Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah kamus

Aku sebuah kamus. Namaku ialah Kamus Bestari. Aku berwarna biru dan bersegi empat. Badan aku
tebal. Kulit aku dibuat daripada kertas yang tebal, manakala isi kandungan aku dibuat daripada
kertas yang bermutu tinggi. Aku dilahirkan di kedai percetakan yang terletak di Selangor.

Selepas siap dicetak, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar. Selepas itu, aku dibawa ke
sebuah kedai terletak di Temerloh. kedai itu bernama Skyland.
Pada suatu hari, seorang pelajar perempuan datang ke kedai ini. Dia membeli aku kerana saya cantik
dan menarik. harga aku berpatutan, hanya RM45.00. Selepas bayar, aku dibawa ke rumahnya.

Tuan baru aku bernama Lily. Sejak hari itu, aku digunakan untuk menambahkan kasa kata. Apabila
tuan aku menemui perkataan yang susah, beliau akan mencari maksud yang terdapat di badan aku.
Aku digunakan oleh tuan aku setiap hari, terutama ialah pada masa hampir peperiksaan.

Lily seorang pelajar yang rajin dan cermat. Beliau membalut aku dengan palstik yang bercorak
supaya badan aku tahan lama. Jika aku kotor, beliau akan mengelap badan aku. Sekiranya aku tidak
digunakan, beliau akan menyimpan aku di dalam almari.

Aku berasa sungguh gembira kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik seperti Lily. Aku
berharap aku akan berkhidmat untuknya selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai