Anda di halaman 1dari 59

KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kuliah 2: Pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi pengajaran bahasa


Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah : Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu 016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching 019-5492525) Dr. Aswati Hamzah (Pulau Pinang 018-4056787)

12 Oktober 2013

Sketsa Guru
Kaedah pengajaran yang saya gunakan betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai.

Kalau begitu, adakah teknikteknik yang awak gunakan itu betul juga?

Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula? Apa itu stra..."

PENDEKATAN
Pendekatan dimaksudkan sebagai arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Analogi Memasak ikan

Pendekatan Timur Keutamaan diberi kepada rasa dan rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbang.

Pendekatan Barat Keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran

Teori Behavioris (Skinner)


sesuatu mata pelajaran, beberapa mata pelajaran

sesuatu isi pelajaran,

kemahiran

Pendekatan-pendekatan ini wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang ingin diutamakan dan boleh digolongkan mengikut:
Cara pengelolaan murid Cara fakta disampaikan Keaktifan pengajaran atau murid Pengajaran bahasa Pengajaran mata pelajaran lain.

Jenis-jenis pendekatan

Pendekatan Deduktif Induktif Eklektik Komunikatif

Pendekatan deduktif
Dipaksikan pada kepatuhan terhadap pendedahan awal tentang teori, hukum atau masalah tertentu. Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus. Memulakan sesuatu pembelajaran dengan melihat sesuatu itu secara keseluruhan sebelum kesimpulan secara spesifik dibuat.

Ciri-ciri pendekatan deduktif


Mementingkan pengetahuan yang diperoleh & bukan kebiasaan. Bersifat ideasionalisme untuk memperoleh pengetahuan. Isi disusun bermula dengan keseluruhan kepada yang lebih kompleks. Struktur isi & kognitif dapat memudahkan murid belajar. Menekankan aspek pemahaman berbanding hafalan. Memulakan pengajaran secara generalisasi kemudian diikuti contoh. Selaras dengan linguistik tradisional & transformasi. Mengutamakan aspek tulisan berbanding kemahiran lain.

Kekuatan

Cara mudah & sesuai untuk sampai isi pelajaran.

Bermanfaat kepada murid yang pandai.

Sesuai digunakan dalam pengajaran.

Murid berpeluang meniru dan menghafal contoh yang diberikan guru.

Kelemahan

Guru perlu menguasai konsep dan contoh yang betul, tepat dan jelas sebelum melaksanakannya.

Tidak sesuai untuk murid lemah.

Mengutamakan pengetahuan sedia ada murid.

Pendekatan Induktif

Ciri-ciri Pendekatan Induktif


Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan. Menggunakan pengalaman deria untuk memperoleh pengetahuan. Penekanan kepada pengajaran berbentuk konkrit. Kekerapan membuat ulangan dalam pelbagai konteks kemahiran. Selaras dengan kehendak linguistik struktural. Murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru. Menekankan penglibatan murid yang aktif. Bersifat saintifik. Menekankan aspek lisan.

Kelebihan Murid dibantu memahami konsep menerusi teknik penyoalan oleh guru. Menggalakkan penglibatan murid yang aktif. Murid mendapat bimbingan sepenuhnya daripada guru. Penggunaan bahan bantu mengajar secara maksimum. Murid berpeluang mengemukakan contoh sendiri.

Kelemahan Sukar mendapat kerjasama daripada murid-murid.

Masa yang digunakan terlalu lama untuk menyelesaikan masalah. Guru terbeban kerana terlalu banyak persediaan yang perlu dibuat. Tidak sesuai untuk murid yang pandai.

Pendekatan Eklektik

Menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif.

Mengambil kelebihan daripada kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif.

Tidak perlu terlalu terikat pada manamana pendekatan tetapi pengajaran mestilah lebih luas, selain mudah diubah suai mengikut keperluaan murid.

Ciri-ciri Pendekatan Eklektik


Satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah. Memberi peluang guru menggunakan usaha dan kreativiti sendiri. Guru berpeluang mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid. Membolehkan murid berfikir secara terus dalam bahasa yang dipelajari. Banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya.

Kelebihan Sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid berpeluang belajar dalam suasana yang lebih meyakinkan. Pengambilan ciri-ciri baik daripada beberapa pendekatan lain, boleh mengimbangkan kelemahan yang ada dalam pendekatan tersebut. Memudahkan guru mentadbir pengajaran mereka sekali gus meningkatkan pemahaman murid.

Kelemahan Sukar memilih pendekatan yang hendak digunakan. Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan banyak latihan. Tidak sesuai untuk murid yang lemah.

Pendekatan Komunikatif
Berpusatkan murid dalam P&P.

Berfokus pada bentuk-bentuk komunikatif seperti permohonan maaf, penceritaan, pelaporan dan sebagainya.

Penyerapan bentuk gramatikal untuk tujuan komunikasi.

Menekankan proses komunikasi sebenar.

Menggunakan struktur bahasa yang sesuai mengikut tujuan komunikasi dan mengambil kira makna sosial dalam penggunaan bahasa.

KAEDAH
Kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Satu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun.

Analogi

Jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedahkaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus.

Jenis-Jenis Kaedah
Fonetik / Linguistik Bacaan/Ajuk Hafaz Eklektik Audio-Lingual

Terus

Kod Kognitif

Kaedah Nahu Terjemahan/ Tradisional

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Komunikatif

1. Kaedah nahu terjemahan


Berfokus pada kemahiran menulis dan bukannya kemahiran lisan.

Tidak mementingkan fonetik ketika menggunakan kaedah ini. Tujuan untuk membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa di samping melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul. Beri peluang murid menterjemahkan bahan daripada bahasa asing ke bahasa jati atau sebaliknya. Gabungan tatabahasa dengan terjemahan.

Ciri-ciri Kaedah Nahu Terjemahan

Berfokus pada aspek tulisan.

Berteraskan pendekatan deduktif.

Pengajaran dan praktikalnya berdasarkan ayat.

Menekankan hafazan peraturan tatabahasa.

Mengekalkan bahasa pertama sebagai sistem rujukan.

Kelebihan Kaedah Nahu Terjemahan


Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid cerdas yang berminat untuk menaakul konsep-konsep abstrak. Murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian bahasa yang diajar serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan perbendaharaan kata yang diajar. Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan bantu mengajar kerana hanya melibatkan bahan bacaan sahaja. Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan teknik pengajaran. Kebanyakan bahan pengajarannya terdiri daripada buku teks. Dapat diajar dalam jumlah murid yang ramai.

2. Kaedah terus
Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing yang dilaksanakan melalui penggunaan bahasa sasaran semata-mata. Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini. Murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Asas pengajaran adalah selari dengan cara murid mempelajari bahasa ibunda mereka seperti tanggapan ahli-ahli behavioris. Murid belajar bahasa ibunda mereka dengan cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.

Ciri-Ciri
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Timbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

Mengutamakan bahasa lisan,

Tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari,

Mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan

Mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Kelebihan Kaedah Terus


Penglibatan murid secara aktif & menyeluruh.

Menekankan aspek penguasaan bahasa dalam komunikasi.

Murid dapat berkomunikasi atau bertutur dengan cepat dan lancar.

3. Kaedah bacaan/ajuk
Merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa.

Pemilihan bunyi yang dilakukan adalah sama bagi kedua-dua bahasa. Dari segi pengajaran bentuk ayat pula, pengajaran dilakukan berdasarkan bahasa ibunda terlebih dahulu sebelum dipilih daripada bentuk ayat yang tiada dalam bahasa ibunda mereka. Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kelebihan

Murid dapat memahami serta bertutur dengan sebutan yang betul dan lebih baik.

Murid mudah faham kerana guru bertutur menggunakan bahasa penutur sebagai bahasa utama.

Pengajaran tatabahasa juga mudah dilaksanakan kerana murid mudah memahami perkara yang diajar oleh guru.

Guru menggunakan teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur murid.

Kelemahan

Kemahiran lisan murid, iaitu bertutur diutamakan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

Guru perlu membuat pelbagai aktiviti bagi melatih kemahiran lisan murid untuk berbahasa.

Guru mementingkan penggunaan bahasa yang diutarakan oleh murid berbanding makna ayat tersebut.

4. Kaedah audio-lingual
Kaedah dengar-tutur. Kemahiran mendengar & bertutur diutamakan. Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti dengan ajukan.

Ciri-ciri
Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian terhadap intonasi yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih - lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

Kebaikan Murid mudah menerima pelajaran kerana aktiviti latih tubi. Murid berpeluang meniru & menghafaz perkara yang diajarkan guru. Kesalahan yang dilakukan murid akan dibetulkan oleh guru & mereka diminta mengulang-ulang perkataan yang betul.

Kelemahan Membebankan guru kerana keperluan tenaga yang banyak untuk menjalankan latih tubi. Memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk dilaksanakan. Murid bosan kerana terlalu banyak latihan oral.

Murid hilang keyakinan untuk belajar kerana menganggap pembelajaran hanya tertumpu kepada aktiviti oral sahaja.

5. Kaedah komunikatif
Murid akan menjadi ahli dalam komuniti.

Matlamat memastikan murid-murid belajar cara-cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri.

Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti tersebut.

Ciri-ciri
Memupuk semangat kekitaaan & perasaan keselamatan. Kebolehan murid meningkat maju & mula berdikari. Peranan guru sebagai pembimbing. Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang baru ini boleh menggugat proses pembelajaran yang mantap. Guru perlu menyokong & memahami sifat murid dalam usaha untuk menguasai bahasa tersebut. Peringkat awal pelaksanaan murid boleh bergantung kepada guru. Proses pembelajaran meningkat murid perlu berdikari.

Kebaikan Membantu murid mengurangkan rasa cemas & takut. Membantu murid menangani faktor-faktor yang mengancam diri mereka seperti kerap kali melakukan kesalahan. Menyemai sikap bersaing secara sihat. Murid berpeluang berbincang bebas tanpa mengambil kira tahap penguasaan bahasa mereka. Murid bebas bercakap tentang apa juga topik. Memantapkan penguasaan murid dalam perbualan & struktur ayat. Membantu meningkatkan kemahiran dalam tatabahasa. Murid dibenarkan menggunakan bahasa pertama & meningkatkan bahasa kedua.

Kelemahan Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang terdiri dari pelbagai jurusan. Guru sukar memastikan murid berminat terhadap tajuk yang diperbincangkan & menarik minat mereka menyertainya. Guru terpaksa menguasai & fasih bahasa pertama & bahasa kedua. Guru hilang fokus terhadap aras kesukaran jika murid membangkitkan struktur tatabahasa yang kompleks. Bilangan murid dalam sebuah kelas antara 6-12 orang sahaja.

TEKNIK

Kemahiran-kemahiran khusus dalam menjayakan sesuatu kaedah dikenali sebagai teknik.

Bolehlah dinyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.

Analogi
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, sedikit garam perlu dimasukkan ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng.

Definisi
Teknik ialah satu taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa tertentu. Pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam kelas untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah dipilih. Bahan yang dipilih haruslah sejajar dengan teknik yang digunakan, selain seirama dengan kaedah yang dipilih.

1. Teknik Syarahan
Teknik Penerangan Teknik pengajaran yg asas. Melibatkan guru menyampaikan/ persembahan lisan tentang fakta dan prinsip, Lebih berpusatkan kepada guru. Pendekatan yang jelas untuk penyampaian kandungan. Ada sedikit penglibatan murid melalui penyoalan dan perbincangan.

2. Teknik Latih Tubi


Aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran, di samping menjamin ketekalan ingatan.

3. Teknik Soal Jawab


Teknik yang kerap digunakan oleh guru. Mewujudkan interaksi antara guru dengan murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan murid akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan.

4. Teknik Perbincangan
Teknik brainstorming Murid digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya. Semua pendapat dicatat. Sesuai untuk mendapatkan banyak maklumat.

5. Teknik Main Peranan & Simulasi


Merupakan teknik pengajaran yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu konsep/situasi. Dalam simulasi, murid akan berlakon dan mereka akan mempelajari sesuatu konsep daripada lakonan tersebut. Selalunya, dalam setiap simulasi melibatkan garis panduan/peraturan yang perlu dipatuhi. Penting:
Pastikan adanya perbincangan semasa atau selepas simulasi. Perbincangan tersebut perlu bagi memastikan proses pembelajaran berlaku.

6. Teknik Drama/Lakonan
Teknik drama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik seperti jeda, nada & intonasi, selain bukan linguistik yang membabitkan mimik muka, gerak tangan, kepala & sebagainya dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Komponen yang terletak bawah teknik drama, iaitu:
Mimos Improvisasi Simulasi Pantomin Teater bercerita Mestamu Main peranan

7. Teknik Permainan
Aktiviti dinamik. Memberi peluang murid memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna & membuat diagnostik. Menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa. Hala tuju yang bertepatan dengan kehendak sistem pendidikan negara & FPN. Objektif yang tersirat:
Merangsang interaksi verbal. Menambah kefasihan & keyakinan. Menyediakan konteks pembelajaran yang kaya dengan persekitaran penaakulan ilmu pengetahuan. Alat yang dapat mengikis rasa bosan. Alat pemulihan, pengukuhan & pengayaan.

8. Teknik Penyelesaian Masalah


Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Murid diberi permasalahan dan diminta untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut. Dapat memupuk kemahiran berfikir.

Strategi
Kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Berdasarkan objektif pengajaran. Melibatkan pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa, dan kemudahan secara optimum.

Analogi: Memasak Ikan (5kg)


Kita perlu merancangkan pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan supaya dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling minimum. Umpamanya: kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjeruk telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Klasifikasi

Strategi Berpusat Guru Berpusat Murid Berpusatkan Bahan Berpusatkan Masalah

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi konvensional yang masih diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ekoran perkembangan sistem pendidikan, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi telah menyebabkan strategi ini kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Guru

Guru memainkan peranan utama untuk menguasai & mengawal proses pengajaran & pembelajaran. Murid bersifat pasif dalam pembelajaran. Komunikasi sehala sahaja. Fokus murid pada hafalan & tidak melakukan interpretasi. Tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan & minat yang wujud. Murid tidak kreatif, selain tiada daya inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Sesuai digunakan dalam aktiviti bercerita, iaitu guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita

Strategi Berpusat Murid


Memanfaatkan penglibatkan murid sebagai pemain utama dalam proses pengajaran & pembelajaran.

Guru bertindak sebagai fasilitator dalam proses pengajaran bahasa.

Sesi pembelajaran dimulakan dengan usaha-usaha untuk menggalakkan murid supaya terlibat secara aktif dalam P&P.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid


Masa banyak diperuntukkan kepada murid untuk meneroka & menyelesaikan masalah dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala. Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik. Murid bebas untuk bertanya dan mengemukakan pendapat. Penekanan pembelajaran terhadap pencapaian objektif. Aktiviti perbincangan dijalankan lebih kerap untuk memupuk sifat kerjasama & toleransi. Guru berpeluang untuk berinteraksi dengan murid.

Strategi Berpusatkan Bahan


3. Membolehkan murid memahami isi pelajaran
4. Perkara utama

penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid.

2. Terbahagi kepada dua:


Bahan Pengajaran Bahan Pembelajaran

1. Memberi penekanan kepada bahan untuk membantu pengajaran guru.

5. Tidak semestinya semua sesi P&P perlukan bahan

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan


Penggunaan bahan dalam pengajaran memudahkan guru dalam pengajaran. Kewujudan bahan pengajaran membantu murid mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Penggunaan bahan berpada-pada dalam satu-satu masa. Keperluan penguasaan guru dalam kemahiran penggunaan alat, khususnya yang berasaskan teknologi.

Peranan guru adalah dominan, murid hanya perlu memberi tindak balas terhadap bahan. Murid terlatih dalam satu pasukan yang saling bekerjasama untuk memastikan sesuatu tugasan dapat disiapkan.

Kewujudan sifat-sifat berdikari dalam kalangan murid.

Strategi Berpusatkan Masalah

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Masalah


Kewujudan asas mengenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat dan menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Murid bebas memberikan idea, bekerjasama, meningkatkan kefahaman serta ingatan. Penglibatan murid dalam pembelajaran adalah sepenuhnya.

Strategi Pertimbangan terhadap teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Rancangan yang teratur untuk capai matlamat Strategi berpusatkan guru Strategi berpusatkan murid Strategi berpusatkan bahan Strategi berpusatkan masalah

Pendekatan Abstrak

Kaedah Terdapat pemeringkatan.

Teknik Lebih khusus, spesifik & tidak terbatas penggubalannya Benar-benar berlaku di dalam kelas berdasarkan aktiviti pengajaran Teknik Syarahan, Latih tubi & latih amal, Soal Jawab, Perbincangan, Main Peranan & Simulasi, Drama / Lakonan, Permaianan, Penyelesaian Masalah

Cara guru mendekati murid

Ada susunan

Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

Kaedah Natural / Tradisional Kaedah Tatabahasa Terjemahan / Nahu Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz / Bacaan Kaedah Linguistik Kaedah Kod Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti / Komunikatif Kaedah Oral-Aural / AudioLingual

Rumusan
Strategi Pendekatan

Kaedah

Teknik

Anda mungkin juga menyukai