Anda di halaman 1dari 8

Aku sebatang pensel. Aku berjenama Stabilo.

Aku diperbuat daripada


kayu. Badanku berwarna hitam, bontotku berwarna merah. Aku bukan
monyet. Aku pensel. Aku dah cakap tadi. Aku dimasukkan ke dalam kotak
bersama-sama 7 orang kawan aku yang lain.

Aku begitu gembira menjadi diri aku. Aku baru, berjenama dan terhangat
di pasaran. Musim persekolahan sudah makin dekat. Pelajar-pelajar
sekolah sibuk membeli alat tulis baru untuk kegunaan mereka nanti.

Seorang budak lelaki datang menghampiri aku. Dia mengangkat dan


membelek-belek kotak dimana tersimpannya aku dan 7 orang kawankawan sejenis aku. Kemudian, dia memasukkan aku ke dalam bakul. Dia
ingin membeli aku. Aku gembira dan terharu. Selepas ibu budak lelaki itu
membayar, kini budak lelaki itu menjadi tuan aku.

Tuan aku selalu menggunakan aku. Dia suka melukis macam-macam.


Kadang-kadang dia lukis pokok. Kadang-kadang dia lukis rumah. Kadangkadang dia suka lukis matahari besar di hujung kertas lukisan. Tuan suka
mengasah muka aku, tajam. Aku boleh dijadikan senjata membunuh. Tuan
selalu pilih aku dan jarang pilih kawan-kawan aku yang lain. Dia pilih kasih.
Namun begitu aku senang hati tuan begitu sayangkan aku.

Dia suka bawa aku ke mana-mana sahaja. Mungkin tak logik bawa pensel
pergi berak. Tapi itulah tuan aku. Satu dalam sejuta. Aku terasa sungguh
penting. Tuan aku selalu letak aku di dalam pencil box berwarna birunya.
Dia ada habit suka goncang pencil box. Mungkin dia hendak jadi ahli
muzik.

Tuan aku juga suka gunakan aku dan conteng dinding. Kemudian ibu akan
marah tuan aku dan merotan tangannya pakai pembaris. Bilik tuan sudah
lima kali di cat. Tuan aku artistik. Tapi tiada siapa hargai seninya.

Kerana terlalu selalu tuan mengasah aku. Badan aku menjadi semakin
pendek. Tapi tuan masih setia menggunakan aku untuk melukis dan
membuat kerja sekolah. Walaupun hati aku tak rela melihat tulisan cakar
ayam tuan aku, namun aku terpaksa berkhidmat deminya. Satu hari ibu
tuan membawa pulang hadiah hari jadi. Ibu tuan menghadiahkan tuan
sebatang pensel shaker berjenama Faber Castle.

Aku sangat sedih tuan telah menggantikan tempat aku. Akhirnya aku
dibuang ke dalam tong sampah dan disemadikan di tempat pembuangan.
Aku begitu sedih. Begitulah tamat riwayat aku sebatang pensel.

Aku Sebatang Pensel.. Aku dilahirkan disebuah kilang yang membuat alat
tulis.aku dibawa dan dipamerkan di sebuah kedai.Selain itu kawan-kawan
aku juga dipamerkan di sini.Aku dan kawan-kawan dilabelkan dengan
pelbagai jenama mengikut kehendak pelanggan yang menempah
kami.Tubuhku diperuat daripada kayu jati yang bermutu tinggi dengan
warna kuning keemasan bercampur hitam.Aku dinamakan Pensel
2B.Kawan-kawanku juga diperbuat daripada kayu bermutu tinggi.Ada juga
diantara merekayang diperbuat daripada kayu yang tidak berkualiti.Ini
menyebabkan mereka tidak tahan lama.Aku dipamerkan dalam sebuah
kotak.Pada suatu hari aku dibeli oleh seorang gadis.Tuan aku seorang
gadis yang cermat,namanya Maisara.Setiap kali selepas aku
digunakan,Maisara akan menyimpan aku didalam kotak pensel atas meja
tulisnya.Aku dijaga dengan baik seperti menatang minyak yang penuh.Aku
sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang baik.Selepas seminggu aku
digunakan,tubuhku semakin lama semakin pendek.ini disebabkan setiap
kali mataku tumpul,Maisara akan mengasah tubuhku sehingga tajam
semula.kini tubuhku hanya pendek dan aku tidak boleh lagi digunakan
kerana terlalu pendek.Akhirnya aku tidak dipedulikan lagi kerana Maisara
telah mempunyai pensel lain.Aku sedar aku telah kehilangan kuasa,namun
aku gembira kerana dapat berbakti kepada manusia.

Aku adalah sebatang pensil.Aku diperbuat daripada kayu yang


berkualiti.Nama aku Faber-Castell.Aku dilahirkan di sebuah kilang pensil
yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Badanku berwarna hitam tetapi kawan-kawanku berwarna


biru,kuning,merah dan hijau.Setelah siap diproses , aku dan beribu-ribu
kawanku yang lain disusun ke dalam kotak .Kemudian kami dihantar ke
kedai buku.

Pada suatu hari, ada seorang murid memasuki kedai buku. Murid itu
ternampak aku lalu membeli aku. Aku dijaga dengan baik .

Tuan aku sentiasa menggunakan khidmat aku kerana mata aku hitam dan
pekat.Badan aku cantik ,baru dan aku adalah tertinggi dikalangan pensil
lain yang terdapat didalam kotak pensilnya.

Semakin hari badanku semakin pendek kerana badanku diasah untuk


sentiasa nampak tajam.Apabila badanku pendek ,tuan aku jarang
menggunakan aku lalu dia membeli pensil yang baru untuk menggantikan
aku.Aku pula dibuangnya ke tong sampah.

Aku berasa sedih kerana dibuang ke dalam tong sampah yang busuk
tetapi aku tetap bangga kerana dapat berkhidmat kepadanya.Begitulah
riwayat hidupku sebagai sebatang pensil.Bersemadilah aku dalam tong
sampah yang busuk itu

Aku Sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat
tulis Pilot yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna merah gelap.
Darahku berwarna merah.
Selepas aku diperiksa, aku
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan sekeping
plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah
lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah
berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan jenama
iaitu seperti Kilometrico, Faber Castell, Luna, Pappermate, Pelikan dan
sebagainya. Perjalanan itu mengambil masa dua jam untuk tiba ke
destinasi.
Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku
terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di dalam almari
kaca bersama-sama dengan pen-pen yang berjenama daripada luar
negara. Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baru. Pada suatu
hari seorang wanita bernama Linda datang membeliku. Rupa-rupanya
Linda merupakan seorang guru.
Linda selalu membawaku ke
sekolah. Aku digunakan untuk menanda buku-buku latihan muridmuridnya. Linda seorang guru yang berdedikasi dan murah hati. Apabila
rakan sekerjanya memerlukan pen, Linda akan meminjamkan aku kepada
mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang
terang dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Linda. Dia sangat
menyukai aku. Linda menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas aku
digunakan, aku akan disimpan dengan baik.
Lama-kelamaan
darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Linda berasa sedih
kerana aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau bagaimanapun,
Linda telah menyimpan aku dengan baik di dalam sebuah bekas pensel.
Aku berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati seperti Linda. Kini
tuanku Linda telah mempunyai pen yang baru.

Aku sebatang pensel. Nama aku Unicorn. Badanku berwarna hitam dan
kelabu. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Lamakelamaan, aku dan kawan-kawanku telah dibawa ke sebuah kedai dengan
menaiki sebuah lori. Aku dan kawan-kawanku yang lain telah dipamerkan
di sebuah kedai yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail.Selepas aku tiba di
kedai itu, seorang pemuda telah menampal harga di badanku . Aku
berharga RM 0.70. Setelah lama aku di kedai itu, aku telah dibeli oleh
budak perempuan dengan harga RM 0.70. Selepas itu, tuanku
membawaku pulang ke rumahnya. Aku gembira kerana sudah mempunyai
tuan. Nama tuan aku ialah Nora. Setiap kali Nora ke sekolah, dia
membawa aku bersamanya. Nora menyimpan aku ke dalam bekas pensel.
Nora menggunakan aku pada setiap hari beliau ke sekolah. Beliau sangat
menyayangi aku dan sering membawa aku ke pusat tuisyennya. Pada
suatu hari, Nora telah membuang aku kerana badanku sudah pendek dan
tidak boleh digunakan lagi.

Aku ialah sebatang pensel. Nama aku ialah Faber Castell. Aku diperbuat
daripada kayu. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam.
Seluruh badanku dibalut dengan suatu lapisan yang berwarna-warni
coraknya. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dimasukkan ke
dalam sebuah kotak yang besar.

Seterusnya, kami dihantar oleh sebuah lori ke sebuah tempat. Agaknya


aku akan dibawa ke kedai alat tulis, bisik hatiku. Ramalan aku memang
tepat sekali. Tidak lama kemudian, lori tersebut berhenti dan aku dibawa
masuk ke Kedai Alat Tulis Amir.

Seorang pekerja kedai tersebut membuka kotak besar dan meletakkan aku
dan kawan ke dalam rak yang berlutsinar. Setelah aku berada di sini
selama seminggu, kawan-kawan saya kian meninggalkan aku kerana
mereka telah dibeli oleh tuan baharu mereka. Aku berasa sungguh sunyi
dan kecewa kerana tiada orang yang mahu membeliku.

Penantian saya akhirnya berbuah apabila seorang budak lelaki yang


ditemani ibunya berhasrat untuk membeli buku latihan telah membeli aku.
Mula-mula, dia membelek aku dengan gembira dan meminta ibunya
membeli aku. Aku mengikutinya balik ke rumah setelah membayar wang.

Nama tuanku ialah Amir. Dia menggunakan aku untuk menulis dan
menjaga aku dengan baik. Setiap hari, aku dibawa oleh tuan ke sekolah.
Aku berjaya menarik perhatian rakan tuanku dengan mempamerkan
kecantikan aku yang tiada tolok bandingannya. Aku berasa bangga akan
keistimewaanku.

Suatu hari, apabila tuanku menggunakan aku, tuan aku telah menjatuhkan
diri aku secara tidak sengaja. Mata aku patah dan aku dibuang oleh
tuanku yang tersayang. Aku berasa sedih kerana tuanku tidak
memerlukan perkhidmatan aku di sisinya. Namun begitu, saya berasa
puas hati kerana berupaya untuk berbakti dan berkhidmat untuk tuanku.
Maka, tamatlah riwayat aku sebagai sebatang pensel.

Saya sebatang pensil kayu yang berjenama Faber Castle. Saya berasal
dari kilang alat tulis. Pada suatu hari, saya dihantar bersama rakan-rakan
saya ke sebuah kedai alat tulis. Saya berasa sedih kerana rakan yang lain
dihantar ke kedai yang berasingan. Saya dijual dgn harga RM2.30
sebatang. Tiada sesiapa pun yang ingin membeli saya. Pada malam
itu,seorang perempuan kaya dan baik hati telah membeli saya.Saya
bersyukur kerana ada yang sudi membeli saya. Tuan saya bernama
Charmine. Pada suatu hari,tuan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Saya
terkejut kerana tuan saya bercakap dengan saya"Wahai,pensil
kesayanganku yakinkanlah bahawa saya boleh lakukan yang terbaik".
Pada hari keluarnya keputusan tuan saya berasa gentar. Cikgu Andrita
mengumumkan bahawa Charmine mendapat 5A. Tuan saya berasa
gembira,dan saya pula disimpan di almari. Saya tidak digunakan lagi. Tuan
saya mengunakan pensil yang berjenama lain lagi. Saya berasa sangat
sedih

Anda mungkin juga menyukai