan model Contoh Generalisasi

Kelebihan Murid dibantu memahami konsep menerusi teknik penyoalan oleh guru. Menggalakkan penglibatan murid yang aktif. Murid mendapat bimbingan sepenuhnya daripada guru. Penggunaan bahan bantu mengajar secara maksimum. Murid berpeluang mengemukakan contoh sendiri.

Kelemahan Sukar mendapat kerjasama daripada murid-murid.

Masa yang digunakan terlalu lama untuk menyelesaikan masalah. Guru terbeban kerana terlalu banyak persediaan yang perlu dibuat. Tidak sesuai untuk murid yang pandai.

Pendekatan Eklektik

Menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif.

Mengambil kelebihan daripada kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif.

Tidak perlu terlalu terikat kepada mana-mana pendekatan tetapi pengajaran mestilah lebih luas, selain mudah diubah suai mengikut keperluaan murid.

Ciri-ciri Pendekatan Eklektik


Satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah. Memberi peluang guru menggunakan usaha dan kreativiti sendiri. Guru berpeluang mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid. Membolehkan murid berfikir secara terus dalam bahasa yang dipelajari. Banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya.

Kelebihan Sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid berpeluang belajar dalam suasana yang lebih meyakinkan. Pengambilan ciri-ciri baik daripada beberapa pendekatan lain, boleh mengimbangkan kelemahan yang ada dalam pendekatan tersebut. Memudahkan guru mentadbir pengajaran mereka sekali gus meningkatkan pemahaman murid.

Kelemahan Sukar memilih pendekatan yang hendak digunakan. Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan banyak latihan. Tidak sesuai untuk murid yang lemah.

Pendekatan Komunikatif
Berpusatkan murid dalam P&P.

Berfokus pada bentuk-bentuk komunikatif seperti permohonan maaf, penceritaan, pelaporan dan sebagainya.

Penyerapan bentuk gramatikal untuk tujuan komunikasi.

Menekankan proses komunikasi sebenar.

Menggunakan struktur bahasa yang sesuai mengikut tujuan komunikasi dan mengambil kira makna sosial dalam penggunaan bahasa.

Rumusan
Guru tidak perlu terikat kepada hanya satu pendekatan sahaja. Boleh menggunakan pelbagai pendekatan tetapi perlu disesuaikan dengan aspek bahasa yang hendak diajarkan. Murid juga pelbagai kecerdasan, jadi pilihlah pendekatan yang sesuai untuk semua murid.

Anda mungkin juga menyukai