Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah beg sekolah

Aku sebuah beg sekolah yang berjenama Swan. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak
di Kuala Lumpur. Aku bernama Swan. Aku diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi.
Kecantikkan aku telah menjadi buah mulut orang ramai.
Selepas siap dibuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai beg. Kami
dipamerkan di atas rak dengan kemas. Tuan kedai melabelkan hargapada badan kami. Aku
berharga RM50.00.
Setiap hari, banyak pelanggan datang ke kedai ini. Pada suatu hari, sepasang suami isteri
datang ke kedai. Mereka membelek-belek semua beg sekolah dengan teliti. Akhirnya, mereka
tertarik oleh kecantikan aku. Mereka membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, mereka menghadiahkan aku kepada anak emas mereka. Anak mereka
berasa gembira seperti itik mendapat air. Kini, aku mempunyai seorang tuan. Tuan aku
bernama Ramli.
Setiap hari, tuan aku akan membawa aku ke sekolah. Perut aku selalu diisi dengan pelbagai
jenis buku. Selepas pulang dari sekolah, tuan aku akan meletakkan aku di dalam almari. Setiap
minggu, tuan aku juga akan mencuci badan aku sehingga bersih. Tuan aku menjaga aku dengan
penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.
Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Saya berharap agar
dapat berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai