Anda di halaman 1dari 1

Karangan: Aku sebuah kotak pensil

Kotak pensil adalah digunakan untuk menyimpan alat-alat tulis.

Aku sebuah kotak pensil. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam. Aku berbentuk segi
empat seperti sebuah kotak. Aku berwarna biru dan diperbuat daripada besi.
Sebaik sahaja dilahirkan, aku dihantar ke pusat beli-belah. Aku dan kawan-kawan dipamerkan di
atas rak. Aku sempat berkenalan dengan kawan-kawan baharu yang pelbagai saiz dan warna.
Seorang wanita dan anak lelakinya datang ke kedai untuk melihat semua kotak pensil. Mereka
membelek-belek badanku untuk memilih. Mereka berasa sangat berpuas hati dengan reka bentuk aku.
Ibu anak lelaki itu membeliku kepada anaknya sebagai hadiah hari jadi. Mereka membawa aku
pulang ke rumah tuan baharu. Tuanku berasa gembira kerana mendapat sebuah kotak pensil baharu.
Tuanku memasukkan alat-alat tulis ke dalam perutku. Setiap hari, aku dibawa ke sekolah.
Tuanku amat mementingkan kebersihan. Dia membersihkan badan aku apabila badan aku kotor.
Tuanku juga sangat menyayangi aku. Selepas beberapa tahun berkhidmat, aku menjadi usang dan
berkarat.
Tuanku meminta ibunya untuk membeli kotak pensil yang baharu lalu membuang aku ke dalam
tong kitar semula. Tamatlah riwayat aku sebagai sebuah kotak pensil. Aku berasa sangat gembira kerana
dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku tidak akan melupakan tuan aku kerana dia amat sayang akan aku
dan telah menemani aku selama tiga tahun.

Anda mungkin juga menyukai