Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Beg Sekolah

Aku sebuah beg sekolah. Aku digunakan oleh ramai orang seperti pelajar sekolah,
pelajar universiti, guru dan lain-lain lagi. Aku lahir di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Nama
aku Nike. Bentuk badanku sungguh cantik. Badanku berwarna biru tua.

Apabila telah siap dijahit aku dihantar dengan sebuah lori kontena. Aku dapat
berkenalan dengan ramai kawan-kawan aku yang lain seperti Fila dan Puma. Seterusnya, aku
dan rakan-rakan aku dihantar ke sebuah kedai beg di Bandar Shah Alam, Selangor.

Setelah itu, ramai pengunjung yang datang melihat dan membelek-belek aku. Mereka
memuji-muji akan kecantikan aku. Pengunjung juga bertanyakan harga aku

Pada suatu hari, sepasang suami isteri datang ke kedai. Dia melihat aku dengan penuh
minat. Dia memuji-muji kecantikan aku lalu bertanyakan harga kepada pemilik kedai. Aku
berharga Sembilan puluh ringgit. Setelah tawar-menawar mereka setuju membeli aku.

Akhirnya, akupun dibawa pulang ke rumah. Sepasang suami isteri itu menghadiahkan
aku kepada anak bongsu mereka sempena hari lahirnya yang ke-10.A nak mereka sngguh
gembira. Kini aku mempunyai seorang tuan .Tuan aku bernama Hafiz. Hafiz selalu
membawa aku kemana-mana sahaja seperti ke sekolah dan ke kelas tuisyen. Perut aku selalu
dipenuhi dengan banyak buku. Aku berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku.
Namun, aku berasa penat kerana digunakan terlalu lama dan begitu kerap tanpa rehat.

Pada suatu hari, apabila tamat sesi persekolahan, Hafiz berjalan kaki pulang ke
rumahnya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, Hafiz berlari denga pantas menuju ke
rumahnya. Disebabkan berlari dengan terlalu pantas, Hafiz jatuh tersungkur, aku pun jatuh ke
tanah lalu diseret dengan batu yang besar. Badanku luka dan terkoyak. Aku tidak dapat
dijahit lagi. Aku berasa sangat sedih lalu aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah
tamatnya riwayat aku sebuah beg sekolah. Aku berbangga kerana telah dapat berkhidmat
kepada tuan aku iaitu Hafiz.

Disediakan oleh : Nurul Hanan Marjannah Binti Ahmad Harris


Kelas Tahun 4 Dinamik
Sekolah Kebangsaan Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak.

Anda mungkin juga menyukai