Anda di halaman 1dari 4

Aku Sebatang Pokok Kelapa

Aku sebatang pokok kelapa. Aku ditanam oleh nelayan di tepi laut.
Badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah aku sungguh lebat.

Ketika kecil lagi, aku dipagari agar tidak dimakan oleh lembu dan
kambing. Pada musim kemarau baru aku disiram. Aku dibaja sebulan
sekali supaya cepat membesar.

Apabila besar aku amat berguna kepada manusia. Tuan aku memetik
buah aku kerana air aku boleh diminum dan dijadikan ubat batuk. Lidi
aku pula dapat dijadikan penyapu dan pencucuk sate. Daun aku dapat
dijadikan sarung ketupat dan barang-barang kraf tangan.

Penduduk kampung nelayan tuan aku menggunakan tempurung aku


untuk membuat tabung duit dan senduk. Isteri tuan aku menggunakan
sabut aku untuk membuat berus dan penyapu. Isi aku boleh dimakan
dan dibuat kek dan kuih-muih.

Pada suatu hari, tuan aku menebang aku kerana aku sudah tua. Aku
pun tumbang. Aku berasa susah hati. Walau bagaimanapun, aku masih
berasa bangga kerana batang aku masih boleh dijadikan titi untuk
penduduk kampung.

Begitulah akhirnya hayat aku.


Aku Sebuah Peti Sejuk

Aku sebuah peti sejuk. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor. Aku berjenama Panasonic. Aku
berbentuk segi empat tepat serta mempunyai dua buah pintu. Badanku berwarna hijau muda. Tenaga elektrik
diperlukan untuk menghidupkanku.

Setelah tubuhku disiapkan,aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak


b e s a r. D i s e k e l i l i n g b a d a n k u d i l e t a k k a n p o l i s t e r i n a u n t u k m e m a s t i k a n keadaan diriku
stabil. Di kedai tersebut, aku dipamerkan bersama -sama rakan-rakanku yang
l a i n . A k u b e r p e l u a n g b e r k e n a l a n d e n g a n t e l e v i s y e n , m e s i n b a s u h d a n pelbagai barangan
elektrik yang lain. Ramai pengunjung datang melawatku. Setelah lima hari tinggal di kedai itu, aku telah dibeli
oleh seorang suri rumah. Aku telah dihantar ke rumah wanita tersebut dengan menaiki sebuah l o r i . A k u
d i l e t a k k a n d i b a h a g i a n d a p u r.

Wa n i t a t e r s e b u t m e m a s u k k a n pelbagai jenis barangan ke dalam tubuhku.


Dia menyimpan telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan air minuman ke dalam
badanku. Tuan aku selalu menjaga kebersihan badanku. Setiap hujung minggu, wanita tersebut akan
membersihkan badanku dengan menggunakan serbuk pencuci dan air suam.

A k u a m a t g e m b i r a s e j a k t i n g g a l d i s i t u . Tu a n k u d a n k e l u a r g a n y a menjaga aku
dengan baik. Aku berjanji kepada diriku akan terus berkhidmat selagi diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai