Anda di halaman 1dari 1

Autobiografi

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku sebagai Sebatang


Pensel”.

Aku bernama Stabilo. Badan aku tinggi dan kurus. Badanku


berwarna berjalur merah dan hitam manakala mataku berwama hitam
dan tajam.

Aku diperbuat di sebuah kilang pensel di Bangi, Selangor.


Setelah aku siap dibuat, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Di
dalam kotak itu, aku disusun bersama-sama dengan sebelas kawanku
yang lain. Semua kawanku mempunyai bentuk, warna dan saiz yang
serupa denganku.

Pada suatu hari, aku dan kawanku dihantar ke sebuah sekolah


di Subang Jaya. Di sana, kami ditempatkan di sebuah kedai alat tulis.
Setiap hari, banyak murid datang ke kedai itu
untuk membeli alat tulis. Seorang murid
Tahun Enam tertarik apabila melihat aku.
Mungkin kerana warnaku yang cantik lalu
dia membeli aku.

Tuan aku bemama Susan. Dia


menggunakan aku untuk menulis latihan dan
karangan. Aku digunakan olehnya dengan
cermat. Dia tidak pernah mengasari aku. Setiap kali selepas aku
digunakan, dia akan menyimpan aku di dalam kotak penselnya.

Setelah sebulan menggunakan aku, badan aku menjadi


semakin pendek. Dia menyimpan aku di dalam laci mejanya. Di
dalam laci itu, aku beijumpa dengan kawan-kawan yang senasib
dengan aku. Namun, aku bersyukur kerana dia tidak membuang aku
ke dalam tong sampah.

Anda mungkin juga menyukai