Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM MINGGU MATEMATIK

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------

SEKOLAH KEBANGSAAN LINTANG


31100 SUNGAI SIPUT (U) PERAK

PANITIA SAINS

KERTAS KERJA

PROGRAM
“MINGGU SAINS”
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA

PROGRAM BUGAR SAINS

SK LINTANG

1. PENDAHULUAN

Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi


Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Sains mengambil
inisiatif menganjurkan program “Bugar Sains” yang melibatkan semua murid dari Tahun 4
hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat murid dalam
meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap fakta sains. Ia juga dirancang
untuk mempertingkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains
Seterusnya program ini diharap dapat membudayakan sains dalam kehidupan seharian
mereka dan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sains.

2. RASONAL

Program “Bugar Sains” ini merupakan satu program yang dijalankan untuk
meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran sains yang sering
dianggap subjek yang membebankan dan susah untuk dikuasai. Program ini dirancang
ekoran keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Berdasarkan analisa dan
pemerhatian yang dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mempunyai asas yang kukuh
dalam penguasaan fakta asas sains. Lantaran itu, Panitia Sains merancang untuk
menjalankan program ‘ Bugar sains’ agar timbul kesedaran dikalangan murid bahawa belajar
Sains adalah menyeronokkan seterusnya meningkatkan penguasaan fakta sains murid dalam
mata pelajaran Sains. Diharap program ini memberi impak yang positif pada pencapaian
murid dalam peperiksaan akan datang.
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------

3. MATLAMAT

Program Bugar Sains adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai


mata pelajaran Sains, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala ilmu dan
kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka dalam
mata pelajaran Sains meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga diharap
dapat meningkatkan motivasi dikalangan guru-guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang
berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-murid yang lebih
seimbang pada masa akan datang.

4. OBJEKTIF

1. Merancang minat murid dalam sains

2. Meningkatkan murid dalam fakta sains

3. Dapat mengaplikasikan dapatan yang diperolehi dalam kelas bagi meningkatkan


pemahaman dalam sains

5. KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid Tahap Dua SK Lintang

6. PELAKSANAAN

Sepanjang Tahun ( 5 Minit Sebelum Pembelajaran Sains Bermula )

7. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BUGAR SAINS

Penasihat : En. Mohamad Rizal Bin Mohamed Yunus (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : En. Kamarul Maizan Bin Ismail (GPK Kokurikulum)
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------
Naib Pengerusi 2 : Pn. Asiah Binti Abu Bakar (GPK Hal-Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : En. Nik Muhammad Nazim Bin Nik Ishak ( GPK Ko-kurikulum)
Penyelaras : Pn. Murni Binti Abu Hanafiah (Ketua Panitia Sains)
Setiausaha : Pn. Azlina Binti Ishak
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru SK Lintang

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

 Kertas Kerja  : Pn. Murni Binti Abu Hanafiah

Hadiah  : Pn. Azlina Binti Zabidi

Dokumentasi : Pn. Murni Binti Abu Hanafiah

9. SUMBER KEWANGAN

 PCG Panitia Sains

9. Kewangan (pendapatan/anggaran perbelanjaan)

Bil Perbelanjaan RM

1 Kertas A4 ( warna ) 2 x RM 14.00 28.00


2 Kad Manila 30 x RM 1.00 30.00
3 Pensel Warna 10 x RM 2.00 20.00
4 Plastik Laminate 1 x RM 36.00 36.00
5 Hadiah 100.00
JUMLAH 214.00
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------

13. Penutup

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan
untuk kecemerlangan murid.

Disediakan Oleh ,

__________________________

( PN. MURNI ABU HANAFIAH) 

Ketua Panitia Sains


SK Lintang

Disahkan Oleh,

____________________

(EN. MOHAMAD RIZAL BIN MOHAMED YUNUS )

Guru Besar,
SK Lintang.

Anda mungkin juga menyukai